RizQ Islamic School (RIS) merupakan Sekolah Tahfiz bertaraf Antarabangsa yang diiktiraf oleh MOE dan lengkap dengan pelbagai fasiliti bertaraf 5 bintang . Ia merupakan sekolah Tahfiz yang bertaraf antarabangsa pertama di ASEAN.
Baru-baru ini cik iena melihat ramai diantara rakan blogger memuat naik gambar di RizQ Islamic School (RIS) dan membuatkan cik iena tertanya-tanya tentang RizQ Islamic School (RIS) . Untuk itu cik iena juga ingin kongsi kan buat tatapan pembaca yang main mengenai RizQ Islamic School (RIS).
Jika sebelum ini apa yang terbayang di fikiran cik iena bila sebut Sekolah Tahfiz, Cik iena terbayangkan ia adalah sekolah pondok yang terletak di pendalaman dan keadaannya mungki agak Tradisonal. Tetapi ternyata di RizQ Islamic School (RIS) ianya adalah berbeza dari apa yang cik iena bayangkan.
RizQ Islamic School (RIS)
Merupakan Sekolah Tahfiz bertaraf antarabangsa yang diiktiraf oleh MOE dan lengkap dengan pelbagai fasiliti bertaraf 5 bintang . Ia merupakan sekolah tahfiz yang bertaraf antarabangsa pertama di ASEAN. Sekolah Tahfiz yang Cantik, besar, dan tersergam indah ini terletak di di Sg. Ramal Dalam, Kajang .
Sekolah Tahfiz ini mempunyai kawalan keselamatan di mana anda perlu mendaftar terlebih dahulu untuk memasuki kawasan sekolah ini sama seperti sekolah swasta yang lain.
Untuk pengetahuan semua, RizQ Islamic School masih belum beroperasi sepenuhnya Ia nya dibuka untuk Open Day dan pendaftaran pelajar baru untuk sesi tahun 2017.
Suasana di RizQ Islamic School |
Sekolah ini telah mendapat kelulusan dan sokongan sepenuhnya dari pihak Kementerian Pendidikan Malaysia pada bulan Julai yang lalu ni diasaskan oleh anak-anak muda Gen Y iaitu Abdullah Firdaus Abd Jalil (29 tahun), Dr Shiefa (27 tahun), Mohd Azzizat Abd Rahman (28 tahun) dan Khairul Azwan Mohd Shafee (24 tahun).
Konsep dan kaedah pembelajaran di sini adalah berbeza dengan sekolah lain kerana di RizQ Islamic School ni sistem pembelajaran mereka seperti sistem di Finland dan Jepun yang menggunakan konsep play based learning yang sesuai dengan minat kanak-kanak dan cuma ditambah lagi dengan kaedah hafalan Tahfiz moden. Ini adalah kelainan RizQ Islamic School . Dengan fasiliti bertaraf 5 bintang dan colourful environment yang akan membuatkan anak-anak kita tenang dan gembira belajar di sni.
RizQ Islamic School mempunyai 16 buah kelas, auditorium, gym, playroom area, art room, dewan, bilik permainan, padang bola dan banyak lagi kemudahan asas yang lain. Menariknya classroom untuk lower grade juga colourful! Setiap kelas dilengkapi dengan penghawa dingin dan Bahasa Inggeris akan menjadi bahasa pengantara di sekolah.
Setiap kelas hanya akan memuatkan kira-kira 20 pelajar. Kelas akan bermula pada pukul 8 pagi sehingga 4.30 petang. Dan bagi mereka yang tinggal di sekitar Kajang, Bangi dan Putrajaya, pihak pengurusan RizQ Islamic School ada menyediakan khidmat pengangkutan untuk mengambil dan menghantar pelajar ke sekolah.
Selain daripada itu, di RizQ Islamic School ini juga menggunakan iPad sebagai alat bantu mengajar spesifiknya dalam subjek Hafalan/Hafazan Al-Quran . Ini lagi membuatkan sekolah ni lagi unik dan berbeza konsep pembelajaran nya. Untuk melengkapkan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) yang ditetapkan, lima subjek islami dari Kurikulum Sekolah Rendah Agama (KSRA) oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) , RizQ Islamic School sediakan subjek ini di sekolah tersebut iaitu subjek Tauhid, Feqah, Akhlak, Sirah, Khaf & Imla’.
Suasana di RizQ Islamic School |
Ilmu Falak dan Astronomi Islam juga Robotik akan diperkenalkan juga sebagai aktiviti tambahan kokurikulum. Buat masa ini RizQ Islamic School membuat promosi untuk 100 pelajar pertama (lower grade sahaja) yang mendaftar di sekolah mereka dikenakan yuran pengajian hanya RM580 sebulan untuk maksimum tiga tahun ni di RizQ Islamic School.
Ini merupakan penjimatan yang banyak. Untuk pengetahuan semua harga Asal adalah RM600 Untuk upper grade, yuran ialah RM700 sebulan. Untuk pengetahuan Yuran Ini tidak termasuk yuran makan, yuran pendaftaran, assessment test dan lain-lain.
Sesi pertama persekolahan akan bermula pada Januari 2017 dengan sasaran 300 pelajar sebagai permulaan. Untuk sebarang pertanyaan tentang pendaftaran, yuran dan sekolah boleh terus hubungi
RizQ Islamic School (RIS)
Wisma RIZQ, Lot 1456-2,
Jalan Cempaka OFF Jalan Teratai,
Kg Sungai Ramal Dalam,
43000 Kajang, Selangor.
Contact Number:
+603 8912 0447
atau
+6018 961 1615 (whatsapp)
Website:
Facebook:
Instagram:
Twitter:
@RIS_School
SOURCE AND PHOTO CREDIT TO : http://www.ieyra.com/2016/09/rizq-islamic-school-sekolah-tahfiz.html
Nukilan,
|
ouh ada baca yang ini. tak dapat ikut.. blog comel
ReplyDeletehehe tq dear :)
Delete