Hari ini cik iena makan tengah hari di Food Court Pudu Selepas selesai urusan di TM Point. Kalau nak tau cik iena buat apa nanti cik iena cerita kemudian ya.
Food Court UTC Pudu |
Ini merupakan kali pertama cik iena makan di food court UTC Pudu. Jika sebelum ini selesai urusan cik iena akan terus pulang.
Secara jujurnya cik iena kurang selesa makan di food court tingkat 4 ni kerana keadaan yang panas dan tidak berpenghawa dingin.Jika di lihat pada struktur foodcourt tersebut sepatutnya ianya berpenghawa dingin menurut adik cik iena yang merupakan jurutera awam di sebuah syarikat swasta
Tapi walaupun keadaan panas Alhamdulillah cik iena pilih gerai yang betul .Makanan nya sedap untuk di nikmati cuma harganya agak mahal jika di bandingkan dengan keadaan yang tidak berpenghawa dingin.
Cik iena makan nasi putih 1/3 , sambal sotong, sambal terung, kerabu taugeh, ulam n sambal belacan RM 9. Kuantiti setiap masakan sikit sahaja. Bagi cik iena mahal la dengan keadaan kepanasan makan di sini. Mujur lah makanan sedap.
Adik Pula makan Nasi penuh, sambal sotong, sambal terung dan begedil ayam RM 9 . Sama harga seperti cik iena walaupun cik iena cuma ambil nasi 1/3. Nampaknye lepas ni ambil je nasi penuh sebab harga nasi di kira sama sahaja walau ambil 1/3.
Nukilan,
|
0 comments:
Post a Comment