Grab The Promo
Grab The Promo

Krabi Hotel dan Aktiviti Menarik di Sana



Krabi adalah sebuah bandar peranginan di selat Andaman. Ia terletak di kawasan batu kapur kars, hutan belantara dan paya bakau yang menjadi rumah kepada pelbagai spesies haiwan liar dan tumbuh-tumbuhan.

Phi Phi Island
Phi Phi Island


Cuaca tropikanya yang panas dan kering sepanjang tahun menjadikan Krabi sangat sesuai untuk dikunjungi oleh pelancong-pelancong dari seluruh dunia. Lokasinya yang mudah diakses serta terdapat pelbagai fasiliti yang lengkap untuk pelancong menjadikan tempat ini sebagai destinasi pilihan yang terkenal untuk bercuti.

Bukan itu saja, negara Thailand yang semenangnya terkenal dengan makanan yang enak dan lazat serta penduduknya yang mesra dan ramah juga  telah tersenarai dalam  antara tempat yang wajib dilawati bagi mereka yang gemar mengembara!

Phi Phi Island
Phi Phi Island


Bagi anda yang teringin ke sana, anda boleh cuba lawati https://www.traveloka.com/en-my/  untuk book Krabi hotel dan flight ke sana pada harga yang sangat perpatutan.  Enjin Carian flight dan hotel  ini menawarkan pelbagai promosi menarik lebih-lebih lagi pada musim perayaan dan hujung minggu.

Ianya akan lagi menarik jika anda yang tidak mempunya kredit kad juga  boleh book kerana di sini terdapat pilihan pembayaran lain iaitu online banking service seperti maybank2u dan cimbclicks .Sekarang semuanya mudah kan. Tak perlu lagi anda mencari agensi agensi perlancongan untuk melancong. Anda boleh terus booking online. Klik Klik dunia di hujung jari sahaja. Baiklah, sekarang jom kita lihat apa antara aktiviti-aktiviti best di sanaa.

Sewa bot dan tour guide untuk explore pulau-pulau di sekitarnya


Untuk pengetahuan anda, terdapat lebih kurang 200 buah pulau di perairan sekitar Krabi. Daripada pulau kecil yang hanya terdiri dariapada batu-batu kecil hinggalah ke pulau-pulau besar yang dipenuhi dengan resort-resort untuk aktiviti pelancongan.

Kebiasaanya, bot boleh disewa dari Ao Nang beach berserta pemandu arah. Ini dapat memudahkan lagi urusan anda kerana terdapat tour guide yang akan uruskan semua hal termasuk menjelaskan mengenai tempat-tempat yang anda lawati.




Melawat Pantai Railay

Pantai Railay
Pantai Railay


Pantai ini boleh dikatakan merupakan pantai yang paling femes di sini.Tidak dinafikan bahawa pantainya yang memutih, airnya yang biru turqoise serta pemandangan gua-gua batu kapur yang sangat memukau menjadikan tempat ini sering disebut-sebut oleh pelancong. Terdapat juga beberapa hotels in Krabi yang beroperasi tidak jauh dari pantai ini. Anda juga boleh merancang bermalam di area ini kerana tempatnya sangat cantik dan indah untuk anda nikmati.



Meneroka Pulau Phi Phi



Pulau ini juga merupakan antara tempat yang paling dikenali di sini. Mungkin disebabkan sebelum ini sebuah produksi Hollywood pernah merakamkan sebuah filem di sini. Ianya terletak sejauh 45 minit perjalanan dengan bot laju dari tanah besar, pulau tropika ini sering sesak dengan pelancong.

Pulau Phi Phi
Pulau Phi Phi


Jadi jika anda ingin ke sini, adalah di sarankan agar anda datang pada awal pagi.  Kedudukan tempat  agak terasing dari tanah besar serta strukturyang bertebing curam membuatkan tempat ini tidak sesuai untuk sebarang pengangkutan kecuali bot.

Bermandi-manda di Emerald Pool

 

Emerald Pool
Emerald Pool


Air terjun yang jernih bak kristal ni dikelilingi hutan yang indah dan menakjubkan. Menjadi rumah kepada pelbagai flora dan fauna, lokasi ini sering dikunjung pelancong kerana airnya yang hangat dan menyegarkan. Terdapat banyak spesies burung termasuklah burung Pita Gurney yang pernah dikatakan pupus juga boleh dilihat di sini.

Emerald Pool & Air Terjun Hot Spring
Emerald Pool & Air Terjun Hot Spring



Menyegarkan tubuh di Klong Thom Hot Spring


Kolam air panas ini juga terletak di dalam hutan. Punca air panas di sini dikatakan daripada mata air yang berasal dari dalam kerak bumi yang asalnya merupakan lohong gunung berapi pada suatu masa dulu. Kolam ni terletak berdekatan dengan Emerald Pool, jadi kalau anda ke sini, anda boleh  melawat kedua-dua tempat ni sekali gus.


Klong Thom Hot Spring
Klong Thom Hot Spring


Mendaki Gunung Khao Khanab Nam

Tempat ni merupakan antara landmark yang terkenal di sini. Puncak gunungnya yang terletak di antara beberapa buah gua yang dipenuhi dengan stalaktit dan stalagmite menjadikan ia betul-betul sebagai salah satu keajaiban alam! Selain tu, anda juga boleh menjumpai banyak tinggalan tengkorak manusia yang dipercayai pernah mendiami gua-gua ini pada suatu masa dulu.

Gunung Khao Khanab Nam
Gunung Khao Khanab Nam


Menyelam di Koh Lanta


Terletak lebih kurang 2 jam dari Krabi, Koh Lanta mempunyai pantai sepanjang kira-kira 2 kilometer. Pulau yang tidak didiami oleh penduduk tempatan ini terdiri daripada resort-resort serta tempat yang ideal untuk diver. Kekayaan hidupan marinnya menarik perhatian penyelam-penyelam dari seluruh dunia. Walau bagaimanapun, rate tempat penginapan di sini tak la semahal atau resort-resort lain di sekitar Phi Phi Island.

Koh Lanta
Koh Lanta





Banyak kan Aktiviti yang anda boleh Lakukan Di Krabi . Isya Allah Jika ada Rezeki Cik iena dan kawan kawan nak kesana. Cuma sekarang kami agak sibuk tak dapat nak travel luar negara buat masa ni .


Sumber Gambar : Google


iena eliena
Nukilan,

iena eliena
Instagram : @ienaeliena
Twitter : @ienaeliena
Email : iena@ienaeliena.com




0 comments:

Post a Comment

Powered by Jasper Roberts - Blog

Archieve