Hari ini cik iena ada kongsi mengenai voucher photobok 8 inci X 11 inci soft cover berharga RM29.90 dimana harga asal adalam RM 109 . Memandangkan ramai yang bertanya macam mana nak bel. Jadi cik iena buatkan Tutorial okay. Sebab ada diantaranya yang tak tau dan memerlukan cik iena untuk tolong belikan :)
Manfaat Spa, Manjakan Tubuh Segarkan Jiwa Di Beringin Spa & Beauty
Spa menjadi salah satu cara untuk mengembalikan kesegaran tubuh kita. Bukan hanya kembali segar saja, spa juga tersedia dengan berbagai macam treatment yang ditawarkan untuk perawatan kecantikan dan kesehatan tubuh. Spa bukan hanya konsumsi kaum Hawa saja tapi kaum Adam pun juga dapat menikmati berbagai treatment spa yang dikhususkan buat mereka.
Berbicara tentang spa ini cik iena ingin kongsikan bersama rkan pembaca sekalian mengenai spa istimewa yang dapat menjadi tempat untuk anda merawat kecantikan, kesehatan dan mengembalikan tubuh menjadi segar.
SPA atau pusat kecantikan yang dimaksudkan adalah Beringin Spa & Beauty yang terletak di Bandar Baru Bangi. Cik iena sendiri telah melakukan dua rawatan disini iaitu Pakej Dahlia Dan Pakej Roselle dimana setiap satu berharga RM100 .
Pakej Dahlia RM100
Untuk Pakej ini harga biasa adalah Rm140. Apa yang anda akan dapat untuk pakej ini adalah :-
Satu jam setengah Cucian rambut serta rawatan rambut untuk rambut berkelemumur dan rambut gugur serta percuma AROMA NECK MASSAGE
Pengalaman cik iena sangat selesa mendapatkan rawatan rambut disini . Pekerja SPA yang sangat baik dan sporting juga. Sangat memahami dan bersabar dengan rambut cik iena yang sangat panjang. Cik iena rasa jenuh juga Pekerja SPA nak mengeringkan rambut cik iena sehingga perlu tunduk kebawah kerana rambut cik iena paras punggung :)
Selepas mendapatkan rawatan ini kulit kepala rasa segar dan ringan . Menurut Pekerja SPA untuk mengekalkan kesihatan kulit kepala bagi rambut bermasalah seperti cik iena, sekurang-kurangnya sebulan sekali cik iena perlu dapatkan rawatan ini.
Pakej Roselle RM100
Untuk pakej ini harga biasa adalah RM135 . Apa yang anda akan dapat untuk pakej ini adalah :-
Dua jam Deep Facial dengan Facial Scrub beserta Urutan Muka . Anda juga akan dapat Percuma Mask & Serum With Photon Ultrasound Machine .
Semasa rawatan ini, cik iena berasa sangat selesa sehingga tertidur. Sebelum cik iena tertidur cik iena juga ada berbual dengan pekerja SPA mengenai kondisi kulit cik iena dan produk apakah yang sesuai untuk cik iena pakai. Cik iena tertidur semasa wajah cik iena di kenakan Mask wajah . Agak nyenyak cik iena tidur. Sangat selesa dapatkan rawatan wajah disini.
Package RM100
Untuk pengetahuan para pembaca, pakej RM100 ini sah sehingga 31 Disember 2016 sahaja.Jadi cik iena rasa anda tidak patut lepaskan peluang penjimatan ini . Terdapat 4 pakej untuk pilihan anda. Sila rujuk gambar diatas. Selain daripada pakej RM100 terdapat juga BRidal Pakej untuk bakal mempelai.
Bridal Package
Di sini, pakej pengantin juga disediakan bagi anda yang bakal berkahwin tidak lama lagi. Terdapat 3 pakej pengantin iaitu :
Pakej Mempelai di mana menyediakan servis urut pengantin, sauna / tangas, basic hair treatment, mandi bunga dan susu, pedicure dan juga manicure
Pakej Ratu menyediakan servis normal facial, scrub seri mutiasa, urut pengantin, mandi bunga dan susu, sauna dan tangas, pedicure & manicure, hair treatment
Pakej Seri Ayu pula menyediakan normal facial, urut pengantin, hair treatment, sauna / tangas, pedicure dan manicure.
VIDEO CIK IENA DI BERINGIN SPA
Suasana dalam Beringin Spa
SPA Terbaik
Untuk pengetahuan anda spa ini menggunakan produk - produk yang diiktiraf HALAL , iaitu produk ZARRAZ.
Kepada anda yang ingin mendapatkan diskaun anda boleh lah membuat kad ahli dengan hanya RM10.00 sahaja untuk setahun.
Ada pelbagai kelebihan yang korang akan dapat jika buat kad keahlian ni , antaranya :
Birthday voucher RM50 untuk pembelian ke atas (valid untuk 1 bulan sahaja)
Percuma 1 Ala Carte treatment untuk setiap koleksi 4 stamp spa
5% diskaun untuk product Zarraz Paramedical
Referral deal : 5% diskaun ala carte treatment jika dapat refer 1 rakan / family sebagai member spa
Vucher spa 10% untuk treatment ala carte seterusnya
Terima kasih cik iena ucapkan buat cik Husna iaitu pemilik spa serta dua orang staf beliau yang amat caring dan baik hati , iaitu puan Lisa dan juga cik Echa. Merekamerupakan therapist yang telah lama berkhidmat dalam bidang ini dan juga mempunyai lulusan Sijil Kecantikan KKM.
Bagi mereka yang ingin mendapatkan rawatan istimewa di Beringin Spa ini , boleh terus ke sana dan juga lawati laman sesawang spa, atau boleh juga terus hubungi nombor yang tertera di bawah.
Lokasi:
No 31C, Tingkat 1, jalan Medan Pusat Bandar 4,
Seksyen 9, Bandar Baru Bangi,
4350, Selangor.
Waktu operasi:
Setiap hari termasuk Public holiday (10.00 pagi – 7.00 mlm)
31 Kebaikan Polished Pink Secret CC Cream dan Lotion Mask
Memiliki kulit Cantik putih mulus persis artis Korea adalah dambaan setiap insan terutama kaum wanita . Kulit yang cantik akan meningkatkan kadar keyakinan diri seseorang untuk berdepan dengan umum .
Dewasa kini terdapat banyak produk di pasaran yang mana ianya bertujuan untuk memutihkan serta mencantikkan kulit wajah. Seperti kita sedia maklum negara kita Malaysia sememangnya menggemari drama-drama korea justeru itu mereka juga menginginkan kulit yang cantik seperti artis-artis korea .
Terdapat pelbagai jenis produk-produk dari korea di import ke Malaysia untuk memenuhi permintaan rakyat Malaysia. Tidak kurang juga produk keluaran Malaysia yang mana ianya di hasilkan juga bagi memenuhi permintaan rakyat Malaysia yang menginginkan kulit yang cantik persis Artis Korea.
Disini cik iena nak berkongsi dengan rakan pembaca sekalian tentak Produk kecantikan keluaran Muuka Malaysia. Dengan hanya menggunakan dua item sahaja iaitu Polished Pinkish Pink Secret CC Cream dan Polished Pink Secrect Miracle Lotion Mask anda boleh mendapatkan kulit Pinkish dan Glowing persis Artis Korea dengan penggunaan yang konsisten.
KULIT PINKISH & GLOWING DENGAN PINKISH CC CREAM DAN POLISHED PINK SECRET
Produk
keluaran Muuka Malaysia ini merupakan produk yang halal, Di iktiraf
Halal oleh JAKIM dan mempunyai Kelulusan dari KKM . Ianya juga berbau
wangi serta di jamin tiada pengelupasan. Kesan yang akan anda rasakan
pada wajah anda adalah kesan serta merta di mana wajah anda akan
keihatan pinkish dan glowing seterusnya ianya akan membuatkan muka anda
sentiasa kekal awet muda dan ianya juga merupakan asalah satu produk
anti penuaan.
Produk-produk
dari Muuka Malaysia ini menggunakan bahan-bahan semulajadi tanpa bahan
kimia yang berbahaya dimana Lotion Mask mengandungi Bunga Peony , Air
Mawar, Tamanu Oil, Rasberyy, Lidah Buaya, Timun dan Teh Hijau. Manakala
Pinkish CC Cream mengandungi Bunga Peony, Argan Oil, Delima, Sheer
Butter, Burdock Root, Lemon.
Secara
keseluruhannya jika anda mengamalkan dua produk ini secara konsisten anda
akan merasakan antara 31kesan-kesan seperti di bawah ataupun
kesemuanya. Walaubagaimanapun kesan adalah bergantung pada individu .
31 Kebaikan Polished Pink Secret CC Cream dan Lotion Mask
1. Mencerahkan secara semulajadi
2. Menegangkan kulit wajah
3. Menaikkan seri wajah
4. Mengelakkan masalah kulit kuring
5. Memberi kelembapan berpanjangan pada kulit wajah
6. Memberi Aura kecantikan semulajadi
7. Merawat kulit kusam
8. Menanggalkan sel kulit mati secara semulajadi
9. Membersihkan sel kulit mati dan meransang pertumbuhan kulit baru
10. Memperbaiki sistem kulit
11. Menambahkan effect glowing pada kulit
12. Melambatkan proses penuaan serta awet muda
13. Mencegah dan merawat jerawat
14. Memudarkan dan menghalang pembenrukan jeragat baru
15. Mengecikkan bentuk wajah (vshape)
16. Menjadikan kulit putih kemerah merahan
17. Menghaluskan serta melicinkan kulit
18. Mengecilkan pori2 di wajah
19. Memudarkan parut
20. Menjadikan kulit anda bebas bernafas
21. Menjadikan make up lebih tahan lama
22. Memberi perlindungan dari sinar uv
23. Mengurangkan garis penuaan
24. Menjadikan kulit sihat bermaya
25. Sesuai untuk kulit sensitif
26. Menganjalkan kulit wajah
27. Menggebukan kulit wajah
28. Kulit lebih segar cerah dan sihat
29. Tidak mengandungi bahan kimia berbahaya
30. Mengurangkan lingkaran gelap di bawah mata
31. Mengawal pengeluaran minyak berlebihan
POLISHED PINK SECRET CC CREAM
CC Cream merupakan Color
Correcting atau Color Control Cream yang mempunyai pelbagai fungsi.
Produk ini berfungsi sebagai make up base yang juga mampu merawat segala
masalah kulit seperti warna kulit tidak sekata, kulit kusam, jerawat
dan jeragat. Kandungan anti oksida yang tinggi dari bahan utama CC Cream
ini iaitu Ekstrak Bunga Peoni mampu menyamarkan kedutan pada kulit
wajah sekaligus menjadikannya kekal muda.
POLISHED PINK SECRET CC CREAM RM79
Tekstur Polished Pink Secrect CC Cream yang ringan dan tidak melekit membuatkan ianya Mudah disapu. CC Cream ini berwarna pink.
CC Cream ini juga mampu
melindungi kulit dari sinaran matahari. Diperkaya dengan partikel
pencerahan untuk menghasilkan kulit yang lebih cerah bercahaya dan
krimnya yang berwarna pink membuatkan kulit nampak berseri merah jambu!
Kuit jadi licin dan flawless dengan Polished Pink Secrect CC Cream lagi lagi jika dikenakan dengan sedikit solekan ringkas, ianya akan tampak lebih berseri
Kuit jadi licin dan flawless dengan Polished Pink Secrect CC Cream lagi lagi jika dikenakan dengan sedikit solekan ringkas, ianya akan tampak lebih berseri
FUNGSI DAN MANFAAT POLISHED PINK SECRET CC CREAM
POLISHED PINK SECRET CC CREAM RM79
CC Cream mampu menjadikan kulit sentiasa lembab sama seperti memakai krim pelembab
Meratakan dan menyeimbangkan warna kulit
Merawat masalah kulit seperti jerawat, kulit sensitif dan jeragat
Membantu memudarkan parut jerawat dengan efektif
Mengurangkan minyak pada kulit wajah
Dengan penggunaan yang konsisten, kulit akan nampak cerah berseri secara semulajadi
Terdapat SPF30 yang melindungi kulit dari terkena sinaran UV yang boleh merosakkan kulit
Mampu mengurangkan garis halus pada kulit dan membuatkan kulit kelihatan tegang dan anjal
Bebas dari bahan kimia yang merbahaya
POLISHED PINK SECRET LOTION MASK
Cik iena pasti anda mengetahui tentang kehebatan Essence SKII. Kini
anda boleh dapatkan kebaikan yang sama hebat dengan mencuba Set dari Muuka Official ini.
Kini semua orang mampu merasa kebaikan LOTION MASK yang telah berkurun
lama digunakan oleh wanita wanita di JEPUN dan KOREA di dalam rutin
penjagaan kecantikan kulit mereka. Satu produk yang mempunyai pelbagai
manfaat dan fungsi.
POLISHED PINK SECRET LOTION MASK RM89
Tekstur Lotion Mask ini Sangat ringan dan di dalam bentuk lotion cair yang mudah meresap ke dalam kulit tanpa meninggalkan kesan berminyak.
Hanya dengan memakai lotion mask, kulit akan
mendapat khasiat seperti memakai toner, serum, essence, pelembab dan
yang paling unik sekali lotion mask ini juga berfungsi sebagai masker
wajah yang boleh dipakai setiap hari. Dihasilkan dari bahan bahan
semulajadi yang sangat berkualiti membuatkan lotion mask ini mampu
membuatkan kulit menjadi sihat dan kelihatan bercahaya secara
semulajadi.
FUNGSI DAN MANFAAT POLISHED PINK SECRET LOTION MASK
POLISHED PINK SECRET LOTION MASK RM89
Mencerah dan menjadikan kulit lebih tegang
Memberi kelembapan yang maksimum pada kulit wajah dan mejadikannya lebih sihat dan bercahaya
Membantu mengurangi kekusaman kulit dan meratakan warna kulit yang tidak sekata
Mengecilkan liang pori agar kulit lebih halus
Membantu merawat masalah kulit seperti jerawat, jeragat dan kulit rosak akibat dari pemakaian produk yang mempunyai bahan kimia
Mampu untuk menanggalkan sel kulit mati dan meggalakkan pertumbuhan sel kulit yang baru
Mampu mengurangkan kedutan dan membuatkan kulit kelihatan awet muda
POLISHED PINK SECRET LOTION MASK mempunyai khasiat kelebihan sama seperti Toner, serum, pelembab dan juga bertindak sebagai masker wajah di mana masker wajah ini tidak perlu di bilas . Hanya dap dap pada wajah kemudian sapukan CC Cream dan hasilnya pasti menawan, kulit anda akan kelihatan pinkish dan glowing
POLISHED PINK SECRET LOTION MASK mempunyai khasiat kelebihan
sama seperti Toner, serum, pelembab dan juga bertindak sebagai masker
wajah di mana masker wajah ini tidak perlu di bilas . Hanya dap dap pada
wajah kemudian sapukan CC Cream dan hasilnya pasti menawan, kulit anda
akan kelihatan pinkish dan glowing
CARA PEMAKAIAN POLISHED PINK SECRECT LOTION MASK DAN POLISHED PINK SECRECT CC CREAM
Siang
Selepas wajah dibersihkan, Pump Pink Secret Miracle
Lotion Mask sekali di atas tapak tangan dan sapu dengan cara menepuk
masuk lotion mask ke dalam kulit. Selepas itu, sapukan Polished Pink
Secret CC Cream secara merata pada kulit wajah sebelum keluar rumah
atau siang sahaja kerana CC Cream ini mengandungi SPF yang akan melindungi kulit dari cahaya matahari. Selepas selesai memakai kedua produk tersebut kulit anda akan kelihatan pinkish dan glowing.
Malam
Selepas wajah dibersihkan, Pump Pink Secret Miracle
Lotion Mask . Pakai Lotion Mask sahaja .
A photo posted by Malaysian Blogger💄👠👗👜🍴🍹 (@ienaeliena) on
7 FAKTA TERPAKSA TENTANG POLISHED PINK SECRET
1) Anda TERPAKSA menjadi cantik
2) Anda TERPAKSA membuat rakan anda jeles
3) Anda TERPAKSA mendengar pujian dari suami
4) Anda TERPAKSA menjawab soalan rahsia kecantikan anda
5) Anda TERPAKSA mendapat kulit yg cerah
6) Anda TERPAKSA mendapat pujian dari boss
7) Anda TERPAKSA menerima ramai kawan
HARGA SATU SET:
Harga sebenar: RM168 .00
Harga PROMOS : RM99.90 saja
Free POSTAGE
Untuk Maklumat Lanjut atau pembelian Sila Layari atau hubungi
Beberapa bulan yang lepas cik iena pernah menulis tentang Dress Cantik di ezbuy.my . Pada Kali ini juga cik iena ingin kongsikan 10 Produk Yang Perlu Di Beli Di ezbuy terutama buat anda penggemar fashion seperti cik iena .
Antara 10 produk tersebut ada juga yang bukan katagori fashion . Sebenarnya ianya adalah produk yang cik iena nak beli tapi cik iena kongsikan bersama kawan-kawan . Mana tau kawan-kawan nak beli juga :)
Jom cik iena cerita serba ringkas mengenai ezbuy.my
ezbuy.my
ezbuy merupakan platform membeli-belah barangan dari luar negara secara online yang terbesar.
Portal
membeli belah online ini menyediakan perkhidmatan membeli-belah dari
China, Taiwan dan Amerika Syarikat. Di ezbuy anda boleh membeli belah
produk global dengan menikmati penjimatan sehingga 4 kali penjimatan .
Terdapat berjuta-juta produk yang di jual di ezbuy. Disamping itu ezbuy
juga ada menjual barangan dari dalam negara .
Istimewa buat anda pelanggan setia ezbuy pastikan anda sertai kempen PRIME di mana hanya perlu membayar RM8.80 untuk unlimited shipping . Tidak kira anda membeli dari vendor yang berlainan, anda cuma perlu membayar kos shipping RM8.80 sahaja .
Sebagai contoh PRIME diatas, jika cik iena membeli produk dari beberapa vendor yang berlainan . Cik iena hanya perlu membayar kos shipping hanya sekali sahaja iaitu RM8.80 dengan menyertai PRIME .
Okay mari lihat barangan apakah yang menarik perhatian cik iena kali ini . Jika sebelum ini cik iena pernah memberli Dress dan cik iena sangat puas hati dan suka akan kualiti kain yang bagus dengan harga yang murah. (jemput baca - Dress Cantik di ezbuy.my )
Wahhh, cantik kan Dress ni . Sempena perayaan hari Natal dan tahun baru cina yang bakal hadir ni cik iena nak beli dress merah untuk di pakai ketika sambutan perayaan tersebut bersama rakan pejabat . Cik iena suka sangat design dress ini
Harga yang di jual pun berpatutan jika di lihat pada kualiti material .
Selain dari Dress merah diatas cik iena juga tertarik dengan Dress kembang bewarna Hitam ini . Warna hitam sesuai di pakai dengan semua warna tudung . Jika di ihat pada lengannya agak jarang, cik iena akan mengenakan Inner supaya ianya tidak jarang.
Blous Merah ini juga menjadi pilihan cik iena kerana design nya yang sangat simple dan cantik. Sesuai di gayakan di luar pejabat mahupun di dalam pejabat. Boleh di suai padankan dengan seluar slack bewarna hitam atau putih .
Harganya pula tersangat murah bagi cik iena, cuma RM 13.09
Boleh la beli dua warna, hitam & merah :)
Selain blous merah diatas, design blouse merah ini juga berjaya menambat hati cik iena. Blouse ini akan menampakkan diri lebih kurus. Cik iena sangat suka design-design ini.
Harga pun murah sahaja Rm18.62 .
Terdapat juga warna lain untuk di pilih orlah anda yang berminat.
Kesemua warna cik iena berminat, macam mana nie
(^_~)
Peplum ini juga berjaya membuat cik iena tergoda dan ingin memilikinya . Rekaan yag sangat unik dan simple namun ianya kelihatan elegant, cantik dan bergaya. Boleh di duai padankan dengan seluar slack mahupun seluar jeans.
Selain itu Wooden Portable Laptop Desk Book Stand ini juga berjaya menarik perhatiana cik iena. Dengan adanya Wooden Portable Laptop Desk Book Stand lebih mudah la cik iena buat kerja pejabat di rumah dengan menggunakannya.
Ini juga merupakan antara bahan yang pemting untuk di beli. Ianya memudah kan kita jika berlaku apa-apa di sekeliling kereta milik kita yang di pasangkan alat ini.
Iena Eliena’s Blog focuses on iena eliena life style as a part time blogger . Love to share all about her self . About her favourite foods, favourite place , about her blogging activity that she's involved in almost 12 years and also about her vacation in the country or abroad . Love to captured her selfie and share to Instagram to attract more follower.
Kindly email me for any event invitation / product review / any collaboration with your brand. You can reach me at iena(@)ienaeliena(.)com