Seperti yang kita sedia maklum, baru-baru ini telah berlangsung Ekspo Dan Pameran Antarabangsa Pertanian, Hortikultur Dan Agro Pelancongan Malaysia (Malaysia Agriculture, Horticulture and Agrotourism) MAHA 2016 yang bertempat di di Tapak Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS) .Ia nya telah berlansung bermula 1 hingga 11 Disember 2016 ..Ekspo selama 11 hari ini bertemakan 'Makanan Kita, Masa Depan Kita'.
Jika sebelum ini cik iena pernah menulis mengenai pengalaman cik iena di MAHA 2016 di hari kedua terakhir Ekspo tersebut yang mana ianya mencatatkan lebih kurang 3.5 juta pengunjung dan kini setelahtamatnya Ekspo tersebut, MAHA 2016 telah berjaya mencatat 3.7 Juta Pengunjung dengan Mencapai Jualan Dan Perjanjian Jualan Melebihi RM380 juta.
Pengalaman cik iena ketika di hari kedua terakhir MAHA 2016 : MAHA 2016 MERIAH DENGAN CATATAN 3.5 JUTA PENGUNJUNG
Pada artikel yang cik iena kongsikan diatas terdapat beberapa gambar sepanjang ekspo berlangsung untuk tatapan anda dan untuk anda melihat sendiri kemeriahannya. Walaupun keadaan yang sesak dengan orang ramai namun ianya meriah, ‘havoc’ dan menyeronokkan.
Artikel yang cik iena kongsikan juga telah dapat perhatian rakan facebook .
Link Perkongsian di facebook : http://bit.ly/MAHA2016-fbShare1
Artikel yang cik iena kongsikan juga telah dapat perhatian rakan facebook .
Link Perkongsian di facebook : http://bit.ly/MAHA2016-fbShare1
Ianya juga telah mendapat jumlah view yang agak memberansagkan hasil perkongsian di laman facebook .
Tahniah di ucapkan diatas kejayaan yang cukup membanggakan ini . Ini merupakan satu pencapaian yang sangat bagus. Pengunjung bukan sahaja terdiri daripada warga negeri Selangor, malahan dari seluruh pelusuk negeri.
MAHA 2016: Catat jualan, perjanjian jualan lebih RM380 juta, pengunjung 3.7 juta
Berdasarkan Info di www.astroawani.com MAHA 2016 Catat 3.7 Juta Pengunjung dengan Mencapai Jualan Dan Perjanjian Jualan Melebihi RM380 juta.
Berikut merupakan keratan dari Astroawani.
KUALA LUMPUR: Pameran Antarabangsa Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (MAHA) 2016 mencapai jualan dan perjanjian jualan melebihi RM380 juta dan mencatat kehadiran 3.7 juta pengunjung.
Sekretariat MAHA dalam kenyataan berkata sasaran jualan dan perjanjian jualan itu melepasi sasaran penganjur sebanyak RM200 juta berbanding RM152 juta jualan pada 2014.
Menyifatkan MAHA pada kali ini adalah terbesar dan paling kreatif dalam sejarah penganjurannya, kenyataan itu turut menyebut acara berkenaan kali ini mampu menarik penyertaan daripada golongan muda.
"Ia mencipta satu trend baharu berbeza berbanding dengan MAHA sebelum ini yang sentiasa dianggap sebagai acara untuk orang kampung dan berkaitan dengan genarasi lebih tua," katanya.
Terdahulu, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek pada sidang media pada Ahad menyebut ia merupakan petanda baik kerana selari dengan matlamat kerajaan untuk mendapatkan penyertaan lebih 40 peratus golongan belia dalam sektor pertanian.
Program baharu berkonsepkan agrotainment seperti 'Rhythm of the Farmers' dimasukkan dalam MAHA kali ini untuk menarik minat ke arah pertanian melalui hiburan, mendorong pengunjung ke kawasan pameran tahun ini terutamanya daripada golongan belia, katanya.
Selain daripada penyertaan golongan belia, MAHA 2016 turut melibatkan golongan peniaga profesional dalam sektor pertanian dan orang awam dan menyediakan keperluan anak-anak seperti Upin & Ipin di Kampung Durian Runtuh, maskot transformer dan kereta kuda.
Selain persembahan beberapa artis terkenal, antara tarikan di MAHA2016 termasuk persembahan produk dan pelancaran, teknologi dan inovasi pertanian, bazar agro, persembahan kebudayaan, masakan tradisional dan pertandingan memancing.
MAHA 2016 bertema 'Makanan Kita, Masa Depan Kita' yang bermula sejak 1 Dis lalu di Tapak Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS), melabuhkan tirainya hari ini.
Ekspo pertanian dan makanan terbesar dan paling lama di rantau ini dijangka akan kembali pada 2018. -- Bernama
MAHA 2016 Di Penuhi Lautan Manusia
Disini cik iena ingin kongsikan video yag menunjukkan betapa ramainya pengunjung yang hadir ke MAHA 2016 untuk tontonan anda semua.
VIDEO TIMELAPS MAHA 2016
Sekali lagi Syabas dan tahniah di ucapkan kepada MAHA 2016 diatas kejayaan ini.Untuk pengetahuan semua MAHA ini diadakan setiap 2 tahun sekali. Jadi buat anda semua jangan lupa untuk bersiap sedia bagi MAHA 2018 nanti :)
Nukilan,
|
0 comments:
Post a Comment