Grab The Promo
Grab The Promo

Pemeriksaan Kucing Percuma | Kempen MyCat2Vet Oleh Royal Canin Malaysia


Tahukah Anda Bahawa Kucing Kita Boleh Menderita Sakit Tanpa Kita Sedari . Kajian Menunjukkan 2 daripada 5 Pemilik Binatang Peliharaan Menganggap Binatang Peliharaan mereka Sihat dan Gembira


Royal Canin Malaysia



Dianggarkan 2 daripada 5 pemilik kucing di Malaysia tidak membawa kucing mereka berjumpa doktor haiwan pada tahun ini. Ini adalah menurut keputusan satu kajian yang telah dibuat oleh Royal Canin untuk lebih memahami kepercayaan pemilik kucing dan motivasi mereka.

Baru-baru ini, telah berlangsungnya Majlis pelancaran Kempen MyCat2Vet. Pada majlis tersebut, selaku Pengurus Royal Canin Malaysia Hal Ehwal Korporat & Scientific Komunikasi, Dr Calvin Cheah yang juga merupakan seorang doktor haiwan berkata :  


Tiga sebab utama yang disebut oleh pemilik, untuk tidak berbuat demikian adalah: 


i) mereka bimbang tentang kos rawatan
ii) mereka berfikir kucing mereka boleh menjaga diri sendiri
iii) mereka berfikir kucing mereka tidak mempunyai isu-isu kesihatan  




MyCat2Vet Oleh Royal Canin Malaysia





Menurut Dr Calvin Cheah, merujuk kepada masalah kos yang menjadi punca kurangnya pemilik kucing membawa kucing bertemu doktor 

; Kos rawatan adalah lebih mahal jika anda meninggalkan kesihatan kucing tanpa pengawasan!

Maksudnya, jika kesihatan kucing anda berada di tahap bahaya, anda harus mengeluarkan lebih banyak wang untuk cuba menyelamatkan kucing anda.

Untuk pengetahuan anda dalam masa ini juga, kucing anda akan menderita sakit dalam diam kerana kesihatan tidak di pantau
dari awal.

Berdasarkan penemuan ini, Pihak Royal Canin Malaysia, sebagai sebuah syarikat yang mementingkan kebajikan haiwa
n, telah memutuskan untuk memainkan peranannya untuk membantu meningkatkan kesedaran mengenai keperluan kucing untuk mendapatkan pemeriksaan secara berkala. Oleh itu Pihak Royal Canin Malaysia melancarkan Kempen MyCat2Vet !


"Kami melabur sumber dan bekerjasama dengan rangkaian veterinar untuk menggerakkan kempen ini kerana kami percaya bahawa dengan menggalakkan pencegahan proaktif, kita dapat membantu mewujudkan kualiti hidup yang lebih baik untuk kucing dan menyumbang masa yang berkualiti untuk kucing dan pemiliknya.



Kempen MyCat2Vet Oleh Royal Canin Malaysia




Akhirnya, kami percaya bahawa kedua-dua pemilik haiwan peliharaan dan kucing akan mendapat manfaat daripada kempen ini. "

Begitulah kata-kata  
Dr Calvin Cheah.




Royal Canin Malaysia telah menyenaraikan sokongan 200 klinik veterinar di seluruh negara di mana pemilik haiwan kesayangan boleh membawa kucing mereka untuk pemeriksaan.


Di bawah kerjasama ini, Royal Canin Malaysia akan mengambil bahagian untuk menawarkan pemeriksaan
fizikal percuma dengan mendaftar pada pautan yang akan di sertakan di bawah.

Dalam kempen ini, Royal Canin Malaysia mensasarkan sebanyak 10,000 kucing akan di bawa untuk mendapatkan rawatan percuma bersempena kempen ini.

Kepada pemilik haiwan kesayangan anda boleh daftar terlebih dahulu dan dapatkan rawatan percuma di klinik terpilih berhampiran anda.


DAFTAR RAWATAN PERCUMA DI http://www.mycat2vet.my/get-a-free-checkup


TARIKH KEMPEN

1 Disember 2016 Sehingga 31 Disember 2016






TARIKH KEMPEN

1 Disember 2016 Sehingga 31 Disember 2016

Jika anda mempunyai soalan untuk kempen ini, sila call atau whatsapp 016 206 9610 atau email
di info@mycat2vet.com

 



Untuk pengetahuan semua juga Royal Canin merupakan jenama makanan kucing pilihan cik iena untuk si bulus cik iena yang bernama Tommy. Cik iena juga tidak lepaskan peluang untuk dapatkan pemeriksaan percuma untuk Tommy.





Pemeriksaan Kucing Percuma menerusi  Kempen MyCat2Vet Oleh Royal Canin Malaysia

 

 




Baru-baru ini cik iena telah menyahut kempen ini dengan membawa kucing kesayangan cik iena yang bernama Tommy di salah sebuah klinik yang terlibat .  Sebelum ke klinik untuk mendapatkan rawatan, apa yang perlu di lakukan terlebih dahulu adalah mendaftar di http://www.mycat2vet.my/get-a-free-checkup 

Kemudian, anda akan menerima email MyCat2Vet: Get a Free Cat Checkup by Royal Canin dan ‘registration code’.

Sebelum ke klinik adalah di nasihatkan untuk
menelefon terlebih dahulu bagi memastikan waktu beroperasi klinik tersebut kerana setiap klinik mungkin mempunyai waktu operasi yang berlainan.


 Kempen MyCat2Vet Oleh Royal Canin Malaysia
semasa mendaftar jangan lupa berikan kod pendaftaran yang di beri di dalam email anda :)




Semasa mendaftar di klinik, tunjukkan email dan ‘registration code’ yang anda terima untuk mendapatkan khidmat pemeriksaan percuma. Untuk pengetahuan anda perkhidmatan percuma yang di tawarkan adalah Normal Medical Check Up (pemeriksaan fizikal). Sekiranya binatang peliharaan anda memerlukan ubat ubatan atau anda ingin memberi vaksin atau sebagainya kepada kucing peliharaan anda, ianya adalah di atas kos anda sendiri.




MyCat2Vet Oleh Royal Canin Malaysia
tommy di dalam kereta semas dalam perjalanan pulang ke rumah setelah selesai berjumpa doktor



Ini merupakan pengalaman pertama Tommy ke Vet kerana Tommy baru berusia 2 bulan, di sini juga tommy di beri vaksin yang pertama untuk anak kucing . Kepentingan vaksin ini sama juga seperti kepentingan vaksin buat anak anak kita bagi mengelakkan terkena penyakit-penyakit tertentu.



MyCat2Vet Oleh Royal Canin Malaysia
reaksi tommy sebelum masuk ke bilik doktor, tommy terkejut melihat klinik di mana terdapat binatang-binatang peliharaan lain



Semasa sesi pemeriksaan, Tommy berkelakuan sangat baik. Cik iena juga terkejut kerana kebiasaannya Tommy sangat buas. Adik-adik cik iena sering menggelar Tommy sebagai binatang buas kerana kelincahan dan kenakalannya tidak seperti kucing-kucing peliharaan kami sebelum ini .








Gambar Tommy | MyCat2Vet Oleh Royal Canin Malaysia










Kempen MyCat2Vet Oleh Royal Canin Malaysia
sebelum memulakan rawatan, timbang dahulu
royal canin





Kempen MyCat2Vet Oleh Royal Canin Malaysia
tommy selfie dengan deqnor masa kakngah drive yer







Maaf, Tommy tak di benarkan mengambil gambar semasa sesi pemeriksaan . Jadi tiada gambar Tommy dan doktor :)

Baiklah, jom cik iena cerita serba sedikit mengenai makanan kegemaran Tommy ni ; Royal Canin . Untuk pengetahuan
semua, Tommy taknak makan makanan lain selain Royal Canin . Kucing kerabat diraja betul Tommy ni ya (^_~)







iena eliena
Nukilan,

iena eliena
Instagram : @ienaeliena
Twitter : @ienaeliena
Email : iena@ienaeliena.com




0 comments:

Post a Comment

Powered by Jasper Roberts - Blog

Archieve