Grab The Promo
Grab The Promo

Pertembungan unik dua budaya Dalam Jurnal Asyikin Exclusive : Travelog Cinta Tang Guo Hua


 Jurnal Asyikin Exclusive menyaksikan Pertembungan unik dua budaya dalam Travelog Cinta Tang Guo Hua  yang menyaji kisah benar tentang pengalaman usahawan tekstil iaitu Puan Nur Asysikin .


Sesi sharing oleh Puan Nur Asysikin dan Haji Ishaq bersama tetamu  Majlis Hi Tea Jurnal Asyikin Exclusive
Sesi sharing oleh Puan Nur Asysikin dan Haji Ishaq bersama tetamu  Majlis Hi Tea Jurnal Asyikin Exclusive

Cinta terhadap dunia tekstil membawa dua individu ini nekad membina empayar perniagaan sendiri. Meski berlainan bangsa namun kedua-duanya begitu serasi untuk mengukuhkan jenama dalam industri tekstil tanah air sehingga jenama fabriknya menjadi bualan dan menjadi pilihan umum.

Tidak betah menyimpan sendiri hasil tuaian yang diraih, kedua-dua individu ini berkongsi pengalaman berharganya untuk dijadikan inspirasi buat usahawan di luar sana.


Sesi sharing oleh Puan Nur Asysikin dan Haji Ishaq bersama tetamu  Majlis Hi Tea Jurnal Asyikin Exclusive
Sesi sharing oleh Puan Nur Asysikin dan Haji Ishaq bersama tetamu  Majlis Hi Tea Jurnal Asyikin Exclusive


Maka, lahirlah sebuah rancangan travelog berjudul Jurnal Asyikin Exclusive : Travelog Cinta Tang Guo Hua yang kini bersiaran menerusi saluran 106, Astro Oasis pada setiap Ahad jam 7.30pm.

Rancangan ini sudah masuk episod ke 9 iaitu Episod Akhir pada ahad ini iaitu4 Desember 2016. Antara lain, Journal ini mempotretkan kisah kehidupan suka duka antara dua individu  iaitu Nur Asysikin Rahmat dan Haji Ishaq Tang Guo Hua selaku watak utama sepanjang rancangan.



 Jurnal Asyikin Exclusive
Sesi beramah mesra dengan tetamu yang hadir

Untuk pengetahuan semua, menurut Puan Nur AsysikinJurnal Asyikin Exclusive : Travelog Cinta Tang Guo Hua merupakan bingkisan istimewa buat pencinta fabrik dari jenamanya iaitu Asyikin Exclusive. Ianya di terbitkan khas buat pencinta fabrik jenamanya sebagai tanda penghargaan sokongan yang diberikan kepada fabrik jenamanya.

“Saya ingin membawa penonton menyelusuri pengalaman perniagaan tekstil melalui sentuhan perkongsian jatuh bangun dan jerih perih sepanjang kami berdua membina empayar. "
 
Apa yang kami perolehi ketika ini bukan mudah kerana banyak air mata yang tumpah sepanjang membangunkan jenama Asyikin Exclusive.  Paling istimewa, fokus rancangan ini adalah pengembaraan mengenal budaya masyarakat Cina di negara Tembok Besar China,” ujar Nur Asysikin."

Jelas Pengasas Asyikin Exclusive ini, lokasi penggambaran rancangan tersebut yang diadakan di China juga bakal memberi pengalaman baru kepada penonton.


Menurut beliau lagi..
"Hal ini kerana ia lokasi yang dipilih adalah lokasi baru dan bukanlah wish list tumpuan pelancong. Namun begitu, lokasi-lokasi tersebut menyimpan seribu satu khazanah budaya dan alam yang sangat indah untuk dikunjungi.

Sesi sharing oleh Puan Nur Asysikin dan Haji Ishaq bersama tetamu  Majlis Hi Tea Jurnal Asyikin Exclusive
Sesi sharing oleh Puan Nur Asysikin dan Haji Ishaq bersama tetamu  Majlis Hi Tea Jurnal Asyikin Exclusive
Pasti sahaja keunikan pengembaraan membuatkan penonton terpukau dan kagum dengan keindahan budaya serta pemandangan di sana,

Dengan 9 episod keseluruhannya, Puan Nur Asysikin sangat terharu dengan sambutan penonton terutama dari peminat fabrik jenamanya.

Pasti sahaja perasaan manis itu dikongsi bersama suami tercinta, Haji Ishaq Tang @ Tang Guo Hua yang merupakan individu kedua dalam rancangan tersebut.

Menurut Haji Ishaq Tang, Jurnal Asyikin Exclusive : Travelog Cinta Tang Guo Hua merupakan satu catatan peribadi terindah yang dikongsi untuk tatapan penonton.

Kami menerima maklumbalas yang memberangsangkan dan bersyukur kerana rancangan tersebut mendapat tempat di hati penonton. Selain perkongsian antara dua budaya, banyak elemen kejutan menarik dalam rancangan tersebut.
 
 Jurnal Asyikin Exclusive
Pasangan suami isteri ini berkongsi kisah suka duka dunia perniagaan dalam rancangan Jurnal Asyikin Exclusive - Travelog Cinta Tang Guo Hua.
Ia menjadi satu perkongsian bernilai kami dalam usaha membangunkan empayar tekstil ini. Untuk kita sukses, banyak hakikat pahit yang terpaksa kami telan dan terus cekal bersaing dalam pasaran fesyen, kata pengasas BaBaNyonya Shop ini.

Pada yang masih belum mengetahui tentang Asyikin Exclusive dan BaBaNyonya Shop Jom cik iena cerita serba sedikit tentang kedua dua Syarikat ini :)


Asyikin Exclusive


Dikenali sebagai Asyikin Collection sejak tahun 2000 dengan menjual produk dalam semua jenis fesyen muslimah. Pada Jun 2013, syarikat ini menukar nama kepada Asyikin Exclusive dengan mempunyai tiga cawangan butik iaitu di MITC Melaka, Mahkota Parade dan Dataran Pahlawan. Dengan tagline your aurat solutios, produk yang diketengahkan ialah selendang, jubah, dress, blouse dan pakaian yang memenuhi syariat Islam dalam berfesyen. Jenama ini boleh dibeli menerusi dalam talian menerusi laman facebook Asyikin Exclusive dan Instagram asyikin_exclusive.


Website : asyikinexclusive.com
Facebook : Asyikin Exclusive
Instagram : @asyikin_exclusive
Alamat : No 41 Jalan Komersial Kota Fesyen 75450 Ayer Keroh Melaka.
Email : syikinweb@gmail.com
No Telefon : 06-2326925 
WhatsApp : 0172260804

BaBaNyonya Shop


BaBaNyonya Shop ditubuhkan pada tahun 2011 dengan fokus menjual kain secara borong dan gulung kepada usahawan, peniaga kain, butik dan orang perseorangan. Terletak di  Jalan Tuanku Abdul Rahman (TAR), Kuala Lumpur,  kesemua kain yang diperoleh diimport dari kilang kain dari China. Selain kain kosong, perniagaan tekstil ini menghasilkan corak sendiri yang dicetak di kilang tersebut bagi mendapatkan corak eksklusif dan tidak terdapat pada pemborong lain. Selain kedai fizikal, BaBaNyonya Shop turut menawarkan pilihan kepada pembeli menerusi laman Instagram babanyonyashop.

Facebook : babanyonyashop
INstagram : @babanyonyashop
Email : babanyonyatextile@gmail.com
Phone : 03-2602 1631
WhatsApp  :  017 364 34 88






iena eliena
Nukilan,

iena eliena
Instagram : @ienaeliena
Twitter : @ienaeliena
Email : iena@ienaeliena.com




0 comments:

Post a Comment

Powered by Jasper Roberts - Blog

Archieve