Sushi King ‘Doubly Fresh, Doubly Joyous’ Sempena Tahun Baru Cina
Sushi King merupakan Restoran makanan Jepun yang menawarkan hidangan Sushi dimana Sushi merupakan salah satu makanan tradisional yang paling popular di Jepun, dan kini ianya turut digemari di seluruh dunia termasuk Malaysia. Sushi diperbuat daripada nasi bercuka dan dibubuh inti campuran ikan, makanan laut, sayur-sayuran atau telur. Inti tersebut boleh mentah, dimasak atau diperam.
Sushi King merupakan rangkaian restoran Jepun halal yang menjadi kesukaan ramai di Malaysia. Bersempena Perayaan Tahun Baru Cina 2017 yang bakal menjelma, Sushi King menyediakan hidangan ‘Doubly Fresh, Doubly Joyous’ sehingga 28 Februari 2017. Setiap pelanggan bukan sahaja dapat menikmati hidangan Sushi King yang lazat bersama rakan mahupun keluarga tercinta malah anda juga berpeluang mendapat ganjaran menarik daripada Sushi King.
Bersempena perayaan tahun baru cina ini terdapat menu baru yang di keluarkan di Sushi King seluruh Malaysia bagi sama-sama meraikan kemeriahan perayaan tersebut. Baru-baru ini juga cik iena dan rakan-rakan blogger yang lain berkesempatan mencuba menu menu tahun baru cina. Terima kasih diucapkan kepada +Bro Framestone diatas undangan.
Hidangan Tahun Baru Cina Sushi King
Hidangan tahun baru cina pasti tidak akan lari dari Yee Sang. Ini merupakan menu wajib bagi perayaan ini . jadi Sushi King juga menyajikan menu ini istimewa buat anda.
Hidangan istimewa ini dinamakan ‘Doubly Fresh, Doubly Joyous’, iaitu Prosperity Yee Sang adunan ramuan segar bersama-sama premium salmon yang didatangkan dari Norway. Ber’Yee Sang’ bersama-sama rakan sebelum menikmati pelbagai lagi hidangan istimewa yang disediakan.
Antara hidangan ekslusif Sushi King yang disajikan sempena Tahun Baru Cina ini adalah Spicy Salmon, Teriyaki Sushi, Salmon Teriyaki Sushi dan Fried Salmon Sushi disamping pelbagai lagi sushi yang biasa disediakan. Tidak ketinggalan juga hidangan istimewa ‘Joyous rice’ versi citarasa tersendiri Sushi King iaitu Salmon Don, Ontama Salmon Don dan Seafood Bento.
‘Doubly Fresh, Doubly Joyous’ atau Prosperity Yee Sang
Ini merupakan kali ketiga dalam tahun 2017 cik iena menikmati keenakan Ye Sang. Jika sebelum ini cik iena menikmati Yee Sang sebanyak dua kali bersama rakan pejabat pada kali ini pula bersama rakan blogger. Diantara ketiga-tiga yang cik iena cuba Yee Sang dari Sushi King berjaya menambat hati cik iena selepas Yee Sang di Maju Palace Restaurant.
Prosperity Yee Sang dengan Wasabi Mix Sauce dan Tangy Plum Sauce
Cik iena sememangnya sudah biasa dengan hidangan tahun baru cina kerana cik ienna bekerja di sebuah syarikat cina selama empat tahun dimana pada setiap tahun cik iena akan turut sama meraikan perayaan tahun baru cina bersama rakan pejabat.
Prosperity Yee Sang dengan Wasabi Mix Sauce dan Tangy Plum Sauce
Assorted Sushi
Assorted Sushi
Aburi Sushi
Aburi Sushi
Spicy Salmon Teriyaki Sushi
Spicy Salmon Teriyaki Sushi
Salmon Teriyaki Sushi
Salmon Teriyaki Sushi
Fried Salmon Sushi
Fried Salmon Sushi
Ontama Salmon Don
Ontama Salmon Don
CNY Bento
CNY Bento
CNY Bento
Seafood Bento
Seafood Bento
Salmon Don
Salmon Don
Salmon Don
Dessert Cheese Cake
Dessert Cheese Cake
Istimewa buat pelanggan yang berbelanja RM68.00 ke atas dalam satu resit di mana-mana outlet Sushi King sempena Tahun Baru Cina ini, anda layak untuk mendapatkan set ekslusif Sushi King Daruma Ang Pows dan hadiah bernilai RM22,888.00 untuk dimenangi. Selain daripada itu anda juga berpeluang memenangi trip ke Tokyo dengan perbelanjaan ditanggung sepenuhnya oleh Sushi King.
Fashion, Beauty, Lifestyle, Food and Travel Blogger.
Iena Eliena’s Blog focuses on iena eliena life style as a part time blogger . Love to share all about her self . About her favourite foods, favourite place , about her blogging activity that she's involved in almost 12 years and also about her vacation in the country or abroad . Love to captured her selfie and share to Instagram to attract more follower.
Kindly email me for any event invitation / product review / any collaboration with your brand. You can reach me at iena(@)ienaeliena(.)com
0 comments:
Post a Comment