Kenaikan harga sewa dan kadar gadai janji yang rendah memacu rata-rata
pembeli untuk membeli hartanah lebih awal dari perancangan. Sesetengah yang
lain pula lebih selesa menunggu pasaran hartanah pulih, walaupun pelbagai
insentif diadakan, sebelum mula membeli hartanah. Sebenarnya, tiada jawapan
yang tepat untuk soalan sama ada untuk menyewa atau membeli rumah.
Sewa vs. Beli Rumah Yang Manakah Jalan Terbaik Untuk Anda? |
Ada beberapa faktor yang perlu anda pertimbangkan sebelum membuat
sebarang keputusan. Kedua0dua pilihan ada kebaikan dan keburukan tersendiri,
dan kekuatan kewangan anda adalah faltor terkuatr dalam membuat pilihan.
Sewa
Walaupun anda tidak mampu menambah ekuiti anda, menyewa menawarkan anda
lebih kebebasan, terutamanya jika anda menyewa secara bulanan. Anda boleh
mencari unit sewaan yang baik di bahagian apartmentfor rent in KL di PropertyGuru.
Kelebihan:
·
Anda tidak perlu memikirkan
tentang isu penyelenggaraan. Jika ada sebarang kerosakan di ru ah sewa anda
atau anda perlukan khidmat juru elektrik, anda cuma perlu menghubungi pengurus
bangunan.
·
Senang untuk berpindah. Jika anda masih di
tahap kerjaya yang memaksa anda untuk tidak menetap di satu-satu tempat dalam
jangka masa yang lama atau anda mungkin akan dipindahkan bila-bila masa, adalah
mudah untuk anda berpindah dan anda tidak perlu sampai menjual rumah anda.
·
Tiada aset susut nilai. Nilai hartanah kekal,
naik atau atau turun dalam pasaran hartanah. Tiada jaminan yang nilai
pangsapuri anda akan naik dalam jangka masa yang khusus.
Kekurangan:
·
Kenaikan harga sewa bulanan. Biasanya harga
sewa akan naik terutamanya di bandar besar. Ini bermakna anda mungkin akan
perlu bayar lebih sebaik sahaja perjanjian sewaan anda tamat.
·
Tiada ekuiti. Bayaran yang anda buat setiap
bulan memberikan anda tempat tingal, tetapi tidak memberi anda aset yang anda
boleh jual di kemudia hari.
·
Tiada faedah cukai. Merujuk laporan Asia One
Business , pemilik rumah akan terus menerus mendapat pelbagai faedah dan
insentif daripada kerajaan, seperti yang dinyatakan AsiaOneBusiness. Sudah tentu penyewa tidak berhak untuk menikmati insenti dan
faedah yang dinyatakan.
·
Perlukan kebenaran pemilik sebelum melakukan apa-apa ubahsuai. Ada sesetengah pemilik yang baik hati dan memberi kebenaran ubahsuai
seperti mengecat rumah kepada penyewa. Bagaimanapun anda perlu berbincang
dengan mereka berkenaan pemilihan warna. Sebarang perubahan yang berkaitan
dengan penambahbaikan perkakasan memerlukan kebenaran daripada pemilik rumah
atau pengurus kompleks perumahan.
Beli
Pilihan untuk membeli bukan untuk semua orang, tetapi ia menawarkan
kelebiohan dari sudut emosi dan kewangan.
Kelebihan:
·
Menambah ekuiti. Kebiasaannya, nilai
pangsapuri akan bertambah pada kadar 4 ke 6 peratus setiap tahun. Walaupun
nilainya tidak bertambah, anda masih dikira menambah ekuiti semasa anda
menjelaskan bayaran gadai janji anda selama mana nilai hartanah anda tidak
berubah.
·
Pengecualian cukai. Pemilik rumah
memiliki banyak kelebihan cukai di Malaysia. Kelebihan ini mampu membantu
mengurangkan kos untuk membeli rumah anda.
·
Pembayaran yang stabil. Gadai janji kadar rata
menawarkan bayaran pokok dan bunga yang sama untuk tempoh pinjaman anda.
Bagaimanapun, insuran dan cukai mungkin berubah.
·
Rumah sebagai pelaburan. Jika anda pilih untuk
membeli rumah dan menyewakan hartanah itu, anda akan dapat pendapatan yang
berterusan. Bagaimanapun, ini cuma berlaku jika anda boleh menampung bayaran pinjaman anda dengan bayaran sewa.
Oleh itu, jika anda ingin membeli, pilihlah hartanah yang mampu memberikan
pulangan di masa depan.
·
Menetap di sebuah komuniti. Komitmen yang ada
dalam pembelian sesebuah hartanah membuatkan anda lebih melibatkan diri di
komuniti kejiranan kerana anda akan berada di situ bertahun-tahun. Anda boleh
berkenalan dengan jiran anda, menyertai Kesatuan Penduduk (yang menawarkan
pelbagai manfaat seprti yang dijelaskan PersatuanPembeli Rumah Kebangsaan) bahkan membantu secara sukarela di projek
setempat yang bertujuan menambah baik taraf kehidupan komuniti atau sekolah.
·
Kebebasan menghias. Salah satu kelebihan
memiliki rumah adalah kebebasan mengubahsuai persekitaran rumah anda untuk
disesuaikan dengan cara hidup anda. Bagaimanapun, jika anda hidup dalam
lingkungan kesatuan pemilik rumah, kebebasan anda untuk menghias ruangan luar
agak terbatas, tetapi sekurangnya anda masih boleh mengecat dapur anda dengan
warna kuning terang jika anda mahu.
Kekurangan:
·
Anda bertanggungjawab untuk menyelenggara.
Anda akan habiskan banyak masa dan wang demi memastikan rumah anda dalam
keadaan baik.
·
Aset tak cair. Jika secara tiba-tiba anda mengalami perubahan dari sudut kerjaya,
perpindahan atau situasi yang mendesak, anda tidak boleh menjual rumah anda
secepat mungkin.
·
Cukai tanah. Cukai boleh meningkat, dan
membuatkan kediaman anda di luar kemampuan anda.
·
Kehilangan nilai. Tiada jaminan nilai hartanah
anda akan meningkat.
Membeli rumah baru untuk didiami adalah perkara besar yang tidak patut
dipandang ringan. Bagaimanapun, kenaikan kos dan penurunan kadar gadai janji
menjadikan pembelian satu pilihan yang lebih baik. Ambil masa anda dan teliti
semua kelebihan dan kekurangan.
Bergantung kepada perkara di atas, anda mungkin
mendapati yang pangsapuriuntuk disewa di KL di PropertyGuru Malaysia mungkin pilihan kewangan yang tepat sebelum anda membuat
keputusan untuk memiliki hartanah
Nukilan,
|
0 comments:
Post a Comment