Grab The Promo
Grab The Promo

Baby Fair 2017 Murah dan Jimat : Diskaun Sehingga 85 %



Dewasa kini kenaikan harga barang boleh dikatakan membebankan rakyat Malaysia khususnya buat mereka yang berpendapatan rendah.
Ramai yang merungut di mana harga barang keperluan naik mendadak seperti barangan persekolahan anak-anak dan juga barangan keperluan yang lain.

Bagi ibu bapa yang mempunyai anak kecil ataupun baru menyambut kelahiran anak sudah pasti tercari-cari lokasi untuk mencari barangan keperluan anak anda dengan harga yang murah tetapi tetapi dengan kualiti yang baik.

Disini cik iena ingin kongsikan tentang kempen jualan murah untuk barangan bayinyang boleh dikatakan terbesar di Malaysia yang dianjurkan oleh Lazada Malaysia.
Terdapat pelbagai jenama pakaian dan barangan keperluan bayi berjenama sehingga 85% diskaun.

Lazada Big Baby Fair


Dengan peningkatan kos sara hidup, kita sewajarnya merancang  perbelanjaan dengan lebih baik dalam membuat sebarang pembelian. Istimewa buat pelanggan Lazada khususnya,  Lazada ingin berkongsi keceriaan bersama ibu-bapa atau bakal ibu bapa sempena kempen Big Baby Fair” yang berlangsung dari 29 March hingga 2 April ini. Anda boleh menikmati tawaran terbaik pada harga yang sangat murah untuk pelbagai jenis produk bayi!
  
Lazada Big Baby Fair


Bersempena jualan ini, Anda berpeluang menikmati diskaun sehingga 85% untuk pelbagai barangan bayi serta kanak-kanak termasuklah lampin, fesyen kanak-kanak dan kelengkapan bayi.
Antara jenama terkemuka yang anda boleh dapatkan di sepanjang kempen “Big Baby Fair” ini  termasuklah Mamypoko, Huggies, Nestle, Sweet Cherry, Pediasure, Goo.N, Wyeth, Anakku , Fisher Price dan banyak lagi jenama yang terlibat.

Diskaun Sehingga 43 % Huggies


Huggies juga menawarkan harga diskaun sehingga 43% untuk kesemua jenis lampin bayi. Menarik kan? Ini merupakan masa yang sangat sesuai untuk anda membeli barangan tersebut. Kebanyakan kaum ibu suka membeli pada harga yang murah dan simpan. Jadi anda perlu ambil peluang ketika jualan murah ini untuk membeli barangan keperluan bayi anda yang boleh di simpan untuk kegunaan bayi atau anak kecil anda.


Lazada Big Baby Fair


Sangat mudah membeli-belah di Lazada.Tanpa perlu keluar dari rumah, anda boleh membeli belah barangan bayi dengan mudah di Lazada Malaysia. Lazada  menawarkan kepada para pelanggan  dengan cara pembayaran yang pelbagai. Selain membayar melalui perbankan online, anda juga boleh membayar dengan kad kredit, debit card mahupun secara Cash On Delivery.


Lazada Big Baby Fair



Selain daripada itu anda bukan sahaja akan menikmati diskaun hebat dan jualan segera daripada jenama di atas tetapi anda juga boleh mendapatkan penghantaran percuma apabila anda membeli produk terpilih!
 
Kepada anda yang menggemari contest-contest di laman sosial, anda juga berpeluang untuk memenangi hadiah hebat dengan menyertai peraduan di social media Lazada Malaysia. 




 

Apa yang menarik di Lazada Big Baby Fair


Jika di tanya pada cik iena sudah pasti cik iena akan katakan Jualan Flash Sale kerana pada ketika ini anda boleh dapatkan barangan bayi sehingga serendah RM1 untuk satu barangan. Walaubagaimanapun untuk setiap item flash sale anda hanya dibenarkan membeli hanya satu item untuk satu akaun lazada.

Ini merupakan kempen yang paling cik iena gemari. Walaupun cik iena masih belum berkahwin cik iena mengambil kesempatan ini untuk membeli hadiah untuk kawan-kawan cik iena yang baru melahirkan bayi.

Lazada Big Baby Fair Blogger Contest


Istimewa buat Blogger-blogger Malaysia , anda berpeluang untuk memenangi Lazada Malaysia shopping voucher dengan menyertai Lazada Big Baby Fair Blogger Contest. 6 Blogger bertuah berpeluang memenangi voucher membeli-belah Lazda Malaysia bernilai RM500 setiap seorang. 
 
 
Lazada Big Baby Fair Blogger Contest bermula pada 27 March dan akan tamat pada 2 April 2017.
 Sila ke http://www.lazada.com.my/blogger-contest/ untuk maklumat lanjut.

Cik iena pun nak membeli-belah juga, beli hadiah new born kawan-kawan yang baru melahirkan baby. Di Pejabat cik iena subur-subur belaka. Bersambung-sambung kisah pregnancy. Sorang habis cuti bersalin, sambung lagi seorang dua. Berjangkit-jangkit sampaikan big boss cakap wanita-wanita office kami subur (^_~)

Wokayyyyy   Tunggu apa lagi,jom  membeli-belah di Lazada Big Baby Fairsekarang.







iena eliena
Nukilan,

iena eliena
Instagram : @ienaeliena
Twitter : @ienaeliena
Email : iena@ienaeliena.com




Warisan Nu Sentral Menawarkan Servis Terbaik untuk Tempahan Pukal

Kepada anda di luar sana yang berhasrat untuk berkumpul beramai-ramai dam makan di sebuah restoran tanpa sebarang masalah di sekitar KL Sentral, cik iena cadangkan
anda makan di Restoran Warisan Yang terletak di level LG Nu Sentral.




Warisan Nu Sentral Menawarkan Servis Terbaik untuk Tempahan Pukal





Ini merupakan kali kedua majlis farewell yang cik iena anjurkan untuk rakan pejabat cik iena. Sememangnya sangat mudah berurusan dengan pihak Warisan. Tiada deposit dikenekan kerana mereka mengamalkan sifat "PERCAYA KEPADA PELANGGAN".
Perkataan ini sendiri keluar dari mulut salah seorang pekerja yang melayan cik iena pada hari cik iena membuat tempahan kerana pada ketika itu cik iena menghulurkan sejumlah wang untuk deposit.





Warisan Nu Sentral Menawarkan Servis Terbaik untuk Tempahan Pukal



Cik iena sangat terkejut dengan kata-kata pekerja tersebut. Jika sebelum ini urusannya juga mudah cuma mereka ambil deposit yang cik iena beri, berbeza kali ini.
Sangat mudah berurusan dengan Restoran Warisan. Makanan juga di hidang dengan cepat dan pantas tanpa perlu menunggu lama.



Sikap Acuh tak Acuh dan Sambil Lewa Pekerja The Chicken Rice Shop KL Sentral


Warisan Nu Sentral Menawarkan Servis Terbaik untuk Tempahan Pukal
Jika mengikut perancangan awal kami merancang untuk mangadakan farewell lunch di the chicken rice shop KL Sentral tetapi malangnya pihak The Chicken Rice Shop KL Sentral sangat mengecewakan. Sebelum hari kejadian cik iena telah bertanya terlebih dahulu tentang cara-cara untuk membuat tempahan.

Mereka menyatakan tembahan awal boleh di buat tetapi perlu membayar jumlah penuh. Jadi cik iena mula mengambil tempahan rakan-rakan dan pada pagi hari kejadian. Cik iena ke
The Chicken Rice Shop untuk membuat tempahan tetapi malangnya ayat yang keluar hari ini berbeza.


Jika sebelum ini mereka tidak menyatakan waktu-waktu larangan untuk tempahan awal dan menu-menu larangan untuk tempahan awal. Jadi terjadi lah sedikit kekecohan kerana sikap acuh tidak acuh pekerja mereka yang memberi informasi yang salah , sedikit sebanyak menganggu kerja-kerja cik iena.

Mereka menyatakan tempahan awal tidak boleh di buat untuk jam 1 ke 2 tengah hari dan terdapat beberapa menu yang tidak boleh di buat tempahan awal. Ini amat mengecewakan cik iena kerana pihak mereka sangat tidak membantu. Walaupun cik iena akan membayar jumlah yang penuh seperti yang diminta mereka tetap tidak mahu mengambil tempahan.






Servis Terbaik dan Pantas di Restoran Warisan Nu Sentral 

Warisan Nu Sentral Menawarkan Servis Terbaik untuk Tempahan Pukal

Cik iena sangat-sangat kecewa dengan pengurusan The Chicken Rice Shop KL Sentral. Mungkin nama mereka sudah gah ,mereka boleh bersikap acuh tak acuh, endah tak endah.

Berbeza pula dengan pengurusan Restoran Warisan Nu Sentral.  Selepas di perlakukan begitu cik iena berubah hati dan tawar hati untuk meneruskan tempahan di situ. Cik iena pergi ke Warisan Nu Sentral . Lagi pun sebelum ini cik iena makan di The Chicken Rice Shop KL Sentral walaupun hanya 6 orang servis sangat lambat.

Ternyata pilihan cik iena Restoran Warisan Nu Sentral tidak mengecewakan seperti yang sebelumnya malahan servis mereka bertambah baik. Ini merupakan kali kedua farewell lunch yang cik iena anjurkan di sini. Sebelum ini cuma makan-makan biasa namun servis mereka dan makanan mereka memang terbaik.

Cik iena bersama lebih kurang 30 orang rakan pejabat meraikan farewell lunch untuk rakan pejabat di Warisan Nu Sentral dengan rasa sangat gembira dan puas hati dengan servis. Sejurus tiba rakan-rakan cik iena makanan sedia terhidang, cuma cik iena perlu [astikan sekian menu untuk siapa dan siapa.
Dan ada menu tambahan dari rakan yang perlu di order, walaupun order kemudian makanan sangat cepat di sediakan. Sangat-sangat berbeza jika cik iena makan di The Chicken Rice Shop.

Jadi kepada anda di sekitar KL Sentral yang ingin membuat majlis kecil makan-makan anda boleh berurusan dengan Warisan Nu Sentral. Di bawah cik iena lampirkan nombor terbaru yang cik iena berurusan untuk hantar order.


Cik iena cuma hantar pesanan makanan melalui whatsapp sahaja. Sangat-sangat mudah. Sebelum ini cik iena sering menganjurkan majlis kecil makan-makan bersama rakan-rakan di sekitar KL Sentral dan KLCC.

Warisan merupakan restoran yang sangat mudah untuk berurusan. Maaf cik iena jarang update di Blog megenai program-programm bersama rakan pejabat yang cik iena anjurkan. Cuma kali ini cik iena rajin tulis kerana cik iena rasa terharu sangat dengan servis Warisan. Penyelamat cik iena tau. Cik iena organize small event tiba-tiba The Chicken Rice Shop buat hal sedangkan cik iena dah tanya awal cuma maklumat yang di sampaikan oleh the chicken rice shop menghampakan.

Mohon The Chicken Rice SHop perbaiki lah . Cik eina tau nama awak dah gah tapi mohon jangan buat pelanggan macam tu. Ajar pekerja bagi maklumat penuh. Untuk hari ini dek kesombongan dan kebodohan staff kamu kamu hilang sales lebih kurang RM500. Mungkin tak banyak bagi kamu tapi saya memang tak puas hati dengan pekerja yang memberi maklumat yang tidak lengkap dan menyusahkan pelanggan.





Gambar Farewell Lunch Jessie, Weisern dan Riza


Warisan Nu Sentral Menawarkan Servis Terbaik untuk Tempahan Pukal

Warisan Nu Sentral Menawarkan Servis Terbaik untuk Tempahan Pukal

Warisan Nu Sentral Menawarkan Servis Terbaik untuk Tempahan Pukal

Warisan Nu Sentral Menawarkan Servis Terbaik untuk Tempahan Pukal

Warisan Nu Sentral Menawarkan Servis Terbaik untuk Tempahan Pukal


Warisan Nu Sentral Menawarkan Servis Terbaik untuk Tempahan Pukal

Warisan Nu Sentral Menawarkan Servis Terbaik untuk Tempahan Pukal

Warisan Nu Sentral Menawarkan Servis Terbaik untuk Tempahan Pukal

Warisan Nu Sentral Menawarkan Servis Terbaik untuk Tempahan Pukal

Warisan Nu Sentral Menawarkan Servis Terbaik untuk Tempahan Pukal


Warisan Nu Sentral Menawarkan Servis Terbaik untuk Tempahan Pukal

Warisan Nu Sentral Menawarkan Servis Terbaik untuk Tempahan Pukal

Warisan Nu Sentral Menawarkan Servis Terbaik untuk Tempahan Pukal

Warisan Nu Sentral Menawarkan Servis Terbaik untuk Tempahan Pukal

Warisan Nu Sentral Menawarkan Servis Terbaik untuk Tempahan Pukal

Warisan Nu Sentral Menawarkan Servis Terbaik untuk Tempahan Pukal

Warisan Nu Sentral Menawarkan Servis Terbaik untuk Tempahan Pukal


Warisan Nu Sentral Menawarkan Servis Terbaik untuk Tempahan Pukal

Warisan Nu Sentral Menawarkan Servis Terbaik untuk Tempahan Pukal

Warisan Nu Sentral Menawarkan Servis Terbaik untuk Tempahan Pukal

Warisan Nu Sentral Menawarkan Servis Terbaik untuk Tempahan Pukal


Warisan Nu Sentral Menawarkan Servis Terbaik untuk Tempahan Pukal




Okay sekian coretan cik iena hari ini, terima kasih Warisan Nu Sentral dan terima kasih juga rakan-rakan pejabat yang sudi luangkan masa untuk sertai farewell lunch for Jessie, Weisern dan Riza.


To Jessie, Weisern dan Riza jangan lupakan kami okay terutama iena yang sweet nie tau hahaha
#cikienasangatsweet alallalalallalalalaaaaaaaaaa
 kita dapat # tu dari follower instagram yang rajin follow update iena tau .Comel je dia komen .

Ehh okay cik iena nak sambung kerja ..daaaaaaaaaaaaaaaaaaa





Alamat:

 LG, Nu Sentral,Jalan Tun Sambanthan, Brickfields, 50470 Kuala Lumpur, Federal Territory of Kuala Lumpur, Malaysia

Waktu Operasi · 10AM–10PM

Telefon : 03 22766039
Hp : 601128101807 (ini nombor yang cik iena berurusan untuk hantar menu tempahan)


Nota Blog : Ini bukan paid post atau paid review dan sebagainya tau..hahaha kalau paid post/review pun cik iena update sekurang-kurangya dalam masa seminggu. Ini tak sampai 12 jam. Nampak tak betapa excited dan terharunya dengan servis Warisan dan betapa kecewanya dengan servis The Chicken Rice Shop.


iena eliena
Nukilan,

iena eliena
Instagram : @ienaeliena
Twitter : @ienaeliena
Email : iena@ienaeliena.com




Steamboat & Grill Sedap Di Shah Alam



Steamboat BBQ Buffet D'Kayangan

Steamboat merupakan salah satu hidangan kegemaran rakyat Malaysia . Steamboat dikenali sebagai stimbot di Malaysia . Ianya merupakan masakan yang dihidangkan untuk beberapa orang sekaligus yang duduk mengelilingi periuk berisi kuah rebusan yang di kelilingi hidangan utama seperti Sayur-Sayuran dan daging yang dihidangkan berasingan di dalam piring.

Steamboat BBQ Buffet D'Kayangan
Steamboat air rebusan tomyam


Steamboat juga boleh dikatakan makanan yang sihat kerana ianya direbus. Jadi ianya sangat sesuai dinikmati oleh seisi keluarga khususnya.  Selain itu sesuai juga dinikmati bersama rakan-rakan .

Steamboat BBQ Buffet D'Kayangan
Aneka makanan laut yang segar




Steamboat BBQ Buffet D'Kayangan
bergambar bersama rakan blogger sebelum manjamu selera

Beberapa minggu yang lepas cik iena dan rakan-rakan berkesempatan menikmati Hidangan Steamboat di Steamboat BBQ Buffet D'Kayangan  Seksyen 13 Shah Alam . Apa yang istimewa disini adalah Transformasi konsep 2 dalam 1 iaitu steamboat dan Grill . Pelanggan boleh menikmati kedua-dua cara masakan iaitu steamboat dan grill secara buffet (All you Can Eat).


Steamboat BBQ Buffet D'Kayangan
banyaknye makanan cik iena jadi rambang mata



Steamboat BBQ Buffet D'Kayangan
Rojak buah yang menjadi kegemaran tuan empunya blog

Untuk pengetahuan Steamboat BBQ Buffet D'Kayangan  pernah manjadi pilihan beberapa rancangan TV seperti JJCM dan Nasi Lemak Kopi O.

Jadi tidak hairanlah ketika cik iena kunjungi restoran ini ianya dipenuhi pengunjung. Menurut pengurus Restoran tersebut En.Yunus Restoran ini akan dipenuhi pelanggan pada hujung minggu khususnya hari sabtu malam . Jadi kepada anda yang ingin mencuba sendiri keenakan steamboat dan grill di sini anda perlu datang awal jika anda memilih untuk menikmati hidangan tersebut pada hari sabtu.

Steamboat BBQ Buffet D'Kayangan Dengan Konsep 2 Dalam 1 (Steamboat + Grill)


Steamboat BBQ Buffet D'Kayangan
Steamboat BBQ Buffet D'Kayangan pada asalnya menyediakan masakan secara stimbot. Pengunjung  diberi 2 pilihan sup iaitu  ayam dan tomyam sebagai kuah rebusan untuk mereka nikmati bersama-sama aneka makanan laut yang segar.


Terdapat pelbagai pilihan aneka makanan laut  yang tersedia seperti udang besar, ketam, kupang, kepah, kerang, sotong, isi ikan, bamboo lala dan banyak lagi.

Pelbagai bebola, sayur-sayuran, aneka mee dan juga fucuk juga turut disediakan untuk pilihan pelanggan.


Selain dari pilihan-pilihan makanan steamboat juga pasti tidak lari dari sos-sos steamboat yang di hidangkan. Disini terdapat pelbagai pilihan sos yang di buat sendiri oleh Chef seperti Sos Cili Pedas, Sos Cili Thai, Sos Manis, Sos Bawang Putih, Sos Lada Hitam, Sos Yong Tau Foo dan macam-macam lagi.

Selain daripada hidangan makanan laut, ayam, dan daging , kambing panggang juga turut disediakan dan ianya menjadi pilihan pengunjung di Steamboat BBQ Buffet D'Kayangan. Daging kambing yang di panggang menggunakan arang BBQ yang membangkitkan lagi aroma dan rasa pasti menjadi rebutan para pelanggan di tambah dengan sos istimewa resepi khas dari Chef untuk menambahkan kelazatan kambing panggang tersebut.


Steamboat BBQ Buffet D'Kayangan
kambing panggang

Steamboat BBQ Buffet D'Kayangan
kambing panggang



Cik iena yakin, pasti ramai yang menyukai hidangan kambing bakar ini. Secara jujurnya cik iena sememangnya tidak makan kambing kerana masalah alergi. Jadi cik iena hanya mampu melihat rakan-rakan menikmati kambing panggang tersebut.Menurut rakan cik iena rasa kambing bakar yang di hidangkan cukup rasa rempahnya dan ianya juga lembut.






Steamboat & Grill Sedap Di Shah Alam
Aneka bebola untuk pilihan

Steamboat & Grill Sedap Di Shah Alam
Aneka bebola untuk pilihan

Steamboat & Grill Sedap Di Shah Alam
Aneka makanan untuk pilihan

Di Steamboat BBQ Buffet D'Kayangan , Chef yang menjadi tulang belakang Steamboat BBQ Buffet D'Kayangan  adalah Chef  Shahnizam yang berpengalaman lebih dari 25 tahun dalam bidang Kulinari. Beliau telah membuat perubahan pembaharuan dengan menu perapan istimewa ayam/daging, udang, sosej, ketam, ikan dan sotong. Jenis perapan yang digunakan oleh beliau adalah campuran dari cili giling, bawang putih, lada hitam dan beberapa rempah-ratus herba yang lain bagi menaikkan lagi rasa dan bau perapan tersebut.


Steamboat BBQ Buffet D'Kayangan
Diantara menu Grill yang disediakan

Steamboat BBQ Buffet D'Kayangan
Diantara menu Grill yang disediakan


Steamboat BBQ Buffet D'Kayangan
aneka hidangan untuk di pilih

Diantara menu Grill yang disediakan adalah seperti Chicken Mozza, Chicken Castello, The Toretto Meat, Cappucino Meat, The Krusty Crab, Super Prawn, Squidward ,Keli yolanda, Dory Drive, Patin Annabel, Pari Perry dan macam-macam lagi.



Steamboat BBQ Buffet D'Kayangan
pelbagai jenis sos untuk dinikmati

Menurut pengurus , En.Yunis, Chef  Shahnizam Merupakan seorang yang Arif tentang rasa Makanan . Beliau Telah Membuat pembaharuan dengan menggunakan Masakan Stail Cina dan India didalam bahan-bahan perapannya.

Pengunjung boleh merasai sendiri Hasil perapan yang amat bersesuaian dimasak menggunakan grill yang disediakan kerana aroma rempah ratus dan bahan-bahannya menjadi lebih harum dan memikat selera apabila di grill.


Jadi tidak hairanlah Cik iena jatuh cinta dengan  menu grill yang disediakan disini . Perapan rempahnya meresap ke dalam makanan yang diperap. Rasanya pasti membuat anda juga menyukainya. Ditambah lagi dengan aroma yang memikat selera pasti membuat anda menikmati hidangan ini berulang-ulang.


Steamboat BBQ Buffet D'Kayangan
aneka jenis mee untuk di pilih

Steamboat BBQ Buffet D'Kayangan
Rojak buah yang menjadi kegemaran tuan empunya blog

Steamboat BBQ Buffet D'Kayangan
Rojak buah yang menjadi kegemaran tuan empunya blog


Selain dari menu-menu yang dinyatakan diatas, terdapat beberapa menu yang menarik juga ditambah di dalam hidangan buffet Seperti, hirisan ikan segar  bersama sos Air Asam, Ikan Pari Assam Nyonya vang diperap  didalam kertas aluminium ,Kepak Ayam BBQ dan juga produk baru daripada  Icy Moonster sebagai pencuci mulut Dan semestinya  ianya disajikan dengan pelbagai hidangan kuih-muih tempatan, puding, aneka kek, rojak, buah-buahan , Aiskrim Yang  Menjadi kegemaran rama, dan tidak ketinggalan juga air batu campur turut disajikan sebagai pencuci mulut.


Steamboat & Grill Sedap Di Shah Alam
Aneka makanan laut yang segar


Steamboat & Grill Sedap Di Shah Alam
Aneka makanan laut yang segar

Untuk pengetahuan anda, semasa cik iena nikmati hidangan steamboat dan grill di sini, makanan laut yang di hidangkan adalah makanan laut yang segar. Cik iena merupakan  seorang yang mempunyai alahan pada makanan laut.  Sekiranya makanan laut tersebut tidak segar cik iena akan mengalami masalah gatal-gatal.

Alhamdulillah makanan laut di sini segar.Jadi cik iena tak perlu takut-takut untuk makaan makanan laut di sini.


Steamboat BBQ Buffet D'Kayangan
nasi dan makanan lain turut disediakan


Steamboat BBQ Buffet D'Kayangan
nasi dan makanan lain turut disediakan



Steamboat BBQ Buffet D'Kayangan
sayuran segar


Steamboat BBQ Buffet D'Kayangan
kek

Harga Steamboat BBQ Buffet D'Kayangan



Dewasa :
  • Isnin hingga Khamis  : RM 28.90 (net) 
  • Jumaat hingga Sabtu :  RM 33.00 (net)
  • "Sunday Brunch" : RM 24.30 (net)
  • Ahad   :  RM 28.90 (net)

Kanak Kanak :
  • Isnin hingga Ahad  : RM 9.90 (net) 
Warga Emas :
  •  Isnin hingga Ahad  : RM 24.00 (net)

Waktu Perniagaan Steamboat BBQ Buffet D'Kayangan

Beroperasi dari jam 5 petang sehingga  12 malam pada hari isnin sehingga sabtu dan dari 12 tengah hari sehingga 12 tengah malam pada hari ahad.


Steamboat & Grill Sedap Di Shah Alam


Untuk pengetahuan, menawarkan lebih dari 199 Jenis hidangan bagi pengunjung setiap hari  dengan ruangan mak  Steamboat BBQ Buffet D'Kayanganan yang santai, restoran ini boleh menampung sehingga 400 orang dalam satu masa iaitu seramai 180 orang dibahagian penghawa dingin dan 220 orang di bahagian ruangan terbuka . Terdapat Juga kemudahan seperti surau perempuan dan Lelaki Yang Selesa dan juga tempat letak Kereta Yang Luas

Lokasi Steamboat BBQ Buffet D'Kayangan 



Steamboat BBQ Buffet D'Kayangan


Sri Acapella Service Apartment
No 1, Jalan Lompat Tinggi 13/33
Seksyen 13 Shah Alam
40100 Selangor Darul Ehsan
 
Untuk Maklumat Lanjut Hubungi

012-2971091
017-6274015
03-55234979

Instagram : @dkayangansteamboat


Steamboat & Grill Sedap Di Shah Alam
Sebarang pembaziran makanan akan dikenakan RM10 untuk setiap 100 gm jadi anda sila jangan membazir okay.



Video Cik iena di Steamboat BBQ Buffet D'Kayangan





Gambar di Steamboat BBQ Buffet D'Kayangan Bersama Rakan Blogger





Steamboat & Grill Sedap Di Shah Alam
Bergambar bersama rakan blogger



Steamboat & Grill Sedap Di Shah Alam
bergambar bersama pengurus Restoran  En.Yunus

Steamboat & Grill Sedap Di Shah Alam
wahh khusyuk kawan cik iena menikmati keenakan hidangan di sini

Steamboat & Grill Sedap Di Shah Alam
selfie bersama rakan blogger - zira

Steamboat & Grill Sedap Di Shah Alam
selfie bersama rakan blogger -dilla

Steamboat & Grill Sedap Di Shah Alam
wefie curik-curik  pengurus Restoran  En.Yunus sedang berborak dengan rakan blogger

Steamboat & Grill Sedap Di Shah Alam
selfie bersama rakan blogger-lin

Steamboat & Grill Sedap Di Shah Alam
wefie bersama rakan blogger

Steamboat & Grill Sedap Di Shah Alam
abg long, suami kepada blogger kak long yani tak berhenti-berhenti makan okay

Steamboat & Grill Sedap Di Shah Alam
adik cik iena memerangkap personal assistant dan account manager :)




Steamboat & Grill Sedap Di Shah Alam
blogger - kaklong yani bersama anak-anak


Baiklan semua sekian coretan cik iena untuk kali ini, jemput beramai-ramai cuba sendiri merasakan keenakan hidangan Steaamboat dan Grill disini .  Terima kasih diatas layanan baik pihak Steamboat BBQ Buffet D'Kayangan. Pekerja-pekerja di sini ramah :)




Steamboat & Grill Sedap Di Shah Alam
Tuan empunya blog yang suka makan :)




iena eliena
Nukilan,

iena eliena
Instagram : @ienaeliena
Twitter : @ienaeliena
Email : iena@ienaeliena.com




Powered by Jasper Roberts - Blog

Archieve