Grab The Promo
Grab The Promo

Steamboat & Grill Sedap Di Shah Alam



Steamboat BBQ Buffet D'Kayangan

Steamboat merupakan salah satu hidangan kegemaran rakyat Malaysia . Steamboat dikenali sebagai stimbot di Malaysia . Ianya merupakan masakan yang dihidangkan untuk beberapa orang sekaligus yang duduk mengelilingi periuk berisi kuah rebusan yang di kelilingi hidangan utama seperti Sayur-Sayuran dan daging yang dihidangkan berasingan di dalam piring.

Steamboat BBQ Buffet D'Kayangan
Steamboat air rebusan tomyam


Steamboat juga boleh dikatakan makanan yang sihat kerana ianya direbus. Jadi ianya sangat sesuai dinikmati oleh seisi keluarga khususnya.  Selain itu sesuai juga dinikmati bersama rakan-rakan .

Steamboat BBQ Buffet D'Kayangan
Aneka makanan laut yang segar




Steamboat BBQ Buffet D'Kayangan
bergambar bersama rakan blogger sebelum manjamu selera

Beberapa minggu yang lepas cik iena dan rakan-rakan berkesempatan menikmati Hidangan Steamboat di Steamboat BBQ Buffet D'Kayangan  Seksyen 13 Shah Alam . Apa yang istimewa disini adalah Transformasi konsep 2 dalam 1 iaitu steamboat dan Grill . Pelanggan boleh menikmati kedua-dua cara masakan iaitu steamboat dan grill secara buffet (All you Can Eat).


Steamboat BBQ Buffet D'Kayangan
banyaknye makanan cik iena jadi rambang mata



Steamboat BBQ Buffet D'Kayangan
Rojak buah yang menjadi kegemaran tuan empunya blog

Untuk pengetahuan Steamboat BBQ Buffet D'Kayangan  pernah manjadi pilihan beberapa rancangan TV seperti JJCM dan Nasi Lemak Kopi O.

Jadi tidak hairanlah ketika cik iena kunjungi restoran ini ianya dipenuhi pengunjung. Menurut pengurus Restoran tersebut En.Yunus Restoran ini akan dipenuhi pelanggan pada hujung minggu khususnya hari sabtu malam . Jadi kepada anda yang ingin mencuba sendiri keenakan steamboat dan grill di sini anda perlu datang awal jika anda memilih untuk menikmati hidangan tersebut pada hari sabtu.

Steamboat BBQ Buffet D'Kayangan Dengan Konsep 2 Dalam 1 (Steamboat + Grill)


Steamboat BBQ Buffet D'Kayangan
Steamboat BBQ Buffet D'Kayangan pada asalnya menyediakan masakan secara stimbot. Pengunjung  diberi 2 pilihan sup iaitu  ayam dan tomyam sebagai kuah rebusan untuk mereka nikmati bersama-sama aneka makanan laut yang segar.


Terdapat pelbagai pilihan aneka makanan laut  yang tersedia seperti udang besar, ketam, kupang, kepah, kerang, sotong, isi ikan, bamboo lala dan banyak lagi.

Pelbagai bebola, sayur-sayuran, aneka mee dan juga fucuk juga turut disediakan untuk pilihan pelanggan.


Selain dari pilihan-pilihan makanan steamboat juga pasti tidak lari dari sos-sos steamboat yang di hidangkan. Disini terdapat pelbagai pilihan sos yang di buat sendiri oleh Chef seperti Sos Cili Pedas, Sos Cili Thai, Sos Manis, Sos Bawang Putih, Sos Lada Hitam, Sos Yong Tau Foo dan macam-macam lagi.

Selain daripada hidangan makanan laut, ayam, dan daging , kambing panggang juga turut disediakan dan ianya menjadi pilihan pengunjung di Steamboat BBQ Buffet D'Kayangan. Daging kambing yang di panggang menggunakan arang BBQ yang membangkitkan lagi aroma dan rasa pasti menjadi rebutan para pelanggan di tambah dengan sos istimewa resepi khas dari Chef untuk menambahkan kelazatan kambing panggang tersebut.


Steamboat BBQ Buffet D'Kayangan
kambing panggang

Steamboat BBQ Buffet D'Kayangan
kambing panggang



Cik iena yakin, pasti ramai yang menyukai hidangan kambing bakar ini. Secara jujurnya cik iena sememangnya tidak makan kambing kerana masalah alergi. Jadi cik iena hanya mampu melihat rakan-rakan menikmati kambing panggang tersebut.Menurut rakan cik iena rasa kambing bakar yang di hidangkan cukup rasa rempahnya dan ianya juga lembut.






Steamboat & Grill Sedap Di Shah Alam
Aneka bebola untuk pilihan

Steamboat & Grill Sedap Di Shah Alam
Aneka bebola untuk pilihan

Steamboat & Grill Sedap Di Shah Alam
Aneka makanan untuk pilihan

Di Steamboat BBQ Buffet D'Kayangan , Chef yang menjadi tulang belakang Steamboat BBQ Buffet D'Kayangan  adalah Chef  Shahnizam yang berpengalaman lebih dari 25 tahun dalam bidang Kulinari. Beliau telah membuat perubahan pembaharuan dengan menu perapan istimewa ayam/daging, udang, sosej, ketam, ikan dan sotong. Jenis perapan yang digunakan oleh beliau adalah campuran dari cili giling, bawang putih, lada hitam dan beberapa rempah-ratus herba yang lain bagi menaikkan lagi rasa dan bau perapan tersebut.


Steamboat BBQ Buffet D'Kayangan
Diantara menu Grill yang disediakan

Steamboat BBQ Buffet D'Kayangan
Diantara menu Grill yang disediakan


Steamboat BBQ Buffet D'Kayangan
aneka hidangan untuk di pilih

Diantara menu Grill yang disediakan adalah seperti Chicken Mozza, Chicken Castello, The Toretto Meat, Cappucino Meat, The Krusty Crab, Super Prawn, Squidward ,Keli yolanda, Dory Drive, Patin Annabel, Pari Perry dan macam-macam lagi.



Steamboat BBQ Buffet D'Kayangan
pelbagai jenis sos untuk dinikmati

Menurut pengurus , En.Yunis, Chef  Shahnizam Merupakan seorang yang Arif tentang rasa Makanan . Beliau Telah Membuat pembaharuan dengan menggunakan Masakan Stail Cina dan India didalam bahan-bahan perapannya.

Pengunjung boleh merasai sendiri Hasil perapan yang amat bersesuaian dimasak menggunakan grill yang disediakan kerana aroma rempah ratus dan bahan-bahannya menjadi lebih harum dan memikat selera apabila di grill.


Jadi tidak hairanlah Cik iena jatuh cinta dengan  menu grill yang disediakan disini . Perapan rempahnya meresap ke dalam makanan yang diperap. Rasanya pasti membuat anda juga menyukainya. Ditambah lagi dengan aroma yang memikat selera pasti membuat anda menikmati hidangan ini berulang-ulang.


Steamboat BBQ Buffet D'Kayangan
aneka jenis mee untuk di pilih

Steamboat BBQ Buffet D'Kayangan
Rojak buah yang menjadi kegemaran tuan empunya blog

Steamboat BBQ Buffet D'Kayangan
Rojak buah yang menjadi kegemaran tuan empunya blog


Selain dari menu-menu yang dinyatakan diatas, terdapat beberapa menu yang menarik juga ditambah di dalam hidangan buffet Seperti, hirisan ikan segar  bersama sos Air Asam, Ikan Pari Assam Nyonya vang diperap  didalam kertas aluminium ,Kepak Ayam BBQ dan juga produk baru daripada  Icy Moonster sebagai pencuci mulut Dan semestinya  ianya disajikan dengan pelbagai hidangan kuih-muih tempatan, puding, aneka kek, rojak, buah-buahan , Aiskrim Yang  Menjadi kegemaran rama, dan tidak ketinggalan juga air batu campur turut disajikan sebagai pencuci mulut.


Steamboat & Grill Sedap Di Shah Alam
Aneka makanan laut yang segar


Steamboat & Grill Sedap Di Shah Alam
Aneka makanan laut yang segar

Untuk pengetahuan anda, semasa cik iena nikmati hidangan steamboat dan grill di sini, makanan laut yang di hidangkan adalah makanan laut yang segar. Cik iena merupakan  seorang yang mempunyai alahan pada makanan laut.  Sekiranya makanan laut tersebut tidak segar cik iena akan mengalami masalah gatal-gatal.

Alhamdulillah makanan laut di sini segar.Jadi cik iena tak perlu takut-takut untuk makaan makanan laut di sini.


Steamboat BBQ Buffet D'Kayangan
nasi dan makanan lain turut disediakan


Steamboat BBQ Buffet D'Kayangan
nasi dan makanan lain turut disediakan



Steamboat BBQ Buffet D'Kayangan
sayuran segar


Steamboat BBQ Buffet D'Kayangan
kek

Harga Steamboat BBQ Buffet D'Kayangan



Dewasa :
  • Isnin hingga Khamis  : RM 28.90 (net) 
  • Jumaat hingga Sabtu :  RM 33.00 (net)
  • "Sunday Brunch" : RM 24.30 (net)
  • Ahad   :  RM 28.90 (net)

Kanak Kanak :
  • Isnin hingga Ahad  : RM 9.90 (net) 
Warga Emas :
  •  Isnin hingga Ahad  : RM 24.00 (net)

Waktu Perniagaan Steamboat BBQ Buffet D'Kayangan

Beroperasi dari jam 5 petang sehingga  12 malam pada hari isnin sehingga sabtu dan dari 12 tengah hari sehingga 12 tengah malam pada hari ahad.


Steamboat & Grill Sedap Di Shah Alam


Untuk pengetahuan, menawarkan lebih dari 199 Jenis hidangan bagi pengunjung setiap hari  dengan ruangan mak  Steamboat BBQ Buffet D'Kayanganan yang santai, restoran ini boleh menampung sehingga 400 orang dalam satu masa iaitu seramai 180 orang dibahagian penghawa dingin dan 220 orang di bahagian ruangan terbuka . Terdapat Juga kemudahan seperti surau perempuan dan Lelaki Yang Selesa dan juga tempat letak Kereta Yang Luas

Lokasi Steamboat BBQ Buffet D'Kayangan 



Steamboat BBQ Buffet D'Kayangan


Sri Acapella Service Apartment
No 1, Jalan Lompat Tinggi 13/33
Seksyen 13 Shah Alam
40100 Selangor Darul Ehsan
 
Untuk Maklumat Lanjut Hubungi

012-2971091
017-6274015
03-55234979

Instagram : @dkayangansteamboat


Steamboat & Grill Sedap Di Shah Alam
Sebarang pembaziran makanan akan dikenakan RM10 untuk setiap 100 gm jadi anda sila jangan membazir okay.



Video Cik iena di Steamboat BBQ Buffet D'Kayangan





Gambar di Steamboat BBQ Buffet D'Kayangan Bersama Rakan Blogger





Steamboat & Grill Sedap Di Shah Alam
Bergambar bersama rakan blogger



Steamboat & Grill Sedap Di Shah Alam
bergambar bersama pengurus Restoran  En.Yunus

Steamboat & Grill Sedap Di Shah Alam
wahh khusyuk kawan cik iena menikmati keenakan hidangan di sini

Steamboat & Grill Sedap Di Shah Alam
selfie bersama rakan blogger - zira

Steamboat & Grill Sedap Di Shah Alam
selfie bersama rakan blogger -dilla

Steamboat & Grill Sedap Di Shah Alam
wefie curik-curik  pengurus Restoran  En.Yunus sedang berborak dengan rakan blogger

Steamboat & Grill Sedap Di Shah Alam
selfie bersama rakan blogger-lin

Steamboat & Grill Sedap Di Shah Alam
wefie bersama rakan blogger

Steamboat & Grill Sedap Di Shah Alam
abg long, suami kepada blogger kak long yani tak berhenti-berhenti makan okay

Steamboat & Grill Sedap Di Shah Alam
adik cik iena memerangkap personal assistant dan account manager :)




Steamboat & Grill Sedap Di Shah Alam
blogger - kaklong yani bersama anak-anak


Baiklan semua sekian coretan cik iena untuk kali ini, jemput beramai-ramai cuba sendiri merasakan keenakan hidangan Steaamboat dan Grill disini .  Terima kasih diatas layanan baik pihak Steamboat BBQ Buffet D'Kayangan. Pekerja-pekerja di sini ramah :)




Steamboat & Grill Sedap Di Shah Alam
Tuan empunya blog yang suka makan :)




iena eliena
Nukilan,

iena eliena
Instagram : @ienaeliena
Twitter : @ienaeliena
Email : iena@ienaeliena.com




4 comments:

Facebook Comment

Related Posts :

Powered by Jasper Roberts - Blog

Archieve