Neutrogena merupakan rangkaian produk kecantikan yang berfungsi sebagai penyelesaian kesihatan dan penjagaan kecantikan . Ianya amat dipercayai oleh pakar dermatologi, pakar kulit dan para pengguna. Neutrogena merupakan rangkaian produk kecantikan yang hebat dan bermutu tinggi serta terbukti secara saintifik untuk memberikan hasil yang paling berkesan dan mesra kulit.
Neutrogena Deep Clean Cleansing Oil To Foam |
Ianya berfungsi untuk mengekalkan keanjalan, kecantikan dan kesihatan kulit anda. Terdapat pelbagai rangkaian produk penjagaan wajah dari Neutrogena, antara yang menarik perhatian cik iena adalah Neutrogena Deep Clean Cleansing Oil To Foam.
Neutrogena Deep Clean Cleansing Oil To Foam
Neutrogena Deep Clean Cleansing Oil To Foam merupakan pencuci muka yang mempunyai dua fungsi di dalam satu item. Ianya berfungsi sebagai Make Up Remover dan juga Foam Cleanser atau buih pembersih wajah. Pendek kata ianya mempuanyai fungsi Double Cleansing.
Apa itu Double Cleansing?
Double cleansing atau pencucian dua kali adalah proses pembersihan wajah yang di cuci dua kali untuk memastikan kulit benar-benar bersih.Cucian pertama adalah dengan menggunakan pencuci berasaskan minyak dimana ianya berfungsi sebagai make up remover .Cucian kedua pula dilakukan dengan foam cleanser yang bertujuan untuk membersihkan sisa-sisa kotoran pada wajah. Rutin ini telah lama di amalkan oleh orang-orang Jepun dan Korea. Jadi tidak hairanlah kulit mereka sangat cantik kerana mereka sangat menitikberatkan soal penjagaan wajah.
Pasti anda tertanya-tanya kenapa perlu mencuci wajah dua kali atau Double Cleansing . Ianya sangat penting dalam penjagaan wajah terutama buat anda yang sering mengenakan solekan pada setiap hari terutama solekan tebal. Sisa-sisa solekan perlu di bersihkan dengan teliti agar ianya tidak menimbulkan jerawat serta jeragat pada wajah.
Kenapa perlu double cleanse atau pencucian dua kali?
Untuk pengetahuan anda, pencuci berasaskan minyak adalah untuk menanggalkan kotoran berminyak. Jika kita ingat kembali asas sains, air dan minyak merupakan elemen yang tidak boleh bersatu. Jadi disebab itu penggunaan Neutrogena Deep Clean Cleansing Oil To Foam amat bagus untuk membuang kotoran berasaskan minyak pada wajah anda. .Kesemua minyak yang melekat di wajah akan dilarutkan dengan penggunaan Neutrogena Deep Clean Cleansing Oil To Foam ini dan seterusya apabila di aplikasikan dengan air ianya akan berubah kepada Foam Cleanser dimana ianya akan membuang kesemua sisa kotoran yang ada pada wajah termasuk sisa-sisa kotoran minyak dari cucian pertama.
Kepentingan cleansing oil menurut pakar kulit
1. Cleansing oil sangat bagus untuk menyingkirkan ‘minyak tidak baik’ dikulit anda.
cleansing oil akan menarik kekotoran yang menutup pori-pori tanpa menghilangkan minyak semulajadi seperti kebanyakan pencuci lain. Ia meninggalkan kulit dalam keadaan bersih, lembut dan seimbang serta tidak kering dan kesat.
Keadaan kering dan kesat akan membuatkan sebum menghasilkan lebih banyak minyak, lebih banyak masalah. Jadi dengan penggunaan Cleansing Oil ianya akan membuatkan kulit anda bebas dari 'minyak tidak baik'
2. Cleansing oil mengandungi bahan antioxidant dan anti penuaan yang memperbaiki tekstur dan keadaan kulit anda.
Cleansing oil biasanya mengandungi bahan aktif dari minyak tumbuh2an (zaitun, bunga matahari, bijan, badam, kesumba (safflower), biji anggur), extraks (teh hijau, jasmine) dan/atau vitamins (E dan C).
Setiap wanita pasti inginkan kulit yang cantik serta bersih dan sihat . Jadi dalam penjagaan wajah amat penting bagi kita memilih pencuci muka yang baik untuk mengekalkan kecantikan serta merawat wajah kita.
Neutrogena Deep Clean Cleansing Oil To Foam Membantu Membuang Solekan Dan Kotoran pada Wajah dengan Cepat.
Cik iena sendiri telah mencuba Neutrogena Deep Clean Cleansing Oil To Foam selama seminggu dan cik iena sangat berpuas hati dengan keberkesanan pencuci wajah dua dalam satu ini. Ianya sangat memudahkan cik iena dimana cik iena tidak perlu lagi menggunakan make up remover secara berasingan untuk membuang solekan pada wajah terlebih dahulu sebelum membersihkan wajah dengan pencuci muka.
Neutrogena Deep Clean Cleansing Oil To Foam |
Ianya sangat memudahkan dan menjimatkan masa terutama buat wanita yang sibuk khususnya. Hanya dengan sekali cucian cik iena dapat aplikasikakn dua fungsi pada masa yang sama iaitu make up remover dan foam cleanser.
Tekstur Berbentuk Gel Memudahkan Pembersihan
Neutrogena Deep Clean Cleansing Oil To Foam |
Tekstur yang berbentuk gel yang lembut dan berbuih memudahkan lagi pembersihan. Cik iena dapat merasakan tekstur usapan yang lembut semasa cik iena mengaplikasikan pencuci wajah dua dalam satu ini. Selain tekstur gel yang lembut ianya juga berbau harum yang mendamaikan dan menyenangkan. Pembungkusannya juga sangat memudahkan untuk diaplikasikan dimana ianya didatangkan dalam bentuk botal yang boleh di pam bagi memudahkan penggunaan.
Cara Penggunaan Neutrogena Deep Clean Cleansing Oil To Foam
- Pump pada jari anda kemudian lakukan urutan pada wajah untuk menanggalkan solekan pada wajah
- Kemudian ambil sedikit air dan ratakan di wajah anda, lakukan urutan sekali lagi dimana urutan kali kedua ini akan menghasilkan buih pada wajah dan akan membersihkan sisa kototan pada wajah.
- Bilas dengan air bersih.
Video Tutorial Neutrogena Deep Clean Cleansing Oil To Form
Video Review Neutrogena Deep Clean Cleansing Oil To Foam
Harga Neutrogena Deep Clean Cleansing Oil To Foam
Neutrogena Deep Clean Cleansing Oil To Foam ini di jual pada harga RM 44.90 di Lazada Malaysia . Selain itu anda juga boleh dapatkan produk ini di Watsons , Guardian dan pusat membeli belah serta supermarket dan hypermarket berhampiran anda.
Kepada anda di luar sana yang ingin mencuba keberkesanan produk ini amat dialu-alukan terutama buat ada yang kerap mengenakan solekan pada wajah kerana ianya sangat membantu anda membersihkan wajah anda dari sisa solekan dan sisa kotoran dengan cepat dan mudah.
Pada yang tidak mempunyai masa untuk mendapatkannya di Watsons , Guardian , pusat membeli belah , supermarket mahupun hypermarket anda boleh membeli secara online di Lazada Malaysia diaman terdapat pelbagai rangkaian produk Neutogena yang telah mula di jual di Lazada.
Untuk Pembelian Online di Lazada Klik
Untuk Maklumat Lanjut :
Website : www.neutrogena.com
Facebook : Neutrogena Malaysia
Instagram : @neutrogenamy
Email : jnjconsumercare@conmy.jnj.com
Call Centre toll free number (from land line) : 1800 222 565
Mailing Address : Johnson & Johnson Sdn. Bhd(Marketing Dept – Neutrogena)
Lot 3 & 5 Jalan Tandang
46050 Petaling Jaya, Selangor, Malaysia
Nukilan,
|
Menarik ! Suka neutrogena sebab dia basuh bersih terasa wajah segar..masa remaja dulu rajin guna.
ReplyDelete