Grab The Promo
Grab The Promo

Peluang Pekerjaan di Qwork


Pekerjaan sememangnya sesuatu yang sangat penting untuk kita terus hidup di muka bumi ini. Tanpa pekerjaan amatlah sukar untuk kita menyara kehidupan kita terutama buat yang sudah berkahwin. 
Ada diantara  kita yang sudah bekerja juga berhasrat untuk memiliki kerja yang mempunyai gaji yang lebih baik daripada pekerjaan semasa.





Cik iena tertarik membaca Artikel dari seorang rakan blogger mengenai sebuah platform pengambilan pekerjaan secara atas talian. Tambahan lagi baru sahaja hari ini di saat artikel ini sedang di tulis, tiga rakan sekerja cik iena menamatkan perkhidmatan di syarikat cik iena bekerja.

Ada diantara mereka yang masih belum mendapat pekerjaan baru. Mungkin juga mereka ingin berehat dari bekerja buat sementara waktu . Antara rakan yang berhenti adalah rakan yang sangat komited dalam kerja. Cik iena yakin mereka berhenti di sebabkan gaji yang mereka rasakan tidak berbaloi dengan bebanan kerja serta skill yang mereka ada.

Jadi setelah membaca artikel di blog rakan blogger cik iena cik iena amat merasakan platform ini sangat penting buat kita untuk mendapatkan majikan yang betul-betul perlu skill yang kita ada. Dan majikan yang betul-betul menghargai pekerja bukan majikan yang racist .

Jom kita baca mengenai  Qwork 

PELUANG PEKERJAAN UNTUK PELBAGAI BIDANG DAN SKILL BERSAMA QWORK


Qwork merupakan platform pengambilan pekerja secara atas talian yang dibangunkan berdasarkan skill dan pengalaman kerja untuk disuai padankan dengan kehendak syarikat yang memerlukan pekerja bagi memenuhi kateria yang mereka inginkan.

Berbeza dengan platform lain yang memberikan servis yang sama dimana di platform lain kita yang perlu membuat permohonan untuk sesuatu pekerjaa. Kali ini dengan menggunakan Qwork, majikan yang akan mencari anda untuk bekerja di bawah naungannya sebaliknya bukan seperti kebanyakan platform lain sekarang yang membuat anda tercari-cari dan menerima majikan yang menaburkan janji manis sebelum diterima bekerja.

Sekaligus ianya dapat mengurangkan masa bagi majikan mencari pekerja yang terbaik, bahkan anda berpeluang untuk bekerja dengan mana-mana majikan yang memerlukan skill seperti anda.



Peranan Qwork Dalam Memperkasa Kerjaya Dan Industri



Dalam ertikata lain, Qwork membantu menyuaipadankan pekerja dan majikan mengikut skill yang diperlukan. Ianya sesuai jika anda merupakan fresh grad, pelajar atau mereka yang suka bekerja secara freelance, anda boleh mendaftar sebagai Qworkers di www.qwork.my.

Tidak mustahil juga jika anda seorang surirumah atau pelajar mahupun sudah berkerja mampu menjana pendapatan dengan melakukan kerja lain yang bersesuaian dengan skill anda di waktu lapang. Apatah lagi bagi mereka yang sememangnya sedang menganggur.

Peluang Pekerjaan di Qwork


Lebih menarik lagi, majikan dapat mencari tenaga kerja secara harian, separuh masa, sepenuh masa atau berdasarkan projek. Kos pembayaran tenaga kerja dapat dikurangkan untuk hasil yang optimum.

Sekiranya anda sebagai majikan berpuas hati dengan hasil kerja mereka. Jangan lepaskan peluang ini, ambil mereka terus bekerja secara sepenuh masa dengan anda. Setiap hasil kerja anda sebagai Qworker akan diberi penilaian supaya anda lebih menyerlah untuk dipilih oleh majikan akan datang.

Sebagai tambahan, Qwork turut menyediakan Qwork Vidzume, iaitu video resume profesional yang merupakan sebahagian inisiatif projek antara Qwork dengan Suruhanjaya Komunikasi Dan Multimedia Malaysia (SKMM).

Secara tidak langsung, majikan boleh nampak kemahiran & ketrampilan anda melalui video resume tanpa perlu memanggil anda untuk datang interview.

Peranan Qwork Dalam Memperkasa Kerjaya Dan Industri


Qwork berperanan menyediakan peluang kepada Qworkers generasi muda (millenials) dalam menggalakkan mereka membina atau menjana pengalaman bekerja sebagai portfolio semasa masih belajar.



Peranan Qwork Dalam Memperkasa Kerjaya Dan Industri




Ia juga membantu Generasi Y memperkukuhkan skill pekerjaan mereka melalui pelbagai program ‘empowerment’ yang dianjurkan. Inilah peluang terbaik membina portfolio untuk kerjaya masa hadapan yang mantap untuk generasi Y khususnya.

Antara projek Qwork yang bakal diadakan tidak lama lagi ialah Qube – pusat pembangunan remaja yang direka bertujuan memperkasa kemahiran dan bimbingan kerjaya sosio-remaja di Gombak.

Qwork juga akan menyediakan resume mereka melalui program ‘Get-Skilled-Get-Employed’ kepada mana-mana organisasi berkaitan.

Sekiranya anda Berminat. Anda boleh mendaftar di www.qwork.my secara PERCUMA.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari

Website: www.qwork.my
Telefon : +603-4270 5218

Facebook: Qwork Malaysia |
Instagram: @qwork.my
Twitter: @QworkMY

Nota Blog : Terima kasih rakan blogger www.broframestone.com buat iena tertarik tentang Qwork dan tulis untuk di kongsi bersama para pembaca yang lain terutama buat yang memerlukan pekerjaan.
Sharing Is Caring :)




iena eliena
Nukilan,

iena eliena
Instagram : @ienaeliena
Twitter : @ienaeliena
Email : iena@ienaeliena.com




1 comments:

Facebook Comment

Related Posts :

Powered by Jasper Roberts - Blog

Archieve