Grab The Promo
Grab The Promo

Sambutan Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Kebangsaan 2017 Di MAEPS | 28 September - 1 Oktober 2017


Buat rakyat Malaysia yang menggemari bidang pertanian serta penternakan mahupun buat anda yang gemar bercucuk tanam secara kecilan anda pasti akan ternanti-nanti Event seperti Maha dan Hari Peladang, penternak dan Nelayan.
Pada tahun lepas iaitu 2016,  Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan atau lebih dikenali dengan MAHA 2016  di laporkan menerima kunjungan mencecah empat juta orang walaupun sasaran awal hanya tiga juta kunjungan umum. Kepada anda yang pernah menghadiri pameran ini pastinya anda akan ternanti-nanti lagi pameran seperti ini diadakan.

Sambutan Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Kebangsaan 2017 Di MAEPS
Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, YB Dato’ Sri Ahmad Shabery Cheek ketika pelancaran #HPPNK2017 2 Mei yang lalu.


Buat anda yang menggemari pameran seperti ini, pada 28 September sehingga 1 Oktober 2017 ini akan diadakan Sambutan hari Peladang, Penternak dan Nelayan Kebangsaan 2017. Anda amat dialu-alukan untuk mengunjugi pameran ini beramai-ramai bersama keluarga mahupun rakan-rakan.

Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Kebangsaan 2017



Objektif HPPNK adalah untuk memupuk semangat dan memperbaharui azam para peladang, penternak dan nelayan untuk berusaha dengan lebih giat lagi dalam meningkatkan kualiti dan pengeluaran hasil-hasil dalam sektor pertanian.

Sambutan HPPNK juga adalah untuk mempamerkan serta mempromosikan teknologi terkini bagi tujuan ke arah transformasi dan pemodenan sektor pertanian.

Disamping itu HPPNK juga menjadi tempat untuk bertukar pendapat dan pengalaman serta memberi pendedahan dan peluang perniagaan kepada mereka yang terlibat dan juga berminat dalam sektor pertanian.


HPPNK 2017 SASAR SETENGAH JUTA PENGUNJUNG


Serdang, 2 Mei 2017 – Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA) mensasarkan setengah juta pengunjung yang akan berkunjung ke Sambutan Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Kebangsaan (HPPNK) Tahun 2017.




Sambutan Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Kebangsaan 2017 Di MAEPS
Gimik pelancaran Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Kebangsaan 2017


Menurut Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek, menariknya sambutan HPPNK 2017 buat pertama kalinya akan diadakan di Tapak MAEPS Serdang. Dalam perkara ini, Kementerian yakin sasaran pengunjung ke HPPNK 2017 akan dapat dicapai memandangkan sambutan ini diadakan di MAEPS Serdang serta dengan kemudahan serta pengisian program yang akan menarik minat pengunjung.

Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek juga berkata, HPPNK juga akan terus mengiktiraf wira tani negara dan meraikan makanan terbaik negara ke satu tahap tertinggi menerusi anugerah yang dipertandingkan. Melalui HPPNK jugalah Kementerian akan terus memberi pengiktirafan kepada pencapaian terbaik peladang, penternak dan nelayan yang telah menghasilkan produk dan inovasi pertanian dalam membantu menjamin keselamatan dan kedaulatan makanan negara. 

“Kali ini Kementerian akan menampilkan kelainan dengan pengisian program yang dapat menarik minat orang ramai menyertai bidang pertanian. Selaras dengan hasrat kerajaan ke arah Transformasi Nasional 2050, kita juga mensasarkan penglibatan belia dalam bidang pertanian terus dipertingkat menjelang 2050”, kataya lagi.






Sambutan Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Kebangsaan 2017 Di MAEPS
Beberapa syarikat swasta telah menyatakan minat untuk menjadi sebahagian daripada #HPPNK2017, termasuk AirAsia, CIMB Malaysia, RHB Group, Agrobank, Oblong Burger.


Bertemakan “Makanan Kita Masa Depan Kita”, HPPNK memberi peluang kepada Kementerian untuk terus menghargai golongan ini dalam usaha memastikan sumber makanan kita terus dipertingkat dan berkualiti. Melalui HPPNK, peladang, penternak dan nelayan serta usahawan tani akan terus meningkatkan hasil kualiti dan tambah nilai melalui pertandingan yang diadakan dan dipamerkan. Oleh itu, satu anugerah khas akan disampaikan semasa Majlis Perasmian nanti.


HPPNK memperkenalkan Malaysia Food Festival (MyFF)


Dalam HPPNK kali ini juga, mereka turut memperkenalkan Malaysia Food Festival (MyFF). MyFF 2017 merupakan satu ekspo hidangan dari seluruh negara dan kepelbagaian produk makanan serta untuk menghargai usaha seluruh komuniti di sebalik industri makanan di Malaysia.


Sambutan Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Kebangsaan 2017 Di MAEPS


 Melalui MyFF ini, para pengunjung berpeluang menikmati sajian makanan yang disediakan di samping dapat mendalami situasi pengeluaran, penghasilan dan persembahan makanan di Malaysia (Farm-to-Fork).


“Orang ramai bakal berpeluang menikmati sajian makanan dari seluruh negara apabila berkunjung ke HPPNK 2017 yang akan berlangsung dari 28 September hingga 1 Oktober nanti.

MyFF 2017 menerapkan Farms, foods, drinks and experience yang merupakan elemen penting kepada perjalanan industri makanan di Malaysia dengan berinspirasikan elemen berikut :-



  •    Makanan: Penghasilan makanan yang sihat dan selamat.
  •    Masakan: Penyediaan makanan melalui demonstrasi makanan oleh chef terkemuka.
  •    Teknologi makanan: Pameran Teknologi Makanan seperti pembungkusan.
  •    Hidangan: Pelbagai jenis juadah dan menu akan dipersembahkan.
  •    Agro-pelancongan: Nikmati pengalaman Agropelancongan dengan menyertai The Gourmet Tour, Lawatan sekeliling MAEPS sambil menjamu selera.
  •   Komuniti: Menyatukan komuniti melalui konsert Rhythm of The Farmers (ROTF) dan juga Jualan Food Truck.
Sambutan Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Kebangsaan 2017 Di MAEPS
Antara produk yang anda boleh lihat di Hari Peladang Penternak dan Nelayan Kebangsaan 2017.

Kementerian juga optimis bahawa HPPNK 2017 dan MyFF 2017 dijangka dapat menyediakan pelbagai ruang untuk perniagaan, pelaburan, kerjasama dan di samping memberikan platform yang ideal melancarkan produk dan perkhidmatan baru serta inovatif di samping membina perkongsian strategik bagi meningkatkan daya saing pasaran.

Kementerian juga amat mengalu-alukan penyertaan daripada Exhibitor, jualan dan rakan strategik yang ingin terlibat dalam HPPNK kali ini.


Tease video pengenalan #HPPNK2017 di Facebook: HPPNK 2017 – Our Food Our Future.










Jadi kepada anda di luar sana jangan lepaskan peluang ini untuk menghadiri Sambutan Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Kebangsaan 2017 Di MAEPS Serdang.


Untuk maklumat lanjut dan terkini mengenai HPPNK2017 , sila layari ;

Facebook Rasmi HPPNK2017


Instagram Rasmi HPPNK2017


Twitter Rasmi HPPNK2017









iena eliena
Nukilan,

iena eliena
Instagram : @ienaeliena
Twitter : @ienaeliena
Email : iena@ienaeliena.com




0 comments:

Post a Comment

Powered by Jasper Roberts - Blog

Archieve