Baru-Baru ini, pada , 29 APRIL 2017 cik iena berpeluang menghadiri Majlis pengumuman Pemenang Utama Pertandingan Page To Pitch Media 360 Di KLTCC 2017 yang bertempat di Ballroom Seri Pacific Hotel Kuala Lumpur. Majlis berjalan cukup meriah dengan di hadiri tetamu serta rakan media cetak dan blogger.
Dalam majlis pengumuman pemenang ini, Sayed Munawar Sayed Mustar, selaku Ketua Pegawai Eksekutif Kota Buku berkata,
“Kami percaya pertandingan ini bukan sahaja mampu memacu industri penerbitan, tetapi juga industri kreatif Negara kerana ia menggalakkan idea-idea baharu dengan penumpuan digital. Kami juga ingin mengucapkan tahniah kepada semua pemenang pada tahun ini dan berharap untuk menerima idea-idea lebih besar pada tahun depan.”
Sayed Munawar Sayed Mustar, selaku Ketua Pegawai Eksekutif Kota Buku |
Pertandingan ‘Page to Pitch' (P2P) Media 360 Anjuran Perbadanan Kota Buku
Kota Buku telah menerima lebih 150 penyertaan bagi pertandingan ini dan telah menyenarai pendek 10 penyertaan bagi setiap kategori. Para finalis kemudiannya telah dijemput untuk membentangkan idea mereka di hadapan barisan juri profesional; Buku FIXI, Legacy Publishing, Pelangi Professional Publishing, Kota Buku, PTS Media Group, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), MEASAT Broadcast Network (Astro), Ata Plus, FINAS, Dewan Bahasa dan Pustaka, dan Unique Inspiration Limited. Para pemenang telah dipilih berdasarkan idea, konsep, keaslian, potensi pamasaran, objektif dan pembentangan.
Pertandingan ini yang diadakan sempena Pusat Dagangan Hak Cipta Kuala Lumpur (KLTCC) kesepuluh, bertujuan untuk membuka peluang dan menyediakan platform unik kepada para penulis baharu untuk menerbitkan idea mereka, dan mengembangkan idea para penulis sedia ada kepada pelbagai kandungan media digital.
Pertandingan ini terdiri dari dua katagori iaitu kategori pertama, ‘Idea to Publishing’ dan katagori kedua, ‘Book to Development’ . Pemenang hadiah utama bagi kedua-dua kategori juga akan mempunyai peluang untuk dibiayai oleh modal teroka swasta untuk membangunkan idea-idea mereka selanjutnya.Pemenang bagi kedua-dua kategori juga berpeluang untuk mendapat pembiayaan daripada pelabur swasta untuk mengembangkan idea mereka ke peringkat seterusnya.
Ianya menjanjikan penulis peluang untuk menerbitkan idea-idea mereka ke dalam satu penerbitan Karangkraf bernilai sehingga RM50, 000 .
Tempat pertama bagi Katagori ini di menangi oleh Mohana Gill dengan idea siri buku masakan untuk kanak kanak.
Pemenang Kategori pertama, ‘Idea to Publishing’
Ianya menjanjikan penulis peluang untuk menerbitkan idea-idea mereka ke dalam satu penerbitan Karangkraf bernilai sehingga RM50, 000 .
Tempat pertama bagi Katagori ini di menangi oleh Mohana Gill dengan idea siri buku masakan untuk kanak kanak.
Tempat pertama bagi kategori pertama di menangi oleh Mohana Gill dengan idea siri buku masakan untuk kanak kanak. |
Mohana Gill, yang merupakan seorang penulis dengan pelbagai anugerah antarabangsa . Beliau memenangi kategori pertama dengan idea siri buku masakan untuk kanak-kanak, ‘Hayley’s Happylicious Series’ yang memperkenalkan makanan sihat kepada kanak-kanak. Siri ini menceritakan tentang Hayley dan Zac yang menemui rakan-rakan baharu dan lama dalam setiap buku, di mana rakan-rakan mereka berkongsi resipi makanan berkhasiat, manfaat kesihatan sambil bercerita tentang pengembaraan yang menarik. Sebagai pemenang utama, Selain menerima wang tunai, Mohana menerima peluang untuk menerbitkan buku ilustrasi penuh warna itu dan peluang pemasaran antarabangsa.
Tempat kedua bagi kategori pertama di menangi oleh Zamri Mohamad dengan idea model buku menggunakan unsur 'gamification' untuk meningkatkan interaksi dengan pembaca. |
Tempat kedua bagi kategori pertama di menangi oleh Zamri Mohamad dengan idea model buku menggunakan unsur 'gamification' untuk meningkatkan interaksi dengan pembaca. Beliau membawa pulang wang tunai bernilai RM3,000.
Tempat ketiga bagi kategori pertama di menangi oleh Maisarah Mohamad dengan idea 'MBoo' sebuah kisah fantasi mengenai kehidupan haiwan. |
Tempat ketiga bagi kategori pertama pula di menangi oleh Maisarah Mohamad dengan idea 'MBoo' sebuah kisah fantasi mengenai kehidupan haiwan . Beliau membawa pulang wang tunai bernilai RM 1,000 untuk kategori ini.
Katagori Kedua, ‘Book to Development’
Ia menawarkan penulis yang untuk memindahkan penerbitan mereka ke dalam bentuk media digital yang pelbagai seperti filem, siri TV, animasi, komik digital, permainan, aplikasi dan sebagainya. Pemenang kategori ini akan menerima ‘green lane’ untuk permohonan mereka di pembangunan geran FINAS bernilai sehingga RM500,000.
Buat pertama kali Tempat pertama utk katagori kedua dikongsi bersama dua pemenang kerana karya kedua dua peserta mempunyai mesej dan pengisian yg tersendiri.
Pemenang bersama kategori kedua ini jatuh kepada Abdul Nazir Bin Harith fadzilah serta Nurul Aizam Bt Mat Nasir.
Abdul Nazir, yang mempunyai sebuah kedai buku yang dipanggil 'Tintabudi' di Ipoh, Perak merangkul hadiah pertama bagi kategori kedua dengan idea beliau untuk menghasilkan sebuah dokumentari mengenai budaya membaca di Malaysia - untuk melihat bagaimana latar belakang mempengaruhi pilihan para pembaca, berdasarkan pameran beliau pada 2016 bertajuk, ‘Tinjauan Sejarah Sastera Moden Malaysia’ di Festival Sastera KL.
Manakala, Nurul Aizam yang juga menjadi pemenang bagi hadiah pertama kategori kedua dengan idea beliau, 'LiteraCity' projek sastera yang mengandungi esei, wawancara dan esei foto mengenai sastera di Kuala Lumpur. Nurul, yang merupakan seorang editor untuk sebuah syarikat penerbitan alternatif tempatan, Moka Mocha Ink juga menyatakan bahawa idea itu juga mengupas pandangan dalam pembangunan bandar melalui kesusasteraan. Kedua-dua pemenang akan menerima kombinasi hadiah wang tunai berjumlah RM7,000 dan RM3,000 daripada Kota Buku serta peluang pemasaran antarabangsa.
Tempat ketiga bagi kategori kedua di menangi oleh Nazihah Ab Mumin dengan siri buku kanak kanak beliau iaitu Baba Batik |
Pemenang ketiga bagi kategori ini pula di menangi oleh Nazihah Ab Mumin dengan siri buku kanak kanak beliau iaitu Baba Batik. Beliau membawa pulang wang tunai bernilai RM 1,000.
Kepada anda di luar sana yang mempunyai bakat dalam bidang ini, anda amat dialu-alukan untuk menyertai pertandingan ini. Ianya akan diadakan setiap tahun.
Untuk Maklumat Lanjut mengenai Pertandingan ini Sila Rujuk
Facebook : https://www.facebook.com/PAGE2PITCH/Website : http://kltcc.com/p2p-360
Untuk Maklumat Lanjut Mengenai Kota Buku
Website : http://kotabuku.my/Facebook : https://www.facebook.com/KotaBukuKL/
Twitter : https://twitter.com/KotaBukuKL
Untuk Maklumat Lanjut Mengenai KLTCC
Website : http://www.kltcc.com/FAcebook : https://www.facebook.com/KLTCC/
Twitter : https://twitter.com/KLTCC2016
Nukilan,
|
0 comments:
Post a Comment