Suds And Lattes Cafe merupakan sebuah kafe yang boleh dikatakan unik dimana ianya menawarkan perkhidmatan kafe dan juga perkhidmatan Dobi. Menurut pemilik Suds And Lattes Puan Zalina, idea perniagaan ini muncul apabila kebanyakan dari pelanggan yang datang bertanyakan mengenai minuman di sini.
Bermula dari situlah tercetusnya idea tentang perniagaan kafe berkonsepkan laundry ini . Para pelanggan yang menghantar baju untuk perkhidmatan dobi di sini boleh menikmati hidangan makanan dan minuman di kafe ini sementara menunggu untuk mengambil pakaian yang di hantar untuk perkhidmatan Dobi.
Cik iena bergambar bersama pemilik Suds and Lattes Cafe iaitu Puan Zalina. Terima kasih atas layanan yang baik dan hidangan yang menyelerakan |
Cik iena pasti zaman sekarang agak ramai juga yang menggunakan perkhidmatan dobi kerana ianya dapat menjimatkan masa. Almaklum lah adakalanya kita sangat sibuk dengan rutin harian. Anda juga dapat luangkan masa bersama keluarga mahupun rakan semasa anda menunggu baju untuk perkhidmatan dobi anda.
Baru-baru ini cik iena berkesempatan untuk menghadiri majlis pembukaan rasmi Suds and Lattes yang bertempat di Mutiar Damansara. Majlis berlansung cukup meriah dengan di hadiri oleh para tetamu termasuk rakan serta tetamu jemputan dari rumah anak yatim.
Majlis ini di serikan lagi dengan kehadiran artis tanah air yang semakin meningkat nama iaitu Aiman Tino dan Sufian Suhaimi. Turut memeriahkan majlis selaku pengacara majlis yang sangat menghiburkan iaitu ikhwan Kool fm. Tidak lupa juga rakan-rakan blogger yang hadir sama untuk memeriahkan lagi majlis ini dan juga penulis Majalah Eh Malaysia Saudara Muzammin Muzlan .
Untuk itu cik iena kongsikan gambar di sekitar majlis tersebut dan gambar makanan yang sempat cik iena ambil beserta video :)
Video Suds And Lattes Grand Openning
Grand Launching Suds And Lattes
Cik iena bersama Muzammin Muzlan senior fashion writer dari eh malaysia |
cik iena bersama Aiman Tino |
Menu-Menu di Suds And Lattes
carbonara |
Pasto with beef |
Wahh, menarik kan menu dia. Untuk pengetahuan semua ini hanya sebahagian menu-menu yang ada di sini. Terdapat banyak lagi menu menarik termasuk menu-menu dessert yang istimewa. Di fahamkan juga di sini ada di jual puding jagung yang dikatakan menggunakan resepi turun temurun dari keluarga selaku pemilik Suds and lattes.
SUASANA DI SUDS AND LATTES CAFE
foto kredit kepada http://www.eatdrink.my |
foto kredit kepada http://www.eatdrink.my |
foto kredit kepada http://www.eatdrink.my |
foto kredit kepada http://www.eatdrink.my |
Untuk Maklumat Lanjut Layari
Facebook : https://web.facebook.com/sudsandlattes/
Instagram : https://www.instagram.com/sudsandlattes/
Alamat: 3-1, Jalan PJU 7/7A, Mutiara Damansara, Petaling Jaya, Selangor.
Hours: Selasa-Ahad, 10am-10pm.
Tel: +603 7732 1771
Hours: Selasa-Ahad, 10am-10pm.
Tel: +603 7732 1771
Nukilan,
|
tempat lepakk best nihhh kan.
ReplyDeleteUyul Rosli | Blonolog Blogger Picisan