Susu ibu atau susu badan merupakan makanan terbaik buat bayi anda. Bayi yang diberi susu badan sejak lahir kurang berisiko untuk jatuh sakit dalam tahun pertamanya. Sekiranya anda memberi bayi anda susu badan, ia akan dapat membantu bayi anda mengelakkan diri dari penyakit seperti gastroenteritis, pneumonia dan bronkolitis, jangkitan salur kencing, ekzema dan jangkitan telinga.
Susu ibu juga boleh mengekalkan kesihatan bayi untuk jangka masa panjang. Satu kajian menunjukkan bahawa mereka yang diberi susu badan ketika bayi mempunyai tekanan darah yang lebih rendah, tahap kolesterol lebih rendah dan kurang berkemungkinan menghidap diabetes jenis 2 apabila dewasa jika dibandingkan dengan mereka yang diberi susu formula.
Namun faedahnya penyusuan badan bukan terhad kepada bayi sahaja. Menyusu badan juga baik untuk si ibu. Dengam memberikan bayi susu badan si ibu dapat :
FAEDAH PENYUSUAN BADAN BUAT SI IBU
- Mengurangkan risiko menghidap kanser payu dara sebelum menopaus (putus haid)
- Membantu melindungi anda daripada kanser ovari
- Mengurangkan risiko menghidap diabetes jenis 2 di kemudian hari
Organisasi Kesihatan Dunia dan Kementerian Kesihatan Malaysia mengesyorkan supaya bayi diberi susu badan sahaja selama enam bulan yang pertama. Mereka juga menasihatkan para ibu supaya meneruskan penyusuan badan setelah bayi mula makan makanan pejal, sehingga usia bayi satu tahun atau lebih, jika mereka mahu.
Okay mesti pada yang mengenali cik iena pelik mengapa cik iena tulis mengenai susu ibu sedangkan cik iena masih belum berkahwin. Sebenarnya di pejabat cik iena ada rakan pejabat yang baru melahirkan Bayi kedua. Setiap hari cik iena akan lihat belia mengepam susu badan lebih kurang tiga kali iaitu sebelum memulakan kerja (sebelum waktu bekerja 9.30), semasa makan tengah hari dan juga semasa solat asar.
gambar rakan pejabat beserta anak kedua beliau, okay cik ien datang lambat la baby takde mood nk bergambar dah hehe |
Sebagai wanita tentunya ada hasrat di hati untuk mengetahui serba sedikit mengenai penyusuan badan ni. Jadi rakan cik iena sering berkongsi tips-tips. Tak salah kan walau belum berumah tangga tapi kita ambil tau hal penting seperti ini.
Menurut perkongsia rakan pejabat cik iena semasa anak sulung beliau susu badan beliau kurang. Anak kedua kali ini susu badan banyak, ini adalah kerana supplement yang diambil oleh beliau semasa hamil.
Sebelum cik iena ceritakan supplement apa yang di amalkan oleh beliau. Cik iena kongsikan sedikit tips atau cara untuk anda tambah susu badan menurut perkongsian rakan cik iena.
Tips Cara Untuk Tambah Susu Ibu Supaya Bayi Anda Kenyang
1. Banyakkan Minum Air
Banyakkan meminum air masak atau air kosong dan bukan air manis. Seperti yang kita sedia maklum air merupakan elemen yang sangat penting dalam tubuh badan manusia. Sebaiknya minumlah air kosong 8-10 gelas atau 3 liter sehari. Minumlah secara berkala sehingga capai pada target yang ditetapkan.2. Jaga Pemakanan
Pemakanan ibu menyusu haruslah seimbang seperti mana yang disarankan dalam piramid kesihatan. Lebihkan memakan sayur-sayuran hijau dan buah-buahan dalam diet seharian. Disamping dapat menambahkan susu badan ianya juga sangat baik untuk menjaga kesihatan diri.3. Jaga Pemikiran Supaya Senantiasa Positif
Emosi kita sangat penting jadi anda perlu berfikiran positif dengan beranggapan bahawa susu ibu yang dihasilkan adalah mencukupi untuk bayi. Elakkan dari stress atau tekanan kerana ia akan mempengaruhi pengeluaran susu ibu. Sentiasa tetapkan dalam minda yang mengatakan bahawa" susu saya cukup untuk bayi saya"
Dengan berfikiran positif ini sedikit sebanyak dapat membantu pemgeluaran susu yang banyak. Tanamkan sifat positif di dalam diri. Berusaha selagi termampu untuk bayi tersayang.
4. Amalkan Memakan Kurma
Unsur zat besi dan kalsium yang terdapat di dalam buah kurma adalah unsur yang paling tinggi bagi membentuk susu ibu. Bagi Ibu-ibu yang mempunyai masalah kekurangan susu, maka dengan memakannya dapat menggalakkan pertambahan kandungan susu.5. Kerap Pam Susu
Apabila anda semakin kerap menyusukan atau mengepam susu, otak mendapat signal untuk menghasilkan lebih banyak susu untuk bayi anda. Mengepamlah dengan konsisten tanpa menunggu payudara bengkak/breast penuh. Lebih kerap payudara dikosongkan, lebih banyak susu ibu yang akan terhasil. Sebaik-baiknya mengepamlah setiap 2-3 jam sekali terutamanya semasa bayi tiada bersama anda. Patut lah rakan pejabat cik iena mengepam 3 kali dalam tempoh 8 jam bekerja. Besarnya pengorbanan ibu kan :)6. Jangan Biar Bengkak
Menurut rakan pejabat cik iena, Ini sangat penting. Sebenarnya breastfeeding ni berkonsepkan demand and supply. Lebih kerap anda pam, lebih banyak susu yang terhasil. Jangan biar breast anda bengkak, itu ialah petanda susu anda semakin berkurang. Sibuk macam mana sekalipun, pastikan anda cari masa dan ruang untuk pam.
Patut lah rakan pejabat cik iena sentiasalah bawa pam susu dan plastik susu kosong serta botol susu supaya mudah untuk beliau mengepam susu di pejabat :)
Jadi anda pun seharunya begitu lah. Eh bukan anda je. Insya Allah jika cik iena kahwin dan ada anak pun cik iena perlu buat semua tips ni :)
7. Menyusu Dengan Kerap
Semakin kerap ibu menyusukan bayi, semakin banyak susu akan terhasil. Jadi, galakkan bayi untuk lebih kerap menyusu. Penyusuan di antara 10 hingga 12 kali atau lebih dalam tempoh 24 jam akan merangsang hormon prolaktin yang menghasilkan lebih banyak susu.
Menurut rakan cik iena beliau hanya mengepam susu di waktu bekerja atau di waktu beliau tidak bersama bayi beliau. Sekiranya beliau di rumah beliau akan lebih kerap memberi susu badan secara direct kepada bayi beliau kerana ini akan dapat mengeratkan lagi hubungan antara ibu dan bayi.
8. MOEDER Sebagai Milk Booster
MOEDER Sebagai Milk Booster |
Amalkan MOEDER sebagai supplement anda untuk menambahkan susu badan. Selain bertindak sebagi milkbooster, MOEDER juga berfungsi untuk menambahkan zat dan nutrien dalam susu ibu supaya susu ibu menjadi lebih pekat, bayi puas menyusu dan pastinya bayi anda boleh tidur kekenyangan. MOEDER juga bertindak membekalkan tenaga tambahan kepada ibu. Jadi, tidak perlu risau letih kerana terlalu banyak mengepam susu.
Tambah Susu Badan Dengan MOEDER Milk Booster
20 KANDUNGAN DALAM MOEDER
20 KANDUNGAN DALAM MOEDER |
1.Susu kambing
Kandungan yang terdapat dalam susu kambing ialah seperti protein, vitamin B2, kalsium, inositol, vitamin C, zat besi, vitamin A, karbohidrat, vitamin D, sodium, asid folik, vitamin B112,dan potassium. Selain itu, susu kambing juga dapat membantu mengurangkan risiko demam kuning pada bayi kerana ianya mempunyai sifat pengaktif antibodi yang boleh merangsang penghasilan sel-sel darah merah. Malahan menurut satu kajian Universiti Granada, susu kambing lebih mudah dicerna dan sesuai untuk mereka yang alah dengan susu lembu yang mana molekul susu kambing lebih halus dan hanya mengambil masa 20 minit sahaja untuk dicerna berbanding susu lembu yang memerlukan masa dua jam.2.Ekstrak Tomato
Tomato juga mengandungi lycopene, yang mana membantu untuk mencerahkan kulit. Juga tomato mengandungi vitamin A yang baik untuk mengatasi masalah rabun malam. Malahan ia membantu menghasilkan rambut bayi yang lebat dan sihat juga kulit bayi yg licin dan gebu.3. Habbatussauda
Membantu meningkatkan daya tahan tubuh dan stamina. Ianya juga dapar mengurangkan risiko mendapat tekanan darah tinggi atau rendah ketika hamil. Malahan ia dapat mengatasi depresi , gejala “cramp” dan kelelahan pada akhir trimester.4.Madu
Menguatkan sistem penghadaman dan daya tahan terhadap keracunan makanan. Memudahkan pergerakan usus semasa membuang air dimana mengelakkan sembelit bagi ibu hamil. Juga membantu menguatkan pernafasan dan mengurangkan asma atau lelah. Madu adalah makanan tenaga semula jadi yang sesuai untuk ibu mengandung5.Ekstrak Anggur
Anggur adalah sumber zat besi, fosfor, kalsium, asam organik, karoten, lesitin, vitamin C, dan vitamin B1 yang sangat bermanfaat bagi ibu hamil. Selama masa kehamilan, permintaan darah jauh lebih tinggi, oleh sebab itu perlu mengkonsumsi makanan dengan sumber zat besi yang baik seperti anggur.6. Lutein
Berfungsi untuk melindungi fungsi penglihatan dan memperkuatkan retina. Juga ia akan memberi kesan mengaktifkan produksi kilang susu ibu.7.Bird nest
Melembabkan kulit ibu hamil , mengurangkan kesan “stretch mark”. Juga ia dapat menguatkan paru-paru bayi. Juga ia dapat menyegarkan mata dan memperbaiki aliran darah dan membantu mengurangkan masalah “cramp”.8.Seaweed
Kandungan serat 'seaweed' tinggi dan rendah kalori. Oleh itu, serat padanya (seaweed) akan memudahkan proses buang air besar bagi ibu mengandung yang sering mengalami sembelit. Lemak yang terkandung dalam 'seaweed' tersusun dari asid lemak esensial omega 3 dan omega 6 yang sangat diperlukan untuk pembentukan rangkaian pada janin, terutamanya untuk pembentukan otak, saraf, plasma darah, dan organ pembiakan.9. Buah tin
Mengurangkan risiko darah tinggi ketika mengandung , juga dapat mencegah osteoporosis. Kandungan kalsium serta kalium buah tin dapat mencegah penipisan tulang sekaligus dapat meningkatkan kepadan pada tulang. Kandungan kalsium yang terdapat pada buah tin adalah lebih tinggi dari jumlah kalsium yang terdapat pada susu.10. Kurma Buah
kurma sememangnya berkhasiat untuk ibu mengandung.Ia kaya dengan vitamin B6,asid folik,kalium,zat besi dan magnesium. Magnesium susah untuk diperoleh dalam bentuk semula jadi sedangkan ia penting untuk ibu-ibu mengandung kerana ia berfungsi memantapkan jantung dan sistem peredaran darah. Justeru pengambilan buah kurma yang kaya dengan pelbagai khasiat termasuk magnesium semula jadi amat bermanfaat untuk ibu-ibu mengandung. Kajian sains menunjukkan,semasa sedang dalam proses melahirkan anak (labour),kadar gula dalam darah akan menurun dan keadaan ini mendatangkan kelesuan kepada si ibu. Pada masa itu si ibu memerlukan,antaranya karbohidrat bagi mengembalikan tenaga di samping kalium (potasium).11. Gam arab /Manna
Membantu mengawal kandungan gula dalam darah dan dapat memperbaiki sistem imun ibu mengandung dari merasa letih2 badan juga rasa mual . Ia juga membantu serapabn mineral seperiti zink , sodium dan calcium yang diperlukan oleh para ibu hamil.12. Bilberry
Mengandungi zat aktif yang disebut anti oksida dan membantu mengatasi masalah rabun mata.13. Aloe vera
Memperbaharui sel kulit melembapkan sel kulit. Menjadikan kulit bersih dan bersinar. Ia juga dapat mematikan pigmen hitam yang sering di alami ibu hamil dan melicinkan kulit. Untuk bayi dalam kandungan , ia meransang pertumbuhan folikel2 rambut yang lebat dan bersinar.14. Lobak merah
Mencerahkan penglihatan mata disamping menguatkan imuniti, memperbaiki pencernaan dan menormalkan metabolism untuk mengatasi masalah mual di kalangan ibu hamil.15. Brokoli
Mengandungi beberapa zat gizi seperti vitamin A, B, C , K dan mineral seperti kalsium juga zat besi untuk menyokong semasa proses kehamilan berlangsung.16. Omega 3
Omega-3 sangat penting untuk mempertahankan keseimbangan produksi suatu zat seperti hormon yang disebut prostaglandin. Prostaglandin membantu mengatur banyak fungsi fisiologis yang penting termasuk tekanan darah, pembekuan darah, transmisi saraf, respon inflamasi dan alergi, fungsi ginjal dan saluran pencernaan, dan produksi hormon lainnya. Omega-3 juga digunakan untuk mengubati dan mencegah gangguan mood ketika hamil.17. Betik
Betik kaya dengan vitamin dan nutrisi yang diperlukan ibu hamil terutamanya dalam melancarkan proses penghadaman. Vitamin C dan Vitamin E dalam buah betik memberikan sumber serat dan asid folic yang baik untuk ibu mengandung. Oleh itu, ibu mengandung digalakkan mengambil buah betik sebagai sumber serat ketika hamil.18. Stevia
Stevia merupakan 100% ekstrak pemanis semula jadi daripada spesies tumbuhan herba stevia Rebaudiana. Selain berfungsi sebagai pemanis, khasiat yang lain pada daun ini ialah sebagai ubat bagi menurunkan kadar gula dalam darah, melawaskan kencing, menurunkan tekanan darah, membunuh bakteria, membunuh kulat, membunuh virus, mengurangkan keradangan, dan mampu menurunkan berat badan.19. Vanilla
Sebagai perisa dan dapat membantu mengurangkan rasa loya pada ibu hamil.20. Non diary creamer
Mengurangkan rasa loya dan rendah kalori.CARA PENGGUNAAN MOEDER
Dirumus Khusus Untuk Wanita Hamil dan Selepas Bersalin berperisa vanilla dan sangat sedap tw. Campurkan satu (1) skop ke dalam segelas 150ml air suam. Kacau dan minum segera. 1 - 2 kali sehari pagi/malam.
KEBAIKAN MOEDER UNTUK IBU DAN ANAK
Kebaikan yang terdapat dalam susu Moeder :
1. Khasiat Moeder Untuk Ibu hamil :
- Mencerahkan Kulit.
- Mengatasi masalah rabun malam
- Meningkatkan daya tubuh dan stamina serta tenaga semasa hamil
- Mengurangkan Risiko tekanan darah tinggi dan rendah ketika Hamil.
- Mengatasi masalah depresi (Stress)
- Menguatkan sistem penghadaman dan daya tahan terhadap keracunan makanan.
- Mengelakkan Sembelit bagi ibu Hamil
- Menguatkan Pernafasan (mengurangkan asma dan lelah bg ibu hamil)
- Membanyakkan darah (pengganti kerang seperti tradisional)
- Meningkatkan produksi susu ibu (Banyakkan susu ibu)
- Melembabkan kulit
- Mengurangkan kesan selulit pada perut
- Mencegah osteoporosis
- Mencegah sakit pinggang dan tulang belakang ketika hamil kerana membawa kandungan
- Menguatkan kandungan bagi ibu baru hamil
- Memberi lebih tenaga ketika proses bersalin
- Mengatasi masalah mual.
- Menormalkan metabolisme
- Mencegah kegemukan selepas bersalin
- Rasa Vanila berlemak tanpa menyebabkan rasa loya.
2. Khasiat Moeder Untuk Kandungan atau bayi
- Mengurangkan Risiko demam kuning
- Meningkatkan daya tahan tubuh bayi (selsema demam)
- Melebatkan rambut
- Menghitamkan rambut dan bersinar terhadap bayi
- Memutih dan melicinkan kulit bayi
- Membantu menguatkan sistem paru-paru bayi.
- Mencegah asma dan lelah
- Mencegah Rabun ketika besar
- Membantu pembentukan otak, saraf, plasma darah, dan organ pembiakan.
- Membantu kecergasan otak bayi (Anak Pintar)
- Membantu sistem pencernaan bayi yg menyusu badan ibu yang mengamalkan Moeder
3. Khasiat Moeder Untuk Ibu selepas hamil @ menyusu bayi @ bayi menyusu
- Membanyak dan memekatkan produksi susu
- Mencegah kegemukan
- Mencerahkan & Melembab kulit
- Membantu hilangkan selulit ketika hamil
- Membantu merawat luka dalaman semasa deliver (bersalin) dengan cepat.
- Memberi tenaga terutama ketika berpuasa tetapi meyusukan bayi.
- Mengurangkan stress
- Mengatasi atau mencegah rabun.
- Mengenyangkan bayi dan atasi masalah sedu
- Menguatkan sistem pernafasan bayi.
- Membantu daya ingatan bayi
HARGA MOEDER
Harga Normal : RM159/169ss.
Harga promosi : RM129 sm/ss + FREE postage (Boleh inform tau dari blog ienaeliena.com)
MOEDER TAHAN BERAPA LAMA?
Untuk pengetahuan sebotol MOEDER ni adalah sebanyak 600 gm. Jika diamalkan pengambilan MOEDER setiap hari siang dan malam , sebotol MOEDER mampu bertahan sebulan.
Sebaliknya jika Mengikut cara rakan pejabat cik iena satu sachet untuk sehari. Beliau akan bahagi dua untuk satu sachet. Satu di minum siang dan satu lagi malam. Ianya mampu bertahan lebih dari sebulan dengan hasil yang sama disamping mengamalkan tips-tips yang di berikan diatas :)
Antara gambar susu yang di kongsi dengan cik iena, menurut beliau sekali pam 7 Oz dan dalam sehari boleh dapat 21 oz |
Antara gambar susu yang di kongsi dengan cik iena, menurut beliau sekali pam 7 Oz dan dalam sehari boleh dapat 21 oz |
Rakan pejabat yang berkongsi cerita tentang cara tambah susu ibu :) |
Selain itu kandungan susu badan juga sangat berbeza diantara keduanya dimana semasa anak kedua kandungan susu badan lebih banyak :)
Beliau mengamalkan Moeder semasa sedang hamil dan semasa menyusu anak. Sehingga sekarang masih mengamalkan pengambilan Moeder.
Ehemm Tips-tips ini akan di guna pakai oleh cik iena jika cik iena dah berkahwin nanti dan anda juga boleh la gunakan tips ini. Jangan lupa share pada kawan-kawan ya.
Okay cik iena dah tau boleh kawen. Mohon masuk meminang ye Encik Pujaan Hati. Ehh ade ker? haha Encik Pujaan hati tak berapa nak gentle man kot hahahah.dah bagi hint pun tak nampak.. Lempang laju-laju baru tau lalalalla..Bertabah lah iena hahahaha
Ehh tapi suami orang mohon jangan masuk meminang. Cik iena tak mau laki orang. Suami orang enggak mau dong. Kalau menaip blog malam-malam memang mengarut tambah lagi tengah tak sihat. Tapi Alhamdulillah la selepas 3 hari tidur awal sepanjang malam. Sakit berkurang dapatlah malam ni bersengkang mata siapkan artikel ini yang di publish pada jam 1.20 pagi. Mohon esok jangan bertambah tak sihat ya cik iena (^_~)
alaaa comelnya alesya. Okay cik iena mula la berangan nak buat birthday party anak macam ni. Padahal kawen pun belum haha |
untuk Maklumat lanjut mengenai Moeder sila layari http://www.millennialgen.biz
Nukilan,
|
nice info kak iena. boleh beli nih.
ReplyDeleteUyul Rosli | Blonolog Blogger Picisan
terima kasih infonya
ReplyDelete