Makanan Thailand adalah salah satu masakan yang paling unik di Asia Tenggara. Masakan Thailand dipengaruhi oleh beberapa budaya yang menjadikan masakan Thailand menjadi lebih unik. Makanan panas dan pedas merupakan salah satu ciri masakan Thailand kerana ianya menggunakan cili segar dalam setiap hidangan. Selain itu Ciri khas masakan Thai adalah keseimbangan rasa manis, asin, masam, serta pedas yang cukup menyelerakan.
Walaupun semuanya disebut masakan Thai, namun sebenarnya di Thailand terdapat empat jenis masakan daerah yang berasal dari empat daerah utama iaitu Thailand Utara,Thailand Timur Laut (masakan Isan),Thailand Tengah, dan Thailand Selatan. Masing-masing masakan daerah mendapat pengaruh dari masakan Cina dan masakan negara-negara tetangga.
Rong Seri Bangi
Kepada anda yang sering ke Thailand pasti anda sudah merasakan keenakan masakan thailand tersebut. Buat anda yang merindui masakan Utara Thailand dan anda yang suka mencuba masakan dari negara jiran anda boleh cuba menikmati hidangan masakan utara Thailand di Restoran Rong Seri Bangi yang terletak di Kampung Sungai Ramal, Kajang. Ianya berdekatan Bandar baru Bangi.
Lokasi Restoran ini agak terpencil namun keindahan dekorasinya pasti membuat anda jatuh cinta akan tempat ini di tambah lagi jika anda mengunjungi restoran ini pada waktu malam. Cahaya yang cukup indah serta dekorasi unik serta di selangi dengan bunyi-bunyi cengkerik yang pasti membuatkan anda berasa di sebuah perkampungan yang indah.
Restoran Rong Seri Bangi mampu menampung 150 pax pelanggan dalam satu-satu masa, Rong Seri Bangi akan memastikan setiap pelanggan merasakan keaslian masakan Thailand yang sesuai dengan citarasa Melayu. Selain dari menerima kunjungan pelanggan untuk menikmati hidangan makanan di sini, ROng Seri Bangi juga menawarkan perkhidmatan untuk majlis perkahwinan, majlis hari jadi dan majlis-majlis lain yang bersesuaian.
Set Khan Tok |
Berfokuskan masakan Utara Thailand, Rong Seri Bangi juga membuat kelainan dalam industri makanan di Malaysia dengan mempunyai lebih dari 100 menu a la carte dengan harga serendah RM5 dan di sini juga menawarkan set Khan Tok (ayam/daging/seafood) dari harga RM70. Untuk Pengetahuan anda Restoran ROng Seri Bangi sangat berbeza dari restoran-restoran lain kerana pada Setiap masakan di Rongseri Bangi ini merupakan masakan bebas Monosodium Glutamate (MSG).
Dekorasi Indah di Rong Seri BAngi
Chef Yang Pakar Dalam Masakan Thailand
Selain dari keunikan makanan serta dekorasi di sini, bagi memastikan kualiti masakannya, Rong Seri Bangi juga mempunyai chef yang mempelajari bidang masakan Thailand, Chef Wan Mustafa Kamal.
Kebanyakan masakan di Rong Seri Bangi ini merupakan menu asal Chef Mustafa yang telah memperolehi Master dalam seni kulinari di salah sebuah kolej kulinari terkemuka di Thailand.
Khan Tok
Khan Tok merupakan dulang berkaki yang digunakan sebagai meja makan kecil oleh rakyat Lanna (utara Thailand) , Laos, dan dengan orang dari Isan (timur laut Thailand). Dulang Khan Tok ialah, meja pendek bulat dengan beberapa kaki yang diperbuat daripada kayu. Ia mempunyai diameter kira-kira 35 sentimeter (14 in). Ia adalah setanding dengan dulang tradisional yang digunakan dalam masakan Burma.
Di Rong Seri Bangi, menawarkan anda hidangan masakan yang di hidangkan menggunakan Khan Tok bagi membawa tradisi Utara Thailand tersebut seterusnya bagi membuatkan anda berasa seolah-olah anda sedang menikmati masakan di Utara Thailand.
Terdapat 3 Pilihan Set Khan Tok iaitu Ayam, Daging Dan Seafood yang mana harga bermula dari RM70 untuk set Khan Tok tersebut.
Makan Malam di Rong Seri Bangi
Baru-baru ini cik iena telah berkesempatan untuk menikmati hidangan unik di Rong Seri Bangi bersama rakan-rakan blogger yang lain. Cik iena dan rakan-rakan menikmati Set Khan Tok dan juga masakan Eksotik Siput Laut.
Cik iena dan rakan-rakan menikmati makanan Eksotik Siput Laut. |
hehe macam siput babi kan :D |
cik iena bersama jasmeen |
Video Review Rong Seri Bangi
Set Khan Tok Rong Seri Bangi
Set Khan Tok Rong Seri Bangi |
salah satu menu dalam Set Khan Tok Rong Seri Bangi |
salah satu menu dalam Set Khan Tok Rong Seri Bangi |
salah satu menu dalam Set Khan Tok Rong Seri Bangi |
salah satu menu dalam Set Khan Tok Rong Seri Bangi |
Menu Menu Lain di Rong Seri Bangi
Berikut merupakan antara menu yang ada di ROng Seri Bangi. Ini hanya sebahagian sahaja. Terdapat banyak lagi menu menarik yang anda boleh cuba di sini.
tom yam chiang mai antara yang paling cik iena gemari |
tom yam chiang mai merupakan antara menu kesukaan cik iena di sini. Rase creamy yang cukup, tidak terlebih. Biasanya jika makan tomyam thai yang ada santan ianya terlalu pekat dan sangat creamy membuatkan kita rasa cepat kenyang dan loya berbeza dengan tomyam di sini. rasa creamy nya just nice. Tahap kepedasan tom yam ini pula pada cik iena pedas sebab cik iena memang tak makan pedas. Namun tahap kepedasan seseorang pasti akan berbeza. Sekiranya anda inginkan yang pedas mungkin anda boleh request.
Ikan siakap rong seri bangi |
Jika kebiasaannya di kedai-kedai Thai akan menawarkan menu siakap tiga rasa, berbeza di Rong Seri Bangi disini tiada menu siakap tiga rasa tetapi menu yang di tawarkan adalah lebih menarik dan sedap dari siakap tiga rasa yang biasa kita makan. Di sini anda boleh nikmati Ikan siakap rong seri bangi yang sememangnya sentiasa menjadi tempahan para pelanggan tetap di sini kerana keenakan rasanya di tambah dengan dekorasi makanan yang indah.
Sotong Telur Asin |
Kebiasaannya sotong akan di buat sotong goreng tepung di restoran-restoran lain tetapi berbeza di sini. Rong Seri Bangi menawarkan menu sotong yang cukup istimewa dan lazat. Cik iena sendiri telah mencuba dan sangat suka akan Sotong Telur Asin ini. Cik iena yakin anda juga akan suka dengan Sotong Telur Asin tatkala pertama kali anda menggigit cebisan Sotong Telur Asin ini :)
Butter Prawn |
Butter Prawn dis ini tidak kurang hebatnya. Rasa butter yang cukup rasa di tambah dengan kriuk kriuk rangup butter serta telur yang enak di tambah rempah-rempah yang membangkitkan lagi rasa.
Selain dari menu sampingan diatas dan Set Khan Tok, Di Rong Seri Bangi juga menawarkan makanan Eksotik iaitu Siput Laut
Makanan Eksotik Siput Laut di Rong Seri BAngi
Makanan Eksotik sememangnya unik dan susah untuk mendapatkan menu makanan eksotik , namun di ROng Seri BAngi terdapat masakan Eksotik seperti siput laut. Jika di lihat dengan mata kasar fizikalnya persis siput babi. Agak terkejut juga lah cik iena ketika mencuba menu ini. Walaupun rasa takut itu ada tapi cik iena tetap cuba untuk rasa makanan eksotik tersebut.Makanan Eksotik Siput Laut di Rong Seri BAngi |
Nasihat cik iena sila jangan bayangkan "Siput Babi" sebab kalau terbayang memang kita tak boleh nak makan. Apa yang cik iena boleh kata tentang rasa siput laut tersebut adalah rasanya seperti siput sedut dalam kuantiti yang banyak di makan atau di kunyah sekali.
Susah untuk di gambarkan, ada lebih baik nya anda cuba sendiri menu eksotik ini.
VIDEO CARA MAKAN SIPUT LAUT
Seperti yang cik iena maklumkan diatas Rong Seri Bangi tidak menggunakan MSG dalam setiap masakannya . Cik iena rasa anda juga tahu bahawa MSG sangat tidak bagus untuk kesihatan, jom baca serba sedikit mengenai MSG untuk rujukan anda.
MONOSODIUM GLUTAMATE (MSG)
Monosodium Glutamate (MSG) merupakan perisa sintetik yang digunakan untuk melazatkan makanan yang di masak. Kebanyakan rakyat di Malaysia khususnya gemar mengamalkan MSG dalam masakan .
MSG boleh menaikkan berat badan
MSG boleh menyebabkan masalah neurologi atau saraf dan penambahan berat badan. Terdapat beberapa kajian telah membuktikan MSG boleh menaikkan berat badan. Kajian telah dibuat ke atas tikus yang diberi makan MSG menjadi obes dan ada yang menjadi buta. Salah satu cara saintis meningkatkan obesiti dalam makmal kajian haiwan ialah dengan memberi haiwan makan MSG.
Kesan-kesan MSG
- Kecederaan kepada hypothalamus, sejenis kelenjar dalam otak berperanan mengawal selera makan, fungsi tiroid dan sistem endokrin.
- Meracun saraf seperti dilaporkan dalam sebuah kajian bahawa ia menyebabkan tikus menjadi gemuk kerana keracunan MSG merosakkan ‘ isyarat leptin’ yang tertulis dalam minda bawah sedar atau ia memusnahkan papan data sekali gus menyebabkan tiada isyarat bertulis dalam minda bawah sedar.
- MSG yang dimakan oleh ibu mengandung juga ibu yang sedang menyusukan bayi boleh mengganggu pusat kawalan bayi.
- Kesan pengambilan MSG ialah kesan kepada otak , ini kerana pengambilan kokain, methamphetamine dan Ritalin. Ia berakhir dengan tindakan stress hipersensitif dan mengakibatkan perut berlemak.
SUMBER : MONOSODIUM GLUTAMATE (MSG)
Haaa kesimpulannya restoran ini sangat bagus untuk kita kunjungi kerana masakan nya tidak menggunakan MSG yang tidak baik untuk kesihatan tubuh badan kita.
Waktu Beroperasi Rong Seri Bangi
Buka - 12.00 Tengah Hari
Tutup - 11.00 Malam
Untuk maklumat lanjut mengenai Rong Seri Bangi, sila layari
Facebook Rasmi Rong Seri Bangi :
facebook.com/RongSeriBangi/
Instagram Rasmi Rong Seri Bangi :
instagram.com/rong_seri/
No. Telefon Rong Seri Bangi :
013-755 1777
Alamat Restoren Rong Seri Bangi :
Rong Seri @ Bangi
Lot 70792, Jalan Abim,
Kg Sg Ramal Dalam,
43000 Kajang, Selangor
Google Maps Link : Restoran Rong Seri Bangi
facebook.com/RongSeriBangi/
Instagram Rasmi Rong Seri Bangi :
instagram.com/rong_seri/
No. Telefon Rong Seri Bangi :
013-755 1777
Alamat Restoren Rong Seri Bangi :
Rong Seri @ Bangi
Lot 70792, Jalan Abim,
Kg Sg Ramal Dalam,
43000 Kajang, Selangor
Google Maps Link : Restoran Rong Seri Bangi
Nukilan,
|
makanan thai selalunya terbaik.
ReplyDeletewww.liahasty.com
comelnyaaa video iena dengan is tu hehehehe
ReplyDeleteUyul Rosli | Blonolog Blogger Picisan