Bercerita mengenai Sate anda pastinya telah mencuba pelbagai jenis sate di pasaran. Kebiasaannya sate yang kita pernah makan adalah sate ayam, sate ikan, sate daging dan sate arnab.Disini Cik iena ingin mencadangkan kepada anda tentang Sate Tuna terbaru yang mana ianya boleh di dapati di Satay Station. Selain dari keunikan menu yang menarik ini, menu sate terbaru ini juga dikatakan boleh memberikan pulangan besar melebihi RM5,000 sebulan kepada usahawan sate tempatan.
Sate Tuna – Produk Inovasi Jabatan Perikanan Malaysia
Menu sate tuna ini sememangnya unik dan sangat berbeza dengan sate-sate yang lain yang pernah kita makan. “Sate Tuna ini dihasilkan seratus peratus (100%) daripada ikan Tuna Sirip Kuning (Yellowfin Tuna) yang lazat dan kaya dengan khasiat Omega 3. Kandungan vitamin yang tinggi (42%) serta rendah kalori berbanding sate ayam dan daging dikira sesuai untuk penggemar sate yang mementingkan kesihatan. Berasaskan nutrien dan khasiat isi ikan tuna ini, sate tuna merupakan satu lagi menu pilihan bagi pengamal diet sihat.
SATE TUNA BERI PULANGAN LUMAYAN KEPADA USAHAWAN SATE TEMPATAN |
SATE TUNA BERI PULANGAN LUMAYAN KEPADA USAHAWAN SATE TEMPATAN
SATE TUNA BERI PULANGAN LUMAYAN KEPADA USAHAWAN SATE TEMPATAN |
Menurut Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek,
"sate tuna merupakan produk inovasi baharu Jabatan Perikanan Malaysia yang diperkenalkan semasa MAHA 2016 yang lalu, merupakan satu produk galakan promosi hasilan tuna, bersesuaian dengan industri penangkapan tuna yang sedang berkembang di Negara ini. "
di sekitar Majlis Promosi Sate Tuna di Ampang Waterfront |
Produk baru ini juga secara tidak langsung menyokong industri huluan dan hiliran berkaitan tuna ujarnya ketika ditemui pemberita selepas melancarkan Promosi Sate Tuna di Ampang Waterfront baru-baru ini.
Semasa pelancaran sate tuna ini juga , Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek menjelaskan bahawa pihaknya akan terus giat melahirkan usahawan Francais Sate Tuna untuk meluaskan lagi promosi dan pasaran sate tuna di seluruh Negara.
Ini merupakan satu langkah ke hadapan bagi menampung keperluan permintaan pada masa akan datang bersesuaian dengan industri penangkapan tuna yang sedang berkembang maju.
Sate Tuna Boleh didapati di 11 Cawangan Satay Station
Menurut Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek lagi,
"Sebagai permulaan untuk mempelbagaikan varieti sate yang sedia ada di pasaran di samping memberi kelainan dari segi rasa, nutrisi dan pilihan kepada pengguna, syarikat usahawan Francais Sate Tuna dari Labuan akan membekalkan bahan mentah seperti ikan tuna bagi dijadikan sate tuna kepada 11 rangkaian perniagaan Satay Station di Lembah Klang dan cawangan yang terbaru adalah di KLIA2. Pembukaan cawangan baru di KLIA2 ini diyakini mampu memperkenal sate tuna ini bukan sahaja kepada warga tempatan, tetapi juga pelancong asing di mana KLIA2 merupakan salah satu pintu masuk utama ke dalam negara."
Sate Tuna Boleh didapati di 11 Cawangan Satay Station |
Kerjasama dengan Satay Station adalah satu langkah strategik antara kedua-dua pihak kerana rantai kerjasama ini adalah saling melengkapi dan saling menguntungkan kedua-dua pihak, jelas beliau lagi.
Peluang Memulakan Perniagaan Sate Tuna
Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA) turut menyediakan kemudahan pembiayaan di bawah TEKUN Nasional bagi memulakan perniagaan Sate Tuna melalui skim TemanNita dan TEMAN TEKUN kepada para usahawan yang berminat dengan perniagaan ini.
Sementara itu, Jabatan Perikanan Malaysia (DOF) menjangkakan dengan penggunan teknologi dan usaha penambahbaikan resepi bersesuaian dengan citarasa tempatan serta promosi berterusan, permintaan ke atas produk baru sate tuna ini boleh mencecah sehingga 50 ribu cucuk sebulan di seluruh Malaysia dan dapat memberikan pulangan keuntungan kepada pengusaha/individu melebihi RM5,000 sebulan.
Majlis Promosi Sate Tuna di Ampang Waterfront
di sekitar Majlis Promosi Sate Tuna di Ampang Waterfront |
di sekitar Majlis Promosi Sate Tuna di Ampang Waterfront |
di sekitar Majlis Promosi Sate Tuna di Ampang Waterfront |
Untuk Sebarang Pertanyaan , Sila Hubungi
Jabatan Perikanan Malaysia (Unit Komunikasi Korporat)
Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani
No. Tel : 03 – 8870 4234
No. Faks : 03 – 8881 0343
Nukilan,
|
tengok pun da tahu sedap. kena try nih
ReplyDeleteUyul Rosli | Blonolog Blogger Picisan
This comment has been removed by the author.
ReplyDeleteas salam.terima kasih atas usaha Cik Iena utk mempromosi produk yang telah di bangunkan oleh Jabatan Perikanan (DOF) . Alhamdulillah, pada peringkat awal, saya telah mendapat kecaman serta kritikan termasuk dari dari chef terkemuka berkaitan produk ini. setelah berhempas pulas untuk mencari formula terbaik, akhirnya produk ini boleh diterima oleh masyrakat. sesiapa boleh menikmati produk ini di setiap francais Satay Station di seluruh negara. Saya berpendapat, produk tuna ini boleh dinikmati oleh pelbagai lapisan masyarakat bukan hanya di restoren2 mewah yang hanya mampu dibayar oleh orang yang berpendpatan tinggi. Sokongan dari anda semua akan memberi saya dan team semangat baru utk membangunkan lagi produk2 baRU di masa2 depan. Tungguuuuuu ��
ReplyDeletesama2..
Deletesemoga terus success :)