Hai semua Hari ni cik iena nak kongsi Oxygenating mask dari Bliv yang cik iena cuba . Oxygenating mask ni di panggil O2 Bubbly Bright Facemask .
Oxygenating mask
Bliv O2 Bubbly Bright Facemask merupakan Oxygenating mask yang menggabungkan gelembung oksigen dan tepung beras untuk mencerahkan dan mencantikkan kulit. Dengan pemakaian Bliv O2 Bubbly Bright Facemask anda akan rasakan krim tersebut berubah menjadi buih lembut yang berfungsi untuk merendam kekotoran sementara manik lembut merah secara perlahan akan cair bagi tujuan mengelupas lembut kulit anda dan seterusnya apabila di cuci kulit anda akan terasa lembut, licin dan bercahaya.
Kebaikan Bliv O2 Bubbly Bright Facemask
purifying + brightening +exfoliating
Bliv O2 Bubbly Bright Facemask ini mampu membersihkan wajah secara mendalam untuk menanggalkan sisa-sisa kotoran degil khususnya dan seterusnya ianya juga akan mengelupaskan sisa-sisa kulit mati yang tidak diperlukan pada wajah dan hasilnya kulit wajah akan lebih cerah dari biasa.
Penggunaan yang berterusan akan membuatkan wajah anda semakin cerah dan berseri :)
Bahan-bahan Bliv O2 Bubbly Bright Facemask
O2 Bubble (Purifying)
- Bubble ini akan terus menembusi kulit untuk membasuh lubang-menyumbat, kekotoran, serpihan dan minyak yang berlebihan
Rice Powder/Serbuk beras (Brightening)
- Ia membantu melembapkan dan mencerahkan; Meninggalkan kulit cerah, lembut dan penuh dengan kilau.
Red Soft Beads (Exfoliating)
- Manik selulosa merah yang mencairkan untuk mengelupas permukaan kulit yang mati, menyebabkan kulit lembut, licin dan bercahaya.
Cara Penggunaan Bliv O2 Bubbly Bright Facemask
1. Sapukan sedikit ke muka dan urut perlahan-lahan. Bubbles akan terbentuk.
2. Biarkan selama 5-10 minit.
3. Urut sekali lagi untuk pembersihan yang lebih mendalam.
4. Bilas dengan air suam dan teruskan dengan langkah-langkah penjagaan kulit yang tinggal.
2. Biarkan selama 5-10 minit.
3. Urut sekali lagi untuk pembersihan yang lebih mendalam.
4. Bilas dengan air suam dan teruskan dengan langkah-langkah penjagaan kulit yang tinggal.
Review Bliv O2 Bubbly Bright Facemask
Buat penggemar facemask seperti cik iena semestinya cik iena sangat suka facemask ini terutama ketika ianya menghasilkan buih. terasa lah seperti ada kerja-kerja pembersihan di lakukan. Selepas cuci muka memang kulit akan lebih licin. Selepas tu jika kita pakai mekap, ia senang untuk diaplikasikan.
Tips Kulit flawwless
Jadi cik iena cadangkan sebelum nak mengenakan solekan. Untuk hasil yang terbaik pakai facemask ni dulu untuk mendapatkan kulit licin, halus dan mulus bagi menghasilkan solekan yang flawless :)
Harga Bliv O2 Bubbly Bright Facemask
Harga : RM 99
Pada yang berminat untuk cuba jom dapatkan di website mereka . Sila Klik http://bit.ly/bubbly-mask
Untuk maklumat lanjut layari
Website : https://www.bliv.com/my/
Facebook : https://www.facebook.com/blivmalaysia
Instagram : https://www.instagram.com/bliv/
Youtube : https://www.youtube.com/user/blivskin
Twitter : https://twitter.com/blivskin
Nukilan,
|
0 comments:
Post a Comment