Sepanjang Ramadhan ini pasti terdapat banyak Hotel mahupun restoran membuat tawaran istimewa bagi berbuka puasa di tempat mereka. Begitu juga denan De Palma Hotel. Baru-baru ini cik iena telah berbuka puasa di De Palma Hotel Shah Alam bersama dengan rakan Blogger.
Apa yang Istimewanya di sini selain menyajikan pelbagai jenis makanan dengan 15 jenis gerai yang berbeza. Ianya juga menawarkan persembahan dari artis veteren yang tidak asing lagi iaitu Jay Jay. Selain dari persembahan JAy Jay istimewanya De Palma Hotel Shah Alam adalah terdapat ceramah agama dan juga alunan ayat-ayat suci Al-Quran dari pelajar Tahfiz ketika anda sedang berbuka puasa. Selain itu terdapat juga persembahan nasyid dari kumpulan Saff-One.
bersama rakan blogger |
Bufet Ramadan De Palma, Shah Alam
Ramadhan sinonim dengan kemeriahan pelbagai juadah yang mana ianya hanya muncul setahun sekali istimewa pada bulan ini. Kekangan waktu dan sebagai meraikan kejayaan diri menempuhi puasa seharian membuatkan ramai umat Islam memenuhi bazar-bazar Ramadhan untuk mencari juadah yang menepati selasa setiap kali tibanya waktu berbuka puasa.
De Palma Hotel Shah Alam Menawarkan Menu Muhubah Tiga Kaum iaitu Melayu, Cina dan India
De Palma Hotel Shah Alam merupakan peneraju hotel yang berlandaskan syariah merupakan pilihan terbaik lokasi berbuka puasa untuk sepanjang bulan Ramadhan . ‘Rasa Muhibah’ diangkat menjadi tema bufet Ramadhan pada kali ini. Muhibah merujuk kepada campuran tiga kaum utama di Malaysia iaitu Melayu, Cina dan India menjadi asbab pemilihan tema menu tahun ini.
Rasa Muhibah Hidangan Melayu
De Palma Hotel Shah Alam cukup terkenal dengan keenakan masakan ala kampung tradisi membariskan pelbagai juadah enak warisan masyarakat Melayu seperti Ayam Masak Lemak Cili Padi, Assam Pedas Batang Keladi, Ikan Patin Masak Tempoyak, Rendang Daging Tetel, Bendi Goreng Berlado, Talapia Merah Masak Lemak dengan Daun Kunyit, Pucuk Manis Masak Lemak dengan Keledek, Siput Sedut Masak Lemak, Telur Itik Masak Lemak dan banyak lagi. Tidak ketinggalan sedikit selingan juadah hari raya seperti Nasi Impit, Pulut Kuning, Ketupat dan Rendang turut menemani para pengunjung yang datang berbuka puasa di De Palma Hotel Shah Alam.
Rasa Muhibah Hidangan Cina
Rasa Muhibah kedua iaitu hidangan istimewa yang berasal daripada masyarakat Cina turut menampilkan menu-menu seperti Daging Masak Halia, Sayur Kailan Ikan Masin, Ikan Masak Masam Manis, Ketam Bercili, ‘Egg Foo Yong’, ‘Lemon Chicken’ dan pelbagai lagi.
Rasa Muhibah Hidangan India
Sebagai pelengkap tema Rasa Muhibah, menu masakan India turut diselitkan bersama. Barisan juadah yang disediakan adalah seperti Kambing Masala, Kari Ikan dengan Bendi, Sayur Aloo Gobi, Acar Terung, Daging Varuval, Ayam Goreng Berempah, Ayam Tikka, Kari Kambing dengan Ubi Kentang, Petola Goreng, Ayam Tandori, Kambing Masala dan sebagainya.
Menu-menu yang disediakan adalah berbeza dari hari ke hari sekaligus memberi kelainan dan keterujaan kepada pengunjung yang datang sekalipun mereka berkunjung dengan kadar yang kerap.
De Palma Hotel Shah Alam Saji Makanan Bazar Ramadhan
De Palma Hotel Shah Alam sangat menitikberatkan keselesaan para pengunjung kerana pihak hotel memberi para pengunjung menimba pengalaman seperti berkunjung ke bazar Ramadhan atau tanpa perlu memecah keringat dan berasak-asak dalam lautan manusia seperti lazimnya.
Istimewa kali ini, gerai Ikan Bakar Portugis, Sengkuang Calit, Jambu Batu Asam Boi, Kambing Golek dan Bulgogi yang pasti membuat para pengunjung tersenyum lebar. Tidak ketinggalan masakan India seperti Capati, Vadey, Tosei, Rojak Mamak, Puri serta pelbagai lagi.
Menu-menu utama yang menjadi kegilaan pengunjung setiap kali bufet Ramadhan diadakan seperti Char Kway Teow, Mee Goreng Mamak, Ikan Keli Goreng, Goreng-goreng dan Cucur juga di sediakan di sini.
De Palma Hotel Shah Alam Saji Makanan Lauk Pauk Kenduri
Kepelbagaian hidangan yang dihidangkan ditambah seri dengan lauk pauk kenduri atau dikenali dengan lauk pengantin yang diberi sentuhan moden sesuai dengan citarasa golongan muda masa kini selain mengekalkan sebahagian ciri-ciri asli lauk tersebut. Nasi Minyak, Nasi Tomato, Nasi Bukhari beserta lauk pauk terkenal yang tak lapuk ditelan zaman seperti Daging Masak Hitam Manis, Ayam Masak Merah, Daging Rendang juga dihidangkan pada setiap hari.
De Palma Hotel Shah Alam Saji Hidangan Kanak-kanak
Selain itu ianya juga menyediakan hidangan pilihan buat kanak-kanak. Antaranya adalah Jejari Ikan Goreng, Sosej, Nasi Ayam dan tidak ketinggalan pencuci mulut kegilaan kanak-kanak malahan juga orang dewasa iaitu aiskrim dan ABC juga turut disediakan.
Untuk bahagian minuman pula, selain kordial pelbagai perisa, tahun ini turut di hidangkan air kopi yang diperbuat daripada kopi asli tempatan selain teh tarik yang mempunyai aura tersendiri .
De Palma Hotel Shah Ala menyelitkan Pengisian Rohani dan Persembahan Artis
Sejajar dengan pematuhan syariah yang diterapkan, sedikit pengisian rohani diselitkan bagi mengimarahkan bulan mulia Ramadhan Al-Mubarak. Alunan Qasidah yang dipersembahkan oleh pelajar-pelajar tahfiz jemputan akan mengisi ruang masa sebelum tibanya waktu berbuka puasa disusuli dengan laungan azan Maghrib secara langsung di dewan berbuka puasa.
Sedikit tayangan khas Ramadhan akan dipertontonkan semasa solat maghrib bagi mengisi ruang waktu sebelum forum santai bersama penceramah jemputan bermula yang akan dikendalikan oleh kumpulan Saff-One. Kumpulan Nasyid Saff-One juga akan mempersembahkan alunan lagu-lagu nasyid sebagai santapan halwa telinga. Istimewa pada tahun ini, penyanyi terkenal Jay Jay diundang khas untuk menghiburkan setiap pengunjung yang datang dengan lagu-lagu beliau yang cukup enak didengar.
Video Persembahan Jay Jay
Berikut merupakan salah satu dari persembahan artis veteren yang tidak asing lagi Jay Jay.
De Palma Hotel Shah Alam Menyediakan Imam buat Solat Terawikh Berjemaah
De Palma Hotel Shah Alam tidak hanya menyediakan bufet Ramadhan tetapi juga solat terawikh secara berjemaah pada setiap hari di Surau Nurul Iman yang boleh memuatkan sehingga 200 orang pada satu-satu masa. Solat terawikh akan diimamkan oleh Imam Residen De Palma Hotel Shah Alam.Harga Bufet Ramadan 2017 De Palma Hotel
De Palma Shah Alam
Dewasa : RM 69.00
Kanak-Kanak (6 -12 tahun) : RM34.00
Kanak-Kanak (6 -12 tahun) : RM34.00
De Palma Ampang
Dewasa : RM 80.00
Kanak-Kanak (6 -12 tahun) : RM40.00
Kanak-Kanak (6 -12 tahun) : RM40.00
De Palma Kuala Selangor
Dewasa : RM 49.90
Kanak-Kanak (6 -12 tahun) : RM25.00
Untuk kanak-kanak 5 tahun dan kebawah percuma
Kanak-Kanak (6 -12 tahun) : RM25.00
Untuk kanak-kanak 5 tahun dan kebawah percuma
Diskaun 10% Bufet Ramadan De Palma, Shah Alam 2017 Bersama Jay Jay dengan Kod : Blog ienaeliena.com
Istimewa buat anda yang membaca artikel ini anda boleh mendapatkan diskaun 10% dengan menyatakan Kod : Blog ienaeliena.com ketika membuat tempahan. (Voucher sah di semua rangkaian De Palma Hotel)
Kepada Para pelanggan yang berminat untuk merasai kemeriahan berbuka puasa di De Palma Hotel Shah Alam boleh membuat tempahan terus ke Kaunter Ramadhan atau pun menghubungi talian khas tempahan bufet Ramadhan di talian 03-55428080 atau Jabatan Jualan di sambungan 611/608/405/406. Sebarang tempahan atau pertanyaan juga boleh diajukan kepada noraini@depalmahotel.com.
Senarai De Palma Hotel
De Palma Hotel Shah Alam
19/15, Jalan Nelayan, Seksyen, 40300 Shah Alam, Selangor
De Palma Hotel Ampang
Jalan Selaman 1/2, Palm Square, Ampang Point Jalan Ampang, 68000 Ampang Jaya, Malaysia
De Palma Hotel Kuala Selangor
Jalan Tanjong Keramat, 45000 Kuala Selangor, Selangor, Malaysia
Gambar di Bufet Ramadan De Palma, Shah Alam 2017
Di sini cik iena ingin kongsikan beberapa lagi gambar di dalam koleksi kamera cik iena semasa cik iena berbuka puasa di sini. Maaf cik iena tak dapat ambil gambar makanan sebelum berbuka kerana cik iena tiba lewat .
Wokies, kepada anda yang tinggal di Shah Alam dan berdekatan Shah Alam Khususnya jangan lupa cuba berbuka puasa di sini ya dan dapatkan diskaun 10% dengan menyatakan kod Blog ienaeliena.com :)
Nukilan,
|
Baru pertama kali dengar hotel berlandaskan syariah..
ReplyDeletehehe betul tu..iena pn bru je tau
ReplyDeleteSedapnya macam-macam ada. Penyanyi otai Jay Jay pun ada. Suka makan Bulgolgi. Kepada yang nak tahu tip travel dan makanan jangan lupa singgah blog Malaysia Backpackers.
ReplyDelete