Istimewa buat penggemar daging kambing, kini anda boleh nikmati kambing grill pelbagai rasa di Ngences Giga yang terletak berhampiran Aeon AU2 Setiawangsa. Terdapat 4 Jenis perapan daging kambing yang di sajikan di Ngences Giga.
Ngences Giga Steamboat and Grill
Ngences Giga merupakan sebuah restoran yang menawarkan hidangan steamboad dan grill yang mana ianya memfokuskan kepada hidangan kambing grill. Kebiasannya restoran steamboat menawarkan aneka makanan laut berbeza dengan Ngences Giga
Kambing Grill Free Flow di Ngences Giga Buat Penggemar Kambing
Ngences Giga ini sememangnya sangat sesuai buat anda penggemar daging kambing. Anda sendiri sedia maklum bahawa daging kambing kebiasaannya adalah mahal. Di Ngences Giga anda boleh menikmati hidangan kambing grill yang pelbagai sehinggalah anda puas hati.
Kebiasaannya restoran yang menawarkan makanan steamboat and grill hanya akan meletakkan satu jenis kambing sahaja untuk dinikmati pelanggan. Berbeza dengan Ngences Giga terdapat 4 jenis perapan daging kambing untuk di Grill buat peminat daging kambing khususnya.
Antara perapan yang ada adalah Garlicano, Blackpaper, papricano dan Gingeria. Okay jom cik iena tunjukkan gambar daging kambing yang di perap enak dengan 4 perapan istimewa. Tengok pada gambar pun boleh buat terliur :)
Ngences Giga Kambing Blackpaper
Ngences Giga Kambing Blackpaper |
Ngences Giga Kambing Blackpaper |
Ngences Giga Kambing Gingeria |
Ngences Giga Kambing Gingeria |
Ngences Giga Kambing Gingeria |
Ngences Giga Kambing Papricano
Ngences Giga Kambing Papricano |
Ngences Giga Kambing Papricano |
Ngences Giga Kambing Garlicano
Ngences Giga Kambing Garlicano |
Selain dari daging kambing, ngences giga ini pastinya ada menu steamboat and grill yang lain seperti daging lembu, daging ayam, bebola-bebola ikan, bebola-bebola ayam dan segala macam berbola beserta pelbagai variasi dim sum. Nasi lemak juga ada di hidangkan di sini. Cuma di Ngences Giga tiada di hidangkan seafoods atau makanan laut kerana Ngences Giga mengutamakan kepada hidangan daging kambing yang pelbagai.
Video Review di Ngences Giga
bersama rakan blogger kuat makan seperti cik iena dan juga pemilik Ngences Giga |
Gambar-gambar lain di Ngences Giga
Wokies menarik bukan, anda boleh nikmati daging kambing sepuasnya hanya pada satu harga.
Untuk pengetahuan anda juga ruang niaga Ngences Giga ini sangat besar dan selesa. Jadi ianya sangat sesuai untuk anda membawa rakan-rakan serta keluarga malahan boleh juga di adakan mini reunion bersama rakan-rakan anda.
Harga Ngences Giga Steamboat and Grill Setiawangsa
RM29.90 (Dewasa)
RM16.00 (Kanak-kanak berumur 6-10 Tahun)
Sempena Bulan Ramadhan pula harga di Ngences Giga termasuk buffet
RM40 (Dewasa)
RM16.00 (Kanak-kanak berumur 6-10 Tahun)
Untuk pengetahuan semua harga buffet yang di tawarkan adalah untuk makanan sahaja. Minuman akan dikenakan caj yang berlainan
(^_~)
Jika anda adalah peminat kambing harga yang ditawarkan adalah berbaloi kerana seperti yang kita sedia maklum daging kambing lebih mahal dari daging lembu dan sebagainya.
Untuk Maklumat lanjut sila layari :-
Faceboook Ngences Giga
facebook.com/RestoranNgencesInstagram Ngences Giga
instagram.com/ngencesgigaUntuk sebarang tempahan sila hubungi
011 2668 5187Alamat Restoran Ngences Giga
No.21, Jalan 24/56 , Setawangsa ,54200 Kuala Lumpur, Malaysia.
google Maps : Ngences Giga
Nukilan,
|
Waaa best nya saya suka makan lamb nanti boleh jalan2 cari makan kat ngences giga... hihihi
ReplyDeletehehe jom iftar kt sana :)
Deletemeriah tgk kambing tu
ReplyDeletehehe kan.. terliur plak bln pose ni hahaha
Deletetak larat iena mkn..tak muat baju raya nty huhu
semua senget lepas makan. terbaik haha :D
ReplyDeletehaha dengan video2 akak record pun senget..
ReplyDeletesenget kekenyangan :D
sedap kan makan kambing grill kat sini...
ReplyDelete