Menjadi pelajar IPTA atau IPTS adalah merupakan pengalaman yang sangat berharga dan sukar untuk di lupakan. Sehingga sekarang cik iena masih merindukan zaman-zaman sewaktu di IPTA. Sememangnya ia sukar untuk di padam dalam sejarah kehidupan.
Masa berganti masa, zaman semakin maju dan canggih . Kini anda sebagai Pelajar IPTA dan IPTS berpeluang untuk memenangi wang tunai berjumlah RM50,000 beserta Ilmu kesahawanan percuma jika anda menyertai VEST . Apa itu Vest Cik iena akan ceritakan di bawah.
Cik iena rasa pelajar zaman sekarang sangat beruntung dengan adanya program seperti ini dapat meningkatkan lagi tahap keyakinan diri seseorang pelajar untuk menyertai sesuatu pertandingan disamping dapat menerima ilmu keusahawanan dimana ianya amat berguna untuk masa depan kita kelak.
Sekiranya ada program seperti ini di zaman IPTA cik iena sekitar 14 tahun yang lepas semestinya cik iena akan ambil peluang ini untuk sertai kerana bukan sahaja pengalaman menyertai pertandingan tersebut yang penting, Ilmu keusahawanan yang dapat di ambil dari pertandingan ini lebih bermakna. Tidak kira kalah atau menang dengan adanya ilmu keusahawanan tersebut kita boleh melangkah lebih maju dengan memberanikan diri menceburkan diri dalam bidang keusahawanan sekiranya kita sudah menamatkan pengajian nanti.
ops sekitar 14 tahun yang lepas? nampak sangat cik iena dah 3 series kan . Cik iena betul-betul jelous dengan pelajar IPTA dan IPTS sekarang sangat banyak program dan perandingan yang di anjurkan yang mana ianya sememangnya sangat bermanfaat buat pelajar. Berbeza zaman cik iena sekitar 14 tahun yang lepas dimana untuk program seperti ini memerlukan inisiatif pelajar sendiri untuk mengambil kursus tersebut. Jadi adalah baiknya para pelajar IPTA dan IPTS tidak melepaskan peluang keemasan ini.
Cipta sejarah terindah dalam kehidupan pelajar anda agar kita dapat memanfaatkannya dan juga agar kita dapat menceritakan kepada generasi kita kelak tentang betapa berjayanya kita di Universiti atau kolej suatu ketika dulu sedikit sebanyak ianya dapat menyuntik semangat buat anak cucu kita kelak untuk jadi yang lebih terbaik dari kita :)
Okay panjang pula cik iena berceloteh. Jom cik iena ceritakan mengenai VEST.
APA ITU VEST ?
VEST ini merupakan singkatan dari perkataan
Varsity
Entrepreneurship
Skills
Talent
VEST ini merupakan satu program pertandingan keusahawanan yang bakal melibatkan 1,000 mahasiswa dari 20 IPT (Institut Pengajian Tinggi) seluruh negara dengan 200 idea perniagaan yang bakal dikembangkan .
Dalam tempoh 6 bulan peserta akan didedahkan dengan
- Teknik-teknik terkini jualan
- Teknik Pemasaran dan Penjenamaan
- Teknik Komunikasi berkesan
- Teknik Membina Rangkaian francais
- Teknik Perancangan kewangan
Teknik-teknik ini adalah sebagai persediaan untuk mahasiswa memulakan langkah sebagai usahawan.
Metadologi VEST
Objektif Vest ( Varsity Entrepreneurship Skills and Talents)
- Memupuk dan melahirkan usahawan dikalangan pelajar universiti awam tempatan
- Membangunkan nilai nilai keusahawanan dikalangan pelajar
- Menawarkan peluang perniagaan serta mengembangkan perniagaan yang sedia ada secara lebih sistematik
- Menyampaikan maklumat berkaitan dengan agensi keusahawanan yang menyediakan kemudahan pembiayaan, latihan, kemudahan intrastruktur dan akses kepada pasaran
- Mencipta peluang pekerjaan dalam pelbagai sektor
Dengan penyertaan VEST ini ianya tidak sekadar memberi kebaikan buat pelajar malahan ianya juga akan memberi kebaikan buat Universiti atau kolej yang terlibat. Antara kelebihan tersebut adalah:-
Terma Dan Syarat Vest Untuk Universiti
- Pertandingan keusahawanan ini terbuka kepada semua Universiti Awam (IPTA) dan Swasta (IPTS) di Malaysia;
- Minimum 10 pasukan bagi setiap universiti yang bertanding;
- Unit Keusahawanan bertindak selaku penyelaras program di peringkat universiti
- Konsep perniagaan hendaklah memberi fokus kepada lima (5) segmen kluster perniagaan iaitu :
1) Franchising / Licensing : cth – Product & Services;
2) Creative & Innovative : cth – Robotic / Photography/ Music Talent/ Software Program/ Etc;
3) On-Line Business : cth – Tudung/ Health & Beauty/ Education;
4) Agro Business : cth – Fruits & Vege For Commercial/ Fishery;
5) Mobile Business : cth – F&B / Services/ Spa Etc.
Terma Dan Syarat Vest Untuk Pelajar
- Terbuka kepada semua pelajar IPTA/IPTS;
- Warga negara Malaysia;
- Lampirkan “Borang Profiling” yang telah di sahkan oleh unit keusahawanan sebagai dokumen sokongan;
- Setiap kumpulan mestilah tidak melebihi dari lima (5) orang ahli kumpulan;
- Berusia 18 tahun hingga 25 tahun dan masih berdaftar sebagai mahasiswa sepenuh masa seperti yang ditetapkan oleh IPTA/IPTS yang terbabit;
- Terbuka kepada mahasiswa yang mempunyai idea perniagaan mahupun perniagaan sedia ada;
- Produk atau perkhidmatan yang pernah memenangi pertandingan mahupun mana-mana anugerah tidak dibenarkan bertanding;
- Semua Perancangan Perniagaan hendaklah mengikut terma & syarat yang telah ditetapkan, sekiranya mana – mana kumpulan tidak mengikut terma & syarat penyertaan yang telah di tetapkan, penyertaan akan terbatal;
- Produk atau perkhidmatan mestilah patuh syariah.
Kelebihan Vest Untuk Universiti
- Pembudayaan keusahawanan
- Merealisasikan ICGPA yang mana bertujuan membentuk graduan yang mempunyai ciri ciri keusahawanan sejajar dengan Falsafah Pendidikan Negara
- Pendedahan keusahawanan kepada lebih 3000 mahasiswa
- Melahirkan 1000 usahawan muda yang terlatih dikalangan mahasiswa
- Mengenalpasti sebanyak 200 perniagaan baru yang boleh dibangunkan
Langkah penyertaan |
Jika ianya mempunyai kelebihan kepada pihak universiti, pastinya juga ianya bakal memberi kelebihan buat peserta atau pelajaryang menyertai prorgam ini. Antara kelebihan buat pelajar adalah seperti berikut :-
Kelebihan Vest Untuk Pelajar
- Peluang pendaftaran pernigaan melalui SSM melalui program 1 pelajar 1 perniagaan
- Peluang membuka akaun bersama Bank Rakyat dengan hanya RM100.00 tanpa introducer
- Mendaftar hak cipta logo perniagaan melalui MYIPO pada harga istimewa
- Peluang pembiayaan perniagaan PNS, Skim Pembiayaan VES PNS
Menarik bukan program VEST ni, Kepada pelajar- di luar sana jangan lupa sertai program ini. Zaman sekarang ni pelajar pun dah pandai berniaga untuk mendapatkan pendapatan sampingan. Jadi ambil peluang ini untuk mempelajari selok belok perniagaan agar anda dapat menjalankan perniagaan anda dengan sistematik.
Pelajar IPTA dan IPTS Sertai VEST dan Menangi Wang Tunai RM50,000 dan Ilmu Keusahawanan Percuma
Apa yang menarik lagi tentang program ini adalah Seramai 300 peserta terpilih akan ke peringkat seterusnya selama satu tahun bersama PNS. Hadiah ini sememangnya sangat menarik dimana dalam tempoh satu tahun bersama PNS tersebut banyakilmu yang akan anda pelajari secara percuma. Tidak perlu mengambil kursus tambahan untuk mempelajari ilmu tersebut. Jika di buat perhitungsn hadiahnya pasti bukan calang calang jumlahnya.
Manakala Hadiah berjumlah RM50 000 akan diberikan kepada mereka yang berjaya di peringkat akhir setelah melalui beberapa proses saringan dan pemilihan
Hadiah Pertama: RM25 000
Hadiah Kedua: RM15 000
Hadiah Ketiga: RM10 000.
Hadiah Kedua: RM15 000
Hadiah Ketiga: RM10 000.
Sekiranya anda berminat untuk menyertai program ini, anda boleh mendaftar secara online di http://www.pns.com.my/vest-online-registration/ atau Pendaftaran melalui unit keusahawanan Universiti masing masing.
Tarikh penyertaan bermula 28 April 2017. Segala keputusan adalah muktamad dan sebarang surat menyurat tidak akan dilayan.
Untuk Maklumat lanjut sila layari
Website : http://www.pns.com.my/
Untuk perkembangan terkini mengenai program ini sila layari
Facebook : https://web.facebook.com/pnsmy
Twitter : https://twitter.com/pnsmy
Instagram : https://www.instagram.com/pnsmy/
Nukilan,
|
Wah kat ukm
ReplyDeleteWah kat ukm
ReplyDeletewauuu bestnyaaa saya berminatt, tq for the info ☺
ReplyDelete