Ini merupakan kali ke tiga cik iena menikmati keenakan Dolly Dim Sum, Jika sebelum ini cik iena pernah ke Dolly DIm Sum Pavillion untuk promosi tahun baru cina, kali ini pula cik iena berkesempatan ke Dolly Dim Sum Nu Sentral Buat kali ketiga untuk promosi ramadhan pula.
Selepas dua kali kunjungan cik iena ke Dolly Dim Sum terdapat beberapa menu yang menjadi kesukaan cik iena antaranya adalah Dolly Moza Rolls , Siew Mai Dumpling, Har Gau Dumpling, BBQ Chicken Cheong Fun, Stir-fried Chicken in Dolly Special Sauce Topped with Green Mango, Stir-Fried Broccoli with scallop, Manggo Delight, Spicy Szechuan dumpling, Three Treasure Crab-filled Parcels Served with Special Scallop Sauce dan dupling with thai sauce.
PROMOSI RAMADHAN BERBUKA PUASA WITH DOLLY |
Wah banyak nye yang cik iena suka. Ini merupakan antara yang cik iena pernah cuba. Yang lain yang belum pernah cuba tu pun mesti sedap juga :)
Baiklah sempena bulan ramadhan ni cik iena nak kongsikan promosi Doly Dim Sum bersempena ramadhan 2017 .
PROMOSI RAMADHAN BERBUKA PUASA WITH DOLLY
Untuk pengetahuan terdapat dua set berbuka puasa yg ditawarkan iaitu Set melur yg berharga RM 63++ per pax(for 6 pax) dan Set Orkid yg berharga RM73++ per pax(for 6 pax)
Set melur yg berharga RM 63++ per pax(for 6 pax) |
Set Orkid yg berharga RM73++ per pax(for 6 pax) |
Promosi bermula 26 mei 2017 sehingga 24 june 2017.
Istimewa buat anda yang berbelanja melebihi RM150 di dalam 1 resit anda layak untuk mendapatkan diskaun sebanyak 10% untuk next visit..
Promosi ini sah untuk ketiga2 outlet iaitu Nu Sentral, Avenue K dan Pavilion Elite.
Untuk pengetahuan anda lagi ice lemon tea, sirap bandung, kurma dan kuih muih adalah free flow. Bermakna anda boleh tambah secara percuma :)
Menarikkan promosi ni. Kepada penggemar Dolly Dim Sum jangan lepaskan peluan ini ok. Kebiasaannya jika makan di Dolly Dim Sum anggaran untuk seorang makan dalam RM100++. Haa promosi ni RM 63 dan Rm73 je. Jadi Jangan lepaskan peluang keemasan ini ok :)
BERSAMA PEMILIK DOLLY DIM SUM DAN RAKAN BLOGGER UNTUK PROMOSI RAMADHAN BERBUKA PUASA WITH DOLLY |
Secara keseluruhan Dolly Dim Sum sememangnya dapat menambat citarasa cik iena. Sebelum ini cik iena bukan lah penggemar Dim Sum tetapi selepas pertama kali menjejakkan kaki di Dolly Dim Sum Pavillion cik iena semakin menggemari dim sum.
Cik iena da mula menerima jemputan untuk review dim sum di hotel dan juga restoran.
DOLLY DIM SUM , DIM SUM SEDAP DI KUALA LUMPUR
Selepas beberapa hari mencuba menu ramadhan ini cik iena juga ada membawa puan ibunda serta adik ke Dolly Dim Sum Avenue k dan juga rakan pejabat ke Dolly Dim Sum Nu Sentral.Puan ibunda juga menyukai dolly dim sum sama seperti cik iena. Tidak lupa juga rakan-rakan yang cik iena bawa. Nanti cik iena akan kongsi dua artikel lagi cik iena makan di Dolly dim sum bersama keluarga dan rakan.
Begitu lah cik iena, Bila dah mula suka jika berkesempatan mesti cik iena akan datang cuma sekarang almaklumlah cik iena sering memenuhi jemputan event jadi masa yang ada sangat limited.
Cik iena sememangnya gemar mengunjungi restoran yang pernah cik iena review jika cik iena sangat menggemari masakan tersebut. Tapi kebelakangan ini sejak carpool pergi kerja bersama rakan pejabat. Beliau merupakan seorang yang suka mencuba masakan berlainan tempat. Boleh dikatakan hari-hari kami makan malam di tempat berbeza cuma buat masa ini cik iena tiada masa untuk kongsi di blog. Cik iena ambil gambar cuma tak sempat menulis artikel :)
Insya Allah jika ada masa cik iena akan kongsikan. Semakin montel lah cik iena asyik makan je. Bukan sahaja makan jemputan review. Makan malam setiap hari pun di tempat berbeza . Untung juga dapat kawan suka mencuba makanan-makanan dari kedai berlainan. Boleh tau tempat mana yang sedap dan tidak.
Okay panjang pula cik iena bercerita, jom cik iena kongsikan gambar hidangan makanan yang cik iena makan tempohari. CIk iena makan set Orkid yang berharga RM73++ per
Yam Croquette |
Har Gau Dumpling juga merupakan salah satu menu kegemaran cik iena |
BBQ Chicken Cheong Fun merupakan Salah satu menu kegemaran cik iena |
Dolly Moza Rolls merupakan Salah satu menu kegemaran cik iena |
Siew Mai Dumpling merupakan Salah satu menu kegemaran cik iena |
Stir Fried Broccoli With Scallop merupakan Salah satu menu kegemaran cik iena |
Royal Golden Fried Rice |
kuih muih untuk pencuci mulut |
manggo pomelo delight merupakan salah satu menu desert kegemaran cik iena |
Egg Custard Bun merupakan Salah satu menu kegemaran cik iena |
BERSAMA PEMILIK DOLLY DIM SUM DAN RAKAN BLOGGER UNTUK PROMOSI RAMADHAN BERBUKA PUASA WITH DOLLY |
Terima Kasih Atas Jemputan.
Okay kepada anda di luar sana jangan lepaskan peluang ini ok. Murah tau.
Baiklah promosi di atas sah untuk ketiga-tiga outlet Dolly Dim Sum
CAWANGAN-CAWANGAN DOLLY DIM SUM
Dolly Dim Sum Avenue K
Masa: 11.00am – 10.00pm
Alamat: Lot G9 Ground Floor, Avenue K, 156 Jalan Ampang, Kuala Lumpur, Malaysia (berhadapan KLCC)
Nombor Telefon: (+603) 2181 3830
Dolly Dim Sum Nu Sentral
Masa: 11.00am – 10.00pm
Alamat: LG, 43 NU Sentral No. 201 Jalan Tun Sambathan, 50470 Kuala Lumpur.
Nombor Telefon: (+603) 2273 1450
Masa: 11.00am – 10.00pm
Alamat: Lot G9 Ground Floor, Avenue K, 156 Jalan Ampang, Kuala Lumpur, Malaysia (berhadapan KLCC)
Nombor Telefon: (+603) 2181 3830
Dolly Dim Sum Nu Sentral
Masa: 11.00am – 10.00pm
Alamat: LG, 43 NU Sentral No. 201 Jalan Tun Sambathan, 50470 Kuala Lumpur.
Nombor Telefon: (+603) 2273 1450
Dolly Dim Sum Pavilion
Isnin hingga jumaat :
Masa: 11.00am – 10.00pm
Sabtu Hingga Ahad
Masa: 10.30am – 10.00pm
L1, 1.102.00 Pavilion Elite, 168 Jalan Bukit Bintang,
Bukit bintang , 55100 Kuala Lumpur
Nombor Telefon: (+603) 2110 5019
Laman Web: www.dollydimsum.com
Email : dollydimsum@gmail.comNukilan,
|
Bile nak belanje makan kat sini?
ReplyDeletedap nyeee,,,, nnt nak try la...
ReplyDeletewauuu harga yg berpatutan, boleh walkin or kenee booking dulu cik
ReplyDeleteWowww..mcm sedap
ReplyDeleteSdapnya.. Suka dimsum tp dolly ni xpernh try lg. Nanti bole singgah
ReplyDeleteSdapnya.. Suka dimsum tp dolly ni xpernh try lg. Nanti bole singgah
ReplyDelete