Face Mask atau Topeng Wajah digunakan untuk menghalus, melembut dan mencantikkan wajah. Ianya juga digunakan untuk membersihkan dan memperbaiki liang-liang kulit. Cik iena sememangnya sangat gemar memakai Face Mask dan membeli serta mengumpul pelbagai jenis Face Mask.
3 In 1 Halal Korean Mask Pack dari Mein Cosmetics
Baru-baru ini cik iena telah mencuba Stem Cell Mask dari Mein Cosmetics yang mana ianya didatangkan bersama dengan pembersih wajah (foaming cleanser) dan krim muka (Special Ampoule) .
Ini merupakan kali pertama cik iena jumpa Face Mask yang didatangkan sekali bersama Pembersih wajah dan krim wajah. Kebiasaannya face Mask yang cik iena beli hanya terdapat Face Mack sahaja .
Hanya dengan tiga langkah mudah sekurang-kurangnya dua hari sekali , anda akan dapat kulit yang lembut , lembab serta berseri-seri. Untuk pengetahuan cik iena mengamalkan pemakaian face mask sekurang-kurangya dua hari sekali untuk mengekalkan kelembapan kulit.
Memandangkan usia cik iena dalam lingkungan 3 series cik iena sangat perlu menjaga kelambapan kulit untuk memastikan kulit kekal cantik dan tegang. Face Mask dari Mein Cosmetics ini berjaya menambat hati cik iena.
Dengan pemakaian Mein Stem Cell face mask yang konsisten juga ianya dapat mencerahkan lagi kulit wajah.
Produk jenama MEiN adalah produk Korea pertama yang mendapat kelulusan HALAL. Selain itu ianya mempunyai kelulusan notification (NOT) dari National Pharmaceutical Regulatory Agency (NPRA) dibawah KKM. Produk ini mempunyai kualiti produk setaraf jenama ternama dunia .
Jemput tonton video review cik iena ya. Bolehlah dengar cik iena membebel :)
Video Review 3 In 1 Halal Korean Mask Pack dari Mein Cosmetics
Review 3 In 1 Halal Korean Mask Pack dari Mein Cosmetics
Buat penggemar face mask seperti cik iena semestinya cik iena sangat suka facemask ini terutama ketika membuka topeng tersebut. Kulit wajah kita akan terasa lebih licin, lembut, gebu dan flawless. Selepas tu jika kita pakai mekap, ia senang untuk diaplikasikan.
Gambar Sebelum memakai face mask (pada hari yang sama) |
Haruman dari face mask ini juga wangi dan menenangkan . Kebiasaannya jika cik iena pakai pada waktu malam cik iena akan buka pada waktu pagi semasa bangun dari tidur. Bau dari face mask ini serta rasa sejuknya sememangnya akan membuat kita tidur lena :)
best giler pakai face mask ni wangi dan sejuk semestinya |
Gambar selepas memakai face mask (pada hari yang sama) |
Dengan pemakaian Mein Stem Cell face mask yang konsisten juga ianya dapat mencerahkan lagi kulit wajah.
Tips Solekan flawless
Untuk mendapatkan hasil solekan yang cantik dan flawless cik iena cadangkan anda menggunakan face mask ini sebelum mengenakan solekan iaitu ketika waktu malam sebelum bersolek atau seeloknya lebih cantik sejam sebelum mengenakan solekan.
Untuk Hasil Solekan boleh lihat Video Review cik iena di atas ye. Yang video ni hasil solekan tu memang beberapa minit sebelum bersolek cik iena pakai face mask ni (^_~)
Untuk Maklumat Lanjut :
Instagram : https://www.instagram.com/meincosmetics/
Website : http://aimkbeauty.com.my/
whatsapp : +60 14 672 2279
Website : http://aimkbeauty.com.my/
whatsapp : +60 14 672 2279
Nukilan,
|
Amat sesuai untuk wanita yang mementing kecantikan..
ReplyDeletecantiknya kulit iena.
ReplyDeleteUyul Rosli | Blonolog Blogger Picisan
tq dear..hehe sb iena suka pakai face mask kot :)
Deletekalau ada masa hari2 pakai tp lain2 jenis face mask lh :)
tq rajin singgah blog iena..iena jarang blogwalking ..bz keje tp kene singah gak blog uyul ni