Rangup setiap kali, Keropok Mony . Cik iena yakin pada anda yang mendengar lagu ini pasti akan terimbau kenangan ketika iklan ini kerap di tayangkan di kaca TV. Iklan Keropok mony ini boleh di katakan sangat terkenal. Rentak lagu yang catchy membuatkan ianya mudah di ingati tidak kira lah dari golongan kanak-kanak, dewasa mahupun warga emas.
Yeayy Keropok Mony |
Buktinya cik iena sendiri terpengaruh dengan iklan ini. Gara-gara terbaca status rakan di facebook yang ingin mencari keropok mony . Secara spontan cik iena teringat iklan Keropok Mony yang pernah menyerikan stesen televisyen di Malaysia.
Jika di ikutkan memang banyak keropok kering yang di jual tapi yang cik iena perasan ada yang tiada sijil Halal. Apa yang istimewanya Keropok Mony ni semestinya ianya mempunyai sijil Halal . Pembungkusan juga sangat moden dengan rekaan design plastik yang cantik serta ceria lagi moden. Berbeza dengan keropok kering biasa yang hanya tulisan biasa dan adakalanya hanya plastik kosong.
Pembungkusan ni sebenarnya memang mempengaruhi seseorang dalam membuat keputusan untuk membeli. Jika pembungkusan cantik dan teratur sudah pasti ianya di sediakan dengan teratur dan teliti bukan. Begitulah mind set cik iena (^_~)
Tambahan lagi keropok Mony ni sangat cepat mengembang apabila di goreng jadi ianya akan mengurangkan penggunaan minyak berbeza dengan keropok kering jenama lain yang lambat kembang ketika di goreng. Keropok mony ni masuk sahaja dalam minyak panas ianya mengembang dengan pantas sama seperti dalam video iklan keropok mony dan video yang cik iena rakamkan tau.
Jom tonton iklan Keropok Mony yang sememangnya membuat cik iena teringat zaman ketika iklan ini di tayangkan.
VIDEO IKLAN KEROPOK MONY
LIRIK LAGU IKLAN KEROPOK MONY
Rasa yang menawan! Keropok mony!
Untuk keluarga dan kawan! Keropok mony!
Berikutan dari kes teringin nak makan keropok Mony selepas membaca status rakan blogger @rafzan tomomi. Cik iena google dan jumpa akaun social media Keropok Mony. Sekali lagi cik iena tertarik dengan contest yang dianjurkan. Almaklumlah cik iena memang suka sertai Contest.
Cik iena pun Cari lah di Giant Setapak tetapi Malangnya Hanya dua jenis sahaja yang ada . Nampaknya Ramai yang suka makan Keropok Mony ni. Lagi pun keropok mony ni di datangkan dengan pelbagai kuantiti berat. Keropok Mony boleh di dapatkan dalam bungkusan 200gram, 500gram dan 5kg . Banyak pilihan kan.
5 variasi perisa keropok mony, 'Sari Ikan', 'Sari Udang', 'Bawang Tersanjung', 'Bawang Bibir' dan 'Ceriping Pedas'. |
Cik iena baru bercadang nak beli ke lima-lima perisa iaitu 'Sari Ikan', 'Sari Udang', 'Bawang Tersanjung', 'Bawang Bibir' dan 'Ceriping Pedas'. Sebab plan nak join contest nak buat video yang menggunakan pelbagai perisa. Tetapi yang ada cuma dua perisa iaitu Sari Ikan dan Bawang tersanjung.
Terpaksa ubah plan dan nak di jadikan cerita minggu lepas cik iena tak jadi pulang ke kampung. Plan asalnya cik iena nak buat video dengan adik bongsu cik iena yang berusia 6 tahun. Dia suka menyanyi. Boleh ajak dia menyanyi keropok Mony. Malangnya tak plan terpaksa di batalkan. Cik iena rakam video sendiri je di rumah cik iena di KL.
Nak Menang Contest Keropok Mony punya cerita kan. Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia tak siapa yang tau . Mana tau cik iena ade rezeki. Yang lain pun sama, jom lah cuba siapa tahu rezeki anda semua.
Nah Jemput tonton Video cik iena. Tapi cik iena macam nak buat lagi bila tengok balik macam lawak sangat. Video Syok sendiri rakam sendiri. Tapi takpe cik iena nak submit juga sebab boleh je submit sebanyak mana penyertaan pun :)
Ehh bukan video je, gambar pun boleh tau. Pada yang suka bergambar tu jangan lupa sertai contest ni.
Okay jemput baca mengenai contest ni tau.
Mony Creative Contest , Wang Tunai Sehingga RM1400 Menanti Anda!
MONY CREATIVE CONTEST RULES
1. Pastikan anda sudah Like Keropok Mony Fanpage - https://web.facebook.com/monykeropok/2. Like dan share posting tersebut di facebook anda . Okay boleh share melalui link DI SINI atau klik share di bawah
3. Rakamkan Video/ Gambar mengenai Keropok Mony
4. Upload Creative Photo atau Video tersebut di laman facebook beserta harshtag #monycrackers #monychallenge #monycreativecontest
5. Pemenang akan di hubungi melalui messenger
Tarikh Tamat : 30 July 2017
Syarat Tambahan yang cik iena perasan : anda perlu tag nama Indadi Utama dalam post anda :)
Cik iena sudah tag yeay. Mudah-mudahan murah rezeki..
Nota Tambahan : Pastikan anda set sebagai public supaya pihak penganjur dapat lihat okay. Ini sangat penting. Sayang pada yang join tapi tidak set sebagai Public.
Menarik kan. Senang je sebenarnya contest ni. Lagi-lagi buat anda yang gemar bergambar dan berani membuat video . Mana tau boleh Viral dan famous gituh (^_~)
Cik iena memang gediks nak cuba nasib walaupun rasa nak menyorok dalam selimut tengok video sendiri (^_~)
Rangup Setiap Kali, Keropok Mony! |
Rasa yang menawan! Keropok mony!
Untuk keluarga dan kawan! Keropok mony!
Haaa pada yang nak join cik iena memeriahkan contest ni boleh la beli keropok Mony di kedai-kedai runcit terpilih, selain tu ada juga di pasaraya seperti Giant, Econsave, Mydin, NSK Trade City, UO Superstore, Checkers dan Hwa Thai .
Untuk Maklumat Lanjut Layari
FB : https://web.facebook.com/monykeropok/
IG : @monycrackers.my
Nukilan,
|
wauuu bestnyaa mengimbau kenangan awakk.. semoga berjayaaa
ReplyDeleteSedapnya keropok mony Dila makan keropok ni kat bukit jalil ada satu kedai tu setiap menu mesti dia hidangkan keropok montmy memang best rangup dia
ReplyDeletegoodluck ienaaa! uyul macamnak join je ishh sempat tak ni nak join.
ReplyDeleteUyul Rosli | Blonolog Blogger Picisan