Rambut merupakan mahkota bagi wanita. Cik iena yakin pasti ada dikalangan wanita diluarsana khususnya yamng memakai tudung mengalami masalah kelemumur yang teruk. Begitu juga dengan cik iena. Sejujurnya sejak tahun lepas selepas cik iena membuat rawatan rambut di sebuah saloon. Rambut cik iena didatangi masalah kelemumur yang sangat teruk. Mungkin kerana produk yang di gunakan oleh saloon tersebut tidak sesuai dengan cik iena.
Selepas daripada itu cik iena telah mencuba pelbagai jenis syampu . Ada diantaranya yang tidak memberi kesan lansung dan juga ada yang memberi kesan tetapi memakan masa dua ke tiga bulan untuk menampakkan hasil. Kemudian sekiranya berhenti ia akan datang lagi.
Frangipani Shampoo | Syampu Natural dan Organik dari Lemongrass House
Baru-baru ini cik iena telah mencuba syampu natural dan organik dari Lemongrass House iaitu Frangipani Shampoo.
Review Frangipani Shampoo Lemongrass House
Syampu ini sememangnya sangat cik iena
gemari kerana ia berhasil menghilangkan masalah kelemumur cik iena yang
sangat teruk dalam masa dua ke tiga hari sahaja.
Sejujurnya sangat tidak selesa. Sudah pasti rasa gatal yang teramat. Alhamdulillah selepas menggunakan frangipani shampoo ini kelemumur hilang hampir 100% dan kegatalan pada kulit kepala serta masalah rambut gugur berkurangan. Mungkin sekiranya cik iena teruskan penggunaan masalah kulit kepala gatal dan rambut gugur juga boleh pulih :)
Dalam
tempoh dua ketiga hari penggunaan kelemumur lansung tiada di rambut
cik iena. Rakan cik iena sendiri tegur perubahan cik iena. Jika sebelum
ini cik iena ke surau di pejabat untuk solat apabila cik iena
menguruskan rambut, akan kelihatan kelemumur yang banyak jatuh pada baju , lagi-lagi jika cik iena memakai baju bewarna hitam atau gelap.
Frangipani Shampoo Lemongrass House |
Jadi kepada anda diluar sana yang masih tercari-cari syampu untuk masalah kelemumur anda boleh cuba frangipani shampoo dari lemongrass house ini. Tidak salah mencuba bukan? selagi kita tidak cuba kita tidak tahu akan hasillnya tambahan pula setiap orang akan mempunyai kesan yang berbeza. jadi berikhtiar lah. Cuba sampai jumpa syampu yang sesuai.
Harga Frangipani Shampoo 120ml RM40
Selain daripada syampu terdapat banyak lagi produk keluaran Lemongrass House . Selain syampu, ntara yang cik iena cuba adalah Thai Bergamot Soap Bar, Royal Lotus Conditioner dan Mandarin Orange Shower Gel . Untuk pengetahuan kesemua produk Lemongrass House adalah natural dan organik.
Pelbagai Pilihan Syampu di Lemongrass House |
Pelbagai Pilihan Syampu di Lemongrass House |
Pelbagai Pilihan Perapi di Lemongrass House |
Pelbagai Pilihan Perapi di Lemongrass House |
Untuk lebih banyak gambar lihat di Lemongrass House Malaysia
Pelbagai Pilihan Shampoo dan Conditioner
Di lemongrass house bukan sahaja syampu,
conditioner juga ada di jual sekali. Terdapat pelbagai jenis pilihan
shampoo dan juga conditioner .Sejujurnya cik iena juga agak rambang mata
membuat pilihan.. Cik iena telah dibantu oleh jurujual kecantikan
disitu untuk memilih shampoo dan conditioner yang sesuai.
terlalu banyak pilihan syampu dan perapi, cik iena pun rambang mata |
Review Royal Lotus Conditioner Lemongrass House
Royal Lotus Conditioner Lemongrass House |
Tidak lengkap syampu tanpa conditioner bukan? Maka dengan itu cik iena telah dicadangkan oleh jurujual kecantikan untuk menggunakan Royal Lotus Conditioner . Cik iena juga suka akan conditoner ini kerana haruman yang bertahan lama. Kenapa cik iena katakan haruman tahan lama kerana beberapa hari yang lepas cik iena sangat sibuk dan cik iena tidak sempat syampu rambut selama tiga hari. Tetapi rambut cik iena masih berbau harum seperti baru di cuci :)
Royal Lotus Conditioner dan fangipani shampoo Lemongrass House |
Harga Royal Lotus Conditioner 120ml RM40
Review Thai Bergamot Soap Bar Lemongrass House
Thai Bergamot Soap Bar Lemongrass House |
Sabun ini sesuai digunakan untuk mandian mahupun untuk membersihkan wajah. Cik iena juga menggunakannya untuk membersihkan wajah. Selepas mencuci wajah dengan sabun ini kulit akan rasa bersih . Segala kekotoran akan hilang.
Thai Bergamot Soap Bar Lemongrass House |
Cik
iena suka sabun ini kerana minyak-minyak pada muka hilang serta solekan
mudah dibersihkan tanpa menggunakan make up remover. Kebiasaannya cik
iena akan menggunakan make up remover terlebih dahulu sebelum mencuci
muka. Dengan sabun ini solekan anda mudah untuk di bersihkan. Selain itu
ianya juga mempunyai buih yang banyak serta haruman yang menenangkan.
Apa yang cik iena perhatikan juga sabun ini tidak mudah cair seperti sabun yang lain sekiranya di terkena air di dalam bilik air. Sabun ini juga tahan lama . Untuk penjimatan potong sabun seperti yang cik iena lakukan.
Tekstur Thai Bergamot Soap Bar |
Apa yang cik iena perhatikan juga sabun ini tidak mudah cair seperti sabun yang lain sekiranya di terkena air di dalam bilik air. Sabun ini juga tahan lama . Untuk penjimatan potong sabun seperti yang cik iena lakukan.
Harga Thai Bergamot Soap Bar 200g RM40
Review Mandarin Orange Shower Gel Lemongrass House
Mandarin Orange Shower Gel Lemongrass House |
Haruman Mandarine orange ini unisex sesuai untuk perempuan dan juga lelaki. Haruman mandarine orange ini sememangnya akan memberikan ketenangan ketika anda membuat sapuan pada tubuh anda. Kulit anta juga akan lembut dengan menggunakan mandian ini.
Mandarin Orange Shower Gel Lemongrass House |
Harga Mandarin Orange Shower Gel 120ml RM40
Selepas mencuba empat produk dari Lemongrass house sememangnya cik iena akui produk ini sangat bagus. Cik iena difahamkan oleh boss cik iena juga Lemongrass House merupakan jenama yang terkenal di Thailand. Pusat urutan yang bagus juga adalah lemongrass house.Alkisah yang membuat boss bercerita adalah , hari ini cik iena dan rakan-rakan pejabat akan bercuti ke Bangkok, Thailand. Sewaktu sesi perbincangan , rakan pejabat ingin mencari pusat urutan yang memberikan perkidmatan yang terbaik dan boss cik iena bersuara mengatakan Lemongrass House. Cik iena tersenyum sendiri dan di dalam hati berkata "patutlah produk ni berkesan dan ok rupanya produk ni agak polular dan menjadi pilihan boss cik iena yang cerewet di Thailand"
Wokay istimewa buat pembaca Blog cik iena anda boleh dapatkan Butterfly Pea Hair Conditioner 60ml secara PERCUMA dengan pembelian RM100 dan ke atas untuk pembelian di kedai.Disamping itu anda juga layak menerima diskaun 5% tanpa pembelian minimum.
Gunakan Kod promosi: eliena-lgh.
Kod promosi sah sehingga 30hb. Sept.
VIDEO REVIEW LEMONGRASS HOUSE
Jemput tonton cik iena membebel mengnai produk lemongrass house yang awesome ni (^_~)Disini juga cik iena ingin kongsikan serba sedikit mengenai Lemongrass House :)
Pengasas Lemongrass House - Dari Filem ke Aromaterapi
Diasaskan oleh Bobby dan Palita Duchowny, Lemongrass House merupakan pembekal dan penyedia produk spa buatan tangan terkemuka untuk hotel dan pusat spa bertaraf dunia. Lemongrass House terkenal sejak bertahun-tahun dari segi integriti, kreativiti dan kualiti.
Bobby dilahirkan di Malibu, Amerika Syarikat. Pada tahun 1996, dia datang ke Thailand untuk tugasan filem, dan akhirnya dia jatuh cinta dengan Thailand,. Beliau telah memutuskan untuk menetap terus di Thailand. Beliau juga telah membangunkan kepakaran dalam pengekstrakan minyak tumbuhan tulen, dan telah lanjutan itu, beliau telah diberi ilham untuk mencipta satu jenama yang berasaskan dan berakar umbikan sumber alam di mana produk-produknya menggunakan bahan-bahan tulen yang diperoleh daripada sumber alam yang kekal.
Dengan menggunakan “”Neem Oil” sebagai racun serangga semula jadi, Bobby dan Palita menghasilkannya di dapur apartmen mereka di Bangkok dan menjualnya di Chatuchak Weekend Market di Bangkok.
Dari Chatuchak Market ke Pengiktirafan Antarabangsa
Tuah datang bergolek kepada mereka apabila UNICEF Thailand telah membuat tempahan produk yang besar untuk racun semburan nyamuk semulajadi mereka. Selepas itu, sebagaimana yang mereka katakan, adalah sejarah sehinggalah kejayaan mereka hari ini. Lemongrass House semenjak itu telah dipaparkan dan di war warkan sebagai "Yang Terbaik di Asia" dalam majalah TIME, Conde Nast Traveler dan The New York Times.
Pembekal kepada Hotel dan Spa Bertaraf 5 dan 6 Bintang
antara haruman diffuser yang menjadi kegemaran cik iena |
Dengan latar belakang dalam aromaterapi yang diperolehi di Amerika Syarikat, rangkaian produk Lemongrass House telah berkembang dengan pesat sekali. Dari gerai yang ringkas di Chatuchak Weekend Market, Lemongrass House kini mempunyai 40 cawangan runcit di 11 buah negara. Produk kami diedarkan di 55 negara di seluruh dunia, di lebih 480 hotel dan spa bertaraf 5 dan 6 bintang.
100% Produk Semulajadi dan Mesra Alam
Lemongrass House pada masa ini menghasilkan lebih 1,200 produk spa dan penjagaan badan, kesemuanya buatan tangan, pada kuantiti satu kilogram pada satu-satu masa. Produk-produk dihasilkan di outlet utama kami di Phuket, Thailand. Kesemua produk dibuat menggunakan minyak pati dan bebas daripada parabens, sulfat, pewarna, minyak wangi, dan tidak pernah diuji ke atas haiwan.
Lemongrass House mempunyai komitmen yang tinggi kepada alam sekitar, di mana ia boleh dilihat dalam setiap aspek syarikat kami. Hanya bahan-bahan segar dan yang paling asli (bebas bahan kimia) digunakan dalam produk kami. Premis kedai kami direkabentuk dengan latar belakang kayu asli dan rak. Bahan-bahan pembungkusan produk-produk kami diperbuat daripada bahan kitar semula 100%.
Pemenang Anugerah Produk Spa Buatan Tangan Telah Tiba Malaysia
Dengan lebih daripada 20 tahun pengalaman dan penyelidikan saintifik dalam aromaterapi, jenama Thailand terkenal di peringkat antarabangsa ini telah tiba di Malaysia, diedarkan secara eksklusif oleh Little Empire Sdn Bhd di Kuala Lumpur.
Menempatkan pelbagai minyak pati, mandi & badan, penjagaan muka, penjagaan rambut, kanak-kanak & penjagaan bayi, penjagaan haiwan peliharaan, aromaterapi rumah, teh herba dan racun penghalau serangga semulajadi, Lemongrass House disebut-sebut sebagai produk buatan tangan spa yang ulung dan terbaik untuk mereka yang ingin melibatkan diri dalam aromaterapi.
Lemongrass House Malaysia terletak di F102B, Tingkat 1, Pusat Beli Belah 1 Utama Old Wing, dibuka pada November 2016.
Antara Produk Lain di Lemongrass House
pelbagai pilihan shower gel |
pelbagai pilihan diffuser |
pelbagai pilihan hand soap |
Baby massage oil |
Body mAssage |
Towel cologne |
soap bar |
Tea |
herbal compress |
body butter |
Toning face mask |
Menarik bukan? terdapat banyak lagi produk keluaran lemongrass house, cik iena tak sempat ambil semua . Untuk lebih banyak gambar lihat di Lemongrass House Malaysia
Kepada anda di luar sana yang ingin mencari rakan kongsi spa atau menjual produl lemongrass house di seluruh Malaysia. anda boleh hubungi mereka di talian 013-333 6807 untuk maklumat lanjut.
Untuk Maklumat Lanjut :
Website : http://www.lemongrasshouse.com.my
Nota Blog : Cik iena harap cik iena jumpa Produk Lemongrass House di Pratunam atau Platinum Bangkok . Tahun sebelum ni cik iena ke Chatuchak tapi tahun ni takde dalam itinerary. Agak sedikit sedih la sebab cik eina suka shopping di chatucak . Sekiranya jumpa cik iena akan beli lagi sebab produk ni memang bagus :)
Nukilan,
|
Nampak menarik laa packaging semua produk kat sini. Nanti kalau jumpa nak singgah. Nak beli apa yg patut. Serius tertarik betul! Sesuai dengan ena ke tak belakang cerita ahaks
ReplyDeletekami sekeluarga tak lupa mengucapkan puji syukur kepada ALLAH S,W,T
Deletedan terima kasih banyak kepada AKI atas nomor togel.nya yang AKI
berikan 4 angka ((( 2 4 8 1 ))) alhamdulillah ternyata itu benar2 tembus AKI.
dan alhamdulillah sekarang saya bisa melunasi semua utan2 saya yang
ada sama tetangga.dan juga BANK BRI dan bukan hanya itu AKI. insya
allah saya akan coba untuk membuka usaha sendiri demi mencukupi
kebutuhan keluarga saya sehari-hari itu semua berkat bantuan AKI..
sekali lagi makasih banyak ya AKI bagi saudara yang suka main togel
yang ingin merubah nasib seperti saya silahkan hubungi AKI SOLEH,,DI NO Cll (((082-313-336-747)))
insya allah anda bisa seperti Saya menang togel 179
juta, wassalam.
dijamin 100% jebol saya sudah buktikan...sendiri....
Apakah anda termasuk dalam kategori di bawah ini !!!!
1"Dikejar-kejar hutang
2"Selaluh kalah dalam bermain togel
3"Barang berharga anda udah habis terjual Buat judi togel
4"Anda udah kemana-mana tapi tidak menghasilkan solusi yg tepat
5"Udah banyak Dukun togel yang kamu tempati minta angka jitunya
tapi tidak ada satupun yang berhasil..
Solusi yang tepat jangan anda putus asah....AKI SOLEH akan membantu
anda semua dengan Angka ritwal/GHOIB:
butuh angka togel 2D 3D 4D SGP / HKG / MALAYSIA / TOTO MAGNUM / dijamin
100% jebol
Apabila ada waktu
silahkan Hub: AKI SOLEH DI NO: Cll (((082-313-336-747)))
KLIK DISINI ((((( BOCORAN DUKUN TOGEL HARI INI ))))
angka GHOIB: singapur 2D/3D/4D/
angka GHOIB: hongkong 2D/3D/4D/
angka GHOIB; malaysia
angka GHOIB; toto magnum 4D/5D/6D/
angka GHOIB; laos
wahhh rasa macam nak cuba je beli nanti. naseb boleh beli online kan.
ReplyDeleteUyul Rosli | Blonolog Blogger Picisan
CBD may promote weight loss by reducing appetite, boosting metabolism, and encouraging the “browning” of fat cells. However, research is currently limited, and more human studies are needed. https://royalcbd.com/product/cbd-salve/
ReplyDelete