Rambut merupakan mahkota wanita. Penjagaan rambut perlu di titikberatkan terutama buat wanita yang berhijab. Memilih syampu yang sesuai dengan jenis rambut adalah penting untuk memastikan rambut dan kulit kepala kekal sihat.
Bagi wanita yang berhijab yang memerlukan mereka menutup rambut sepanjang hari dalam keadaan cuaca panas dan lembap ianya akan mengakibatkan rambut mudah berminyak dan juga akan mengakibatkan kelemumur. Selain daripada itu, ia menyebabkan rasa tidak selesa, rambut mudah berbau dan ini boleh mengurangkan keyakinan diri.
Jadi amatlah penting bagi wanita berhijab khususnya dalam pemilihan Syampu yang sesuai bagi menjaga kesihatan, kebersihan dan kesegaran rambut . Di sini Cik iena ingin berkongsi tentag Syampu terbaru keluaran Shurah Malaysia iaitu Rangkaian Syampu Shurah Ariana yang hadir dengan empat variasi syampu yang sesuai untuk wanita berhijab.
Syampu Shurah Ariana
Syampu Shurah Ariana telah diperkenalkan untuk membantu dalam penjagaan rambut wanita terutamanya wanita berhijab. Ia diperkaya dengan bahan aktif semulajadi DANDRILYS yang mampu mengurangkan kelemumur dan ia lebih efisyen berbanding molekul anti-kelemumur terkenal, Zinc Pyrithione (ZPT). Ia berupaya mengurangkan kerengsaan, ketidakselesaan akibat kegatalan dan mengawal pengeluaran minyak pada kulit kepala. Selain itu, bahan aktif Farnesol dan aroma wangian yang disertakan dengan teknologi pengurangan bau akan membuatkan rambut kekal harum dan segar sepanjang hari.
Rangkaian Syampu Shurah Ariana baharu ini hadir dalam empat set berbeza untuk menangani pelbagai masalah rambut khususnya rambut wanita berhijab.
- Ia dirumus dengan pati buah tin dan delima yang membantu melembutkan rambut dan membersihkan kulit kepala dari kesan minyak serta kekotoran.
- Kandungan bahan antioksidan yang tinggi memelihara kesihatan kulit kepala walaupun berhijab sepanjang hari.
- Ia diformulasi dengan bahan aktif Octopirox dan Menthol di mana ianya dapat mengurangkan masalah kelemumur melalui pengawalan minyak berlebihan.
- Ia juga dapat mengoptimumkan tahap sebum serta melindungi dari unsur-unsur luar. Kandungan menthol di dalam syampu ini juga membuatkan kulit kepala dan rambut anda kekal sihat, menawan dan segar sepanjang hari.
Syampu Rambut Kering & Rosak atau Dry & Damaged Hair (Botol Oren)
- Ia diadun menggunakan ekstrak minyak Argan, minyak Jojoba, Vitamin A, B5 dan E yang berupaya membekalkan nutrisi mencukupi untuk mengatasi masalah rambut kering, gugur dan bercabang sekaligus menjadikan rambut lebih lembut, subur dan bermaya.
- Kandungan Vitamin A yang akan memberi kelembapan berkekalan kepada kulit rambut.
- Kandungan Vitamin B5 juga menguatkan akar rambut supaya tidak mudah gugur, membantu mengawal kerosakan rambut akibat terdedah kepada panas dan mengurangkan masalah rambut bercabang. Kandungan Vitamin E pula mengurangkan kerosakan akibat radikal bebas dan membekalkan nutrisi yang mencukupi bagi mengatasi masalah rambut kering, gugur dan bercabang sekaligus menjadikan rambut anda tampil lebih lembut, subur dan bermaya.
Syampu Kawalan Rambut Gugur atau Hair Fall Control (Botol Biru)
- Ia diperkaya dengan protein dan minyak zaitun untuk menguatkan, memperbaiki serta melindungi rambut agar sentiasa lembut dan sihat.
- Kandungan minyak zaitun membantu mengawal kesan anti radang pada kulit kepala. Bahan anti oksidan pula menyubur dan menguatkan akar rambut serta mengurangkan kelemumur.
Menarik bukan ? Sememangnya rangkaian Syampu Shurah Ariana ini perlu di cuba terutama buat anda yang berhijab seperti cik iena. Melihat pada rekaan botolnya sahaja cukup buat cik iena tertawan belum lagi fungsi serta kelebihan syampu ni. Cik iena yakin pasti ramai juga yang tertarik dengan warna botal syampu ini yang menceriakan hati setiap mata yang melihat. Ianya melambangkan keceriaan yang ada dalam warna warni kehidupan kita :)
Untuk pengetahuan ianya boleh didapati di pasaraya dan farmasi utama seluruh negara pada harga :
- RM12.30 untuk 330ml
RM7.90 untuk 170ml
Untuk maklumat lanjut mengenai produk Shurah dan rangkaian Shurah Pencerah, silalayari:
Facebook Shurah Malaysia : https://www.facebook.com/ShurahMalaysia/
Instagram : https://www.instagram.com/shurahmalaysia/
Kepada anda yang ingin membuat pembelian secara online atau dalam talian anda boleh membeli di http://www.jetaine.com/shop/
Nukilan,
|
0 comments:
Post a Comment