Grab The Promo
Grab The Promo

Terokai Dunia Makanan di HPPNK 2017: Hari Peladang, Penternak Dan Nelayan & Malaysia Food Festival


HPPNK merupakan singkatan daripada Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Kebangsaan. Program ini diadakan setiap tahun bagi menghargai usaha-usaha peladang, penternak dan petani yang mana ianya juga merupakan penyumbang kepada ekonomi negara.

HPPNK2017 Bertemakan Makanan Kita, Masa Depan Kita Tawar 401 menu makanan


Program Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Kebangsaan HPPNK2017 ini menampilkan kelainan dengan mengetengahkan konsep Mini Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (MAHA) . Untuk tahun ini HPPKNK2017 menjangka akan dapat  menarik kunjungan seramai setengah juta pengunjung.


HPPNK2017 Bertemakan Makanan Kita, Masa Depan Kita Tawar 401 menu makanan


Menurut Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek , keistimewaan  program tahunan HPPNK pada tahun ini adalah  ianya dianjurkan  di tapak Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS) bermula dari 28 September sehingga 1 Oktober 2017 berbeza dengan tahun-tahun sebelum ini yang mana ianya diadakan secara giliran di negeri-negeri tumpuan dalam sektor pertanian.

HPPNK 2017 Bertemakan Makanan Kita, Masa Depan Kita Tawar 401 menu makanan


Tahun 2017 merupakan tahun ke 42  siri penganjuran HPPNK . Keistimewaan HPPNK pada tahun ini salah satunya adalah  dengan memperkenalkan program baharu iaitu Festival Makanan Malaysia yang menampilkan 401 menu pelbagai jenis makanan dan masakan termasuk makanan tema negeri-negeri di Malaysia, di samping penyertaan 600 gerai pameran dan jualan.

“Bertemakan Makanan Kita, Masa Depan Kita " HPPNK 2017 adalah satu platform untuk menghargai dan meraikan mereka yang terlibat dalam penyediaan maka­nan di semua peringkat iaitu daripada pengeluaran (petani, penternak dan nelayan) kepada yang memproses, memasak dan menghidangkan makanan, selain menonjolkan segala teknologi dan inovasi yang digunakan dalam industri makanan.


Di HPPNK2017 Terdapat pelbagai  jualan hasil pertanian segar dari ladang pada harga berpatutan , selain produk-produk ikan dan makanan laut dengan menampilkan pameran dan jualan hasil laut dan akuakultur, teknologi serta inovasi perikanan.



IKON HPPNK 2017




HPPNK 2017 menghimpunkan pelbagai program dalam bidang pertanian dan agromakanan bagi  meraikan golongan peladang, penternak dan nelayan yang akan turut dihargai menerusi Pertandingan Hari Peladang dan Pameran Hasil Pertanian dengan memperkenalkan 14 anugerah bagi mengiktiraf pencapaian dan kejayaan tokoh-tokoh pertanian.






Pameran Kerjaya Agro


Pameran Kerjaya Agrokhusu buat anda  yang sedang mencari pekerjaan dan berminat untuk menyertai bidang agromakanan dengan  menawarkan 3,000 peluang pekerjaan di 40 syarikat dalam industri tersebut.




7 Lokasi dalam MAEPS yang anda perlu tahu jika ke #HPPNK2017



7 Lokasi dalam MAEPS yang anda perlu tahu jika ke #HPPNK2017
7 Lokasi dalam MAEPS yang anda perlu tahu jika ke #HPPNK2017

  1. Parking - Ikut papan tanda dan kawalan trafik ke tempat letak kereta pelawat. Tram disediakan ke Laman Tiba
  2. Laman Tiba - Jualan buah-buahan, bunga-bungaan, anak pokok, pameran ternakan dan  petting zoo, pameran jentera mekanisasi pertanian, karavan tani, perkhidmatan kerajaan Mobile CTC
  3. Dewan A - jualan dan pameran produk asas tani, makanan laut, pavilion negeri-negeri, demo oleh chef terkenal spt Chef Zam, Chef Ismail, Chef Fazley, Chef cilik Danish Harraz, Chef Ezani, Chef Naem
  4. Dewan C - teknologi dan peralatan ternakan di ekspo Livestock Malaysia
  5. Dewan D - Surau, ATM, Khamis malam: Forum Perdana Ehwal Islam, Jumaat: solat Jumaat, Sabtu & Ahad: pengalaman makan 4 cara berbeza di Food Feast
  6. Dewan D Ground Floor - Empayar Makanan dengan 401 menu lazat dari seluruh negara
  7. Boulevard - Centre Stage program hiburan dan artis terkenal Ramli Sarip, Yabang, Aiman Tino, Hattan, Eka Sharif, daging kambing & unta segar, kiosk wagon makanan

Antara kemudahan untuk anda ke #HPPNK2017


Antara kemudahan untuk anda ke #HPPNK2017
Antara kemudahan untuk anda ke #HPPNK2017

5,000 Ruang Letak kereta
Bas Shuttle setiap 30 minit dari Putrajaya Sental dan KTM Serdang
Diskaun Grab RM8 untuk Sehala Pergi dan balik dengan menggunakan kod MFF17




401 menu makanan tarikan HPPNK 2017





Jalan Murah Ikan Laut Segar di HPPNK2017








Jalan Murah Ikan Laut Segar di HPPNK2017
kalau ikut hati nak beli tapi dah banyak barang kat tangan tak larat nak bawa oitt


PENGALAMAN DI HPPNK2017


Untuk pengetahuan anda cik iena sendiri telah mengunjungi HPPNK2017 pada hari kedua ianya berlansung iaitu 29 september 2017 . Disini cik iena ingin kongsikan pengalaman cik iena semasa cik iena berada di HPPNK2017

Cik iena tiba seawal jam 8.30 pagi. Untuk pengetahuan HPPNK2017 berlansung mulai 28 september 2017 sehingga 1 oktober 2017 bermula Jam 10 pagi sehingga 10 Malam. Cadangan cik iena untuk mengelakkan kesesakan datanglah di awal pagi, mudah untuk dapat parking .







HPPNK2017 Bertemakan Makanan Kita, Masa Depan Kita Tawar 401 menu makanan
dua ketul blogger gile2




Kadar parking? ramai yang bertanya kadar parking. Secara jujurnya masa cik iena datang haha cik iena tersalah masuk parking ikut jalan orang exit jadi cik iena tak tau jalan masuk parking di kenakan bayaran atau tidak. hahaha Maaf, lawak betul salah jalan, alang-alang dah termasuk nampak parking kosong banyak masa tu laju je pergi perking kereta :)

Kalau nak tau kadar teruskan membaca sebab cik iena dah dapatkan info :)

Dari pemerhatian cik iena semasa cik iena tiba jam8.30 masih ada banyak parking. Sekitar jam 9 setengah cik iena menaiki tram untuk ke lokasi lawatan, parking mulai penuh. Jadi atur jadual perjalanan and okay :)

Bila nak start menulis ni cik iena tengok gambar dalam kamera Banyaknya gambar,   . Cik iena pun jadi rambang mata nak kongsi gambar yang mana T___T. Cik iena tak boleh nak tulis secara lengkap untuk semua tempat yang cik iena singgah tau.

Untuk pengetahuan anda, terdapat banyak booth yang dibuka mengikut kategori yang dipertengahkan . Disini anda akan dapat lihat sendiri kualiti produk yang ditawarkan semua adalah yang terbaik. Selain daripada itu melalui karnival yang sedang berlangsung ini bakal memberi  lebih banyak informasi bermanfaat terutama tentang produk berkualiti yang pernah dihasilkan menggunakan teknologi yang begitu mengagumkan.

Dari segi Harga barangan yang ditawarkan juga sangat berpatutan dan ada juga ditawarkan pada harga lelongan. Boleh dikatakan harga yang ditawarkan sangat munasabah dan mampu beli kecuali Durian(ini pandangan peribadi tau jangan kecam saya walaubagaimanapun harga Durian adalah mengikut harga pasaran.Durian menjadi mahal kerana sekarang bukan musim durian).

Cik iena juga tertarik dengan pameran produk tempatan di dalam Dewan A yang mana ianya disusun mengikut negeri.Kita boleh dapatkan produk tempatan setiap negeri dalam Malaysia di HPPNK2017.


HPPNK2017 Bertemakan Makanan Kita, Masa Depan Kita Tawar 401 menu makanan HPPNK2017 Bertemakan Makanan Kita, Masa Depan Kita Tawar 401 menu makanan


Untuk pengetahuan anda, booth jualan dan perkongsian informasi  diadakan di Hall A, B, C dan  D . Dan juga terdapat booth di kawasan persekitaran tempat letak kereta yang sememangnya di khas untuk sebarang penjualan dan aktiviti yang berkaitan dengan perladangan,perikanan , penternakan, pertanian dan perladangan.

Terdapat juga pelbagai aktivit yang menarik telah disediakan oleh pihak penganjur. Contohnya seperti meneka berat lembu sado, pertandingan memasak, pertandingan swafoto, meneka bilangan butir nangka, pertandingan mewarna dan banyak lagi. Haruslah ke semua aktiviti dan pertandingan yang dianjurkan telah disediakan hadiah istimewa sebagai ganjaran.

Selain daripada itu untuk hiburan anda terdapat kemunculan duta HPPNK2017 iaitu selebriti  tanahair seperti Aiman Tino, Eka AF9 dan ramai lagi ke acara karnival ini yang mana ianya dikatakan  mampu memeriahkan lagi suasana dan mampu menarik lebih pengunjung ke sini .

Booth di Kawasan Persekitaran Tempat Letak Kereta (Laman Tiba)


Di  Laman Tiba  terdapat Jualan buah-buahan, bunga-bungaan, anak pokok, pameran ternakan dan  petting zoo, pameran jentera mekanisasi pertanian, karavan tani, perkhidmatan kerajaan Mobile CTC
   


Booth di Kawasan Persekitaran Tempat Letak Kereta (Laman Tiba)

Booth di Kawasan Persekitaran Tempat Letak Kereta (Laman Tiba)

Booth di Kawasan Persekitaran Tempat Letak Kereta (Laman Tiba)

Booth di Kawasan Persekitaran Tempat Letak Kereta (Laman Tiba)

Booth di Kawasan Persekitaran Tempat Letak Kereta (Laman Tiba)

Booth di Kawasan Persekitaran Tempat Letak Kereta (Laman Tiba)




KenDurian di #HPPNK2017


Untuk pengetahuan di sini anda semua boleh makan durian banyak-banyak. Walaubagaimanapun untuk makluman sekarang adalah bukan musim Durian jadi harga durian lebih mahal dari dari musim durian.

Dari segi Harga durian cik iena memang tiada pengalaman kerana cik iena sendiri mempunyai DUSUN DURIAN persendirian milik keluarga. Jadi jika nak makan Durian FREE je . Masa Musim durian ni secara jujurnya cik iena cakap kawan kita akan jadi ramai, saudara jauh pun akan jadi saudara dekat . yang tak rapat tiba-tiba jadi rapat. Ya mungkin ini sebabnya Harga Durian Mahal, Bila datang DUSUN kawan jadi percuma haha out off  topic pulak cik iena ni  (^_~)



Harga Durian #HPPNK2017


Untuk Durian Musang King RM119 Sekilo Manakala Durian D24 RM 65 Sekilo


Durian Musang King RM119 Sekilo
Durian Musang King RM119 Sekilo

Durian D24 RM 65 Sekilo

Durian D24 RM 65 Sekilo

Durian


Juicy Bucket Tembikai vs Mangga


Cik iena sememangnya suka air buah. Thanks Juicy Bucket untuk air yang sedap ni . Anda semua pun boleh cuba tau . Lokasi di bahagian parking satu khemah dengan durian . Sambil makan durian sambil layan Juicy Bucket memang seronok.


Juicy Bucket
Juicy Bucket

Juicy Bucket
Juicy Bucket
 Air mangga ni memang sedap tau, rasa mangga lemak manis di tambah lagi dengan aiskrim vanile. Sememangnya menepati citarasa penggemar buah mangga.

Untuk mengetahui lebih lanjut sila layari laman social mereka :

Facebook : Tembikai vs Mangga



Nafas Cube Cafe

Nafas Cube
Nafas Cube


Nafas Cube  dimiliki oleh Pertubuhan Peladang dan menggunakan tanah milik Mardi untuk membina sebuah lokasi penginapan yang sangat unik. 



Nafas Cube
Nafas Cube


Menu sarapan yang di cuba adalah nasi pulut ayam , nasi lemak ayam rempah dan lontong. Ketiga-tiga masakan ni memang terasa sedapnya.


Nafas Cube
Lontong yang cukup rasa lemak pedas

Nafas Cube
Pertama kali cik iena sarapan nasi pulut. Sedap juga makan nasi pulut utntuk sarapan .


Nafas Cube
nasi lemak ayam berempah yang sedap. cik iena suka ayam dan sambal



Tapak penginapan berkonsepkan santai, Nafas Cube@MARDI juga menjadi tarikan  kepada pengunjung pada HPPNK 2017  yang bermula Khamis lepas.

 Nafas Cube@MARDI meng­ga­bungkan tiga konsep utama dalam pembinaannya iaitu kontena, culvert dan khemah bagi memberikan suasana santai dan sentuhan kontemporari.

“Nafas Cube@MARDI menyasarkan golongan belia sebagai prospek utama memandangkan terdapat pelbagai aktiviti-aktiviti menarik yang boleh dilakukan di sekitar kawasan penginapan.








Nafas Cube
Nafas Cube

Untuk gambar kontena nafas cube boleh lihat di artikel MAHA 2016

Untuk maklumat lanjut sila layari laman social mereka :

Facebook : Nafas Cube DAN Pertubuhan Peladang Kebangsaan - NAFAS
Instagram : @nafashq
Webite : www.nafas.com.m

Dewan A - jualan dan pameran produk asas tani, makanan laut, pavilion negeri-negeri

 
Untuk pengetahuan anda di dewan A terdapat jualan dan pameran produk asas tani, makanan laut, pavilion negeri-negeri, demo oleh chef terkenal spt Chef Zam, Chef Ismail, Chef Fazley, Chef cilik Danish Harraz, Chef Ezani, Chef Naem


Kuro Prawn dari Golden Fresh




Kuro Prawn dari Golden Fresh
Kuro Prawn dari Golden Fresh

Kuro Prawn dan Churros dari Golden Fresh
Kuro Prawn dan Churros dari Golden Fresh

Golden Fresh merupakan penerima seafoods excellent global award
Golden Fresh merupakan penerima seafoods excellence global 2017 winner innovation  award

Golden Fresh







Agropelancongan

Agropelancongan

Agropelancongan juga turut ada di  HPPNK2017 sebagai usaha mempromosikan pusat-pusat agropelancongan dalam negara serta memberi peluang kepada pengunjung untuk merasai sendiri pengalaman melakukan aktiviti-aktiviti pertanian.


Booth Lembaga Pertubuhan Peladang


Untuk pengetahuan semua di Booth pelandang anda boleh mengammbil gambar berlatarbelakangkan suasana ladang lembu dan gambar tersebut akan di cetak untuk kenangan anda. Selain daripada itu terdapat peraduan meneka berapa ulas cempedak yang di pamerkan.


Booth Lembaga Pertubuhan Peladang
Booth Lembaga Pertubuhan Peladang

Syarat mudah yang perlu diikuti cuma LIKE facebook, instagram dan twitter Lembaga Pertubuhan Peladang.  Hadiah adalah berupa Basikal (maaf lupa jenis basikal apa)

Setiap peserta di benarkan menghantar penyataan tidak melebihi 3 penyartaan. Keputusan akan di umumkan di laman social Lembaga Pertubuhan Peladang pada 1 oktober 2017 jam 4 petang.


Lembaga Pertubuhan Peladang
peraduan teka berapa ulas cempedak di booth Lembaga Pertubuhan Peladang



Untuk maklumat lanjut sila layari laman social LPP :

Facebook : Lembaga Pertubuhan Peladang
Instagram :



Produk Peladang Hanya di Booth NAFAS


Kepada anda diluar sana yang ingin mendapatkan produk peladang anda boleh dapat kan Produk Peladang Hanya di Booth NAFAS HPPNK 2017. Ini merupakan sebahagian gambar yang sempat cik iena ambil. Ada banyak lagi produk Peladang di Booth NAFAS.


Produk Peladang Hanya di Booth NAFAS
Produk Peladang Hanya di Booth NAFAS

Produk Peladang Hanya di Booth NAFAS

Produk Peladang Hanya di Booth NAFAS

Produk Peladang Hanya di Booth NAFAS

Produk Peladang Hanya di Booth NAFAS

Produk Peladang Hanya di Booth NAFAS













 Jus Bob Nanas





 Jus Bob Nanas
 Jus Bob Nanas

Jus Bob Nanas merupakan jus yang tidak asing lagi terutamanya dikalangan blogger kerana pemiliknya juga merupakan seorang blogger. Kepada pengunjung HPPNK 2017 anda amat dialu-alukan untuk singgah di  Jus Bob Nanas dan rasa sendiri keenakan  Jus Bob Nanas :)



Untuk maklumat lanjut sila layari laman social mereka :

Facebook : Jus Bob Nanas
Instagram : @jusbobnanas



Booth Institut Penyeledikan Kemajuan Dan  Pertanian Malaysia (MARDI)


Di sini anda boleh melihat pelbagai jenis produk hasil  dari penyelidikan Institut Penyeledikan Kemajuan Dan  Pertanian Malaysia (MARDI) . Antara yang menarik perhatian cik iena adalah Madu Pearl .



Booth Institut Penyeledikan Kemajuan Dan  Pertanian Malaysia (MARDI)


Booth Institut Penyeledikan Kemajuan Dan  Pertanian Malaysia (MARDI)

Booth Institut Penyeledikan Kemajuan Dan  Pertanian Malaysia (MARDI)

Booth Institut Penyeledikan Kemajuan Dan  Pertanian Malaysia (MARDI)


KELULUT HONEY PEARLS




Cik iena sendiri telah merasakan madu pearl ini dan cik iena sukakan madu pearl ini. Seperti yang anda sedia maklum madu kelulut mengandungi banyak khasiat . Mungkin ada diantara anda yang tidak gemar akan rasa masam madu tersebut jadi melalui penyelidikan MARDI madu ini telah di jadikan dalam bentuk pearl supaya anda boleh terus minum dan telan atau pada yang gemar rasa masam madu tersebut anda boleh memecahkannya di dalam mulut sebelum menelannya :)



 Sate Tuna Labuan dari Fisherie Glory


Sate merupakan antara makanan yang popular di Malaysia jadi tidak hairanlah industri pembuatan sate semakin pesat berkembang . Di HPPNK 2017 anda boleh mencuba sendiri keenakan
 Sate Tuna Labuan dari Fisherie Glory.




Untuk pengetahuan ianya menggunakan 100% isi ikan tuna sirip kuning.   Selain dari satay mereka juga menjual Serunding Tuna.


 Sate Tuna Labuan dari Fisherie Glory
Serunding Tuna RM10

Untuk maklumat lanjut sila layari laman social mereka :

Facebook : Satay Tuna Labuan
Email : fisheriesglory@gmail.com
Telefon : 012-347 4221 (FAUZI) dan 019-347 4846 (AB RAHMAN)


Agrobazaar Online Booth


Agrobazaar.com.my merupakan satu program di bawah Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS). Dimiliki oleh Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia (MOA) dan diuruskan oleh FAMA. Ianya telah dilancarkan oleh YB Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani pada 11 Disember 2014 di Putrajaya.


Agro Bazaar Agrobazaar.com.my



Agro Bazaar Agrobazaar.com.my



Di HPPNK 2017 Agrobazaar Online membawakan tema supermarket di mana barangan di sini di susun seperti di supermarket. Jadianda dapat membeli belah seperti anda berada di supermarket.


Agro Bazaar Agrobazaar.com.my

Agrobazaar Online


Agrobazaar Online




Untuk maklumat lanjut sila layari laman social mereka :

Facebook : AgroBazaar Online
Instagram : @agrobazaaronline
Website : http://www.agrobazaar.com.my/



Dewan C -Live Stock Malaysia




Live Stock Malaysia

 Live Stock Malaysia menampilkan pameran haiwan ternakan pelbagai baka serta mini zoo haiwan peliharaan. Bagi yang terlibat dalam bidang ternakan pula boleh mendapatkan maklumat mengenai teknologi, genetik, kesihatan haiwan, makanan haiwan, kawalan penyakit dan sebagainya.


Jabatan Perkhidmatan Veterinar DVS Malaysia


Jabatan Perkhidmatan Vaterinar
Jabatan Perkhidmatan Veterinar DVS Malaysia



Jabatan Perkhidmatan Veterinar Merupakan organisasi yang bertanggungjawab  ke atas pengawalan penyakit, kebajikan haiwan dan industri penternakan di negara ini. Kewujudan mereka amatlah penting bagi seluruh pelusuk rakyat Malaysia bagi Menyediakan perkhidmatan veterinar yang berkualiti bagi menjamin kepentingan kesihatan awam dan industri haiwan yang mapan demi kesejahteraan manusia

Sarang Burung Walid


Di bahagian Jabatan Perkhidmatan Vaterinar cik iena mencuba hasil masakan sarang burung walid yang di buat sup. Gabungan sarangan burung walod dan cendawan shitake sememangnya gabungan yang sangat sesuai. cik iena sangat suka rasa sup burung walid ini yang cik iena cuba ini.


Sarang Burung Walid

Sarang Burung Walid
Sarang Burung Walid


Untuk Maklumat Lanjut Mengenai DVS Malaysia sila layari website dan laman sosial DVS Malaysia.

Facebook : Jabatan Perkhidmatan Vaterina
Instagram : @dvsmalaysia_official
Website : http://www.dvs.gov.my/


Untuk maklumat lanjut sila layari laman social dan website  Livestock Malaysia:

Facebook : Livestock Malaysia
Website : http://www.livestockmalaysia.com/

Empayar Makanan




Di Empayar makanan ni terdapat 410 menu makanan untuk anda cuba . Cik iena sendiri tak habis explore sebab cik iena ada appointment dekat Amante SPA. Rugi tak dapat explore . Cik iena makan yang ringan-ringan je sebab kejar masa. Almaklumlah hari jumaat jalan sesak luar biasa dari hari biasa (^_~)



Udang Sanggul Perlis
Udang Sanggul Perlis

Churros
Churros

Keropok Lekor

Kelapa Leleh Kampor Original RM15
Kelapa Leleh Kampor Original RM15

Kelapa Leleh Kampor Original RM15
Kelapa Leleh Kampor Original RM15

Kelapa Leleh Kampor Original RM15
Kelapa Leleh Kampor Original RM15

Untuk maklumat lanjut sila layari laman social Kelapa Leleh Kampor Original :

Facebook : Kelapa Lelehhhh KampoR Original
Instagram : @kelapa_lelehhhkampor_original


Sebelum cik iena balik, tiba-tiba Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek lalu dan singgah sekejap di Meja cik iena dan kawan-kawan. Dikesempatan ini lah cik iena selfie. Ini merupakan kali kedua cik iena bertemu Beliau . Sememangnya beliau merupakan Menteri yang berjiwa rakyat dan mudah di dekati.





Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek
cik iena selfie bersama Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek

TEMPAT LETAK KERETA #HPPN2017





Berikut merupakan status dari laman social HPPNK 2017 untuk rujukan mengenai parking

Seperti juga semasa MAHA tahun lepas, #HPPNK2017 pada tahun ni kita sediakan parking biasa dgn kadar RM5 sekali masuk tanpa mengikut jam (tram disediakan ke Laman Tiba), dan juga parking Premium RM15 (pilihan utk mereka yang ingin meletak kereta lebih hampir dgn dewan, dan buggy disediakan untuk ke dewan). Walau bagaimanapun, pada tahun ini, jumlah ruang parking premium telah dikurangkan kepada 200 lot, berbanding 350 lot tahun lalu, dan lokasinya pula telah ditukar pada tahun ini ke kawasan di belakang Dewan D seperti dalam gambar.

Diharap pengunjung dpt mengikut penunjuk arah ke lokasi parking pilihan masing-masing.

Selain itu, bas shuttle juga disediakan setiap 30 minit dari Putrajaya Sentral dan KTM Serdang. Grab juga menyediakan diskaun RM8 sehala (dengan kod MFF17) pergi dan balik.




Betul ke HPPNK2017 Tidak Sehebat Maha? 


Dalam pada cik iena dan rakan-rakan berkongsi mengenai HPPDNK2017 ada diantara netizen yang melontarkan komen mengatakan bahawa HPPNK2017 tidak sehebat MAHA. Untuk pengetahuan anda HPPDNK ini boleh dikatakan sebagai MINI MAHA di mana penganjurannya tidak sebesar MAHA .  Jadi tidak perlu lah di bandingkan kedua2nya seperti ibarat membandingkan  geraduan SPM dan geraduan Universiti taraf gaji permulaan bagi kedua-duanya pasti berbeza bukan ?, output nya juga akan berbeza :)


Walaubagaimanapun pasti terdapat kelebihan diantara satu sama lain . Untuk pengetahuan anda  tarikan yang tiada di MAHA adalah seperti karnival kerjaya dengan 3000 peluang pekerjaan dan menu #empayarmakanan yang lebih besar iaitu 401 juadah, berbanding 168 masa MAHA 2016.

 Tapi biasalah MALAYSIA penuh dengan KEYBOARD WARRIOR (^_~)


Pssttt nak baca pengalaman cik iena di MAHA 2016 boleh baca di sini ya http://www.ienaeliena.com/2016/12/maha-2016-meriah-dengan-catatan-35-juta.html

Alamak bila cik iena baca artikel cik iena di MAHA 2017, baju dan bagpack yang sama cik iena gunakan .




OKay cik iena dah sampai penghujung cerita, kalau nak ikutkan banyak lagi gambar tapi nanti meletup pulak handphone korang nak loading banyak sangat gambar haha.. Okis jangan lupa tau datang beramai-ramai ke HPPNK 2017 yang bertempat di MAEPS Serdang.

Untuk maklumat lanjut sila layari laman social mereka :

Facebook : HPPNK 2017: Hari Peladang & Malaysia Food Festival
Instagram : @hppnk2017


Untuk Melihat Update dari cik iena di instagram sila klik #ienaelienaxhppnk

Untuk Melihat update dari cik iena di Twitter sila Klik #ienaelienaXhppnk




Powered by Jasper Roberts - Blog

Archieve