Grab The Promo
Grab The Promo

il Familia Italian Restaurant tawar Masakan Itali Halal Pada Harga Berpatutan



Terdapat pelbagai jenis masakan yang terdpat di pasaran. Di Malaysia sudah tentunya Masakan melayu, masakan india, masakan cina dan masakan mamak menjadi pilihan utama penduduk di Malaysia.


Tidak lupa masakan-masakan dari negara lain seperti masakan Thai yang menjadi kesukaan warga melayu khususnya serta Msakan Barat yang sentiasa menjadi pilihan pelbagai bangsa di Malaysia.
Selain daripada itu terdapat juga masakan Arab , Masakan pakistan, Masakan Korea, Masakan Jepun, Masakan Itali dan banyak lagi.

il Familia Italian Restaurant tawar Masakan Itali Halal Pada Harga Berpatutan


Kesemua jenis masakan ini semestinya cik iena sendiri pernah merasainya . Dalam-banyak-bayak masakan Cik iena baru sahaja mencuba Masakan Itali di sebuah restoran Masakan Itali di Kepong iaitu IL Familia Italian Restaurant.

Ini merupakan pertama kali cik iena merasa masakan itali di Restoran Itali. Restoran ini di Miliki oleh seorang anak muda berbangsa Melayu jadi sudah pastinya variasi makanan yang di hidangkan adalah Halal.

IL Familia Italian Restaurant



Untuk pengetahuan anda ke semua paste masakandi restoran ini adalah di buat sendiri oleh Chef di IL Familia Italian Restaurant (homemade) .

il Familia Italian Restaurant tawar Masakan Itali Halal Pada Harga Berpatutan
cik iena tengah makan chicken lasagna yang sedap dan cheezy


Citarasa masakan Itali sangat terkenal dengan kandungan rempah-ratus yang membuat masakan mereka istimewa. Kombinasi tepat rempah beserta bahan yang lain menghasilkan rasa yang unik dan lazat ditambah dengan aromanya yang harum menggoda.

Antara rempah yang biasa digunakan dalam masakan Itali adalah Basil, Oregano, Bay Leaf, Thyme, Rosemary, Mint dan Italian Seasoning.


Untuk makluman anda juga restoran ini menawarkan masakan itali yang Halal pada harga yang berpatutan.


Penyajian makanan yang cantik


il Familia Italian Restaurant tawar Masakan Itali Halal Pada Harga Berpatutan

Selain dari rasa rempah dan aroma rempah yang menambat hati, masakan Itali juga sangat menitik beratkan soal penyajian makanan . Melihat pada cara penyajian makanan sahaja mampu membuat anda tertarik untuk mencuba sendiri sesuatu masakan Itali itu.

il Familia Italian Restaurant tawar Masakan Itali Halal Pada Harga Berpatutan

Set Lunch from RM 10.90 nett


Restoran ini menawarkan masakan itali yang Halal pada harga yang berpatutan. Anda boleh mendapatkan set makan tengah hari cuma pada harga RM 10.90 .Murah bukakn, sangat susah untuk mendapatkan masakan barat yang beharga sekitar RM10 dengan suasana ekslusif.


il Familia Italian Restaurant tawar Masakan Itali Halal Pada Harga Berpatutan
Cik iena suka sangat tiramisu kat sini




Review IL Familia Italian Restaurant


Di sini cik iena ingin kongsikan gambar masakan-masakan Itali yang cik iena pernah cuba di IL Familia Italian Restaurant baru-baru ini untuk perkongsian anda semua . Manalah tau anda juga nak cuba masakan Itali ni.



il Familia Italian Restaurant tawar Masakan Itali Halal Pada Harga Berpatutan
selepas kenyang makan ambil gambar bersama owner :) Terima kasih atas jemputan


Sebelum berkongsi tentang masakan di sini cik iena nak cerita tentang suasana restoran yang tenang. Di sini keadaan sangat tenang di tambah Dekorasi yang simple dan sesuai dengan masakan Itali. Pengunjung akan hadir silih berganti.
Walaubagaimanapun untuk pengetahuan anda agak susah untuk mencari parking di sini terutama ketika waktu malam atau peak hour. Jadi sekiranya berhampiran restoran terdapat parking. Anda di nasihatkan untuk segera parking supaya anda tidak terlepas.

Cik iena kongsi sebab cik iena sendiri hadapinya akan tetapi anda semua tak perlu risau selepas makan, rasa bengang tak dapat parking hilang sebab puas hati dengan masakan di sini :)

Okay jom cik iena tunjuk gambar masakan beserta harga dan review dari cik iena yang bertekak melayu ni :)

il Familia Italian Starter

il Familia Italian Restaurant tawar Masakan Itali Halal Pada Harga Berpatutan
starter dia je cukup mengenyangkn tau

Untuk hidangan permulaan cik iena mencuba


1. Mushroom soup  RM7.50
2. Garlic bread RM4.00
3. Soup of the day (Pumpkin) RM5.50
4. Bruschetta A RM7.90

Mushroom soup
Mushroom soup  RM7.50



Cik iena suka rasa  Mushroom soup di sini yang creamy dan cendawan yang banyak serta segar


 Garlic bread
Garlic bread RM4.00

Garlic bread di sini juga sedap, terasa garlic nya. ada sesetengah tempat sapu garlic sos sikit je berbeza di sini tau.

Soup of the day (Pumpkin)
Soup of the day (Pumpkin) RM5.50
Soup of the day (Pumpkin) ni cik iena tak dapat nak decribe sangat sebab cik iena tak suka pumpkin soup. Tapi rasa dia manis-manis lah. Manis-manis creamy


Bruschetta
Bruschetta RM7.90
 Bruschetta ni tersangat iena suka, berjaya menguasai carta top hati cik iena cewah. Mungkin sebab cik iena suka tomato . Selain tomato sos yang diginakan tu sangat unik dan sedap berasa. Sebab tu buat cik iena suka dan terbayang-bayang keenakannya.

il Familia Italian Main Course


Selepas itu untuk hidangan utama pula cik iena mencuba

1. Chicken Graticola RM28.50
2. Salmon graticola RM34.50
3. Lamb Rack RM39.50
4. Lamb Shank RM32.90
5. La Familia spaghetti RM42.50 (serving for 2 persons)
6. La Familia pizza RM32.50
7. Salmon Linguine RM24.50
8. lasagna Beef  and Chicken - beef RM19.90, chicken RM18.90



Lamb Rack RM39.50
Lamb Rack RM39.50



Tulang rusuk yang di panggang dan dihidangkan bersama dengan potato wedges, salad dan brown souce




Salmon graticola
Salmon graticola RM34.50
 Daging ikan Salmon yang di panggang dan dicurahkan diatasnya sos tomoto pedas buatan sendiri dihidangkan bersama makaroni, lemon dan salad. Penggemar Salmon perlu cuba Salmon graticola ni. Cik iena tak makan salmon tapi cik iena rasa sos beserta salad dan makaroni . Menurut rakan cik iena. Rasa salmon segar dan sesuai dengan citarasa mereka.
Lamb Rack RM39.50
Chicken Graticola RM28.50

Dada ayam yang di panggang dan dicurahkan diatasnya sos cendawan bersama kentang goreng dan salad.


Lamb Shank
Lamb Shank RM32.90

  Shank kambing yang dibakar bersama sos berasaskan sayuran dihidangkan dengan adunan pasta dan salad

 


 La Familia spaghetti
La Familia spaghetti RM42.50 (Hidangan untuk 2 orang)
  Signature hidangan spaghetti makanan laut bersama sos tomato buatan sendiri. Sesuai untuk penggemar makanan laut.

 

 La Familia pizza
La Familia pizza RM32.50
  Signature pizza yang merupakan kepakaran chef di sini. Boleh request sama ada inginkan daging lembu atau tidak. Pizza ni cik iena bawa balik . Esok pagi makan saraan. Sedap lagi tau


Salmon Linguine RM24.50
Salmon Linguine RM24.50
Pasta yang dimasak bersama ketulan daging ikan salmon dalam sos tomato pedas buatan sendiri.

 

 lasagna Beef  and Chicken - beef RM19.90, chicken RM18.90
lasagna Beef  and Chicken - beef RM19.90, chicken RM18.90
Kedua-dua lasagna ini dibakar bersama sos tomota dan keju Mozzarella. Cik iena sangat suka kerana sangat cheezy :)

 

il Familia Italian Restaurant tawar Masakan Itali Halal Pada Harga Berpatutan
Pot Pie Pizza ( Beef)
 Terdapat 2 jenis Pot Pie Pizza untuk pilihan anda iaitu Beef dan vegetrian

 il Familia Italian Dessert



Manakala untuk hidangan pencuci mulut cik iena cuba

1. Tiramisu RM9.90 per slice, RM55 for 1kg
2. Chocolate cake RM9.90 per slice


Tiramisu RM9.90 per slice, RM55 for 1kg
Tiramisu RM9.90 per slice, RM55 for 1kg



Chocolate cake RM9.90 per slice
Chocolate cake RM9.90 per slice



il Familia Italian Restaurant Signature Dessert : Tiramisu
Untuk mengetahui menu-menu selebihnya sila lihat di fanpage il Familia Italian Restaurant

Tempahan Event di il Familia Italian Restaurant


il Familia Italian Restaurant tawar Masakan Itali Halal Pada Harga Berpatutan
dinner bersama rakan blogger


Untuk pengetahuan anda di sini menerima tempahan untuk membuat sebarang majlis kecil sekitar 10 ke 30 pax. HArga yang di tawarkan sudah pasti lebih murah dari tempahan ala carte :)




The 15 Best Places for a Pesto in Kuala Lumpur


Restoran ini merupakan salah satu daripada 15 tempat terbaik untuk pesto di Kuala Lumpur. Sila klik https://foursquare.com/top-places/kuala-lumpur/best-places-pesto untuk baca lebih lanjut .



il Familia Italian Restaurant tawar Masakan Itali Halal Pada Harga Berpatutan
Kami lah blogger kaki makan (^_~)

Menarikkan masakan itali kat sini, Kepada anda di luar sana yang ingin mencuba sendiri masakan Itali di sini boleh ke il Familia Italian yang terletak di Kepong atau boleh layari Laman instagram mereka untuk mengetahui update terkini


Alamat  : C-G-16, JALAN METRO PERDANA 3, TMN USAHAWAN KEPONG
Waktu Urusniaga : 11am - 3pm (Lunch​) 6pm - 11pm
Tutup pada setiap hari selasa
No Tel : 03-6258 8442
























5 comments:

  1. Menarik menu-menu yang ada di sini, rasa macam nak repeat lagi je

    ReplyDelete
  2. Menariknya makanan dia. Telan ayaq liuq Migha tengok. :)

    ReplyDelete
  3. tadi cam takde lah lapar sgt. hahaha. tgk iena makan, terus lapar. have to try nih, murahnya for italian food!!

    ReplyDelete
  4. Terliur sangat ni! Sedap tengok semua makanan kat sini. Boleh memburu kat sini nanti

    ReplyDelete
  5. These imperative errands and procedures can without much of a stretch be ignored and overlooked, particularly amid occupied eatery hours where they are should have been connected the most.chinese restaurant in isanti mn

    ReplyDelete

Facebook Comment

Related Posts :

Powered by Jasper Roberts - Blog

Archieve