Grab The Promo
Grab The Promo

Penjagaan selepas rawatan laser (Cutera Laser Genesis Treatment)


Wanita dan kecantikan tidak dapat di pisahkan . Beberapa hari yang lepas cik iena telah membuat Rawatan Cutera Laser Genesis . Ia merupakan salah satu dari laser treatment . Sebelum ini cik iena pernah melakukan Fractional CO2 Laser Treatment di mana ia merupakan mimpi ngeri seorang blogger yang kerap menghadiri majlis-majlis tertentu.

Bukan lah bermaksud cik iena ianya teruk atau menakutkan. Kesannya sangat cantik, kulit memang akan cantik akan tetapi ianya mempunyai downtime . Dimana kulit kita akan mengalami pengelupasan dan sebagainya bergantung kepada individu . Jadi ianya tidak sesuai untuk cik iena yang kerap menghadiri Event .

Cutera Laser Genesis Treatment
Cutera Laser Genesis Treatment


Untuk pengetahuan terdapat dua jenis laser treatment iaitu yang mempunyai kesan downtime dan juga tidak mempunyak kesan downtime . Kali ini cik iena melakukan rawatan Cutera Laser Genesis dimana ianya tidak mempunyai kesan downtime . Serta merta kita boleh mengenakan solekan akan tetapi terdapat beberpa perkara yang perlu di titik beratkan untuk penjagaan kulit dalam masa dua minggu selepas rawatan.

Penjagaan selepas rawatan laser (Cutera Laser Genesis Treatment)


Dua perkara yang di tegaskan oleh Doktor yang merawat cik iena untuk rawatan Cutera Laser Genesis ini adalah

1. Guna Hydating Mask Setiap Malam selama dua minggu selepas rawatan
2. Guna Sunblock

Untuk mendapatkan Hasil yang cantik dan bagus, dilarang menggunakan produk yang mempunyai Acid  selama Dua minggu selepas rawatan dan juga tidak boleh menggunakan skrub mahupun pencuci wajah berjenis skrub.

Maafkan cik iena, cik iena lupa nak catit apa yang doktor cakap kenapa tak boleh guna produk penjagaan wajah ber asid . Untuk sesi rawatan kedua nanti cik iena akan tanya sekali lagi untuk rujukan cik iena juga (^_~).

Dalam artikel berikutnya cik iena akan kongsikan mengenai kebaikan  Cutera Laser Genesis Treatment ni ya . Actually cik iena cuma perlu kongsi pengalaman selepas 3 kali rawatan . Tapi cik iena nak tulis juga pengalaman cik iena dalam tempoh penjagaan ni yang mana cik iena rasa agak sukar untuk mencari produk skincare tanpa Asid T____T


Untuk pengetahuan tiada pantang larang lain seperti pantang larang makanan untuk rawatan ini :)
cuma anda perlu kurangkan aktiviti luar bagi memastikan kulit tidak terlalu terdedah pada matahari untuk tempoh dua minggu pertama selepas rawatan.

Misi Pencarian Hydrating Face Mask Tanpa Kandungan Asid


Sesungguhnya ianya sangat sukar. Kebanyakan produk skincare mempunyai asid . Produk pencerahan sememangnya kesemuanya mengandungi asid . Percaya atau tidak kita mesti tidak pernah mengambil kisah kandungan asid pada produk kecantikan bukan?

Cik iena sendiri tak pernah alert mengenai ni, asal halal dan jenama yang kerap di dengar cik iena cuba je. Kali ni misi pencarian yang memakan masa yang lama . Asalnya cik iena nak beli online akan tetapi ada yang tidak memaparkan kandungan face mask tersebut jadi cik iena mengambil keputusan untuk ke Watsons 

Hampir 98% produk penjagagaan wajah yang cik iena baca kandungannya mempunyai kandungan Asid . Sampaikan adik yang kerja Watsons melawati mall puntolong cik iena baca kandungan . Cik iena taknak yang ada asid. Bagus betul adik ni .

Jadi selepas mencari dan tercari-cari berejam di Watsons . Cik iena berjaya mendapatkan face mask berikut . Akan tetapi stock ni tidak mencukupi untuk dua minggu penggunaan. Menurut doktor setiap hari cik iena perlu memakai Hydrating face mask.

Buat masa ini cik iena akan pakai  yang ada ni dan juga barangan review sebelum ini yang tidak mempunyai kandungan Asid iaitu  Aloe Vera Fresh Soothing & Moisturising Gel dan B-Liv (nanti cik iena update ok)



 Hydrating Face Mask Tanpa Kandungan Asid


Hydrating Face Mask Tanpa Kandungan Asid
Inilah hasil tangkapan Hydrating Face Mask Tanpa Kandungan Asid, jenuh nak cari kene baca semua tau

Hasil tangkapan Hydrating Face Mask Tanpa Kandungan Asid . Cik iena baca kesemua kandungan supaya memastikan cik iena dapat produk tanpa asid. Sejujurnya sangat sukar untuk menadpatkan produk tanpa asid . Cik iena sendiri tak perasan cik iena terambil juga yang ada asid. Punyalah cik iena baca satu persatu .



Hydrating Face Mask
Hydrating Face Mask tapi ada kandungan asid

Hydrating Face Mask
tak perasan Hydrating Face Mask ni ade kandungan asid T__T

Rezeki adik lah cik iena bagi face mask tu dekat dia . Sebenarnya boleh je simpan pakai dua minggu selepas rawatan tapi adik pun dah tolong cik iena mengkhatam bahan-bahan kandungan dalam semua produk kecantikan kat watsons tu ha.

Jadi berikut merupakan Hydrating Face MaskTanpa Kandungan Asid




Hydrating Face Mask Tanpa Kandungan Asid
Hydrating Face Mask Tanpa Kandungan Asid

Hydrating Face Mask Tanpa Kandungan Asid
Hydrating Face Mask Tanpa Kandungan Asid

Hydrating Face Mask Tanpa Kandungan Asid

Hydrating Face Mask Tanpa Kandungan Asid
Hydrating Face Mask Tanpa Kandungan Asid

Hydrating Face Mask Tanpa Kandungan Asid
Hydrating Face Mask Tanpa Kandungan Asid

Hydrating Face Mask Tanpa Kandungan Asid
Hydrating Face Mask Tanpa Kandungan Asid



Hydrating Face Mask Tanpa Kandungan Asid


Haa tak banyak pun Hydrating Face Mask Tanpa Kandungan Asid ni, ada 5 jenis je yang cik iena jumpa di Watsons Melawati Mall





GAMBAR SELEPAS RAWATAN



Hari pertama selepas rawatan Cutera Laser Genesis


Ahad 10 September 2017,  kulit cik iena tiada perubahan sama seperti selepas rawatan. Tiada kesan terbakar atau sebagainya. Cuma semasa cik iena pakai gel alovera ada rasa sedikit gatal tapi cuma sekejap sahaja.

Hari ke dua selepas rawatan Cutera Laser Genesis


Isnin 11 September 2017 , kulit cik iena masih tiada perubahan, sama seperti selepas rawatan tiada kesan terbakar. Tapi kali ini tiada rasa gatal memakai gel alovera. Malam artikel ini di taip cik iena akan gunakan salah satu dari face mask yang di beli.

 Hari ke dua selepas rawatan Cutera Laser Genesis, Isnin 11 September 2017
 Hari ke dua selepas rawatan Cutera Laser Genesis, Isnin 11 September 2017
Atas ni gambar tanpa solekan (sunblock) dengan lighting matahari jam 4 PM. Gambar di pejabat masa cik iena nak ke surau. Mata lebam hidung bengkak sebab cik iena menangis. Sedih hari ni hari pertama tanpa kawan pejabat yang da kerja sama-sama 4 tahun . Terasa kehilangan bila dia berhenti kerja . Selalu dia yang ingatkan cik iena solat kalau cik iena sibuk kerja T___T


Ouh ya lupa pula cik iena nak kongsikan pencuci muka tanpa kandungan asid yang cik iena temui . Susah tau nak cari. Rasa nak menangis meraung kat Watsons tu , naik rabun mata cik iena baca kandungan setiap produk. Nanti sambung cerita okay . Ni pun dah lewat malam. bali dari Melawati Mall , mandi dan menulis luahan hati ni hahah..

Wokayyy ada masa cik iena tulis pencuci muka tanpa kandungan asid okay . Manalah tau anda-anda yang baca ni pun nak buat rawatan  Cutera Laser Genesis .




Di mana untuk dapakan Rawatan Cutera Laser Genesis ?


Kepada yang berminat boleh dapatkan rawatan ini di The Suisse Clinic


Alamat :
Suisse Clinic Sdn Bhd (1091050-V)
Unit A-M-2, Mezzanine Floor,
Northpoint Offices, Mid Valley City,
No. 1 Jalan Medan Syed Putra Utara,
59200 Kuala Lumpur
Malaysia

E: enquiries@thesuisseclinic.com
T: +603 2283 6886.



Selamat Malam Awak.. Tak sabar nak tungguk kesan selepas 3 kali rawatan . Tapi lama lagi la sampai bulan November  (^_~)


2 comments:

Facebook Comment

Related Posts :

Powered by Jasper Roberts - Blog

Archieve