Suasana Amante Wellness Beauty yang cantik dan tenang lagi ekslusif |
Untuk mendapatkan bentuk badan yang di idamkan, pelbagai cara dilakukan termasuklah senaman, berdiet, dan juga pengambilan ubat untuk menurunkan berat badan mahupun makanan sampingan atau supplement bagi mengenyangkan serta membekalkan tenaga untuk tujuan mengawal kenaikan berat badan.
Selain daripada cara diatas terdapat cara lain lagi bagi mendapatkan bentuk badan yang cantik iaitu dengan Rawatan Pembentukan Perut atau Peha.
Amante Wellness Beauty |
Beberapa minggu yang lepas cik iena telah menjalani rawatan Rawatan Pembentukan Perut atau Peha di Amante Wellness Beauty cawangan USJ Taipan. Ini merupakan pengalaman pertama cik iena menjalani rawatan ini.. Pada awalnya cik iena rasa segan kerana prosuder rawatan ini adalah anda di kehendaki untuk menanggalkan pakaian anda.
Bagi cik iena yang masih bujang tentunya agak kekok, namun kerana juru kecantikan yang peramah dari Amante spa meyakinkan cik iena, hilang sedikit rasa gementar dan malu.
Berikut Cik iena kongsikan pengalaman cik iena semasa sesi rawatan ini. Sebelum itu cik iena terangkan serba sedikit mengenai Rawatan ini.
Amante Wellness Beauty |
Tummy or Thigh Shaper Firming Treatment | Rawatan Pembentukan Perut atau Paha
Rawatan Pembentukan Perut atau Paha Amante adalah rawatan eksklusif yang disesuaikan untuk
kontur atau membentuk badan menggunakan sikat berus getah khas (unique firm rubber nubs brush). Seluruh tubuh badan anda akan disikat menggunakan berus khas dan minyak khas .
Amante Wellness Beauty |
Rawatan ini sememangnya mampu membuang membuang selulit dan juga ianya mampu mencerahkan tona warna badan dengan memecahkan kantung-kantung simpanan lemak dengan menggunakan unique firm rubber nubs brush , kulit anda dirangsang dengan mengaktifkan semula sel badan.
Aktiviti ini menyebabkan pengaliran cecair berlebihan dan dapat memerangkap toksin dalam badan.
Untuk mendapatkan hasil rawatan yang lebih baik, serum 24 jam pekat digunakan bersama
dengan menggunakan alat Far Infrared.
Amante Wellness Beauty cawangan USJ Taipan
Amante Wellness Beauty |
Merupakan cawangan terbaru Amante Wellness Beauty . Ianya terletak berhampiran Macdonald serta berdekatan Watsons dan terletak diatas Guardian USJ Taipan. Keadaan susun atur SPA yang sangat cantik dan menenangkan serta eksklusif pasti membuat sesiapa yang mengunjunginya berasa teruja.
Amante Wellness Beauty |
Pengalaman melakukan Tummy or Thigh Shaper Firming Treatment
Pengalaman cik iena di urut menggunakan alat ini adalah cik iena merasakan seolah olah seperti kulit cik iena di berus menggunakan berus kain.
Walaupun ada kala nya terasa sakit namun ini adalah prosuder rawatan tersebut. Sekiranya berasa sakit, anda boleh memberitahu juruterapi kecantikan untuk mengurangkan tekanan semasa mengurut menggunakan alat khas tersebut.
Sebelum memulakan rawatan , cik iena di kehendaki membuka pakaian dan hanya menggunakan seluar dalam pakai buang yang di berikan sahaja. Bermakna tiada seutas benang melainkan seluar dalam pakai buang tersebut.
Tuala dan seluar dalam pakai buang yang disediakan |
Untuk melancarkan lagi urutan serta mempercepatkan proses pembakaran lemak dan membentukkan tubuh, sejenis minyak khas digunakan dimana ianya berfungsi untuk menyingkirkan lemak .
Ruangan rawatan di Amante Wellness Beauty yang sangat selesa |
Semasa menjalani sesi urutan ini, pada bahagian kaki , Ketara perbezaan bahagian kaki yang telah di urut dan belum di urut.
Kaki yang telah di urut menjadi lebih kecil dari yang asal dan lebih putih serta berseri. Maaf gambar hanya untuk simpanan cik iena. Anda sendiri harus cuba dan rasakan perbezaannya.Jangan lupa ambil gambar sebelum dan selepas bagi melihat keberkesanannya pada tubuh badan anda.
Urutan ini juga mampu membentuk tubuh badan kita seperti menaikkan pinggul, mengecilkan peha ,lengan serta perut.
Terdapat teknik-teknik urutan khas bagi setiap bahagian tubuh untuk mendapatkan kesan yang di inginkan namun untuk mendapatkan hasil yang di inginkan anda seharusnya menahan sakit ketika di urut menggunakan alat khas tersebut.
Selepas selesai rawatan cik iena dapat merasakan perbezaan betis serta peha yang lebih kecil dari sebelumnya serta perut yang tight.
Juruterapi Kecantikan Yang Peramah Dan Cekap
Di Amante Wellness Beauty , juruterapi kecantikan mereka sangat cekap dan profesional serta sangat peramah membuat cik iena tidak berasa segan dan sangat selesa dengan rawatan tersebut. Pelbagai tips dan info di berikan semasa sesi rawatan.
Juruterapi kecantikan yang membuat rawatan untuk cik iena |
Jadi kalau anda ke Amante Wellness Beauty USJ Taipan jangan lupa cari Kak Emelda tau . Cik iena sangat suka servis dari kak Emelda. Memang terbaik dan sangat memuaskan.
Kebaikan Amante’s Tummy or Thigh Shaper Firming Treatment
- Detoksifikasi kulit
- Membantu mengurangkan berat badan dan juga memberi kesan langsing
- Mengurangkan Selulit dan Air yang berlebihan
- Memulihkan dan membaiki keadaan kulit
- Memberi kesan tona kulit yang lebih baik dan menambah keserian kulit
- Meningkatkan kelancaran perjalanan darah di dalam badan
- Meningkatkan kadar metabolik pada kulit
Amante Wellness Beauty |
Jadi kepada anda di luar sana khususnya yang bakal bwrkahwin, rawatan ini sesuai untuk anda.Tidak lupa juga bagi wanita yang telah mendirikan rumah tangga ianya juga sangat sesuai untuk anda bagi menambat hati sang suami :)
Kepada yang berminat untuk mendapatkan rawatan ini, anda boleh dapatkan rawatan di Amante Spa . Selain daripada Tummy or Thigh Shaper Firming Treatment terdapat beberapa lagi rawatan seperti yang tertera di dalam poster di bawah.
Senarai Rawatan di Amante Wellness Beauty
sila klik pada gambar untuk melihat Senarai Rawatan di Amante Wellness Beauty |
Untuk Maklumat Lanjut mengenai Amante Wellness Beauty :
Alamat : USJ Taipan Outlet
1st Floor, No.14, Jalan USJ 10/1,
47620 UEP Subang Jaya, Selangor.
(Atas Guardian)
Contact number : 03-5879 9954 / 012 678 3722
Operation hours : (Selasa – Ahad) 10am – 8pm Cuti Hari Isnin
Website : https://www.amante.my/
Facebook : Amante Wellness Beauty
Instagram : @amantewellnessbeauty
1st Floor, No.14, Jalan USJ 10/1,
47620 UEP Subang Jaya, Selangor.
(Atas Guardian)
Contact number : 03-5879 9954 / 012 678 3722
Operation hours : (Selasa – Ahad) 10am – 8pm Cuti Hari Isnin
Website : https://www.amante.my/
Facebook : Amante Wellness Beauty
Instagram : @amantewellnessbeauty
Cawangan-Cawangan Amante Wellness Beauty
Bangsar @ Telawi
28A-1, 1st Flr, Jalan Telawi,
Bangsar, Kuala Lumpur.
Tel No: 03 - 2287 9089
11.00am - 09.00pm
Kepong @ Metro Perdana
61A, Jln Metro Perdana Barat 2,
Taman Usahawan, Kepong Utara,
Kuala Lumpur.
Tel No: 03 - 6259 0884
10.00am - 08.00pm
Mont Kiara @ Solaris
1st and 2nd floor
No.17-1, Jalan Solaris 4,
Kuala Lumpur.
Tel No: 03 – 6203 0221
11.00am - 09.00pm
PJ @ Aman Suria
No. C-G-5, Jalan PJU 1/45,
Aman Suria, 47100
Petaling Jaya,
Selangor.
Tel : 03 - 7803 4664
11.00am - 09.00pm
PJ @ Jaya One
Lot 007 & 009,Level P1
The School @ Jaya One,
72A, Jalan Universiti, 46200
Petaling Jaya,Selangor.
Tel No: 03 - 7492 0476 / 012 – 678 3722
11.00am - 09.00pm
Puchong @ Bandar Puteri
1st Flr, No 22-1,
Jalan Puteri 1/2.
Tel No: 03 – 8062 2652
11.00am - 09.00pm
0 comments:
Post a Comment