PROGRAM KEUSAHAWANAN UNIVERSITI telah berakhir dengan gilang gemilang pada Final Malam Gala VEST 2017 baru-baru ini pada 15 OKtober 2017 yang bertempat di Perkarangan Luar Dewan Dektar, UKM Bangi. Majlis ini dimeriahkan lagi dengan kehadiran yang amat berhormat, Perdana Menteri Malaysia YAB Dato' Sri Mohd Najib Bin Tun Abdul Razak dan ianya juga diserikan dengan kehadiran selebriti seperti Dato Dr Mohd Izhar, Heliza Helmi , Fizo Omar , Mawar Karim, Wany Hasrita, Faizal Ismail (Host) serta Tetamu terhormat seperti Naib Canselor setiap universiti, usahawan dan pelajar.
PROGRAM KEUSAHAWANAN UNIVERSITI ini merupakan program yang dinanti-nantikan dikalangan peserta terutamanya. Pelbagai aktiviti telah dijalankan pada malam tersebut antaranya adalah Business Pitching Top 10 Finalis, Pocket Talk, Bengkel Fotografi, gameshow, Cabutan Bertuah, Battle Of Busker, Foodtruckpreneur, Jam Fit Bersama Kevin Zahri.
Untuk pengetahuan, pertandingan PROGRAM KEUSAHAWANAN UNIVERSITI atau lebih dikenali dengan singkatan VEST ini bertujuan untuk mencungkil, membentuk dan melahirkan usahawan mahasiswa yang holistik.
PROGRAM KEUSAHAWANAN UNIVERSITI ini bermula dengan seramai 1,696 mahasiswa daripada 23 IPT seluruh negara bersama 273 idea perniagaan yang telah melalui 3 saringan dalam tempoh 6 bulan dengan pelbagai latihan perniagaan secara intensif, 3 idea perniagaan terbaik yang ke peringkat akhir berpeluang membuat Business Pitching dihadapan yang amat berhormat, Perdana Menteri Malaysia YAB Dato' Sri Mohd Najib Bin Tun Abdul Razak.
Aktiviti-Business Pitching daripada Top 3 peserta Varsity Entrepeneurship Skill & Talent (VEST)
Gambar dibawah meruapan antara Top 3 peserta Varsity Entrepeneurship Skill & Talent (VEST) yang sedang membuat Business Pitching dihadapan yang amat berhormat, Perdana Menteri Malaysia YAB Dato' Sri Mohd Najib Bin Tun Abdul Razak.
Aktiviti-Business Pitching daripada Top 3 peserta Varsity Entrepeneurship Skill & Talent (VEST) |
Aktiviti-Business Pitching daripada Top 3 peserta Varsity Entrepeneurship Skill & Talent (VEST) |
PEMENANG PROGRAM KEUSAHAWANAN UNIVERSITI VEST 2017
1) SolviePro(Universiti Teknologi Petronas) –RM25,000
-membuat aplikasi untuk mencari kerja kosong
2) Serdang Cendol(Universiti Putra Malaysia)-RM15,000
3)Fast 2 Print (Universiti Kebangsaan Malaysia)-RM10,000-Kedai Photostat 24 jam
SolviePro(Universiti Teknologi Petronas) –RM25,000 |
Pertandingan PROGRAM KEUSAHAWANAN UNIVERSITI atau lebih dikenali dengan singkatan VEST 2017 telah menobatkan Teknologi Petronas (UTP) sebagai juara. Idea perniagaan dengan membangunkan aplikasi berkonsep Uber namun khusus untuk pasaran dunia pekerjaan dari kumpulan SOLVIEPRO telah melayakkan mereka pulang dengan wang tunai RM25,000.
Serdang Cendol(Universiti Putra Malaysia)-RM15,000 |
Fast 2 Print (Universiti Kebangsaan Malaysia)-RM10,000-Kedai Photostat 24 |
Manakala Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) diwakili oleh FAST2PRINT membawa pulang wang tunai bernilai RM10,000 di tempat ketiga dengan perniagaan mesin percetakan automatik seperti Auto Teller Machine (ATM) dengan operasi 24jam yang memudahkan urusan sesiapa sahaja tanpa kira waktu.
Live Update- Pertaruhan idea keusahawanan Top 10 peserta VEST kini sudahh bermula.
Untuk Maklumat lanjut sila layari
Website : http://www.pns.com.my/
Untuk perkembangan terkini mengenai program ini sila layari
Facebook : https://web.facebook.com/pnsmy
Twitter : https://twitter.com/pnsmy
Instagram : https://www.instagram.com/pnsmy/
0 comments:
Post a Comment