Grab The Promo
Grab The Promo

kazuki Coin : Mata Wang Masa Depan


kazuki Coin : Mata Wang Masa Depan

Apa itu Kazuki Coin ?


Kazuki Coin adalah salah satu Matawang Digital yang paling maju dalam pasaran sekarang. Kazuki Coin membawakan cara baru untuk melabur, cara baru untuk menggandakan dana, cara baru untuk mendapatkan keuntungan dan ini adalah pelaburan Matawang Digital Kazuki Coin.


kazuki Coin : Mata Wang Masa Depan


Pelaburan emas memang menguntungkan tetapi memakan masa. Perdagangan Forex terbukti berisiko besar. Pelaburan hartanah pula memerlukan modal yang besar. Oleh itu, dalam suasana pelaburan yang tidak menentu ini, kami menawarkan pilihan pelaburan yang mampu, kukuh, terbukti dan selamat serta berorientasikan keuntungan dalam bidang perlombongan Mata wang Digital Kazuki Coin.

Apa Itu Mata Wang Kriptografi?


Matawang kripto (atau matawangkripto) ialah asset digital yang direka untuk berfungsi sebagai medium pertukaran menggunakan kriptografi untuk menjamin transaksi dan mengawal penciptaan unit tambahan mata wang. Matawang kripto ialah subset mata wang alternatif, atau khusus untuk mata wang digital.

Kenapa Perlu Mengenali Wang Digital


  1. Mata wang kertas (paper money) bakal dihapuskan. Dunia telah mula berubah kearah penggunaan mata wang digital.
  2. Penggunaan Wang Digital lebih mudah, pantas dan menjimatkan.
  3. Menghapuskan orang tengah dalam transaksi pindahan wang.
  4. Tidak seperti mata wang kertas. Wang Digital kalis inflasi.
  5. Ekonomi kini dan akan datang berasaskan teknologi digital.
  6. Membuka peluang baru kepada perniagaan anda untuk terus berkembang.
  7. Model ekonomi konvensional sudah tidak lagi relevan kerana kebergantungan kepada kredit (hutang) dan pengumpulan dana untuk memulakan sesuatu projek.
  8. Kawalan kewangan anda adalah milik anda sepenuhnya.
  9. Perdagangan bebas tanpa sempadan.
  10. Transaksi Wang Digital adalah selamat dan telus.

Mata Wang Masa Depan




Mengapa Kazuki Coin dikatakan Mata Wang Masa Depan ?


Kazuki bakal menjadi matawang masa depan "future currency" yang terbaik di dunia kerana ia didatangkan dengan prasarana yang cukup untuk kemudahan. Ianya juga  merupakan aset digital yang Selamat, Dipercayai Dan Pantas serta Mempunyai Payment Gateway Tersendiri dan Tiada Pihak Ketiga.

Selamat, Dipercayai Dan Pantas

Setiap Transaksi Pemindahan Dan Penerimaan Kazuki Coin Dijamin Selamat. Dipercayai Ramai Pengguna Dan Sangat Pantas Iaitu Sepantas 1.8 Saat Sahaja Untuk Melengkapkan Transaksi.

Mempunyai Payment Gateway Tersendiri

KPay ialah Wallet Merangkap Pencair Kazuki Coin Yang Menggunakan Teknologi Terkini. KPay menjadikan Kazuki Coin Berbeza Daripada Mata Wang Kriptografi Yang Lain.

Tiada Pihak Ketiga

Tiada Keraguan. Pembelian Dan Penjualan Semula Kazuki Coin Hanya Melibatkan Pengguna Dan Pihak Syarikat Kazuki Coin Sahaja. Sama Sekali Tidak Melibatkan Pihak Ketiga. Semestinya Selamat dan Pantas.


kazuki Coin : Mata Wang Masa Depan


Ianya juga  dikatakan Mata Wang Masa Depan kerana pada masa akan datang Kazuki akan melancarkan "Exchanger" sendiri yang diberi nama K-Pay (Kazuki Payment). Di mana ia digunakan sebagai platform pembayaran tunai.

Pengguna tidak perlu bersusah payah untuk membuka akaun lain bagi mendapatkan kad debit (Visa/Master) untuk tujuan pengeluaran wang. Dengan menggunakan K-Pay, anda boleh mengeluarkan wang melalui mana-mana akaun bank tempatan tanpa perlu ada pihak ketiga yang menguruskannya lagi.

Selain daripada itu juga Caj perkhidmatan lebih murah iaitu serendah 2% (di Malaysia) dan urusan selesai juga dalam tempoh tidak sampai dua jam.


Untuk pengetahuan anda lagi , urusan Kazuki Coin adalah secara telus dan menyakinkan dimana segala urusan menggunakan kadar semasa. Maknanya urusan dibuat mengikut kadar nilai Kazuki dan matawang semasa pada waktu ini. Jadi, harga dan nilai Kazuki akan berubah-ubah pada setiap masa (tidak statik).

Kelebihan kazuki coin berbanding mata wang Kriptografi yang lain :

kazuki Coin : Mata Wang Masa Depan
  • Kazuki coin adalah versi baru satoshi (satoshi sub-version)
  • Kazuki coin menggunakan algorithm x11
  • Kazuki coin ada semua dalam satu (all-in-one)
  • Mempunyai blockchain sendiri
  • Mempunyai wallet sendiri
  • Mempunyai program melombong sendiri (cloud mining)
  • Mempunyai “pencair” sendiri (kpay as kazuki coin exchanger)





Untuk Maklumat Lanjut Sila Layari www.kazukicoin.net

Manakala untuk sebarang pertanyaan taip KC_NAMA_LOKASI  hantarakan ke talian hotline 01110943921 (WhatsApp)


















Dim Sum Brunch, Celestial Court - Sheraton Imperial Kuala Lumpur


Dimsum merupakan masakan China khas Canton atau Hokkien yang dihidangkan dengan hidangan kecil. Makanan bite size yang digelar Dim Sum ini sememangnya tidak lekang untuk dikaitkan dengan hidangan masakan tradisi orang Cina.


Dim Sum Brunch, Celestial Court - Sheraton Imperial Kuala Lumpur


Ia merupakan sebuah hidangan ringkas berinti yang mempunyai rasa yang unik. Cara memasak Dim Sum pula  menggunakan teknik mengukus, mengoreng minyak penuh, malah boleh juga dibakar sehingga kulitnya ranggup dan berwarna keemasan.


Jika mengikut cara tradisi dan budaya orang Cina, Dim Sum lazimnya dihidang dalam bakul raga yang diperbuat daripada kayu buluh bersama secangkir teh sebagai pelengkap. Memakan Dim Sum adalah perbuatan yang merujuk kepada perbuatan berkongsi rasa gembira dan nikmat makanan bersama dengan yang tersayang.




Dim Sum Brunch, Celestial Court - Sheraton Imperial Kuala Lumpur
Dim Sum Brunch, Celestial Court - Sheraton Imperial Kuala Lumpur



Di Malaysia sendiri, hidangan Dim Sum kini dilihat semakin mendapat sambutan dari masyarakat tempatan. Dengan adanya beberapa restoran sekitar Kuala Lumpur yang menyediakan Dim Sum halal, makanan ini semakin mendapat tempat di kalangan rakyat Malaysia.


Kebiasaannya Cik iena makan Dim Sum di Dolly Dim Sum dan Restoran-restoran biasa tapi berbeza kali ini di Hotel bertaraf 5 Bintang iaitu di  Sheraton Imperial Kuala Lumpur. Ini merupakan pengalaman yang bermakna buat Cik iena dan keluarga .



Celestial Court - Sheraton Imperial Kuala Lumpur


Celestial Court di Sheraton Imperial Kuala Lumpur merupakan restoran mewah cina yang menawarkan kepelbagaian menu Dim Sum . Ia merupakan “Best Chinese Restaurant” at Time Out KL Food Awards 2012 yang telah di undi oleh pembaca majalah Time Out KL.

Celestial Court adalah sebuah Restoran Kantonis besar yang dihiasi dengan artifak dan karya seni kontemporari eksklusif yang mencerminkan keanggunan dan kemegahan dinasti diraja China.
Antara menu masakan yang Cik iena cuba di Celestial Court , Sheraton Imperial Kuala Lumpur adalah seperti  :-
  1. Double boiled chicken soup with mini whole abalone and mushroom
  2. Wok Fried Chili Crab
  3. Crystal Spinach Dumpling With Prawn n Scallop
  4. Bean Curd Rolls in Abalone Sauce
  5. Celestial Court "Siew Mai"
  6. "Har Kao" with Kai Lan
  7. Steamed Bun With Honey Barbecued Chicken
  8. Combination of stuffed "Yong Tou Foo" with black Bean Sauce
  9. Signature Bread
  10. Imperial "Jiao Zhi" with sun dried scallop and winter melon served in chicken consomme
  11. Chicken Porridge
  12. Fish Porridge
  13. Peking Duck Roll
  14. Signature Roasted Duck
  15. Sesame Prawn Served With Minced Nutmeg And Mayo
  16. Deep Fried Wanton served with sweet and sour sauce
  17. Stir Fried Asparagus With Belacan Paste
  18. Deep Fried Chicken Steak With Thai Sauce
  19. Stir Fried Prawn with Mushroom and Capsicum in Hot Bean Sauce
  20. Poached Seasonal Vegetable With Crab Meat And Roe
  21. Bean Curd Rolls With Shrimps and Cheddar Chesse
  22. Crispy Banana Fritters With Pandan Lotus Paste
  23. Pan fried radish cake
  24. Egg Custard Bun
  25. Dessert






Double boiled chicken soup with mini whole abalone and mushroom
Double boiled chicken soup with mini whole abalone and mushroom
 Sejujurnya ini pertama kali cik iena makan Double boiled chicken soup with mini whole abalone and mushroom. Rasa unik, rasa akar kayu. Walaupun rasa pelik sebab tak biasa makan tapi Cik iena makan sampai habis sebab ia mempunyai Khasiat yang banyak okay . Jangan membazir. Mahal tau :)




Wok Fried Chili Crab
Wok Fried Chili Crab

Wok Fried Chili Crab   merupakan salah satu menu kesukaan cik iena. Bukan sahaja Cik iena, mak dan adik-adik juga. Cik iena tak sempat makan dah habis . Cik iena baru rasa siket je sebab tengah makan makanan lain. Sekali nak sambung makan. Awakkkkkkkkkkkkkkkkkkk dah habis . Sedap sangat tau . Si kecik makan comot-comot tak tengok kiri kanan  sampai dia tak tinggalkan untuk kakak dia ni T___T

Crystal Spinach Dumpling With Prawn n Scallop
Crystal Spinach Dumpling With Prawn n Scallop

Ini antara menu yang Cik iena suka . Haa yang macam ni Cik iena suka sangat kalau nak banding yang goreng-goreng. . Crystal Spinach Dumpling With Prawn n Scallop ni memang sedap.



Bean Curd Rolls in Abalone Sauce
Bean Curd Rolls in Abalone Sauce

Bean Curd Rolls in Abalone Sauce ni Cik iena biasa makan dan sedap. Sama macam yang pernah Cik iena makan sebelum ni . 


Celestial Court "Siew Mai"
Celestial Court "Siew Mai"

Celestial Court "Siew Mai" ni mesti Cuba . Memang sangat Sedap. Ianya merupakan salah satu menu kegemaran Cik iena di sini . Ni Cik iena dan keluarga makan sorang satu tapi sejujurnya macam tak cukup satu sebab memang selera Cik iena :)


"Har Kao" with Kai Lan
"Har Kao" with Kai Lan


"Har Kao" with Kai Lan pun merupakan salah satu menu kegemaran Cik iena. Seperti Cik iena maklumkan Cik iena suka yang steamed. Sebab ianya tak muak .



Steamed Bun With Honey Barbecued Chicken
Steamed Bun With Honey Barbecued Chicken

Steamed Bun With Honey Barbecued Chicken merupakan kegemaran Si Bongsu .  Yang ni Cik iena tak berapa gemar tapi roti pau dia lembut. Elok makan panas-panas memang umph kata adek bongsu :)



Combination of stuffed "Yong Tou Foo" with black Bean Sauce

Combination of stuffed "Yong Tou Foo" with black Bean Sauce pun kombinasi Yong Tou foo yang sesuai dan menyelerakan di tambah dengan Black Bean Sauce.  Deknor memang suka ni . Dia habiskan tau :)



Roti ni makan dengan Wok Fried Chili Crab
Signature Bread

Roti ni makan dengan Wok Fried Chili Crab  sedap tau . Lembut sangat roti dia.  Di hidangkan panas-panas. Tapi walaupun dah tak panas masih lembut lagi . Suka sangat .




Imperial "Jiao Zhi" with sun dried scallop and winter melon served in chicken consomme
Imperial "Jiao Zhi" with sun dried scallop and winter melon served in chicken consomme

Cik iena memang suka menu-menu sup ni . Imperial "Jiao Zhi" with sun dried scallop and winter melon served in chicken consomme pun menjadi pilihan Cik iena. Anda semua pun mesti cuba.



Chicken Porridge
Chicken Porridge

Okay yang ini , Chicken Porridge Cik iena yakin semua biasa makan . Tapi Chicken Porridge di sini ada kelainan dan rasanya lain sedikit sebab dia ade macam wanton goreng ke apa, atau mungkin sayur fucuk goreng. Cik iena pun tak pasti apa tapi bila gigit memang sedap.



Fish Porridge
Fish Porridge

Kebiasaannya di kedai ada Fish Porridge sahaja kan. Jarang ada Fish Porridge tapi berbeza di sini. Terdapat Fish Porridge yang menarik untuk anda cuba.



Peking Duck Roll
Peking Duck Roll

Memandangkan Cik iena tak makan itik. Peking Duck Roll ni adek dan mak yang makan . Buat penggemar itik mesti cuba tau . Tapi Si kecik lebih suka Signature roasted duck.



Signature Roasted Duck
Signature Roasted Duck

Signature Roasted Duck merupakan menu kegemaran Adek bongsu . Dia siap request nak tapau balik . Cik iena tak makan Itik  tapi mak dan adek bongsu makan . Menurut Puan ibunda daging itik nya lembut dan terasa perapan pada daging nya. Memang sesuai dimakan untuk penggemar Itik .


Signature Roasted Duck
Signature Roasted Duck kegemaran adik, dia makan pelahap tak perasan kakngah dah lama usha dia

Signature Roasted Duck sedap cenggini arif kata
Signature Roasted Duck sedap cenggini arif kata



Sesame Prawn Served With Minced Nutmeg And Mayo
Sesame Prawn Served With Minced Nutmeg And Mayo

Sesame Prawn Served With Minced Nutmeg And Mayo merupakan antara menu kegemaran Cik iena . Kebiasaannya makan makanan goreng Cik iena cepat kenyang dan muak. Berbeza dengan Sesame Prawn Served With Minced Nutmeg And Mayo ni . Cik iena suka sangat. Mungkin sebab padanan Sos yang enak. Sos dia rasa tak dapat di gambarkan tapi sedap .


Deep Fried Wanton served with sweet and sour sauce
Deep Fried Wanton served with sweet and sour sauce
Deep Fried Wanton Ni sedap cuma bila dah terlalu banyak makan. Makan satu je dah kenyang sebab dia di gorang. Tapi bila makan dengan sweet and sour sauce tu tak muak sangat . Cik iena lebih gemar Steamed wanton dari Fried Wanton. Kalau steamed tu memang banyak boleh makan. Deep Fried Wanton served with sweet and sour sauce ni adek bongsu Cik iena suka makan . Budak-budak memang suka makanan bergorang-goreng ni :)



Stir Fried Asparagus With Belacan Paste
Stir Fried Asparagus With Belacan Paste


Stir Fried Asparagus With Belacan Paste antara menu yang sangat Cik iena suka . Memang terasa umph belacan dia tau .Belacan yang ditumis bersama bawang dan cili serta ada resepi rahsia barangkali sebab sedap lain macam . Ditambah dengan sayur Asparagus kegemaran Cik iena. Memang terangkat habaq hang (^_~)




Deep Fried Chicken Steak With Thai Sauce
Deep Fried Chicken Steak With Thai Sauce

Deep Fried Chicken Steak With Thai Sauce merupakan antara menu yang paling Cik iena gemari .  Ayam dengan Sos Thai dan bawang segar terasa sangat ala-ala makan di Thailand . Cik iena penggemar makanan Thailand sebenarnya jadi Deep Fried Chicken Steak With Thai Sauce memang 100% menepati citarasa :)



Stir Fried Prawn with Mushroom and Capsicum in Hot Bean Sauce
Stir Fried Prawn with Mushroom and Capsicum in Hot Bean Sauce


Stir Fried Prawn with Mushroom and Capsicum in Hot Bean Sauce merupakan menu kegemaran Cik iena . Cik iena memang suka sayur sayuran dalam tu . 



Poached Seasonal Vegetable With Crab Meat And Roe
Poached Seasonal Vegetable With Crab Meat And Roe

Okay sejujurnya yang ini tak kene dengan tekak Cik iena . Tapi pada yang suka ketam boleh cuba. Sebab sangat banyak isi ketam tau dekat Poached Seasonal Vegetable With Crab Meat And Roe ni.




Bean Curd Rolls With Shrimps and Cheddar Chesse
Bean Curd Rolls With Shrimps and Cheddar Chesse


Bean Curd Rolls With Shrimps and Cheddar Chesse salah satu kegemaran Cik iena. Biasalah Cik iena penggemar Cheese tapi Cik iena tak boleh makan banyak sebab makanan goreng-goreng ni kenyang . tambahan lagi banyak makanan yang perlu Cik iena cuba. Terangkat bertul makan cheese dia (^_~)

 

Crispy Banana Fritters With Pandan Lotus Paste
Crispy Banana Fritters With Pandan Lotus Paste

 Crispy Banana Fritters With Pandan Lotus Paste menu yang menarik. Cik iena tak pernah makan . Lotus paste tu sedap .


Dim Sum Brunch, Celestial Court - Sheraton Imperial Kuala Lumpur
Maaf , yang ni Cik iena lupa nama :)



Pan fried radish cake
Pan fried radish cake


Pan fried radish cake merupakan kegemaran adik bongsu . Dia makan semua tapi Cik iena dapat rasa.  Padanan radish cake dengan sos yang sedap. Macam sos thai tapi bukan.

 Desert di Dim Sum Brunch, Celestial Court


Maaf semua Cik iena lupa teruk nama desert yang Cik iena makan kecuali Egg Custard Bun . Tapi yang pasti semuanya sedap dan menyelerakan . Terlalu banyak menu sampai ke bahagian desert memory full . Minta maaf ye Cik iena dah tua hahaha..

 

 Desert di Dim Sum Brunch, Celestial Court

 Desert di Dim Sum Brunch, Celestial Court

 Desert di Dim Sum Brunch, Celestial Court

 Desert di Dim Sum Brunch, Celestial Court

Egg Custard Bun
Egg Custard Bun

Egg Custard Bun
Egg Custard Bun

Okay ini memang menu kegemaran Cik iena . Cik iena suka makan Egg Custard Bun kalau pergi makan dimsum dekat mana-mana kedai . Kebiasaannya kedai dimsum ade jual la Egg Custard Bun ni.



 Desert di Dim Sum Brunch, Celestial Court

 Desert di Dim Sum Brunch, Celestial Court

 Desert di Dim Sum Brunch, Celestial Court




Wokay selesai makan . 

Disebabkan Cik iena terlalu kenyang jadi tak banyak ambil gambar di sekitar restoran . Cuma yang ada yang di bawah ni .



Dim Sum Brunch, Celestial Court - Sheraton Imperial Kuala Lumpur

Dim Sum Brunch, Celestial Court - Sheraton Imperial Kuala Lumpur



Terima kasih Celestial Court Sheraton Imperial Kuala Lumpur Sudi menerima kunjungan Cik iena dan keluarga . Pada asalnya jemputan hanya untuk berdua. Kebiasaannya mana-mana food review hanya boleh bawa plus one .

Kebetulan pada tarikh yang di jemput Mak dan adik Bongsu bercuti di rumah Cik iena di Kuala Lumpur. Jadi tak manis la Cik iena tinggalkan Puan Ibunda. Terima kasih kerana pihak Celestial Court sangat memahami .


Dim Sum Brunch, Celestial Court - Sheraton Imperial Kuala Lumpur
Arif kata dia suka sangat makan dekat sini sebab makanan sedap dan ada badut yang menghiburkan arif dan bagi dua belon dekat arif..




Rating

Food Taste : 10/10
Food Presentation : 8/10
Staff : 10/10
Cleanliness : 10/10
Restaurant Decoration : 9/10



Okay kepada anda yang nak pergi dalam masa terdekat ni ada promosi Chritmas  seperti di bawah.

An Imperial Christmas 24TH & 25TH DECEMBER 2017


Celestial Court menawarkan masakan Kantonis yang elegan dan hidangan yang menggunakan bahan-bahan segar serta menghasilakn makanan yang lazat dan segar.

  • Christmas Eve Set Dinner (24th December 2017) at RM158 nett per person
  • Christmas Day Dim Sum Brunch (25th December 2017) at RM138 nett per person


Untuk Maklumat Lanjut mengenai promosi terkini Layari :

http://www.sheratonimperialkualalumpur.com/celestialcourt


Business Hour Dim Sum Brunch, Celestial Court


Cuisine       : Chinese
Setting       : Classic Chinese Restaurant
Dress Code : Smart Casual

Dim Sum Ala Carte Lunch
Mon - Fri (12.00 p.m - 2.30 p.m)

Imperial Dim Sum Brunch
Sat - Sunday & Public holidays (10.30a.m - 3.00 p.m *)
*Hours are subject to change during public holidays

Ala Carte Dinner
Mon - Sun (6.30 p.m - 10.00 p.m)

Phone : +603 2717 9988,  +60 32717 9900
Website : www.celestialcourtrestaurant.com
Email     : Celestialcourt.imperial@sheraton.com







Semi-Matte Lipstick | Lip & Co Beauty


Tidak akan lengkap suatu solekan tanpa gincu atau lipstick . Oleh itu Lipstick dikatakan elemen yang sangat penting untuk menghasilkan solekan yang cantik. Padanan warna lipstick yang menarik dan sesuai juga boleh menaikkan lagi seri wajah atau seri solekan.

Semi-Matte Lipstick | Lip & Co Beauty



Dalam zaman serba moden ini terdapat pelbagai jenama Lipstick berada di Pasaran. Antara yang menjadi pilihan Cik iena adalah Lipstick dari Lip & Co. Beauty.



Lip & Co Beauty


Terdapat banyak jenama seperti cendawan tumbuh. Kepelbagaian jenama Lipstick merupakan trend terkini dalam industri kecantikan global yang sedang melanda pasaran Malaysia khususnya.  Lip & Co Beauty memperkenalkann barisan produk utama iaitu  Beloved Classic Bullet Lipstick Range , Velvet Pout.


Lip & Co Beauty
Lip & Co Beauty


Untuk anda yang gemar bersolek seperti Cik iena sudah pasti anda tahu bahawa warna bibir adalah bahagian penting dalam solekan. Walaupun anda tidak mengenakan pembayang mata atau pemerah pipi, hanya dengan mengenakan lipstick yang sesuai dapat menaikkan seri wajah. Pemilihan warna yang betul boleh menaikkan lagi seri wajah dan  menyempurnakan bentuk wajah anda.





Lip & Co Beauty
Lip & Co Beauty




Rangkaian Velvet Pout Lip & Co Beauty hadir dengan 10 warna terdapat dalam formulasi semi-matte yang mengandungi pigmen formulasi yang boleh dibina yang direka untuk memastikan keselesaan dan memastikan seri wajah anda naik.


Lip & Co Beauty
Lip & Co Beauty


Lipstick dari Lip & Co Beauty Direka selepas tempoh penyelidikan dan pembangunan yang intensif, Lip & Co Beauty menghasilan lipstick yang mempunyai warna yang tinggi pigmen dan telah dicipta untuk memastikan ianya tahan lebih lama daripada warna liptick biasa .


Review Semi-Matte Lipstick  dari Lip & Co Beauty


Antara kesepuluh warna Cik iena telah mencuba 3 warna iaitu :-

  • Velvet Pout Semi-Matte Lipstick ( #07 - Grace )
  • Velvet Pout Semi-Matte Lipstick ( #03 - Bohemian Soul )
  • Velvet Pout Semi-Matte Lipstick ( #01 - Audacious )

Cik iena suka lipstick Semi-Matte ini kerana ianya sesuai untuk bibir Cik iena yang kering. Jika dilihat sekarang sangat banyak matte lipstick di pasaran. Matte lipstick sememangnya cantik akan tetapi ianya tidak sesuai untuk Cik iena yang berbibir agak kering.

Untuk memakai matte lipstick cik iena terlebih dahulu perlu memakai lipbalm supaya dapat memberi kelembapan pada bibir . Berbeza dengan lip & Co Beauty , Cik iena tidak perlu mengenakan lipbalm terlebih dahulu kerana ianya tidak 100% matte.

Okay jom Cik iena tunjuk Hasil tiga warna yang cik iena cuba dan beberapa warna yang cik iena campur :)



Velvet Pout Semi-Matte Lipstick ( #07 - Grace )


Velvet Pout SeVelvet Pout Semi-Matte Lipstick ( #07 - Grace )mi-Matte Lipstick ( #07 - Grace )
Velvet Pout Semi-Matte Lipstick ( #07 - Grace )

Warna Pink sememangnya warna kegemaran Cik iena . Tidak kira pink lembut atau terang. Cik iena senang menggayakan apa jua tona warna pink :) 

Ingin tampak lebih menarik boleh campur dengan warna yang lain 
(^_~)

Velvet Pout Semi-Matte Lipstick ( #07 - Grace )
Velvet Pout Semi-Matte Lipstick ( #07 - Grace )

Velvet Pout Semi-Matte Lipstick ( #07 - Grace )
Velvet Pout Semi-Matte Lipstick ( #07 - Grace )



Rating Velvet Pout Semi-Matte Lipstick ( #07 - Grace )


  • Texture : 9/10
  • Colour : 10/10



Velvet Pout Semi-Matte Lipstick ( #03 - Bohemian Soul )


Velvet Pout Semi-Matte Lipstick ( #03 - Bohemian Soul )


Ini merupakan salah satu warna yang jarang Cik iena cuba. Kalau Cik iena cuba pun sekadar untuk review ataupun jika ada photoshoot de ngan tema tertentu yang memerlukan cik iena memakai warna coklat .

Warna ini membuat cik iena nampak garang . Walaubagaimanapun jika diaplikasikan selapis sahaja atau dengan jumlah yang kecil warna nya cantik , nampak seperti nude colour.

Velvet Pout Semi-Matte Lipstick ( #03 - Bohemian Soul )
Velvet Pout Semi-Matte Lipstick ( #03 - Bohemian Soul )

Velvet Pout Semi-Matte Lipstick ( #03 - Bohemian Soul )
Velvet Pout Semi-Matte Lipstick ( #03 - Bohemian Soul )


Rating Velvet Pout Semi-Matte Lipstick ( #03 - Bohemian Soul )

  • Texture : 9/10
  • Colour : 7/10 




Velvet Pout Semi-Matte Lipstick ( #01 - Audacious )


Velvet Pout Semi-Matte Lipstick ( #01 - Audacious )
Velvet Pout Semi-Matte Lipstick ( #01 - Audacious )


Tona warna merah juga merupakan salah satu warna lipstick kegemaran Cik iena. Ramai yang tidak berani mengenakan warna merah tapi berbeza dengan Cik iena. Untuk kelihatan lebih Matang dan Elegant Cik iena akan memakai lipstick bewarna Merah.

Almaklumlah Cik iena walaupun berusia 32 tahun wajah Cik iena kelihatan muda dari usia. Adakalanya Cik iena perlu kelihatan usia Cik iena jadi Cik iena akan memakai warna Merah :)


Velvet Pout Semi-Matte Lipstick ( #01 - Audacious )
Velvet Pout Semi-Matte Lipstick ( #01 - Audacious )

Velvet Pout Semi-Matte Lipstick ( #01 - Audacious )
Velvet Pout Semi-Matte Lipstick ( #01 - Audacious )





Rating Velvet Pout Semi-Matte Lipstick ( #01 - Audacious ) 

  • Texture :9/10
  • Colour : 10/10

Velvet Pout Semi-Matte Lipstick ( #01 - Audacious )  +  Velvet Pout Semi-Matte Lipstick ( #07 - Grace )





  Velvet Pout Semi-Matte Lipstick ( #01 - Audacious )  +  Velvet Pout Semi-Matte Lipstick ( #07 - Grace )


Velvet Pout Semi-Matte Lipstick ( #01 - Audacious )  +  Velvet Pout Semi-Matte Lipstick ( #07 - Grace )

Cantikkan, Cik iena guna warna Grace #07 pada keseluruhan bibir kemudian letakkan warna Audacious #01 pada bahagian bibir di tengah. Bibir yang selalu kita guna letak Lip Tint :)

Velvet Pout Semi-Matte Lipstick ( #07 - Grace ) + Velvet Pout Semi-Matte Lipstick ( #03 - Bohemian Soul )
Velvet Pout Semi-Matte Lipstick ( #07 - Grace ) + Velvet Pout Semi-Matte Lipstick ( #03 - Bohemian Soul )


Ha, ini pu;a gabungan Velvet Pout Semi-Matte Lipstick ( #07 - Grace ) + Velvet Pout Semi-Matte Lipstick ( #03 - Bohemian Soul ) . Di mana kedua-duanya di blend sekali. Bermaksud pakai dua-dua warna dan Cik iena kemam-kemam bibir bagi sekata . Cara pemakaiannya berbeza dengan gabungan dua warna diatas.



Semi-Matte Lipstick | Lip & Co Beauty
Semi-Matte Lipstick | Lip & Co Beauty

Macam mana ? Cantik kan warna lipstick dari Lip &  Co Beauty ni. Cik iena sangat suka Teksture semi-matte lipstick ni . Sememangnya sangat sesuai untuk bibir Cik iena .


Harga Lipstick  Semi-Matte Lip & Co Beauty


Semi-Matte Lipstick | Lip & Co Beauty
Semi-Matte Lipstick | Lip & Co Beauty


Harga  Lipstick Semi-Matte Lip & Co adalah RM 49
Untuk pengetahuan anda Terdapat promosi Beli Dua Lipstick Dengan Harga RM69 dimana anda dapat berjimat RM29



Kepada anda yang berminat boleh dapatkan secara online di lawan web yang Cik iena sertakan di bawah ataupun boleh DM instagram mahupun facebook mereka.


Product review & collaboration With Blogger And Sosial Media Influencer


Istimewa buat anda yang bergelar Blogger dan juga Influencer anda berpeluang untuk Review Lipstick ini tau . Nak tau Caranya. Mudah Sahaja. Sila Isi Form pada pautan yang Cik iena beri di bawah .

Mana tau ada rezeki untuk Review. Blogger dan Influencer terpilih akan dapat Lipstick yang sangat Cantik dari Lip & Co Beauty ni.

Sila Lengkapkan Borang di Product review & collaboration


Untuk Maklumat Lanjut Layari :


Website : https://lipandco.com/
Facebook : https://www.facebook.com/lipandcobeauty
Instagram : https://www.instagram.com/lipandcobeauty/
Twitter : https://twitter.com/lipandcobeauty




Powered by Jasper Roberts - Blog

Archieve