Johor adalah sebuah negeri di Malaysia yang terletak di bahagian selatan Semenanjung Malaysia. Ia bersempadanan dengan negeri Melaka, Negeri Sembilan dan Pahang. Negeri Johor juga dikelilingi oleh kawasan perairan seperti Laut China Selatan di timur, Selat Tebrau di selatan serta Selat Melaka di bahagian barat.
Bagi persempadanan antarabangsa
pula, negeri Johor berkongsi sempadan maritim bersama Provinsi Kepulauan Riau
dibahagian laut sebelah timur, disebelah barat pula bersempadan maritim dengan
Provinsi Riau, Indonesia. Manakala bahagian selatan pula dipisahkan dengan
Selat Johor.
Ia merupakan negeri yang kaya dengan
budaya dan kepelbagaiannya dalam makanan . Johor dinamakan sempena perkataan
Arab "Jauhar" yang bermaksud permata berharga.
Dengan keluasan kira-kira 19,210 kilometer persegi (7,420 bt2), Johor merupakan negeri kelima terbesar dalam Malaysia. Dengan keluasannya yang besar terdapat banyak tempat menarik di Johor Bahru untuk anda lawati .
Johor merupakan salah satu destinasi
yang perlu anda senaraikan dalam senarai percutian anda kerana terdapat
pelbagai tempat menarik di Johor terutamanya di Johor bahru .Antaranya adalah
seperti berikut.
Johor Bahru Tourist Attractions | Tarikan Pelancong di Johor Bahru
- Legoland Malaysia
- Puteri Harbour
- Sanrio Hello Kitty Town
- Angry Bird Theme Park Johor
- Johor Premium Outlet (JPO)
- Danga Bay
- Arumigu Sri Rajakaliamman Glass Temple
- Tanjung Piai National Park
- Sultan Abu Bakar Mosque
- Chinese Heritage Museum
Terdapat lebih kurang 10 tempat
menarik di Johor Bahru sahaja tidak termasuk daerah lain di Johor. Baeklah Cik
iena terangkan secara ringkas mengenai kesepuluh tempat yang Cik iena
senaraikan di atas yang mana ianya merupakan destinasi yang menarik untuk anda
kunjungi di Johor Bahru.
Legoland
Malaysia
Legoland Malaysia merupakan Sebuah resort dan tempat pelancongan di Johor yang
paling popular dan terletak di Nusajaya, Johor Bahru. Terdapat banyak
hiburan dan permainan yang sesuai untuk kanak-kanak. Terdapat juga taman tema
air yang menjanjikan permainan dan gelongsor air yang menarik dan
best-best.
Ia dikatakan Syurga bagi
kanak-kanak. Jadi amatlah sesuai buat anda yang bekeluarga untuk bercuti di
Legoland Malaysia. Ianya pasti meninggalkan memori yang indah buat anda
sekeluarga.
Puteri
Harbour Indoor Theme Park
Puteri Harbour Indoor Theme Park Terletak di Nusajaya, JB dan hanya beberapa
minit sahaja dari Legoland Resort. Ia merupakan taman tema indoor
khas untuk kanak-kanak yang terdiri daripada 3 tarikan utama iaitu Little
Big Club, Sanrio Hello Kitty Town dan Restoran bertema
kanak-kanak, Lat’s Place.
Ia dikatakan salah satu tempat
yang menarik di Johor Bahru yang sesuai untuk anda menghabiskan
masabersama dengan anak-anak sambil menikmati hidangan makanan.
Percutian anda disini juga pasti menjadi memori indah buat anda sekeluarga.
Anak-anak pasti akan menggemari tempat ini.
Sanrio
Hello Kitty Town
Sanrio Hello Kitty Town |
Sanrio Hello Kitty Town adalah Salah satu tarikan di dalam Puteri Harbour Indoor
Theme park yang lebih sesuai kepada kanak-kanak perempuan kerana kebanyakan
hiburan bertemakan watak animasi kartun Hello Kitty.
Jika anak anda menggemari watak
animasi Hello Kitty ini merupakan tempat yang sangat sesuai untuk anda membawa
mereka bercuti dan menikmati keindahan suasana di Sanria Hello Kitty Town
ini. Percutian indah di sini pasti akan menjadi buah mulut anak anda
kepada rakan-rakan .
Angry
Bird Theme Park Johor
Angry Bird Indoor Theme Park merupakan sebuah taman permainan kanak-kanak indoor
yang berada di aras shopping mall komtar JBCC. Antara permainanyanag ada
di sana ialah trempolin, foam pit, trek basikal kanak-kanak dan sebagainya
.Satu tempat yang manarik di Johor yang sesuai untuk datang bersama dengan
anak-anak.
Johor
Premium Outlet (JPO)
Johor Premium Outlet (JPO) merupakan Satu tempat yang menarik untuk membeli
belah di Kulai Johor dan bersebelahan dengan highway Utara-Selatan. Shopping
mall ini menempatkan banyak lot kedai yang menjual pakaian berjenama seperti
LV, Couch, Adidas dan sebagainya . Sering dipenuhi pengunjung terutamanya
ketika ada terdapat Sales.
JPO sangat sesuai buat anda yang
gemar membeli belah barangan berjenama . Di sini anda boleh membeli pada harga
yang lebih murah daripada Mall biasa.
Danga
Bay
Danga Bay merupakan Satu tempat menarik di Johor pada waktu malam
yang boleh dilawati kalau berada di Johor Bahru. Di sini terdapat Restoran,
tempat membeli kerepek, asam dan lokasinya di tepi selat menawarkan pemandangan
yang cantik. Anda boleh melihat bandaraya Singapura di seberanf Selat Tebrau.
Di sini juga terdapat taman permainan ala-ala taman teman yang sesuai untuk
kanak-kanak mahupun orang dewasa.
Arumigu
Sri Rajakaliamman Glass Temple
IA merupakan Kuil yang mempunyai
struktur gelas lengkap dan sering dianggap sebagai salah satu karya seni bina
yang paling menakjubkan bukan hanya di Malaysia tetapi di seluruh dunia. Ia
adalah kuil Hindu yang merupakan salah satu yang tertua di Johor Bahru.
Arumigu Sri Rajakaliamman Glass
Temple mempunyai Struktur seni yang unik ini dihiasi dengan sebanyak 300000
kepingan gelas putih, kuning, merah, hijau, ungu, dan biru yang merangkumi
tiang, dinding, dan lantai. Sejumlah candelier yang terbuat dari kristal
tergantung dari siling kuil. Kesan surreal yang dicipta oleh refection dari
candelier kristal di lantai kaca adalah sesuatu yang luar biasa.
Kuil ini adalah tempat perlindungan kaca yang berpusat di udara dan mempunyai kapasiti 1500 penganut. Pelancong dibenarkan masuk ke kuil.
Kuil ini adalah tempat perlindungan kaca yang berpusat di udara dan mempunyai kapasiti 1500 penganut. Pelancong dibenarkan masuk ke kuil.
Tanjung
Piai National Park
Tanjung Piai National Park merupakan tempat paya bakau yanag kaya dengan dengan
tumbuhan dan hidupan paya bakau. Disini terdapat platform kayu yang dibina
untuk memudahkan pengunjung berjalan kehujungnya di tepi laut. Titik penghujung
platform ini merupakan satu kawasan yang paling selatan di Semenanjung
Malaysia
Sangat sesuai untuk pencinta alam
sekitar. Disini anda dapat menikmati pemandangan yang cukup indah yang pasti
menenangkan fikiran anda ketika berada di sini.
Sultan
Abu Bakar Mosque
Sultan Abu Bakar Mosque |
Masjid Negeri Sultan Abu Bakar
merupakan Masjid yang berusia lebih satu dekad yang terletak di Pantai Lido dan
mempunyai senibina yang bercirikan masjid dari Mesir. Satu tarikan pelancongan
di Johor yang sesuai untuk mereka yang sukakan sei dan sejarah di Johor.
Chinese
Heritage Museum
Chinese Heritage Museum merupakan ntara tempat yang menarik untuk di kunjungi jika
anda berada di Johor Bahru. Ia merupakan Muzium Warisan Tionghua yang lebih di
kenali dengan nama Muzium Warisan Tiong-Hua Johor Bahru.
Selain daripada tempat-tempat
menarik di Johor Bahru . terdapat juga Restoran yang menarik yang
perlu anda cuba iaitu antaranya:-
- Roti Canai Bukit Cagar
- Hua Mui Kopitiam
- Restoran Tua Thow
- Restoran Ya Wang
- 7 Spice Restaurant
- Restaurant Kam Long
Antara Hotel menarik Di Johor Bahru
yang menarik pula adalah
- Le Grandeur Palm Resort
- Thistle Johor Bahru Hotel
- Hotel Sentral Johor Bahru
Menarik bukan Johor Bahru
. Untuk mengetahui pelbagai lagi tempat-tempat menarik di Johor Bahru
mahupun di kawasan lain anda boleh layari https://www.traveloka.com/en-my/infographic/malaysia/unseen-malaysia