Pada hari ahad yang lepas Cik iena bersama keluarga meraikan Ulang tahun kelahiran dua orang adik Cik iena di Sakura Cabin Batang Kali . Ini merupakan kali kedua Cik iena makan di Sini di mana kali pertama hadir Cik iena jatuh Cinta dengan masakan Tom Yam Seafood Di Sakura Cabin.
 |
Love katanya |
Jadi Untuk kali kedua Cik iena makan menu yang sama iaitu Tom Yam Seafood dan beberapa menu tambahan lain seperti Kalilan Ikan Masin, telur dadar, sambal Puyuh ,nasi bakar dan ayam bakar. Akan tetapi Ayam Bakar yang di pesan tidak sampai sehingga kami habis makan.
 |
wah berselera mak makan |
Jadi tolak menu dari resit okay. Mungkin kerana terlalu sibuk sampai lupa. Di Sakura Cabin ini agak ramai pengunjung jadi Cik iena maafkan kerana mereka meminta maaf . Tom Yam Seafood pun ada yang tercicir. Order tiga sampau dua sahaja.
Tom Yam Seafood Sakura Cabin Sedap !
 |
Tom Yam Seafoods sedap |
Di sebabkan Cik iena suka tomyam dia, Cik iena sanggup tunggu dia masak. Ayam bakar cancel sebab dah takde selera. Selera tomyam je ada. haha . Tapi Ayam bakar dia Cik iena pernah makan masa pertama kali datang dan memang sedap. Menu yang lain yang cik iena cuba semasa kunjungan kali kedua ini selain yang di nyatakan cik iena klasifikasikan biasa-biasa je :)
Tomyam Seafoods dan ayam bakar menu yang cik iena cadangkan untuk anda cuba kerana antara menu yang cik iena cuba tekak Cik iena berselera dua ni . Tapi Cik iena tak cuba menu yang lain . Kalau nak cuba semua menu kene tunggu owner Sakura Cabin Invite buat review lah kan lalallalalala.
 |
Bersama puan ibunda di hadapan Sakura Cabin Batang Kali |
Walaubagaimanapun cik iena yakin setiap yang berkunjung ke sini pasti teruja dengan keadaan sekeliling yang cantik dan mmendamaikan . Cuma gak sedikit bising apabila bunyi kenderaan yang memacu dengan laju kerana kedudukan restoran di tepi jalan besar batu 30 batang kali.
Sakura Cabin Batang Kali Mahal ke Murah ?
Melihat keadaan dekorasi kedai ada yang mengatakan ianya mahal. Tapi dari segi harga Untuk makanan yang kami order boleh di katakan murah .
Untuk 11 orang makan lebih kurang RM137 dengan air buah jus apple asam
boi untuk 11 orang.
 |
adik dan anak buah makan kemain selera |
Baiklah berbalik kepada tajuk Artikel . Birthday Celebration . Seperti biasa memang menjadi kewajipan keluarga kami untuk menyambut hari lahir setiap orang dalam keluarga . Ianya adalah untuk mengeratkan lagi sillaturrahim sesama keluarga.
Dalam kesibukan anak-anak bekerja , perlu luangkan masa bersama keluarga untuk meraikan ulang tahun kelahiran yang tersayang walaupun ianya tidak di sambut tepat pada hari kelahiran. Boleh jadi lewat atau awal . Asalkan kami ingat akan hari-hari penting bagi keluarga kami.
 |
mak, abah dan adik lelaki |
Jarang Cik iena tulis dalam blog walaupun setiap tahun sambut. Cik iena tulis ikut mood. Memandangkan sambutan kali ini ada kaitan dengan Cat & The Fiddle CheeseCake jadi Cik iena tulis haha .
Okay dengan itu Cik iena belanja gambar ya . Biarlah gambar berbicara :)
Gambar Birthday Celebration di Sakura Cabin Batang Kali
 |
Cat & The Fiddle Cheesecake |
 |
Cat & The Fiddle Cheesecake |
 |
Telur dadar, standard.. sama rasa macam kedai lain dan yang cik iena goreng hehe |
 |
Menurut abah sambal puyuh sedap. tapi cik iena memang tak makan puyuh jadi tak tau nak describe rasa |
 |
kailan
ikan masin. Biasa-biasa je. Cik iena pernah makan kailan ikan masin
lagi sedap (maaf tekak kite kalau pernah makan yang lagi sedap automatik
kalau tak sama sedap dia jadi biasa-biasa je) |
 |
Nasi bakar, menarik dan nasinya sedap |
 |
Cik iena, mak n abah |
 |
yang di raikan deqnor dan apul |
 |
keluarga cik iena |
 |
yang di raikan bergambar bersama mak dan abah |
 |
Cik iena bergambar bersama yang di raikan :) |
 |
Adik dan tunangnya, norma :) |
 |
Birthday girl and birthday boy |
 |
nak tumpang potong kek katanya..birthday dia da lepas da 22 ogos haha |
 |
dua orang adek lelaki yang dah pun bertunang dan bakal mendirikan rumah tangga tahun ini :) |
Wokay sekian nukilan cik iena tentang keluarga Cik iena (^_~)
0 comments:
Post a Comment