Grab The Promo
Grab The Promo

LA' FLORA SKINCARE | Repulpami ER. Global anti-ageing

Memasuki usia 30 an sememangnya adakalanya amat merunsingkan bagi kaum hawa yang mengutamakan kecantikan. Di mana pada usia ini mereka perlu lebih mentitik beratkan soal penjagaan kulit. Di usia ini kulit akan menjadi lebih cepat kering dan dengan itu lah wujudnya garisan penuaan iaitu kedut pada wajah.



LA' FLORA ANTI-AGEING REPULPAMI RANGE
LA' FLORA ANTI-AGEING REPULPAMI RANGE



Dalam kesibukan Cik iena sebagai programmer sepenuh masa dan blogger separuh masa. Cik iena amat mementingkan produk penjagaan kulit yang bagus dan sesuai buat kulit Cik iena yang sudah memasuki alam 3 series.



LA' FLORA SKINCARE | Repulpami ER. Global anti-ageing
LA' FLORA SKINCARE | Repulpami ER. Global anti-ageing


Melihat pada tekstur wajah Cik iena,  ada yang sukar percaya bahawa usia Cik iena adalah 33 tahun kerana Cik iena kelihatan muda dari usia. Sejujurnya bukan mudah untuk mendapatkan kulit seperti sekarang . Cik iena perlu memakai produk kecantikan bagi mengekalkan kesihatan Kulit terlebih dahulu.


Pada Cik iena kecerahan kulit bukan unsur utama. CIk iena lebih mementingkan kepada kelembapan , ketegangan kulit dan kebebasan kulit dari masalah jerawat , jeragat serta kedutan. Cerah adalah bonus. Apa yang penting adalah kulit sihat tanpa masalah jerawat , jeragat serta pori-pori terbuka.




LA' FLORA SKINCARE | Repulpami ER. Global anti-ageing
LA' FLORA SKINCARE | Repulpami ER. Global anti-ageing



Untuk itu Cik iena ingin berkongsi produk penjagaan wajah yang sedang Cik iena amalkan sekarang iaitu LA' FLORA , produk keluaran HL Pharmaceuticals Sdn Bhd, di mana produk ini hanya dijual di rangkaian 60 farmasi Health Lane Family Pharmacy. La'Flora merupakan Anti Ageing Repulpami Range Product (ER & Anti-ageing).



LA' FLORA SKINCARE | Repulpami ER. Global anti-ageing
LA' FLORA SKINCARE | Repulpami ER. Global anti-ageing


ANTI-AGEING REPULPAMI RANGE 


La'Flora Anti Ageing Range mengandungi Repulpami ER®actives. Repulpami ER® adalah  anti-penuaan global aktif yang dibangunkan di Perancis . Ianya  terbukti secara klinikal  mampu mengatasi masalah kedut dan menegangkan kulit wajah.


LA' FLORA SKINCARE | Repulpami ER. Global anti-ageing
LA' FLORA SKINCARE | Repulpami ER. Global anti-ageing


Ianya menggunakan 100%  bahan semulajadi campuran kelopak bunga putih dan ekstrak pulpa baobab, yang ditanam di kawasan Tambacounda dan Louga.


Repulpami ER® terbukti secara klinikal untuk :-

  1. Fungsi anti-kedut dan memberikan kesan seperti botox.
  2. Plumping and lifting dengan mengurangkan lipolisis dan merangsang adipogenesis
  3. Peregangan tindakan Repulpami mengaktifkan ekspresi gen yang bertanggungjawab untuk perpaduan dan ketegangan epidermis.
  4. kesan penghidratan Repuplami adalah untuk meningkatkan penghidratan kulit sebanyak 35%

LA' FLORA SKINCARE | Repulpami ER. Global anti-ageing
LA' FLORA SKINCARE | Repulpami ER. Global anti-ageing


LA 'FLORA mempunyai pH yang seimbang, bebas daripada sabun, dan  bebas dari bahan berbahaya seperti Paraben, SLES / SLS, Agen Pewarna, GMO. Ia sesuai untuk semua jenis kulit, termasuk kulit sensitif.




LA' FLORA SKINCARE | Repulpami ER. Global anti-ageing



Antara produk LA' FLORA yang sedang cik iena gunakan adalah :-


  1. LA' FLORA PURIFYING MAKE UP REMOVER 
  2. LA' FLORA UV PROTECTION DAY CREAM WITH SPF30A++
  3. LA' FLORA AGE REVERSE NIGHT CREAM


Selain daripada itu terdapat beberapa produk lain dari LA' FLORA juga iaitu :-




  1. LA' FLORA REPULPING FACIAL CLEANSER
  2. LA’ FLORA PORE REFINING FACIAL TONER
  3. LA' FLORA MOISTURE LOCK HYDRATING SERUM
  4. LA’ FLORA MOISTURIZING 7 FIRMING SHOWER GEL
  5. LA’ FLORA SKIN FIRMING BODY LOTION

LA' FLORA SKINCARE | Repulpami ER. Global anti-ageing
LA' FLORA SKINCARE | Repulpami ER. Global anti-ageing




1.  LA' FLORA PURIFYING MAKE UP REMOVER  














La'Flora Purifying Make Up Remover merupakan  salah satu pilihan praktikal untuk anda yang ingin membersihkan wajah dengan cepat, tanpa perlu menggunakan pelbagai produk pembersih muka.

Fungsi Make Up Remover  ini  adalah untuk membersihkan wajah daripada  kosmetik berasaskan minyak atau kalis air yang sukar dibuang (contohnya eyeliner, eyeshadow, maskara, lipstick dan sebagainya).


LA' FLORA PURIFYING MAKE UP REMOVER
LA' FLORA PURIFYING MAKE UP REMOVER 


Make Up Remover di katakan  lebih mampu membersihkan alat solek pada wajah yang telah bercampur dengan minyak dan debu di wajah.

La'Flora Purifying Make Up Remover ini  mampu Menanggalkan  solekan anda  tanpa merosakkan kulit  dengan pembersihan secara mendalam , make up remover ini akan  membersihkan kotoran secara mendalam ke liang-liang pori anda.


Disamping itu La'Flora Purifying Make Up Remover ini juga mampu meningkatkan ketegasan, plumping dan penghidratan kulit serta dapat mengurangkan kedut dan garis halus pada wajah.



CARA PENGGUNAAN  LA' FLORA PURIFYING MAKE UP REMOVER


Letakkan jumlah yang mencukupi di kapas kemudian oles pada wajah untuk membersihkan solekan. Urut secara perlahan dengan gerakan mengangkat ke atas untuk memenanggalkan solekan dengan lebih mendalam.

LA' FLORA PURIFYING MAKE UP REMOVER
Cik iena suka menggunakan LA' FLORA PURIFYING MAKE UP REMOVER   sebagai penanggal solekan


Kemudian, bilas dengan air secukupnya. Ianya sesuai digunakan pada kawasan muka, kawasan mata dan juga  bibir


REVIEW LA' FLORA PURIFYING MAKE UP REMOVER


Cik iena suka akan  La'Flora Purifying Make Up Remover ini kerana ianya mudah untuk di gunakan . Ianya mampu menanggalkan si sa solekan Cik iena walaupun Cik iena bersolek tebal . HAruman nya juga sangat menyegarkan tatkala anda menyentuh kapas yang telah di letakkan make up remover ini.

LA' FLORA PURIFYING MAKE UP REMOVER
LA' FLORA PURIFYING MAKE UP REMOVER 


Sentuhan lembut pada wajah dengan rasa sejuk dan haruman yang wangi membuatkan cik iena berasa selesa dan menjadikan ianya pembersih solekan atau make up remover pilihan Cik iena .




RATING 

 9/10





2.  LA' FLORA UV PROTECTION DAY CREAM WITH SPF30A++


La'Flora UV Protection Day Cream merupakan krim penjagaan wajah yang berfungsi untuk melindungi kulit dari sinaran matahari serta melindungi kulit dari kesan lain yang merosakkan kulit wajah.

Ianya mampu melegakan kulit daripada kerengsaan selepas pendedahan matahari . Selain daripada itu Krim ini juga meningkatkan ketegasan, plumping dan penghidratan kulit anda disamping mengurangkan kedut dan garis halus pada wajah.


LA' FLORA UV PROTECTION DAY CREAM WITH SPF30A++
LA' FLORA UV PROTECTION DAY CREAM WITH SPF30A++

La'Flora UV Protection Day Cream ini  mempunyai SPF yang tinggi, dengan perlindungan UVA dan UVB. Gabungan ini menghalang pengeluaran melanin yang menyebabkan pigmentasi pada kulit anda.


Untuk pengetahuan anda, kandungan 1 SPF boleh bertahan selama 15 minit, oleh itu 30 SPF dapat menampung anda sehingga 8 jam perlindungan sinaran UV. JAdi ianya cukup untuk penggunaan harian anda di waktu siang.

La'Flora UV Protection Day Cream mengandungi Zinc Oxide . Dimana ianya merupakan mineral yang  bagus untuk krim penjagaan wajah harian anda dan sangat baik untuk kulit jerawat serta sangat baik juga dalam mengawal masalah liang-liang pori tersumbat.

Walaubagaimanapun, Penggunaan Make Up Remover adalah penting untuk menghapuskan kandungan mineral dan SPF yang terdapat dalam krim ini. Jadi walaupun anda tidak bersolek pengunaan MAke Up remover sangat penting bagi membersihkan wajah secara lebih mendalam.



CARA PENGGUNAAN  LA' FLORA UV PROTECTION DAY CREAM WITH SPF30A++ 


Ianya diaplikasikan pada wajah selepas anda mencuci wajah dan selepas mengenakan toner mahupun serum .  Penggunaan krim ini hanya sekali sehari sahaja di waktu siang.



REVIEW  LA' FLORA UV PROTECTION DAY CREAM WITH SPF30A++ 


Tekstur yang tidak melekit dan mudah meresap menjadikan ianya pilihan krim penjagaan wajah harian cik iena . Selain kondisi tekstur, haruman nya juga membuat cik iena berasa tenang . Namun selepas memakai krim ini Cik iena perlu memakai foundation atau bedak kerana ianya tidak seperti BB Cream atau CC Cream.


LA' FLORA UV PROTECTION DAY CREAM WITH SPF30A++
LA' FLORA UV PROTECTION DAY CREAM WITH SPF30A++


Namun penggunaannya pasti berbeza bagi setiap orang. Ada yang tidak gemar bersolak jadi krim ini sahaja sudah memadai untuk kegunaan harian kerana ianya mempunyak SPF 30. Bagi Cik iena pula cik iena akan menggunakan bedak atau foundation untuk menaikkan lagi seri wajah.



RATING

8/10



3.  LA' FLORA AGE REVERSE NIGHT CREAM


La'Flora Age Reverse Night Cream merupakan krim penjagaan wajah pada waktu malam yang mempunai fungsi untuk menghalang kehilangan kelembapan pada wajah sepanjang malam. IAnya membawa keselesaan tahan lama hingga 48 jam penghidratan.


Selain daripada itu krim ini mampu mengurangkan kedutan dan garis halus pada wajah serta memperbaiki ketegasan, plumping dan penghidratan kulit wajah.

LA' FLORA AGE REVERSE NIGHT CREAM
LA' FLORA AGE REVERSE NIGHT CREAM


Untuk pengetahuan, krim ini lembut serta ringan dan tidak seperti krim malam  lain . Apa yang paling penting adalah  ianya  tidak memberikan rasa "berat" pada kulit ketika anda mengaplikasikannya pada kulit wajah anda. Tidak terasa seperti anda memakai apa-apa krim pada wajah.


Seperti yang anda sedia maklum, kulit akan memasuki "mod pembaikan" pada waktu malam, jadi dengan menggunakan AGE REVERSE NIGHT CREAM ia mampu meningkatkan regenerasi dan pemulihan sel, menjadikan kulit kelihatan lebih muda apabila anda bangun.

Kulit anda pula akan berasa segar setiap kali selepas anda mengaplikasikannya pada wajah.


CARA PENGGUNAAN LA' FLORA AGE REVERSE NIGHT CREAM


Ianya diaplikasikan pada wajah selepas anda mencuci wajah dan selepas mengenakan toner mahupun serum .  Penggunaan krim ini hanya sekali sehari sahaja di waktu malam.


REVIEW LA' FLORA AGE REVERSE NIGHT CREAM


Tekstur yang tidak melekit , ringan dan mudah meresap menjadikannya pilihan krim penjagaan wajah harian cik iena . Selain kondisi tekstur, haruman nya juga membuat cik iena berasa tenang . Selepas mengaplikasikan krim ini pada wajah, wajah akan berasa segar.


LA' FLORA AGE REVERSE NIGHT CREAM
LA' FLORA AGE REVERSE NIGHT CREAM



Selain memberi kesegaran, ianya juga membuat wajah terasa lembab . Tekstur ringan dan tidak melekit membuatkan Cik iena berasa seperti tidak memakai krim malam.
  


RATING

8/10


Untuk pengetahuan produk ini Dijual secara eksklusif hanya di rangkaian 60 farmasi Health Lane Family Pharmacy


Kepada anda yang ingin mengetahui tentang produk-produk keluaran HL Pharmaceuticals Sdn Bhd anda boleh berkunjung ke laman sosial mereka di bawah serta Agensi jualan online mereka iaitu Lazada dan Shopee .

Untuk Maklumat Lanjut LAyari :-


Facebook : https://www.facebook.com/healthlanefamilypharmacy/
Instagram : https://www.instagram.com/healthlanefamilypharmacy/
Lazada : http://www.lazada.com.my/vitaminz/
Shopee :  https://shopee.com.my/healthlanefamilypharmacy










0 comments:

Post a Comment

Powered by Jasper Roberts - Blog

Archieve