Grab The Promo
Grab The Promo

Review Missha Coloring Multi Stick From Althea

Pemakaian pemerah pipi atau dikenali sebagai blusher boleh menaikkan lagi seri wajah seseorang. Ia dikatakan sebagai pelengkap solekan wajah.Walaupun hanya mengenakan solekan ringkas, pemakaian pemerah pipi dapat memberi kelainan pada wajah dengan efek-efek kemerahan di pipi supaya wajah anda tidak kelihatan pucat. Ini menambahkan lagi seri seseorang wanita itu.

Review Missha Coloring Multi Stick From Althea


Dewasa kini terdapat pelbagai jenis  pemerah pipi dari pelbagai rangkaian jenama di pasaran,iaitu cecair/ liquid, cream, tabur/debu, compact,duo , bronzer/ pinkish dan tint blusher . Mungkin selepas ini akan keluar pemerah pipi berjenis lain :)

Missha Coloring Multi Stick From Althea
Missha Coloring Multi Stick From Althea

Kali ini Cik iena  nak review pemerah pipi berjenis cream dalam bentuk stick dari Althea iaitu  Missha Coloring Multi Stick.

Althea Korea


Sebelum itu, apa itu Althea? Cik iena yakin, pada anda gemar bersolek anda pasti kenal akan portal online yang menjual barangan mekap iaitu Althea. Althea  merupakan portal online yang menjual barangan kecantikan dari Korea . ALTHEA menawarkan produk-prdouct K-Beauty (Korea) dengan harga termurah, 100% asli, dan ianya juga menawarkan penghantaran percuma seluruh dunia.


Missha Coloring Multi Stick



Ia merupakan blusher atau pemerah pipi yang bertekstur krim . Mudah untuk diaplikasikan dan hasilnya lebih menarik berbanding blusher berjenis compact yang biasa anda gunakan. Missha Coloring Multi Stick hadir dengan 10 pilihan warna yang menarik.



Missha Coloring Multi Stick From Althea
Missha Coloring Multi Stick From Althea

Missha Coloring Multi Stick Sesuai untuk semua jenis kulit . Ia merupakan produk keluaran Korea dan ianya sangat di gemari oleh remaja korea yang suka bersolek ringkas menggunakan pemerah pipi dan pemerah bibir sahaja bagi solekan natural yang sangat terkenal di Korea.


Missha Coloring Multi Stick From Althea
Missha Coloring Multi Stick From Althea



Istimewanya blusher ini lagi adalah ianya hadir bersama berus . Dimana berus ini digunakan untuk meratakan blusher yang anda aplikasikan pada pipi anda. Ianya sangat praktikal dan mudah untuk di bawa kemana-mana.



Missha Coloring Multi Stick From Althea
Missha Coloring Multi Stick From Althea

Missha Coloring Multi Stick From Althea
Missha Coloring Multi Stick From Althea



Kali ini Cik iena mencuba warna Rosy Angle. Warna pink-pink peach . Cik iena memang suka warna-warna macam ni. Selain daripada warna Rosy Angle terdapat 9 lagi warna-warna untuk di jadikan pilihan anda.


Warna-warna  Missha Coloring Multi Stick



Warna-warna  Missha Coloring Multi Stick




Cara penggunaan


Selepas memakai foundation sebelum memakai bedak asas, sapukan blusher pada pipi dan ratakan menggunakan berus. Perlu di ingatkan untuk blusher atau pemerah pipi berjenis krim, ianya perlu di pakai sebelum anda memakai bedak. Jika anda memakainya selepas memakai bedak ianya akan bercapuk.


Missha Coloring Multi Stick From Althea
Missha Coloring Multi Stick From Althea


Jadi pastikan anda memakan pemerah pipi ini terlebih dahulu sebelam memakai bedak. Selepas memakai pemerah pipi berjenis krim ini anda juga boleh memakai blusher jenis compact jika anda tidak suka efek lembab dan glowing dari blusher berjenis krim ini.


Review  Missha Coloring Multi Stick


Cik iena suka Blusher ni sebab ianya didatangkan sekali dengan berus . Jadi pemakaian blusher lebih mudah. Tak perlu bawa blusher dan berus berasingan di dalam handbag. Warna blusher ini juga cantik cuma bagi Cik iena ia tak pigment sangat. Anda memakai dalam amaun yang lebih jika anda jenis seperti cik iena yang suka warna terang jelas kelihatan di pipi.



Missha Coloring Multi Stick From Althea
Missha Coloring Multi Stick From Althea


Untuk Cik iena yang gemar warna-warna terang . CIk iena memang suka pipi kelihatan pink, merah mahupun peach. Untuk blusher ini cik iena akan pakai dalam amaun lebih berbanding Blusher stick lain yang akan cik iena review dalam artikel berikutnya. Blusher tersebut juga dari Althea :)


Missha Coloring Multi Stick From Althea
Missha Coloring Multi Stick From Althea


Selain dari aplikasikan ianya di bahagian pipi, cik iena juga gunakan sebagai highlight di bawah dagu dan juga tepi hidung . Dah kata produk korea mesti nak bersolek nampak ala-ala gadis korea ,muka pink-pink (^_~)


Rating

7/10

Harga Missha Coloring Multi Stick


Harga Missha Coloring Multi Stick


Harga promosi semasa Artikel ini di tulis RM50 (diskaun 33%)
Harga Asal RM75

Kepada anda yang ingin mendapatkannya anda boleh beli di http://my.althea.kr/coloring-multi-stick-2016-new (iena buang link sebab produk da habis :) korang boleh tengok mainpage https://my.althea.kr?afmc=ienaeliena)

Untuk Maklumat Lanjut Layari


Website : http://my.althea.kr
Facebook : Althea
Instagram :  @altheakorea
Youtube : https://www.youtube.com/c/AltheaKoreaTV
Blog : http://blog.althea.kr/









0 comments:

Post a Comment

Powered by Jasper Roberts - Blog

Archieve