Grab The Promo
Grab The Promo

HydraFacial Murah di Dr Medispa & Wellness

Wanita dan kecantikan berpisah tiada. Dalam mendapatkan kulit wajah yang cantik terdapat banyak faktor yang perlu dititikberatkan . Selain menggunakan set penjagaan wajah seperti pembersih muka, penyegar, serum, krim siang, krim malam, scrub dan mask, adalah amat penting juga untuk melakukan treatment atau facial sekurang-kurangnya sebulan sekali bagi memastikan kulit lebih sihat dan cantik .

Hydradermabrasion Treatment Murah di Dr Medispa & Wellness
Hydradermabrasion Treatment Murah di Dr Medispa & Wellness


Sesi santai woman to woman di Dr Medispa and Wellness

Dr Medispa and Wellness
cik iena di Dr Medispa and Wellness

Baru-baru ini Cik iena berkesempatan menghadiri sesi santai woman to woman di Dr Medispa and Wellness, Kajang bersama bloggers dan juga Dr Azira. Antara aktiviti yang telah diadakan seperti lukisan seni inai atas tangan, aktiviti makeup-makeup dan paling utama adalah sesi rawatan wajah yang kami boleh pilih.

Dr Medispa and Wellness
Bergambar bersama blogger dan Dr Azira


Dr Azira  mencadangkan Cik iena membuat Hydradermabrasion Treatment kerana rawatan ini sangat bagus dan sesuai untuk cik iena . Selain dari Cik iena ,terdapat 3 orang bloggers yang turut hadir iaitu  Syafiera, Dilla dan Zati dimana  syafiera memilih untuk lakukan  vitamin C facial manakala dilla memilih hydradermabrasion facial.


Dr Medispa and Wellness
Cik iena bergambar bersama Dr Azira yang sangat peramah orangnya

Disini Cik iena ingin kongsikan mengenai rawatan yang cik iena lakukan . Sebelum Cik iena kongsi pengalaman cik iena ceritakan serba sedikit tentang rawatan ini terlebih dahulu.

Hydradermabrasion treatment


Hydradermabrasion merupakan teknologi terkini dari Amerika Syarikat yang lebih dikenali dengan nama Hydrafacial. Daripada nama rawatan sahaja kita boleh mengetahui bahawa rawatan ini menumpukan kepada air. Justeruitu  ia lebih selamat, berkesan dan seperti yang kita semua sedia maklum air memang 'ubat' paling mujarab untuk mendapatkan kulit yang cantik.

Dr Medispa and Wellness
Cik iena semasa sedang menjalankan rawatan hydrafacial di Dr Medispa and Wellness

Sebelum ini kaedah dermavibration digunakan untuk mendapatkan kulit muka yang sihat, namun kaedah dermavibration akan menyebabkan kulit merah dan sedikit pedih. Dengan Hydrafacial ini ianya langsung tiada risiko. Selepas rawatan, anda boleh terus menggunakan alat solek seperti biasa dan boleh keluar ke mana sahaja.

Untuk pengetahuan , HydraFacial adalah satu-satunya prosedur hydradermabrasion yang menggabungkan pembersihan, pengelupasan, pengekstrakan, penghidratan dan perlindungan antioksidan secara serentak.


Dr Medispa and Wellness
Cik iena semasa sedang menjalankan rawatan hydrafacial di Dr Medispa and Wellness


Rawatan ini akan menghasilkan kulit yang  lebih cantik tanpa sebarang ketidakselesaan atau downtime. Rawatan ini juga akan menenangkan, melembapkan, serta tidak menakutkan seperti rawatan laser .Rawatan HydraFacial ini akan memperbaiki masalah  garis-garis halus, kedutan, open pores, kulit berminyak atau jerawat, hiperpigmentasi dan bintik hitam serta putih.



Dr Medispa and Wellness
Cik iena semasa sedang menjalankan rawatan hydrafacial di Dr Medispa and Wellness

Prosedur HydraFacial ini sesuai untuk semua jenis kulit, termasuk kulit nipis atau penuaan, kulit etnik, dan kulit kering atau kulit berminyak.  Jadi kepada anda di luar sana yang mempunyai masalah kulit khususnya, anda boleh dapatkan rawatan HydraFacial untuk mendapatkn kulit yang cantik serta untuk melambatkan proses penuaan kulit anda .

Hydradermabrasion Treatment di Dr Medispa & Wellness


Rawatan ini boleh didapati di Dr Medispa & Wellness. Ia mengambil masa dalam 1 hingga 2 jam paling lama . Untuk pengetahuan anda, setiap teknik, terapi dan ubat-ubatan yang digunakan di Dr Medispa & Wellness ini telah mendapat kelulusan KKM.

Dr Medispa and Wellness
Cik iena semasa sedang menjalankan rawatan hydrafacial di Dr Medispa and Wellness

Rawatan yang diberikan kepada setiap pesakit atau pelanggan akan dilakukan sendiri oleh Dr Azira. Untuk pengetahuan, Dr Azira mempunyai pengetahuan luas berkaitan aesthetic dan mempunyai kelulusan University College of Cork, Ireland dan memperolehi ijazah dalam bidang perubatan (MB BCH BAO). Jadi anda tidak perlu risau dan anda boleh jalani rawatan di sini dengan tenang tanpa perlu rasa bimbang.


Untuk pengetahuan anda lagi, Mask yang digunakan semasa sesi rawatan Hydradermabrasion ini sangat istimewa kerana daya penghidratannya, pemulihan, pemutihan kulit di samping kaya dengan pelbagai jenis vitamin dan anti oksida.


Dr Medispa and Wellness
Cik iena semasa sedang menjalankan rawatan hydrafacial di Dr Medispa and Wellness


Rawatan ini disyorkan dilakukan sekurang-kurangnya 2 minggu sekali bagi mereka yang mempunyai masalah kulit wajah seperti jerawat atau bintik hitam tetapi untuk kulit yang tidak bermasalah disarrankan untuk lakukan sekali sebulan.

Kebanyakan pelanggan-pelanggan Dr Medispa & Wellness terdiri di kalangan golongan muda yang mementingkan penjagaan kulit wajah, pasangan yang bakal mendirikan rumahtangga, serta mereka yang mengalami masalah berat badan dan pasangan yang mengalami masalah sukar untuk hamil.



Dr Medispa and Wellness
Cik iena semasa sedang menjalankan rawatan hydrafacial di Dr Medispa and Wellness



Bilik Rawatan di Dr Medispa & Wellness


Bilik Rawatan di Dr Medispa & Wellness
Bilik Rawatan di Dr Medispa & Wellness



Bilik Rawatan di Dr Medispa & Wellness
Bilik Rawatan di Dr Medispa & Wellness

Video Hydradermabrasion Treatment





Pengalaman HydraFacial di Dr Medispa & Wellness


Hydradermabrasion Treatment Murah di Dr Medispa & Wellness
Ini merupakan pengalaman cik iena membuat rawatan hydrafacial. Secara jujurnya rawatan ini sangat best samada semasa rawatan mahupun selepas rawatan. Cik iena terlelap.sekejap bila ada orang belai muka. Rawatan ini juga boleh membentuk kan wajah dengan urutan yang dilakukan..Kalau kita kerap buat muka boleh dapat V Shape juga.

Untuk kulit yang bermasalah anda perlu melakukan beberapa rawatan berulang ulang supaya dapat hasil yang dikehendaki berbeza dengan kulit seperti cik iena, sekali rawatan cik iena dah terasa perubahan.Kulit yang kusam menjadi berseri. Muka jadi lain selepas selesai hydrafacial.

Semasa proses rawatan anda akan di terangkan prosuder prosuder yang sedang di lakukan. Juru terapi kecantikan dan doktor di sini sememangnya sangat  peramah dan anda tidak akan rasa bosan. Cuma semasa menunggu face mask kering je mereka bagi berehat sampai  masa untuk buka mask. Masa ni la cik iena terlelap.

Untuk prosuder Omega LED light therapy, terdapat dua jenis lampu iaitu hijau dan merah . Menurut Dr.Azira Hijau digunakan untuk kulit yang matured manakala Merah untuk kulit muda dan normal


Hydradermabrasion Treatment Murah di Dr Medispa & Wellness
Gambar selepas rawatan di Dr Medispa & Wellness

Prosedur HydraFacial di Dr Medispa & Wellness


Langkah 1 Cleansing.
Langkah 2 Double cleansing
Langkah 3 Opening up the pores and layer it with our therapeutic oil
Langkah 4 Start the Hydradermabrasion
Langkah 5 Layering with Hyaluronic plus doctor formula mask
Langkah 6 Facial massage
Langkah 7 Ultrasonic treatment
Langkah 8 Omega LED light therapy to enhance skin cell to rejuvenate
Langkah 9 Serum applications


Harga Hydradermabrasion Treatment


Harga yang ditawarkan untuk Hydradermabrasion Treatment di  Dr Medispa & Wellness adalah RM180 dimana ianya adalah lebih murah berbanding di tempat lain.

Rating HydraFacial di Dr Medispa & Wellness

10/10

Gambar Sesi santai woman to woman di Dr Medispa and Wellness

Berikut merupakan sebahagian gambar yang diambil .

Dr Medispa and Wellness
yeay masa untuk buat ukiran inai


Dr Medispa and Wellness
ukiran inai yang kami buat

Dr Medispa and Wellness
sesi main mekap-mekap


Dr Medispa and Wellness
muka rasa bersih,licin dan glowing lepas buat hydrafacial, nak mekap pun senang tau.
Dr Medispa and Wellness
Hasil solekan MUA Beby dari Melaka

Dr Medispa and Wellness
Hasil solekan MUA Beby dari Melaka



Dr Medispa and Wellness
HAsil solekan MUA beby dr melaka

Dr Medispa and Wellness
Cik iena bergambar bersama MUA beby dr melaka yg mekapkan cik iena


Dr Medispa and Wellness

Dr Medispa and Wellness


Dr Medispa and Wellness


Dr Medispa and Wellness



Secara keseluruhannya Cik iena sangat berpuas hati dengan hasil rawatan hydrafacial ini. Cik iena suka sangat hasilnya, kalau boleh nak buat setiap bulan. Harga yang ditawarkan di sini juga lebih murah jika di bandingkan dengan tempat lain.



Jadi pada anda di luar sana kalau nak cuba HydraFacial boleh cuba di Medispa.and wellness Kajang. Selain dari harga yang lebih murah dari tempat lain. Suasana disini juga tenang, mesra kanak-kanak, tambahan lagi disini anda boleh berehat dan bersantai setelah selesai rawatan sambil di jamu minuman dan cookies.

 Senarai Rawatan di Dr Medispa & Wellness


 Senarai Rawatan di Dr Medispa & Wellness



 PROMOSI TAHUN BARU CINA DILANJUTKAN



PROMOSI TAHUN BARU CINA DILANJUTKAN
PROMOSI TAHUN BARU CINA DILANJUTKAN


Untuk pengetahuan, promosi tahun baru cina dilanjutkan sehingga 31 march 2018 disebabkan sambutan yang sangat menggalakkan.


Promosi Lain di Dr Medispa & Wellness



Promosi Lain di Dr Medispa & Wellness
Besday gift 50% ( selected treatment only ) dengan syarat menjadi friend di FB.


Promosi Lain di Dr Medispa & Wellness
promosi 25% untuk pelajar

Promosi Lain di Dr Medispa & Wellness

Promosi Lain di Dr Medispa & Wellness
promosi 20% untuk firstime customer


Untuk Maklumat Lanjut dan promosi terkini :


FB : https://www.facebook.com/drmedispa.wellness.7
FB PAGE : https://www.facebook.com/drmedispaandwellness/
IG : https://www.instagram.com/drmedispaandwellness/
Contact : 013 770 6708
Alamat :  No 6-1, Jalan Reko Sentral 6, Reko Sentral,
Kajang, Malaysia 43000








5 comments:

  1. teringin nak cuba medispa tapi tak berpeluang lagi nak pergi. harga dekat sini pun berbaloi sangat kan lebih murah.
    cantik sangat sis lepas makeup tapi sebelum makeup pun memang dah cantik hihi

    btw jum join segmen airah http://www.airahsyahirah.com/2018/03/segmen-cari-bloglist-sebulan-by-airah.html

    ReplyDelete
  2. ain datang terjah blog sini.-farahain zfa-

    ReplyDelete
  3. Thanks for the blog loaded with so many information. Stopping by your blog helped me to get what I was looking for. hydrafacial toronto

    ReplyDelete
  4. Wow what a Great Information about World Day its very nice informative post. thanks for the post. hop over to these guys

    ReplyDelete
  5. These kinds of facials include an underlying discussion with a prepared specialist who evaluates your skin first to decide the best course of treatment. The expert will have the option to recognize the individual needs of every patient before suggesting a remedy strategy that will help settle issues, for example, pH balance, dryness, sleekness, shedding, or revival.
    hydrafacial in Manhattan

    ReplyDelete

Facebook Comment

Related Posts :

Powered by Jasper Roberts - Blog

Archieve