Masalah pori-pori terbuka merupakan salah satu masalah kulit wajah di kalangan wanita dan lelaki. Liang roma kita kelihatan seperti berlubang seakan-akan permukaan kulit buah oren. Ia pastinya akan mewujudkan rasa tidak selesa.
Biasanya ia terjadi di hidung, dagu dan pipi anda tapi sebenarnya ianya boleh berlaku di mana-mana bahagian wajah anda.
Pori-peri terbuka menjadi liang pori sebagai pembukaan untuk bulu roma, saiz bulu roma kita bergantung pada saiz liang. Kadang-kadang campuran sel-sel kulit mati menyebabkan liang itu kelihatan lebih terbuka/besar atau tersumbat.
Untuk itu , amatlah penting untuk kita memakai skincare yang boleh merawat masalah ini. Untuk mendapatkan kulit yang licin, flawless, gebu dan cantik perlulah bermula dengan kulit yang tidak berjerawat dan tidak mempunyai masalah liang roma terbuka serta masalah white heads dan bleakheads.
Untuk itu di sini Cik iena ingin mencadangkan produk yang telah Cik iena cuba dimana ianya adalah bertujuan untuk penjagaan masalah liang roma terbuka besar iaitu produk dari CAOLION Cosmetics.
CAOLION Cosmetics
CAOLION Cosmetics telah memperkenalkan sistem penjagaan pori yang mudah untuk digunakan, JJ YOUNG menggunakan produk dan bahan unik CAOLION Cosmetics untuk sistem penjagaan pori yang sempurna
JJ YOUNG BY CAOLION COSMETIC'S
Antara produk dari JJ Young yang telah cik iena cuba adalah Steam & Cool Pore Mask, Pore Rosehip Mud Sheet Mask dan Pore Green Tea Mud Sheet Mask .
Unboxing
Steam And Cool Pore Mask
Steam And Cool Pore Mask merupakan mask pembersihan liang yang diaktifkan dengan stim yang membersihkan liang dengan mengeluarkan Blackheads dan Whiteheads. Kesan pendinginan oleh Cool Pore Mask pada wajah dapat mengetatkan liang pori-pori yang telah diperbesarkan semasa memakai Steam Pore Mask. Seterusnya ia dapat mengawal liang pori dan kawalan sebum pada wajah.
Hot + Pore Cleansing + Blackheads
-
Berfungsi untuk Menghilangkan sel-sel kulit mati, sebum, dan bintik hitam di dalam liang pori.
- Menghilangkan
kekotoran dalam liang dengan kandungan Kaolin, Charcoal Powder, dan
Juglans Regia Shell Powder yang terkandung didalamnya
- Meningkatkan penegangan kulit wajah dengan membuka dan membersihkan kekotoran dalam liang-liang pori.
Cooling + Pore Minimizing + Sebum Control
- Memperbaharui kulit dengan mengetatkan liang-liang pori
- KAndungan Bentonite, Charcoal, Volcanic Ash dan Kaolin berfungsi menegangkan kulit semasa menghilangkan kekotoran dan mengawal sebum.
- Kandungan Vitis Vinifera Seed Oil dan Menthol menenangkan kulit dan membuatkakn kulit berasa sejuk dan segar.
Kandungan
Steam Mask: Charcoal Powder, Juglans Regia Shell Powder ,Betaine dan Prunus Mume Fruit ExtractCool Mask: Volcanic Ash, Bentonite, Vitis Vinifera Seed Oil dan Menthol
Cara Penggunaan
Langkah 1. HOT Pore Cleansing - JJ Young Pore Steam Mask
Sapukan jumlah yang mencukupi (3g) pada wajah anda. Urut perlahan selama 1 hingga 2 minit , biarkan selama 5 hingga 10 minit. Kemudian Bilas bersih dengan air sejuk (untuk seluruh muka atau kawasan sasaran)
Langkah 2. COOL Pore Minimizing - JJ Young Pore Cool Mask
Sapukan jumlah yang mencukupi (3g) pada wajah anda. Biarkan selama 10 hingga 15 minit. Bilas bersih dengan air suam. (Untuk seluruh muka atau kawasan sasaran)JJ Young Pore Steaming And Cooling Mask First Impressions
First Impressions Cik iena bila menggunakan mask ini, pertama sekali yang Hot Pore Cleansing sangat panas. Terasa pijau muka macam kene cili api . Tapi selepas 10 minit kepanasan beransur kurang. Lepastu Cik iena cuci dan selepas pakai Cool Pore Minimizing kulit terasa sangat segar dan sejuk berangin rasa kulit wajah.
JJ Young Pore Steaming And Cooling Mask Review
Cik iena suka kombinasi kedua-dua mask ini kerna kulit cik iena dapat merasakan perbezaan apabila memakai kedua-dua mask ini terutama Hot Pore Cleansing. Walaupun wajah terasa sangat panas tetapi selepas memakainya kulit berasa sangat lembut dan lembab.
Kemudian selepas memakai Cooling Mask kulit terasa bersih segar serta tegang. Cik iena sangat suka mask ini kerana terasa mask ini bekerja untuk mencantikkan kulit wajah cik iena. Walaubagaimanapun adalah di nasihatkan supaya memakai mask ini pada waktu malam sahaja kerana Hot Pore Cleansing mask sangat panas seperti pijau terkena cili api.
Selepas memakai kedua-dua mask ini adalah lebih bagus jika kita memakai Pore Rosehip Mud Sheet Mask atau Pore Green Tea Mud Sheet Mask.
Rating
9/10Pore Rosehip Mud Sheet Mask
Ia dikatakan mampu meningkatkan keanjalan kulit dan kecergasan tanpa rasa iritasi pada wajah. . Mask ini merupakan Produk untuk kulit yang mudah digunakan dimana ianya meresap jauh ke dalam kulit dengan manfaat lumpur/mud.
Kandungan bentonit dan Kaolin yang terdapat dalam masker ini juga membantu mengawal sebum dan memberikan ketegangan pada wajah. Selain itu terdapat Ekstrak Rosehip yang mengandungi vitamin dimana ianya bertujuan untuk menguatkan kulit serta mengawal sebum pada wajah.
Kandungan Betaine pula mampu menghalang kehilangan penghidratan dan meninggalkan kelembapan kulit agar kelihatan lebih sihat, segar dan bermaya.
Kandungan
Rosa Cania Fruit, Kaolin, Bentonite dan BetaineCara Penggunaan
- Selepas bersihkan muka,gunakan toner pada wajah.
- Ambil bahagian atas topeng, tanggalkan clear film dan pakai pada kawasan dahi (Bahagian yang menghadap clear film yang ditanggalkan keluar mesti diletakkan pada kulit wajah)
- Sapukan topeng sebelah bawah pada kulit di sekitar kawasan bibir dengan cara yang sama (kedua-dua topeng harus bertindih)
- Biarkan selama 20 ~ 40 minit sehingga topeng benar-benar kering.
- Setelah kering, ambil topeng bahagian atas dan bahagian atas dan keluarkan secara perlahan.
- Bilas muka dengan air dan teruskan dengan pemakaian skincare anda yang lain.
Pore Rosehip Mud Sheet Mask Review
Secara keseluruhannya cik iena sangat suka mask ini . Rasa segar sangat selepas buka mask ni. Tapi mask ni tak boleh bawa tidur sebab kandungan lumpur akan mencomotkan bantal :)
Rating
10/10Pore Green Tea Mud Sheet Mask
Mask ini berfungsi untuk melembapkan dan menenangkan kulit dengan ekstrak daun teh hijau. Ianya berfungsi untuk mengawal sebum yang berlebihan dan membersihkan semua liang .
Kandungan
Camellia Sinensis Leaf Extract, Kaolin, Sea Silt dan BetaineCara Penggunaan
- Selepas bersihkan muka,gunakan toner pada wajah.
- Ambil bahagian atas topeng, tanggalkan clear film dan pakai pada kawasan dahi (Bahagian yang menghadap clear film yang ditanggalkan keluar mesti diletakkan pada kulit wajah)
- Sapukan topeng sebelah bawah pada kulit di sekitar kawasan bibir dengan cara yang sama (kedua-dua topeng harus bertindih)
- Biarkan selama 20 ~ 40 minit sehingga topeng benar-benar kering.
- Setelah kering, ambil topeng bahagian atas dan bahagian atas dan keluarkan secara perlahan.
- Bilas muka dengan air dan teruskan dengan pemakaian skincare anda yang lain.
Pore Green Tea Mud Sheet Mask Review
Sama seperti Pore Rosehip Mud Sheet Mask, cik iena sangat suka mask ini . Rasa segar sangat selepas buka mask ni. Tapi mask ni tak boleh bawa tidur sebab kandungan lumpur akan mencomotkan bantal :)
Rating
10/10VIDEO REVIEW
Kepada anda diluar sana yang ingin mencuba produk ini boleh dapatkan di Sephora tidak lama lagi kerana produk ini akan di pasarkan di Sephora secara global dalam masa terdekat. Atau anda juga boleh beli secara online di laman web mereka.
Untuk Maklumat LAnjut :
Website : http://www.caolion.com/
FAcebook: https://www.facebook.com/caolion
Instagram : https://www.instagram.com/caolion_korea/
Secara keseluruhan Cik iena sangat suka mask JJ Young ni .Kalau rajin amalkan memang kulit akan licin tiada masalah pori terbuka . Takde la nampak muka macam berlopak-lopak tu. KAdang-kadang tengok muka orang takde jerawat tapi nampak kasar. Itu sebab dia mengalami masalah pori terbuka.
MAsalah pori terbuka ni pun boleh membuatkan wajah kita tua dari usia. JAdi jangan lupa atasi masalah pori terbuka okay (^_~)
0 comments:
Post a Comment