Daripada permulaannya yang sederhana di Jalan Telawi, Nando's telah berkembang menjadi restoran kegemaran di kalangan penggemar ayam bakar tempatan. Nando's telah berjaya menawan hati rakyat Malaysia dengan rasa unik ayam bakar dan sos PERi-PERi.Jenama Nando's bukan sahaja memperkenalkan kepada rakyat Malaysia ayam yang begitu enak, malahan terdapat pelbagai hidangan lazat lain yang membuat mereka kembali berulang kali ke Nando's.
Sebaik sahaja restoran Nando's ditubuhkan di Malaysia, PERi-PERi Nando’s yang tersendiri telah merebak seumpama api apabila ramai pelanggan telah merasai kepedasan yang begitu enak.
Untuk pengetahuan semua Cili yang di gunakan untuk membuat sos PERi-PERi adalah dari cili yang ditanam sendiri dengan bantuan lebih daripada 1,400 petani bebas di Afrika Selatan. Sos PERi-PERi dihasilkan dengan beberapa ramuan asas seperti bawang, minyak zaitun, herba, lemon segar dan bawang putih .
"Kami memang teruja untuk mencapai detik penting ini di Malaysia. Apabila kami mula-mula memperkenalkan diri, saya percaya kami telah menarik perhatian para penggemar ayam di luar sana. Kami adalah unik serta menawarkan perisa baru kepada orang ramai dan ini menjadi satu pengalaman yang menarik untuk semua orang. 20 tahun telah berlalu dan kami masih menyemarakkan selera peminat kami yang menakjubkan di samping menarik minat beberapa pelanggan baru juga. Cili kecil ajaib kami yang dipanggil PERi-PERi adalah puncanya kerana ia adalah intipati serta sumber kepedasan kami dan ia benar-benar unik kepada Nando’s," kata Stephen Chew, Ketua Pegawai Eksekutif Nando's Malaysia.
Nandos's Mengutamakan rasa diikuti dengan kepedasan, sos PERi-PERi Nando’s tidak bersifat 'pedas secara langsung' seperti sos cili lain. Ayam-ayam itu diperap dalam sos selama 24 jam dan kemudian dilumur dengan pilihan tahap kepedasan bermula daripada Lemon & Herb hingga ke Super Hot yang berapi-api.
Jenama ini yang hampir mencapai status kultus di Malaysia turut menawarkan sos PERi-PERi yang boleh dibeli di pasaran oleh peminat untuk kegunaan di kediaman mereka. Jadi penggemar Sos PERi-PERi Nando’s boleh menikmati sos PERi-PERi Nando’s setiap hari di rumah. Cik iena sendiri adakalanya menggantikan sambal belacan dengan sos PERi-PERi Nando’s.
"Ini adalah satu detik penuh kehormatan yang membanggakan kerana kami berjaya beroperasi di sini selama dua dekad. Malaysia memang sesuai untuk Nando’s kerana keunikan Malaysia daripada segi kepelbagaian, hospitaliti dan nilai-nilai kekeluargaan mencerminkan nilai-nilai yang disanjungi oleh Nando’s. Di Nando's, kami percaya bahawa pelanggan serta pengalaman adalah perkara yang penting; dan ia sangat memuaskan untuk melihat begitu ramai penggemar menikmati pengalaman Nando’s dengan sepenuh hati," tambah Chew.
Fakta-fakta Menarik mengenai PERi-PERi
• Cili PERi-PERi adalah unik kepada Nando's
• 42,000 cili diperlukan untuk mengisi satu beg 14kg dan 25,000 beg dipenuhi setiap tahun – jumlahnya adalah lebih daripada satu bilion cili!
• Setiap kilang cili menghasilkan kira-kira 300 cili yang dipilih dengan tangan dan dipetik satu demi satu
• Mereka juga diasingkan dengan tangan dan dikeringkan secara semula jadi di bawah sinaran matahari Afrika
• Cili PERi-PERi mengandungi ‘capsaicin’ yang memberikan kesan 'terasa baik' – anak mata anda akan membesar dan kadar metabolisme anda akan meningkat apabila anda merasakan peningkatan endorfin
• PERi-PERi juga kaya dengan Vitamin A, B dan C
Majlis Ulang Tahun ke20 Nando's Malaysia di The Waterfront, Nando’s Desa Park City, Kuala Lumpur.
Alhamdulillah Cik iena berkesempatan menghadiri Majlis ulang tahun Nando's yang ke-20 . Majlis berlansung cukup meriah dengan kehadiran media, blogger, artis, social media incluencer serta beberapa tetamu lain.
Pelbagai aktiviti menarik disediakan. Disini juga CIk iena sendiri berpeluang untuk membuat sendiri sos PERi-PERi Nando’s dengan bantuan pekerja Nando's. Dah lama rasanya Cik iena tak menggunakan lesung batu sebab biasanya guna blender sahaja di rumah. Agak kekok namun berjaya juga CIk iena hasil kan sos PERi-PERi Nando’s .
Berikut merupakan antara gambar yang sempat cik iena ambil semasa majlis hari jadi tersebut.
Untuk maklumat lanjut :
Website : www.nandos.com.my
0 comments:
Post a Comment