Grab The Promo
Grab The Promo

NELL AESTHETICA CONCEPTION AGE LOCK CONCENTRATED SERUM


Serum merupakan satu produk penjagaan kecantikan yang mempunyai banyak manfaat untuk kulit wajah. Serum boleh melembapkan, menegangkan, dan untuk memperlambatkan proses penuaan  kulit. Khasiat serum juga dapat meresap lebih cepat dan lebih baik daripada krim muka biasa.

NELL AESTHETICA CONCEPTION AGE LOCK CONCENTRATED SERUM
Nell Aesthetica Conception Age Lock Concentrated Serum


Tahukah anda terdapat banyak perkara yang boleh menyumbang kepada penuaan semulajadi kulit wajah. Selain daripada faktor usia, pencemaran udaran dan kepanasan sinaran matahari juga boleh merosak sel-sel kulit wajah.

Semakin meningkat usia semakin tinggi kehilangan tahap kelembapan kulit, bermakna kulit kita akan kering. Jadi amatlah penting untuk memakai produk kecantikan yang dapat merawat masalah kulit kering bagi anda yang sudah meningkat usia khususnya .

NELL AESTHETICA CONCEPTION AGE LOCK CONCENTRATED SERUM
Nell Aesthetica Conception Age Lock Concentrated Serum


Pasti yang ada menyangka mencuci wajah dapat melembabkan kulit, tahukah anda bahawa mencuci wajah juga boleh membuatkan kelembapan semulajadi kulit anda hilang. Apatah lagi apabila anda menggunakan pembersih muka yang kurang sesuai dengan kulit wajah.

Maka dengan itu untuk mencegah dan mengatasinya sebaiknya anda selalu menggunakan serum wajah. Secara umumnya sel-sel kulit mampu melakukan regenerasinya sendiri. Namun, seiring dengan pertambahan usia, proses ini menjadi lambat. Untuk mempercepatkan proses regenerasi agar kulit tetap lembab berseri, anda perlu memakai serum wajah secara rutin.


Nell Aesthetica Conception Age Lock Concentrated Serum
CIk iena di pejabat dan Nell Aesthetica Conception Age Lock Concentrated Serum tak boleh berpisah. The Best Serum. Berbaloi untuk di beli dan di bawa ke hulu ke hilir hehe


Tetapi tidak ramai wanita yang menggunakan serum, memandangkan harga serum ini rata-ratanya lebih mahal jika dibandingkan dengan produk rawatan kulit lain.

Tapi tahukah anda, walaupun ianya agak mahal tetapi manfaatnya lebih bagus daripada moisturizer atau pelembab.

Serum mempunyai daya kerja lebih kuat kerana testur bahannya lebih cepat meresap dan membantu meningkatkan pertumbuhan kolagen pada kulit wajah. Selain itu, kandungan moisturizer berguna untuk melembabkan bahagian luar kulit. Manakala tugas serum bukan di permukaan, sebaliknya lapisan kulit yang lebih dalam.

Jika anda merupakan seorang wanita yang gemar bersolek seperti Cik iena, serum sangat penting untuk membuat kulit wajah kelihatan flawless ketika menggunakan solekan.

Pemakaian serum wajah secara rutin juga akan membuatkan wajah menjadi lebih lembab, menghaluskan tekstur kulit dan menyamarkan noda-noda hitam pada wajah. Bahkan tanda-tanda penuaan pada wajah pun secara perlahan-lahan akan pudar.

Nell Aesthetica Conception Age Lock Concentrated Serum
Nell Aesthetica Conception Age Lock Concentrated Serum


Untuk anda yang masih mencari-cari serum yang sesuai Cik iena ingin berkongsi tentang serum terbaru yang cik iena cuba iaitu Nell Aesthetica Conception Age Lock Concentrated Serum.

Untuk pengetahuan, Baru-baru ini Cik iena telah menghadiri Majlis perasmian NELL AESTHETICA CONCEPTION AGE LOCK CONCENTRATED SERUM DAN PERLANTIKAN DUTA PRODUK IAITU ROZITA CHE WAN. Pada majlis tersebut tetamu di berikan cenderahati berupa Nell Aesthetica Conception Age Lock Concentrated Serum

Maka dengan itu Cik iena mencuba sendiri Serum yang di berikan dan cik iena sangat suka serum ini kerana ia memberikan kelembapan pada wajah cik iena. Sebelum Cik iena review tentang serum ini, Cik iena ceritakan serba sedikit info mengenai serum ini terlebih dahulu.


Nell Aesthetica Conception Age Lock Concentrated Serum
Berangan nak jadi cantik macam che ta guna Nell Aesthetica Conception Age Lock Concentrated Serum :D

NELL AESTHETICA CONCEPTION AGE LOCK CONCENTRATED SERUM


Nell Aesthetica Conception menggunakan konsep yang mengimplikasikan formula berasingan Anti-Kedut dan Anti-Penuaan yang bertindak serentak bersama-sama dengan bahan-bahan lain yang dirumus dan diformulasi untuk menghasilkan impak yang lebih sempurna.


Nell Aesthetica Conception Age Lock Concentrated Serum
Nell Aesthetica Conception Age Lock Concentrated Serum

Formula Age Lock Serum Nell ini mengandungi 6 bahan-bahan aktif yang sangat berkesan, dengan formula ini telah terbukti ianya dapat mengembalikan kecantikan anda untuk kelihatan lebih muda secara dramatik. Garis kedut akan hilang dan kulit wajah anda akan kelhatan lebih tegang seterusnya dapat membuat anda kelihatan muda dari usia.

KEKAL MUDA KEKAL MENGANCAM


Penggunaan yang berterusan serta konsisten akan membuatkan Kulit wajah anda akan kelihatan lebih anjal dan muda 10 hingga 15 tahun dari usia anda yang sebenar.

Selain daripada itu ianya juga membantu mencerahkan warna kulit anda serta mengembalikan keremajaan kulit yang anda idamkan serta kulit wajah yang berseri dan bercahaya sepanjang masa

Nell Aesthetica Conception Age Lock Concentrated Serum
Nell Aesthetica Conception Age Lock Concentrated Serum


The All In One Rawatan Kulit Muka Lebih Anjal


  • Anti penuaan
  • Menegang
  • Menganjal
  • Menyerikan
  • Mencerah


CARA PENGUNAAN.


Setelah anda mencuci atau membersihkan wajah dengan pembersih, gunakan serum yang secukupnya. Kemudian tepuk-tepuk dengan perlahan menggunakan jari jemari anda.

Untuk kulit yang sensitif, selepas membersihkan wajah tunggu antara 10-15 minit sebelum memakai serum untuk wajah.

Gunakan serum terlebih dahulu kemudian baru pakai pelembab. Jika anda memakai toner, pakai toner/penyegar sebelum memakai serum.



Kemudian teruskakn memakai krim penjagaan wajah harian anda dan juga anda boleh bersolek selepas mengenakan serum.


REVIEW NELL AESTHETICA CONCEPTION AGE LOCK CONCENTRATED SERUM


Nell Aesthetica Conception Age Lock Concentrated Serum
Nell Aesthetica Conception Age Lock Concentrated Serum


Secara keseluruhannya Cik iena sangat suka Nell Aesthetica Conceltion Age Lock Concentrated Serum kerana ianya sangat serasi dengan kulit Cik iena yang berjenis kering. IAnya mudah meresap pada kulit dan memberikan kelembapan yang menyegarkan .

Kebiasaannya Serum yang Cik iena pakai cepat terasa kering di wajah apabila diaplikasikan pada wajah. Berbeza dengan serum ini teksturnya meresap pada kulit dengan cepat tetapi ianya meninggalkan kesan kulit lembab  selepas di pakai dan ia membuatkan anda lebih mudah untuk memakai foundation untuk bersolek.

Nell Aesthetica Conception Age Lock Concentrated Serum
Tekstur Nell Aesthetica Conception Age Lock Concentrated Serum


Walaubagaimanapun kesan mungkin adalah berbeza bagi setiap orang. Ini adalah kesan yang Cik iena rasakan untuk Kulit Cik iena yang kering . Pemakain serum ini membantu mempercepatkan lagi proses penyerapan krim siang mahupun malam cik iena.

Sebelum ni Cik iena perlu memakai krim malam atau siang dengan teliti agar ianya sekata kerana kondisi kulit cik iena yang kering.  Selepas memakai serum ini, mudah bagi cik iena untuk memakai krim siang atau malam :)
 

Nell Aesthetica Conception Age Lock Concentrated Serum
Cik iena memang bawa selalu ke pejabat serum ni


Dari segi haruman , Cik iena kurang gemar harumannya. Setiap orang pasti berbeza citarasanya. Untuk Cik iena cik iena suka haruman bunga untuk set penjagaan wajah tapi cik iena tak dapat nak agak haruman ni haruman apa. Walaubagaimanapun disebabkan hasilnya Cik iena suka. CIk iena dah biasa dengan harumannya sekarang dan serum ini menjadi serum kesukaan cik iena sehinggakan hari-hari Cik iena bawa ke pejabat dan cik iena gunakan setelah selesai solat :)

Untuk pengetahuan review diatas adalah untuk 10 hari penggunaan serum ini setakat artikel ini di terbitkan. Secara keseluruhannya cik iena suka serum yang sangat melembab dan menganjalkan kulit cik iena ini. Dengan pemakaian serum ini solekan lebih mudah dan lebih glowing dari biasa serta kesan-kesan garis halus dibawah mata cik iena berkurangan setelah 10 hari penggunaan.

Mungkin jika cik iena gunakan secara konsisten lebih dari dua tiga bulan cik iena akan cantik macam Che Ta (^_~). Hehe berangan sangat


RATING

10/10




Untuk maklumat lanjut berkenaan NELL AESTHETICA CONCEPTION AGE LOCK CONCENTRATED SERUM oleh Rozita Che Wan ini sila ‘LIKE’ dan ‘FOLLOW’ nellaestheticamy di Facebook dan Instagram.


Facebook : https://web.facebook.com/nellaestheticamy
Instagram :  https://www.instagram.com/nellaestheticamy/












0 comments:

Post a Comment

Powered by Jasper Roberts - Blog

Archieve