Grab The Promo
Grab The Promo

Izreen Azminda Dilantik Sebagai Duta Produk Magika

Baru-baru ini pelakon yang hangat dengan  kontroversi rumahtangga terbarunya Izreen Azminda yang dikatakan telah ditamatkan kontrak sebagai Duta dari produk kecantikan Meeracle secara rasminya telah dilantik sebagai Duta Produk Magika iaitu Magika Argan Cleansing Flakes oleh
Pengasas produk Magika Argan Cleansing Flakes, Puan Azura Baharudin.

Izreen Azminda Dilantik Sebagai Duta Produk Magika
Majlis Sidang Media Pelantikan Izreen Azminda Sebagai Duta Produk Magika

Puan Azura Baharudin selaku Pengasas  Syarikat pengeluar produk kecantikan dan kesihatan, Magika tidak gentar berhadapan dengan risiko diboikot oleh pengguna ekoran dari pelantikan Izreen Azminda sebagai duta produk keluaran Syarikatnya. Beliau mengakui sedar akan kewujudan risiko itu dan akan menyerahkan segalanya kepada Allah dalam menentukan rezeki setiap hamba-Nya.

Izreen Azminda Dilantik Sebagai Duta Produk Magika
Majlis Sidang Media Pelantikan Izreen Azminda Sebagai Duta Produk Magika

Menurut Beliau lagi
“Saya sentiasa yakin dan percaya bahawa Allah itu Maha Kuasa. Dia takkan menurunkan ujian yang tidak mampu dihadapi oleh seseorang manusia.

“Siapa tahu, kerjasama antara Magika dan Izreen akan membuka satu lembaran baharu yang menguntungkan kedua-dua belah pihak,”
katanya menjawab soalan media.



Sementara itu menurut Pelakon Izreen Azminda,  beliau mengakui terkejut apabila masih menerima tawaran sebagai duta produk walaupun dirinya dilanda kontroversi hingga dikecam teruk sejak November lalu. Menurut Izreen, beliau menganggap tawaran yang diterima itu sebagai rezeki dan tidak mahu mengambil kira kritikan orang lain.

Izreen Azminda Dilantik Sebagai Duta Produk Magika
Majlis Sidang Media Pelantikan Izreen Azminda Sebagai Duta Produk Magika


Tambah beliau lagi  beliau tidak mahu apa yang terjadi sebelum ini mematahkan semangat beliau untuk bekerja kerana beliau juga perlu meneruskan hidup seperti orang lain untuk membayar bil setiap bulan, katanya ketika ditemui pada majlis sidang media pelantikan duta produk Magika, di Ara Event Hall, Taman Melawati, baru-baru ini.





Majlis Sidang Media Pelantikan Duta Produk Magika

Izreen Azminda Dilantik Sebagai Duta Produk Magika
Majlis Sidang Media Pelantikan Izreen Azminda Sebagai Duta Produk Magika


Puan Azura  tidak gentar berhadapan dengan risiko dengan mengambil Izreen Azmindasebagai Duta.


Kenapa Izreen Azminda tergerak hati untuk bekerjasama dengan Magica ?



Izreen Azminda Dilantik Sebagai Duta Produk Magika
Majlis Sidang Media Pelantikan Izreen Azminda Sebagai Duta Produk Magika



Ini merupakan pertama kali Cik iena dapat mendekati  Izreen Azmida semasa Majlis Sidang Media Pelantikan Beliau Sebagai Duta Produk Magika. Sebelum ini Cik iena pernah bertemu di Event tapi tidak berkesempatan untuk mengenali beliau. Ternyata Izreen Azmida seorang yang sangat peramah dan telatahnya semangnya menghiburkan. Beliau juga sangat disenangi rakan wartawan kerana beliau merupakan artis yang tidak sombong dan mudah didekati berbeza dengan segelintir artis yang agak sombong.

Izreen Azminda Dilantik Sebagai Duta Produk Magika
Majlis Sidang Media Pelantikan Izreen Azminda Sebagai Duta Produk Magika


Walaupun ada diantara anda diluar sana masih marah akan  Izreen Azmida diatas kontroversi rumahtangga beliau. Masalah ini biarlah jadi pengajaran buat kita semua. Kita tak layak untuk menghukum orang. Apa-apa yang terjadi hidup perlu diteruskan. Hari ini hari dia, esok lusa mungkin kita .

Berbalik mengenai produk , berikut cik iena terangkan sedikit mengenai produk Magika Argan Cleansing Flakes.



Magika Argan Cleansing Flakes

Magika Argan Cleansing Flakes
Magika Argan Cleansing Flakes

MAGIKA ARGAN CLEANSING FLAKES adalah Pencuci muka atau  makeup remover yang dihasilkan dalam bentuk unik, iaitu menjadi kepingan kertas dan 100% daripada bahan semulajadi. Antara kelebihan MACF ini ialah merawat kulit wajah yang bermasalah seperti jerawat, bintik-bintik hitam, kulit kusam, berminyak atau berjeragat.


Magika Argan Cleansing Flakes
Magika Argan Cleansing Flakes

Fungsi Dan Kelebihan Magika Argan Cleansing Flakes:

  • Mengandungi 100 kepingan kertas nipis, untuk penggunaan sehingga 2 bulan.
  • Mudah dibawa ke mana sahaja
  • Membersih dengan pantas, lembut tapi mendalam
  • Memberi nutrien pada kulit
  • Memelihara kelembapan semulajadi, mencerah juga menganjalkan kulit
  • Menghalus dan mengecilkan liang pori
  • Melindungi kulit dari sinar UV
  • Mengecutkan jerawat & memudarkan parut
  • Kulit lebih glowing & flawless semulajadi
  • Sesuai untuk semua jantina (orang Asia)
  • Boleh diguna seawal usia 12 tahun
  • PH yang rendah
  • Mesra Wudhuk (Mudah dicuci)

Magika Argan Cleansing Flakes
Magika Argan Cleansing Flakes

Bahan utama :

  1. Minyak argan
  2. Madu
  3. Lemon
  4. Lidah buaya
  5. Minyak mawar
  6. Witch hazel
  7. Bunga arnica

 Kebaikan bunga Arnica :

  • Menjaga kelembutan kulit
  • Membersihkan pori2 dari kotoran
  • Merawat jerawat

Kebaikan lemon :

  • Memutihkan wajah
  • Menghapuskan jerawat
  • Menghapuskan bintik hitam
  • Memulihkan jerawat& ekzema
  • Menghilangkan tompok gelap

Kebaikan Minyak Mawar :

  • Mencerahkan kulit wajah
  • Baik untuk kulit kering
  • Mengurangkan jerawat
  • Menyegarkan kulit 
  • Mencegah penuaan
Magika Argan Cleansing Flakes
Magika Argan Cleansing Flakes


Cara Penggunaan Magika Argan Cleansing Flakes:


Titiskan 4-5 titis air ke atas kepingan Magika Argan Cleansing Flakes dan gosok dengan tangan yang bersih sehingga berbuih. Kemudian usap ke muka dalam gerakan mengurut dan bersihkan muka seperti biasa.



 Untuk Maklumat Lanjut :


Facebook : Magika HQ
Instagram : @magikahq






0 comments:

Post a Comment

Powered by Jasper Roberts - Blog

Archieve