Ramadan Terbaik Syawal #YeosMalaysia 2018
Video ‘Yeo’s Ramadan Terbaik Syawal’ yang menceritakan kenangan mencuit hati Syawal di Bulan Ramadan. Dalam menanti waktu berbuka syawal tertidur . Kemudian Syawal terjaga . Kemudian dengan senyap-senyap dia telah masuk kebilik dan telah meminum air, Ibu nya terdengar dan memarahi Syawal dan menyatakan rasa kecewanya. Lantas ayah Syawal datang kepadanya dan membawa Syawal ke suatu tempat dimana tempat itu adalah rumah nenek syawal sendiri.
Ayahnya menceritakan tentang perangai ayahnya yang dulu yang sama seperti Syawal tidak suka berpuasa. Menurut ayahnya nenek memang garang sehingga ayahnya lari tak cukup tanah bila tau ayahnya tidak berpuasa. tapi kasih sayang nenek tak pernah sikit pun luak kepada ayah nya walaupun mereka tinggal berdua.
Nenek sentiasa beri yang terbaik untuk ayah.
Dan tiba-tiba kedengaran suara ibunya.
"Syawal Bangun Nak buka Dah ni"
Lantas syawal terjaga dari tidurnya . Laaa rupanya syawal bermimpi . Bukan syawal angun tidur dan minum :) . Selepas terjaga dengan pantas syawal terus memeluk ibunya dan berkata
"Mama Syawal Sayang Mama, terima kasih kerana bagi yang terbaik untuk Syawal"
Mula-mula cik iena ingat dia minum betul dalam video tu . Mimpi rupanya . Anda jangan lupa tonton video di bawah ya.
Bila lihat Video Ramadan Terindah Syawal, Cik iena teringat kisah Cik iena masa kecil dahulu, masa sekolah rendah . Cik iena juga macam Ayah Syawal tau. Curi-curi minum air dekat sinki. Tapi Cik iena tak buat selalu lah . Bila balik lewat dari sekolah ada program disekolah. Balik tu rasa dahaga sangat. Rasa nak pengsan . Nikmatnya dapat minum air kat sinki senyap-senyap haha. Terus segar dan ceria .
Ehh comel ke tidak cik eina masa sekolah :D . Gambar berhingus sekolah rendah takde pulak :( |
Selain dari minum air curi-curi kenangan paling seronok bila pergi teraweh dengan kawan-kawan. Seronok sebab dapat berkumpul sama-sama. Dapat moreh . Hahah masa budak-budak, moreh lah yang paling dinanti-nantikan :)
Cik iena yakin anda semua juga pasti ada kenangan nakal-nakal macam ni masa kecil kan. Curi-curi minum air atau curi-curi makan. Tapi kalau takde, memang bagus lah anda-anda semua. Cik iena akui Cik iena memang pernah curi-curi minum air. Ini kalau puan ibunda baca artikel ni agak-agak kene piat telinga tak? haha
Bercakap mengenai puasa ni lagi-lagi buat anda yang sibuk bekerja, tentu anda juga adakalanya pening kepala nak makan apa untuk juadah berbuka.
Bila memikirkan balik kerja perlu menghadap jalan sesak , mesti anda kesuntukan masa untuk menyediakan juadah yang berbaloi untuk dimakan buat berbuka. Walau dalam kesibukan apa pun, anda perlu pastikan makanan yang anda ambil nanti Sedap dan tentu sekali Sihat ! Sebagai Contoh seperti Minuman Yeo’s.
Minuman Yeo's sememangnya menjadi kegemaran ramai rakyat Malaysia . Tidak kurang juga CIk iena. Cik iena juga merupakan penggemar kepada minuman Yeo's. Yeo's bukan sahaja sedap, ianya juga sihat untuk diamalkan dalam kehidupan seharian.
Sebagai contoh, Yeo’s Soya sesuai dijamah pada waktu berbuka dengan dua biji kurma. Jadi bolehlah anda menunaikan solat Maghrib dahulu sebelum makan makanan yang lebih berat. Selain itu minum Yeo’s The Krisantimum yang rasanya lebih ringan , mampu menghilangkan rengsa atau panas badan. Almaklumlah seharian bekerja dan berpuasa, mungkin bila sampai rumah untuk berbuka tak sempat nak mandi dahulu, jadi minum Yeo’s Teh Krisantimum dengan kuih-muih sedikit.
Tapi antara kedua minuman Yeo's yang cik iena nyatakan, yang menjuarai carta hati Cik iena tentulah Yeo’s campur. Cik iena suka gabungan Yeo’s Cincau dan Yeo’s Soya. Kedua gabungan ini selain mengenyangkan ianya juga menyejukkan dan melegakan kepenatan badan. Cik iena yakin anda juga pasti telah mencubanya, jika masih belum mencuba Yeo's campur, Apalagi campurlah berbuka kali ini!
Untuk Maklumat lanjut sila layari www.yeos.com.my atau hubungi talian 1300-80-2828
0 comments:
Post a Comment