Pada 12 Ogos 2018 yang lepas Cik iena berkesempatan menghadiri Hari Terbuka & Uji Rasa Ambassador Putrajaya oleh Hanana Group Sdn Bhd di Ambassador Putraya. Majlis ini diadakan dari jam 11 pagi sehingga 5 petang .
Cik iena di Hari Terbuka Dan Uji Rasa Di Ambassador Putrajaya |
Hari Terbuka Dan Uji Rasa Di Ambassador Putrajaya Pada 12 Ogos 2018
Untuk pengetahuan anda, Hari Terbuka dan Uji Rasa ini diadakan bagi memberi peluang kepada pasangan yang bakal berkahwin mengetahui tentang pakej-pakej perkahwinan yang disediakan oleh Hanana Group.
Susun atur meja dan dekorasi di Hari Terbuka Dan Uji Rasa Di Ambassador Putrajaya persis majlis kawen sebenar |
Meja panjang di kiri dan kanan adalah khas untuk tetamu yang ingin mengetahui lebih lanjut mengenai pakej disini |
Istimewanya hari terbuka ini adalah Ambassador Putrajaya dihias kelihatan seperti ada majlis perkahwinan dimana ia lengkap dengan hiasan pelamin, katering, meja makan utama, Tea corner , DJ dan sistem PA. Terasa seolah-olah Cik iena sedang menghadiri majlis perkahwinan.
Cik iena sempat bergambar bersama kak lin selaku founder Ambassador Putrajayadi pelamin yang terdapat pada majlis Hari Terbuka Dan Uji Rasa Di Ambassador Putrajaya |
Dekorasi pelamin di Hari Terbuka Dan Uji Rasa Di Ambassador Putrajaya |
Dekorasi meja makan beradab di Hari Terbuka Dan Uji Rasa Di Ambassador Putrajaya |
Pada Hari Terbuka dan Uji Rasa baru-baru ini, para tetamu dihidangkan dengan pelbagai hidangan seperti Nasi Minyak, Nasi Putih, Ayam Masak Merah, Ayam Goreng Berempah, Daging Masak Hitam, Daging Gulai Kawah dan Kentang, Sambal Sotong, Dalca dan beberapa menu hidangan yang lain. Selain itu juga terdapat ruangan Tea Corner, Kambing, kuih-muih, satay, rojak buah,apam balik serta ruangan biskut sample untuk goodies bag.
Hari Terbuka Dan Uji Rasa Di Ambassador Putrajaya |
Hari Terbuka Dan Uji Rasa Di Ambassador Putrajaya |
Antara masakan yang berjaya membuat Cik iena jatuh hati adalah ketiga-tiga masakan daging diatas. Cik iena pada asalnya tidak memakan daging lembu. Cik iena hanya makan jika Cik iena menghadiri Food Review . JArang utnuk Cik iena memilih menu daging sebagai menu yang cik iena suka di sesuatu sesi food review.
Tiga menu daging yang berjaya mencuri hati Cik iena |
Walaubagaimanapun Ambassador putrajaya berjaua membuatkan Cik iena suka menu daging yag mereka tawarkan. Dan inilah pertama kali Cik iena rasa kesemua menu daging untuk food review . Biasanya Cik iena sangat memilih .Nampak sedap baru cuba . Tak sia-sia Cik iena cuba kerana rasanya memang sedap.
antara menu pada Hari Terbuka Dan Uji Rasa Di Ambassador Putrajaya |
Menu ayam, sotong dan ikan serta sayuran lain tidak kurang hebatnya namun Cik iena lebih menggemari tiga menu daging tersebut iaitu Daging Masak Kurma dan kentang, Daging Masak Hitam serta Daging gulai kawah dan kentang.
Hari Terbuka Dan Uji Rasa Di Ambassador Putrajaya |
Hari Terbuka Dan Uji Rasa Di Ambassador Putrajaya |
Hari Terbuka Dan Uji Rasa Di Ambassador Putrajaya |
Pada hari Terbuka Dan Uji Rasa baru-baru ini ramai tetamu yang hadir bersama pasangan dan keluarga. Rata-rata yang hadir ingin melihat pakej terbaru yang ditawarkan di Ambassador Putrajaya dan di dewan perkahwinan Lugar De La Boda Garden Wedding yang bertemakan garden wedding Puchong serta Dewan Tan Sri Yusof Hasyimm Mardi. Tambahan lagi ramai yang tertarik dengan diskaun RM5000 yang ditawarkan.
Hari Terbuka Dan Uji Rasa Di Ambassador Putrajaya |
Hari Terbuka Dan Uji Rasa Di Ambassador Putrajaya |
Selain dari servis yang cik iena nyatakan diatas menariknya lagi majlis Terbuka Dan Uji Rasa ini terdapat Photobooth buat tetamu. Pastinya Cik iena tidak melepaskan peluang untuk bergambar di photobooth. Memang sangat terasa seperti menghadiri majlis perkahwinan tau. Majlis yang cukup meriah cuma tiada pengantin sahaja :)
Hari Terbuka Dan Uji Rasa Di Ambassador Putrajaya |
Kepada anda diluar sana yang ingin mengetahui tentang pakej perkahwinan lengkap di Hanana Group, sila layari laman web rasmi Hanana Group dan ikuti mereka di Facebook dan Instagram sekarang.
Alamat Ambassador Putrajaya
Hanana Group Sdn Bhd92, Jalan Perak, Persiaran Diplomatik
Persint 15, 62050 Putrajaya
Untuk menghubungi atau berurusan dengan pihak Ambassador Putrajaya, sila hubungi :
Farah - 016 - 6700 457
Hanis - 016 - 6700 752
Rezza - 016 - 6700 473
Liana - 016-4318 434
Web Rasmi : http://www.hananagroup.com/
Facebook : https://www.facebook.com/ambassadorputrajaya
Instagram : https://www.instagram.com/ambassadorputrajaya/
0 comments:
Post a Comment