Rawatan Kulit Kepala di Ha'labo Hair & Scalp Management |
Jadi amatlah penting untuk anda menjaga kesihatan kulit kepala terlebih dahulu dan barulah anda akan dapat rambut yang cantik dan sihat. Ramai yang menganggap masalah keguguran rambut adalah kerana masalah kelemumur yang dialami . Jadi mereka lebih memilih untuk menggunakan syampo anti kelemumur untuk mengatasi masalah kelemumur.
Namun tahukan anda punca utama kepada masalah kelelumur itu adalah berasal dari kulit kepala yang tidak sihat . Kulit kepala yang mengandungi terlalu banyak minyak akan menyebabkan rambut menjadi lemah seterusnya ianya akan menyebabkan bau tidak menyenangkan dan beransur-ansur menyebabkan kelemumur.
Atasi Kulit Kepala Berminyak Dengan Rawatan Kulit Kepala di Ha'labo Hair & Scalp Management
Cik iena yakin pasti ada diantara anda yang telah mencuba pelbagai jenis syampo namun masalah ini masih berlaku terutama buat wanita muslimah yang bertudung seperti Cik iena . Tidak dinafikan Cik iena mencuba pelbagai jenis syampoo untuk mengatasi masalah ini.
Ada diantaranya elok dan juga tidak . Kebanyakannya elok tetapi jika berhenti pemakaian masalah sama akan berulang. Disini Cik iena nak kongsikan tentang Rawatan Kulit Kepala di Ha'labo Hair & Scalp Management.
Beberapa minggu lepas Cik iena telah membuat Rawatan Kulit Kepala di Ha'labo Hair & Scalp Management yang bertempat di Bukit Tinggi Klang. Ini merupakan pertama kali Cik iena membuat rawatan kulit kepala .
Jika sebelum ini Cik iena ada ke Saloon untuk membuat treatment rambut berkelemumur . Ternyata rawatan di Saloon dan di Ha'labo Hair & Scalp Management sangat berbeza. Terdapat perbezaan prosuder rawatan dimana di Ha'labo Hair & Scalp Management mereka akan scan dan analisa terlebih dahulu masalah kulit kepala anda.
Jadi rawatan yang bakal anda lakukan adalah rawatan yang diperlukan hasil dari analisa masalah kulit kepala anda. Anda akan di maklumkan tentang kondisi kulit kepala anda samaada ianya sihat atau tidak.
Di sini Cik iena kongsikan pengalaman Cik iena semasa rawatan Tersebut. Sebelum itu Cik iena ceritakan serba sedikit mengenai Ha'labo Hair & Scalp Management.
Rawatan Kulit Kepala di Ha'labo Hair & Scalp Management |
Ha'labo Hair & Scalp Management.
Ha'labo Hair & Scalp Management telah wujud selama 44 tahun untuk worlwide dan 17 tahun pengalaman profesional di Malaysia. Sebelum ini Ha'labo Hair & Scalp Management dikenali dengan nama Pusat Rawatan Rambut 101 Hair Care.
Ha'labo Bekerjasama dengan SIRIM menggabungkan bersama 3 peringkat teknologi iaitu
- Traditional HERBS
- BIOtechnology
- Scalp ECOSYSTEM
Award
- Best Hair Care Centre (Malaysia Spa & Wellness Awards)
- Excellent Customer Service Retailer Award (MRCA)
- Golden Bull Award
- Superbrands Malaysia's Choice Award
- Golden Medal of Malaysia International Famous Brand
- The 8th Malaysia 100 Outstanding SMEs
- MRCA 8TV Entrepreneur Awards
- Sin Chew Business Excellent Awards
Kenapa Perlu Rawat Rambut di Ha'labo ?
Ha'labo menggunakan Herbatech Revival System dengan 4 Langkah seperti berikut untuk merawat kulit kepala dan rambut.
- Restore
- Rebuild
- Renew
- Reborn
STEP 1 Restore
Membersihkan & menghilangkan kotoran dari kulit kepala.menghapuskan sebum yang berlebihan
mengawal kulit kepala dan rambut
STEP 2 Rebuild
Menggunakan teknologi "MULTI-LAYER CELL AWAKENING TECHNOLOGY" yang pertama untuk menyuntik nutrisi dan oksigen ke kulit kepalamengekalkan kulit kepala yang tahan lama apabila ia dipenuhi dengan nutrien
STEP 3 Renew
Secara mendalam menembusi tisu subkutaneus untuk mengaktifkan folikel rambut & meningkatkan kekuatan akar rambutmembolehkan pertukaran nutrien dan kulit kepala tanpa terganggu
STEP 4 Reborn
Teknologi peremajaan akan mencetuskan pemanjangan sel-sel barumenggalakkan peredaran darah ke kulit kepala
mengelakkan keradangan
Pusat Rawatan Rambut Muslimah Friendly
Untuk pengetahuan di Ha'labo Hair & Scalp Management mereka menawarkan perkhidmatan buat wanita muslimah yang bertudung. Dimana terdapat kawasan tertutup semasa scan kulit kepala serta semasa menjalani rawatan. Pekerja yang akan membuat rawatan juga adalah pekerja wanita . Jadi ianya sangat sesuai untuk muslimah di luar sana.
Kebanyakan antara kaum wanita tidak ke saloon atau pusat rawatan rambut adalah kerana faktor ini . Dengan adanya perkhidmatan muslimah friendly ini kini ianya tidak boleh dijadikan sebab kenapa tidak membuat rawatan rambut di saloon atau pusat rawatan rambut.
Bahan berasaskan HERBA
Kini Anda boleh datang ke Ha'labo Hair & Scalp Management untuk mendapatkan rawatan kulit kepala dan rambut tanpa rasa ragu-ragu . Manakala dari segi bahan yang di gunakan pula adalah bahan berasaskan Herba.
Pengalaman Rawatan Kulit Kepala di Ha'labo Hair & Scalp Management
Ini merupakan pengalaman pertama Cik iena manjalani rawatan rambut di pusat rawatan rambut. Sebelum ini Cik iena hanya lakukan rawatan rambut di Saloon.
Berbeza dengan saloon . Di Hala'bo , mereka akan scan kulit kepala terlebih dahulu bagi mengenalpasti masalah kulit kepala kita.
Langkah yang perlu anda lakukan adalah pertama sekali tetapkan janji temu anda. Kemudian hadir dan daftar pada kaunter pendaftaran .
Selepas selesai anda mengisi borang dan mendaftar , anda akan diminta untuk tunggu sekejap sementara mereka mengisi maklumat peribadi anda untuk di daftarkan ke dalam sistem dan seterusnya anda akan di bawa untuk scan kulit kepala terlebih dahulu sebelum melakukan rawatan.
Semasa scan kulit kepala disini anda akan di beri penerangan tentang keadaan kulit kapala anda dan mereka akan menasihatkan cara penjagaan rambut termasuk dari segi pemakanan dan gaya hidup. Semasa aktiviti scan ini, mereka akansimpan gambar sebelum melakukan rawatan untuk anda bandingkan dengan selepas rawatan.
Selesai scan, anda akan di bawa ke ruangan khas untuk muslimah yang mana ianya tertutup . Boleh dikatakan ianya private room. hanya anda seorang dan juruterapi rambut yanga akan berada di situ. Selesai mengaplikasikan ramuan-ramuan untuk merawat rambut . Rambut akan di steam dan kemudian di cuci.
Seperti yang cik iena maklumkan rawatan ini menggunakan herba. Ianya tidak mengandungi bahan terlarang yang tidak boleh digunakan oleh orang islam. Selesai cuci rambut , serum berasaskan herba juga akan diaplikasikan.
Cik iena sangat suka serum ini dimana kulit kepala rasa fresh sejurus selepas juruterapi rambut mengaplikasikannya di kulit kepala. Akan tetapi pada anda yang kurang menggemari haruman herba mungik anda tidak akan suka haruman ini.
Walaubagaimanapun hasilnya sangat memuaskan CIk iena. Walaupun pada asalnya Cik iena tak gemar akan haruman herba . Bila selesai rawatan Cik iena jadi suka kerana hasilnya . Dan sehingga kini Cik iena menggunakan Syampoo dan serum rambut dari Hala'bo Hair .
Selesai rawatan, sekali lagi kulit kepala akan di scan . Disini cik iena nampak perubahan kulit kepala cik iena . Walaupun tidak berubah 100% kearah yang lebih elok tetapi perubahan ini cukup mengembirakan dengan keadaan rambut yang tidak berasa gatal .
Sebelum ini rambut cik iena sememangnya banyak kelemuur dan sering gatal. Selesai rawatan rasa gatal memang hilang akan tetapi masih ada sedikit kelemumur. Ianya pasti makan masa untuk hilang sepenuhnya .
Selepas 3 hari Cik iena menggunakan syampoo dan Serum dari Hala'bo kelemumur CIk iena sudah hilang Cuma rasa gatal sedikit akan ada jika Cik iena terlupa Syampoo rambut :) Almaklumlah Cik iena sibuk kadang-kadang tak sempat nak syampoo rambut .
Jadi kepada anda di luar sana yang mengalami masalah kelemumur atau kulit kepala gatal atau yang seantara dengannya boleh lah berkunjung ke Ha'labo Hair & Scalp Management. Di penghujung artikel Cik iena kongsikan alamat autlet untuk rujukan anda.
Untuk pengetahuan anda terdapat harga istimewa untuk First Trial iaitu RM18 sekali rawatan . Jadi Jangan lepaskan peluang ini tau. Harga asal adalah RM 178 untuk sekali rawatan.
Testimoni Ha'labo Hair & Scalp Management
Berikut merupakan testimoni berjaya di Halabo Hair & Scalp Management . Seperti yang anda sedia maklum rambut merupakan salah satu bahagian aurat. Jadi Cik iena tudak menggunakan gambar rambut cik iena sebagai testimoni .
Walaubagaimanapun kesan yang cik iena rasakan selepas sekali rawatan memang positif.
Testimoni Ha'labo Hair & Scalp Management |
Testimoni Ha'labo Hair & Scalp Management |
Testimoni Ha'labo Hair & Scalp Management |
Ha'labo Hair & Scalp Management Outlet
KUALA LUMPUR
Mid Valley City (MV)
No. 13-G, Ground FloorThe Boulevard, Midvalley City,
59200 Kuala Lumpur.
Tel: 03 2282 8101
SELANGOR
Bukit Tinggi, Klang (KLG)
No. 49, Lorong Batu Nilam 21b,Bandar Bukit Tinggi 2,
41200 Klang, Selangor.
Tel : 03 3326 3601
Subang Parade (SJ)
G26H (i), Ground Floor,Subang Parade,
No. 5, Jalan SS 16/1,
47500 Subang Jaya,Selangor Darul Ehsan.
Tel : 03 5633 1101
PENANG
Queensbay Mall, Penang (QB)
No. 2F-133A & 135, Queensbay Mall,100, Persiaran Bayan Indah, Penang.
Tel : 04-643 9101
Waktu Operasi
Selasa Hingga Jumaat : 11.00 Am Hingga 8.00 PmSabtu Hingga Ahad : 10.00 Am Hingga 5.00 Pm
Isnin dan Cuti Umum : Tutup
Untuk Maklumat Lanjut Layari Laman Sosial Mereka di:
Facebook : https://www.facebook.com/Halabohair/
Instagram : https://www.instagram.com/halabohair/
Website : http://www.halabohair.com/
Untuk tempahan dan pertanyaan : 016-716 7298
TOPPIK Hair Building Fibers
Ramai orang sedang mengalami keguguran rambut di seluruh dunia. Untuk mengatasinya, terdapat pelbagai rawatan dan penyelesaian disediakan. Antara banyak pilihan yang ada, ramai yang memilih hair loss concealer sebagai penyelesaian sementara kerana pilihan ini lebih baik berbanding dengan alternatif lain seperti rawatan rambut yang mengambil masa lama, rambut palsu ataupun prosedur pemindahan rambut. Dengan ini, jenama terbaik di pasaran untuk serat rambut mestilah TOPPIK!
TOPPIK Hair Building Fibers adalah hair loss concealer yang memberikan pelbagai faedah. Seratnya berkesan melindungi kawasan penipisan rambut tanpa menyekat pertumbuhan folikel rambut. Lebih-lebih lagi, mereka mudah digunakan dan akan menghasilkan keputusan mujarab dalam hanya 30 saat! Cuma tuangkan TOPPIK Hair Building Fibers ke atas kawasan penipisan di kulit kepala, dan serat akan segera melekat pada helai rambut untuk memberikan rambut lebat. Ini disebabkan oleh teknologi Nano yang maju, di mana serat dikenakan tenaga elektrostatik untuk memberikan tarikan magnetik penuh kepada rambut. Ini bermakna bahawa serat mampu memberi anda rambut lebat sempurna dengan segera! Bukan itu sahaja, ikatan antara serat dan rambut anda begitu kuat sehingga ia kekal sepanjang hari, dan serat boleh mudah ditanggalkan dengan mencuci rambut sahaja! Lihatlah transformasi ajaib TOPPIK di http://toppikmalaysia.com/before-after.
Satu lagi kelebihan untuk TOPPIK Hair Building Fibers adalah bahawa ia hanya diperbuat daripada bahan semula jadi dan organik tanpa bahan tambahan atau bahan kimia berbahaya. Serat-serat ini pada dasarnya terdiri daripada protein keratin organik. Protein keratin ini seiras protein rambut manusia. Tambahan pula, TOPPIK Hair Building Fibers adalah hypoallergenic dan sesuai untuk semua umur dan jantina tanpa menyebabkan sebarang kesan sampingan yang tidak menyenangkan seperti gatal-gatal atau kekeringan. Malahan, serat-serat tersebut sangat mudah digunakan kerana mereka menahan peluh, angin, dan air hujan. Oleh itu, mereka tidak akan menimbulkan sebarang kerumitan untuk aktiviti luar dan lasak seperti joging, gim, berbasikal, ataupun permainan bola.
TOPPIK Hair Building Fibers mempunyai harga yang amat berpatutan untuk kualitinya dan keberkesanannya untuk menutupkan rambut nipis. Lawatilah kedai TOPPIK di https://toppikmalaysia.com/shop/ untuk mengetahui lebih lanjut.
Official website: toppikmalaysia.com
Facebook/Instagram/YouTube: toppikmalaysia
0 comments:
Post a Comment