Grab The Promo
Grab The Promo

Rawat Rambut Guggur Dan Kelemumur di Ha'labo Hair & Scalp Management

Tunjang kepada kesihatan dan cantiknya rambut adalah pada kesihatan kulit kepala. Tanpa kulit kepala yang sihat anda tidak akan mendapatkan rambut yang cantik dan sihat . Sepertimana yang kita tau, rambut merupakan mahkota kepada wanita . Tidak kurang juga bagi lelaki yang menjaga penampilan.

Rawatan Kulit Kepala di Ha'labo Hair & Scalp Management
Rawatan Kulit Kepala di Ha'labo Hair & Scalp Management



Jadi amatlah penting untuk anda menjaga kesihatan kulit kepala terlebih dahulu dan barulah anda akan dapat rambut yang cantik dan sihat. Ramai yang menganggap masalah keguguran rambut adalah kerana masalah kelemumur yang dialami . Jadi mereka lebih memilih untuk menggunakan syampo anti kelemumur untuk mengatasi masalah kelemumur.

Namun tahukan anda punca utama kepada masalah kelelumur itu adalah berasal dari kulit kepala yang tidak sihat . Kulit kepala yang mengandungi terlalu banyak minyak akan menyebabkan rambut menjadi lemah seterusnya ianya akan menyebabkan bau tidak menyenangkan dan beransur-ansur menyebabkan kelemumur.



Atasi Kulit Kepala Berminyak Dengan Rawatan Kulit Kepala di Ha'labo Hair & Scalp Management


Rawatan Kulit Kepala di Ha'labo Hair & Scalp Management
Cik iena yakin pasti ada diantara anda yang telah mencuba pelbagai jenis syampo namun masalah ini masih berlaku terutama buat wanita muslimah yang bertudung seperti Cik iena . Tidak dinafikan Cik iena mencuba pelbagai jenis syampoo untuk mengatasi masalah ini.

Ada diantaranya elok dan juga tidak . Kebanyakannya elok tetapi jika berhenti pemakaian masalah sama akan berulang. Disini Cik iena nak kongsikan tentang Rawatan Kulit Kepala di Ha'labo Hair & Scalp Management.

Beberapa minggu lepas Cik iena telah membuat  Rawatan Kulit Kepala di Ha'labo Hair & Scalp Management yang bertempat di Bukit Tinggi Klang. Ini merupakan pertama kali Cik iena membuat rawatan kulit kepala .

Jika sebelum ini Cik iena ada ke Saloon untuk membuat treatment rambut berkelemumur . Ternyata rawatan di Saloon dan di  Ha'labo Hair & Scalp Management sangat berbeza. Terdapat perbezaan prosuder rawatan dimana di Ha'labo Hair & Scalp Management mereka akan scan dan analisa terlebih dahulu masalah kulit kepala anda.

Jadi rawatan yang bakal anda lakukan adalah rawatan yang diperlukan hasil dari analisa masalah kulit kepala anda. Anda akan di maklumkan tentang kondisi kulit kepala anda samaada ianya sihat atau tidak.

Di sini Cik iena kongsikan pengalaman Cik iena semasa rawatan Tersebut. Sebelum itu Cik iena ceritakan serba sedikit mengenai Ha'labo Hair & Scalp Management.


Rawatan Kulit Kepala di Ha'labo Hair & Scalp Management
Rawatan Kulit Kepala di Ha'labo Hair & Scalp Management



Ha'labo Hair & Scalp Management.

Ha'labo Hair & Scalp Management telah wujud selama 44 tahun untuk worlwide dan 17 tahun pengalaman profesional di Malaysia. Sebelum ini Ha'labo Hair & Scalp Management dikenali dengan nama Pusat Rawatan Rambut 101 Hair Care.


Rawatan Kulit Kepala di Ha'labo Hair & Scalp Management



Ha'labo Bekerjasama dengan SIRIM menggabungkan bersama 3 peringkat teknologi iaitu


  1. Traditional HERBS
  2. BIOtechnology
  3. Scalp ECOSYSTEM

Award


  1. Best Hair Care Centre (Malaysia Spa & Wellness Awards)
  2. Excellent Customer Service Retailer Award (MRCA)  
  3. Golden Bull Award
  4. Superbrands Malaysia's Choice Award
  5. Golden Medal of Malaysia International Famous Brand
  6. The 8th Malaysia 100 Outstanding SMEs
  7. MRCA 8TV Entrepreneur Awards
  8. Sin Chew Business Excellent Awards

Kenapa Perlu Rawat Rambut di  Ha'labo ?


Ha'labo menggunakan Herbatech Revival System dengan 4 Langkah seperti berikut untuk merawat kulit kepala dan rambut.
  1. Restore
  2. Rebuild
  3. Renew
  4. Reborn


STEP 1 Restore

Membersihkan & menghilangkan kotoran dari kulit kepala.
menghapuskan sebum yang berlebihan
mengawal kulit kepala dan rambut

STEP 2 Rebuild

Menggunakan teknologi "MULTI-LAYER CELL AWAKENING TECHNOLOGY" yang pertama untuk menyuntik nutrisi dan oksigen ke kulit kepala
mengekalkan kulit kepala yang tahan lama apabila ia dipenuhi dengan nutrien

STEP 3 Renew

Secara mendalam menembusi tisu subkutaneus untuk mengaktifkan folikel rambut & meningkatkan kekuatan akar rambut
membolehkan pertukaran nutrien dan kulit kepala tanpa terganggu

STEP 4 Reborn

Teknologi peremajaan akan mencetuskan pemanjangan sel-sel baru
menggalakkan peredaran darah ke kulit kepala
mengelakkan keradangan


Pusat Rawatan Rambut Muslimah Friendly


Untuk pengetahuan di Ha'labo Hair & Scalp Management mereka menawarkan perkhidmatan buat wanita muslimah yang bertudung. Dimana terdapat kawasan tertutup semasa scan kulit kepala serta semasa menjalani rawatan. Pekerja yang akan membuat rawatan juga adalah pekerja wanita . Jadi ianya sangat sesuai untuk muslimah di luar sana.

Rawatan Kulit Kepala di Ha'labo Hair & Scalp Management


Kebanyakan antara kaum wanita tidak ke saloon atau pusat rawatan rambut adalah kerana faktor ini . Dengan adanya perkhidmatan muslimah friendly ini kini ianya tidak boleh dijadikan sebab kenapa tidak membuat rawatan rambut di saloon atau pusat rawatan rambut.

Bahan berasaskan HERBA


Kini Anda boleh datang ke Ha'labo Hair & Scalp Management untuk mendapatkan rawatan kulit kepala dan rambut tanpa rasa ragu-ragu . Manakala dari segi bahan yang di gunakan pula adalah bahan berasaskan Herba.

Pengalaman Rawatan Kulit Kepala di Ha'labo Hair & Scalp Management


Ini merupakan pengalaman pertama Cik iena manjalani rawatan rambut di pusat rawatan rambut. Sebelum ini Cik iena hanya lakukan rawatan rambut di Saloon.
Berbeza dengan saloon . Di Hala'bo , mereka akan scan kulit kepala terlebih dahulu bagi mengenalpasti masalah kulit kepala kita.



Rawatan Kulit Kepala di Ha'labo Hair & Scalp Management





Langkah yang perlu anda lakukan adalah pertama sekali tetapkan janji temu anda. Kemudian hadir dan daftar pada kaunter pendaftaran .

Selepas selesai anda mengisi borang dan mendaftar , anda akan diminta untuk tunggu sekejap sementara mereka mengisi maklumat peribadi anda untuk di daftarkan ke dalam sistem dan seterusnya anda akan di bawa untuk scan kulit kepala terlebih dahulu sebelum melakukan rawatan.



Rawatan Kulit Kepala di Ha'labo Hair & Scalp Management


Semasa scan kulit kepala disini anda akan di beri penerangan tentang keadaan kulit kapala anda dan mereka akan menasihatkan cara penjagaan rambut termasuk dari segi pemakanan dan gaya hidup.  Semasa aktiviti scan ini, mereka akansimpan gambar sebelum melakukan rawatan untuk anda bandingkan dengan selepas rawatan.



Rawat Rambut Guggur Dan Kelemumur di Ha'labo Hair & Scalp Management

Selesai scan, anda akan di bawa ke ruangan khas untuk muslimah yang mana ianya tertutup . Boleh dikatakan ianya private room. hanya anda seorang dan juruterapi rambut yanga akan berada di situ. Selesai mengaplikasikan ramuan-ramuan untuk merawat rambut . Rambut akan di steam dan kemudian di cuci.


Rawatan Kulit Kepala di Ha'labo Hair & Scalp Management


Seperti yang cik iena maklumkan rawatan ini menggunakan herba. Ianya tidak mengandungi bahan terlarang yang tidak boleh digunakan oleh orang islam. Selesai cuci rambut , serum berasaskan herba juga akan diaplikasikan.

Cik iena sangat suka serum ini dimana kulit kepala rasa fresh sejurus selepas juruterapi rambut  mengaplikasikannya di kulit kepala. Akan tetapi pada anda yang kurang menggemari haruman herba mungik anda tidak akan suka haruman ini.

Walaubagaimanapun hasilnya sangat memuaskan CIk iena. Walaupun pada asalnya Cik iena tak gemar akan haruman herba . Bila selesai rawatan Cik iena jadi suka kerana hasilnya . Dan sehingga kini Cik iena menggunakan Syampoo dan serum rambut dari Hala'bo Hair .


Rawatan Kulit Kepala di Ha'labo Hair & Scalp Management



Selesai rawatan, sekali lagi kulit kepala akan di scan . Disini cik iena nampak perubahan kulit kepala cik iena . Walaupun tidak berubah 100% kearah yang lebih elok tetapi perubahan ini cukup mengembirakan dengan keadaan rambut yang tidak berasa gatal .

Sebelum ini rambut cik iena sememangnya banyak kelemuur dan sering gatal. Selesai rawatan rasa gatal memang hilang akan tetapi masih ada sedikit kelemumur. Ianya pasti makan masa untuk hilang sepenuhnya .

Selepas 3 hari Cik iena menggunakan syampoo dan Serum dari Hala'bo kelemumur CIk iena sudah hilang Cuma rasa gatal sedikit akan ada jika Cik iena terlupa Syampoo rambut :) Almaklumlah Cik iena sibuk kadang-kadang tak sempat nak syampoo rambut .



Jadi kepada anda di luar sana yang mengalami masalah kelemumur atau kulit kepala gatal atau yang seantara dengannya boleh lah berkunjung ke  Ha'labo Hair & Scalp Management. Di penghujung artikel Cik iena kongsikan alamat autlet untuk rujukan anda.


Untuk pengetahuan anda terdapat harga istimewa untuk First Trial iaitu RM18 sekali rawatan . Jadi Jangan lepaskan peluang ini tau. Harga asal adalah RM 178 untuk sekali rawatan.





Testimoni  Ha'labo Hair & Scalp Management


Berikut merupakan testimoni berjaya di Halabo Hair & Scalp Management . Seperti yang anda sedia maklum rambut merupakan salah satu bahagian aurat. Jadi Cik iena tudak menggunakan gambar rambut cik iena sebagai testimoni .

Walaubagaimanapun kesan yang cik iena rasakan selepas sekali rawatan memang positif.





Testimoni  Ha'labo Hair & Scalp Management
Testimoni  Ha'labo Hair & Scalp Management
Testimoni Ha'labo Hair & Scalp Management
Testimoni  Ha'labo Hair & Scalp Management


Testimoni Ha'labo Hair & Scalp Management
Testimoni  Ha'labo Hair & Scalp Management





Ha'labo Hair & Scalp Management  Outlet


KUALA LUMPUR


Mid Valley City (MV)

No. 13-G, Ground Floor
The Boulevard, Midvalley City,
59200 Kuala Lumpur.
Tel: 03 2282 8101

SELANGOR

Bukit Tinggi, Klang (KLG)

No. 49, Lorong Batu Nilam 21b,
Bandar Bukit Tinggi 2,
41200 Klang, Selangor.
Tel : 03 3326 3601


Subang Parade (SJ)

G26H (i), Ground Floor,
Subang Parade,
No. 5, Jalan SS 16/1,
47500 Subang Jaya,Selangor Darul Ehsan.
Tel : 03 5633 1101

PENANG

Queensbay Mall, Penang (QB)

No. 2F-133A & 135, Queensbay Mall,
100, Persiaran Bayan Indah, Penang.
Tel : 04-643 9101


Waktu Operasi

Selasa Hingga  Jumaat  :  11.00 Am Hingga 8.00 Pm
Sabtu Hingga  Ahad :  10.00 Am Hingga 5.00 Pm
Isnin dan Cuti Umum  : Tutup

Untuk Maklumat Lanjut Layari Laman Sosial Mereka di:

Facebook : https://www.facebook.com/Halabohair/
Instagram : https://www.instagram.com/halabohair/

Website : http://www.halabohair.com/


Untuk tempahan dan pertanyaan : 016-716 7298






TOPPIK Hair Building Fibers


rambut lebat 10 saat



Ramai orang sedang mengalami keguguran rambut di seluruh dunia. Untuk mengatasinya, terdapat pelbagai rawatan dan penyelesaian disediakan. Antara banyak pilihan yang ada, ramai yang memilih hair loss concealer sebagai penyelesaian sementara kerana pilihan ini lebih baik berbanding dengan alternatif lain seperti rawatan rambut yang mengambil masa lama, rambut palsu ataupun prosedur pemindahan rambut. Dengan ini, jenama terbaik di pasaran untuk serat rambut mestilah TOPPIK!


TOPPIK Hair Building Fibers


TOPPIK Hair Building Fibers adalah hair loss concealer yang memberikan pelbagai faedah. Seratnya berkesan melindungi kawasan penipisan rambut tanpa menyekat pertumbuhan folikel rambut. Lebih-lebih lagi, mereka mudah digunakan dan akan menghasilkan keputusan mujarab dalam hanya 30 saat! Cuma tuangkan TOPPIK Hair Building Fibers ke atas kawasan penipisan di kulit kepala, dan serat akan segera melekat pada helai rambut untuk memberikan rambut lebat. Ini disebabkan oleh teknologi Nano yang maju, di mana serat dikenakan tenaga elektrostatik untuk memberikan tarikan magnetik penuh kepada rambut. Ini bermakna bahawa serat mampu memberi anda rambut lebat sempurna dengan segera! Bukan itu sahaja, ikatan antara serat dan rambut anda begitu kuat sehingga ia kekal sepanjang hari, dan serat boleh mudah ditanggalkan dengan mencuci rambut sahaja! Lihatlah transformasi ajaib TOPPIK di http://toppikmalaysia.com/before-after.


TOPPIK Hair Building Fibers


Satu lagi kelebihan untuk TOPPIK Hair Building Fibers adalah bahawa ia hanya diperbuat daripada bahan semula jadi dan organik tanpa bahan tambahan atau bahan kimia berbahaya. Serat-serat ini pada dasarnya terdiri daripada protein keratin organik. Protein keratin ini seiras protein rambut manusia. Tambahan pula, TOPPIK Hair Building Fibers adalah hypoallergenic dan sesuai untuk semua umur dan jantina tanpa menyebabkan sebarang kesan sampingan yang tidak menyenangkan seperti gatal-gatal atau kekeringan. Malahan, serat-serat tersebut sangat mudah digunakan kerana mereka menahan peluh, angin, dan air hujan. Oleh itu, mereka tidak akan menimbulkan sebarang kerumitan untuk aktiviti luar dan lasak seperti joging, gim, berbasikal, ataupun permainan bola.

TOPPIK Hair Building Fibers mempunyai harga yang amat berpatutan untuk kualitinya dan keberkesanannya untuk menutupkan rambut nipis. Lawatilah kedai TOPPIK di  https://toppikmalaysia.com/shop/ untuk mengetahui lebih lanjut.

Official website: toppikmalaysia.com
Facebook/Instagram/YouTube: toppikmalaysia





0 comments:

Post a Comment

Powered by Jasper Roberts - Blog

Archieve