Seperti yang kita sedia maklum, pada masa ini telah berlangsung
Ekspo
Dan Pameran Antarabangsa Pertanian, Hortikultur Dan Agro Pelancongan
Malaysia (Malaysia Agriculture, Horticulture and Agrotourism) MAHA 2018 yang bertempat di di
Tapak Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS) .Ia nya telah berlansung bermula 22 November hingga 2 Disember 2018
|
LAMAN PADI DAN KAMPUNG PISANG LOKASI MENARIK MAHA 2018 |
Ekspo selama 11 hari ini masih mengekalkan tema seperti tahun sebelumya iaitu
'Makanan Kita, Masa Depan Kita'.
Jika sebelum ini cik iena pernah menulis mengenai pengalaman cik iena di
MAHA 2016 di hari kedua terakhir
Ekspo tersebut yang mana ianya mencatatkan 3.7 Juta Pengunjung dengan Mencapai Jualan Dan Perjanjian Jualan Melebihi RM380 juta. Tahun ini MAHA 2018 mensasarkan sebanyak 3.8 Juta pengunjung.
Untuk pengetahuan semua MAHA ini diadakan setiap 2 tahun sekali. Tahun ini merupakan tahun ke dua Cik iena berkunjung ke MAHA. Berbeza dengan tahun sebelumnya, tahun ini Cik iena cuma menfokuskan kepada Kluster Agro Pelancongan MADA yang menyediakan pelbagai tarikan aktiviti
seperti "Health & Beauty", "Hobby & Recreation", "Lepak
Santai", "Agro Art & DIY" dan "Agro Cult.
Almaklumlah dalam masa satu hari memang sukar untuk mengunjungi kesemua tempat di MAHA tambahan lagi Cik iena mengalami masalah kekangan masa kerana sibuk bekerja . Baiklah jom cik iena ceritakan serba sedikit pengalaman Cik iena di MAHA 2018 .
Antara Kluster Agro Pelancongan MADA yang cik iena kunjungi adalah
- Kampung Pulau Pisang
- Laman Padi Maha 2018
- Agro Trade - Booth-Booth Usahawan Mada
Setibanya di
MAHA 2018, terlebih dahulu Cik iena mengunjungi
Agro Perlancongan MAHA 2018 iaitu Kampung Pulau Pisang.
Agro Perlancongan MAHA 2018 - Kampung Pulau Pisang
|
Kampung Pulau Pisang MAHA 2018 |
Di
MAHA 2018 anda berpeluang merasai pengalaman
Agro Perlancongan terbaik di
Kampung Pulau Pisang yang diadakan di
DEWAN A. Untuk pengetahuan Kampung Pulau Pisang di MAHA 2018 di inspirasikan dari Homestay Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (
MADA) Kampung Pulau Pisang Pekan Tunjang, Jitra , Kedah.
|
Kampung Pulau Pisang MAHA 2018 |
Istimewa buat warga kota, anda boleh mengambil peluang ini untuk merasa sendiri pengalaman di Kampung Pisang ini untuk rasai suasana perkampungan utara Malaysia yang indah dan mendamaikan.
|
Kampung Pulau Pisang MAHA 2018 |
Cik iena sendiri berpeluang merasai pengalaman yang cukup menarik ini. Terasa seperti di sebuah perkampungan yang mana terdapat sawah padi ,binatang ternakan , warong-warong makanan serta rumah kayu tersergam indah dan terdapat juga produk health and beauty dan aktiviti-aktiviti menarik yang lain.
|
Kampung Pulau Pisang MAHA 2018 |
Antara yang menarik di Kampung Pulau Pisang adalah
- Wakaf Mahsuri
- Gelanggang Pantai Merdeka
- Warong Ulu Sedaka
- Charuk Pelanduk
- Pelantang Gunung Keriang
Wakaf Mahsuri (Health And Beauty)
|
Wakaf Mahsuri Kampung Pulau Pisang MAHA 2018 |
Di wakaf mahsuri anda boleh alami kelembutan urutan wajah dan bahu sebagai terapi minda di sudut ruangan Wakaf Mahsuri. Di sini juga anda boleh dapatkan khazanah alam yang merungkai keistimewaan kecantikan daripada beras, madu, herba dan Jewel Of Borneo.
|
Wakaf Mahsuri Kampung Pulau Pisang MAHA 2018 |
|
Wakaf Mahsuri Kampung Pulau Pisang MAHA 2018 |
Gelanggang Pantai Merdeka (Hobby And Recreation)
|
Gelanggang Pantai Merdeka Kampung Pisang MAHA 2018 |
Terokai dan imbau permainan zaman silam seperti congkak, dam aji gergasi dan getah atas para di Gelanggang Pantai Merdeka serta rasai keseronokan bersama haiwan peliharaan di Farm in The City.
|
Gelanggang Pantai Merdeka Kampung Pisang MAHA 2018 |
Warong Ulu Sedaka (Lepak Santai)
Di Warung Ulu Sedaka anda boleh nikmati menu tradisi yang lazat. Anda boleh makan hidangan yang lazat sambil menikmati suasana kampung yang cukup indah disini . Ntara menu yang di hidangkan adalah menu masakan utara seperti ubi kayu rebus,peknga, pulut pekasam dan nira nipah.
|
Warong ulu Sedaka Kampung Pisang MAHA 2018 |
|
Warong ulu Sedaka Kampung Pisang MAHA 2018 |
|
Warong ulu Sedaka Kampung Pisang MAHA 2018 |
|
Warong ulu Sedaka Kampung Pisang MAHA 2018 |
Charuk Pelanduk (Agro Art And DIY)
Apa yang menarik lagi disini adalah anda boleh berkongsi keriangan bersama keluarga dengan menyertai aktiviti
DO IT YOUR SELF yang disediakan. Disini anda berpeluang menyaksikan demonstrasi penghasilan kertas daripada serat nenas dan jerami padi yang dihasilkan oleh usahawan di Agro Art & DIY. Dan banyak lagi demonstrasi lain untuk anda lihat. Segmen mewarna seramik dan batik pastinya mengujakan. Melalui aktiviti ini, para pengunjung berpeluang mencuba sendiri cara pembuatan kraftangan
|
Charuk Pelanduk Kampung Pisang MAHA 2018 |
Pelantang Gunung Keriang (Agro Culture)
Disini anda boleh menghayati seni persembahan tradisional warisan asli kebudayaan masyarakat Malaysia. Antara persembahan yang boleh disaksikan adalah gendang silat, persembahan kebudayaan orang asli, zapin, persembahan tradisional suku kaum sarawak, persembahan kumpulan muzik tradisional, persembahan band Bamboo Art Sound dan persembahan tarian kebudayaan ASWARA.
|
Pelantang Gunung Keriang Kampung Pisang MAHA 2018 |
|
Pelantang Gunung Keriang Kampung Pisang MAHA 2018 |
Berikut merupakan Booth-booth usahawan Lembaga Kemajuan Pertanian Muda - MADA yang Cik iena kunjungi..
|
Agro Trade - Booth-Booth Usahawan MADA |
|
Agro Trade - Booth-Booth Usahawan MADA |
|
Agro Trade - Booth-Booth Usahawan MADA |
|
Agro Trade - Booth-Booth Usahawan MADA |
|
Agro Trade - Booth-Booth Usahawan MADA |
|
Agro Trade - Booth-Booth Usahawan MADA |
|
Agro Trade - Booth-Booth Usahawan MADA |
|
Agro Trade - Booth-Booth Usahawan MADA |
|
Agro Trade - Booth-Booth Usahawan MADA |
|
Agro Trade - Booth-Booth Usahawan MADA |
|
Agro Trade - Booth-Booth Usahawan MADA |
|
Agro Trade - Booth-Booth Usahawan MADA |
TOBIAR GOLD BES MANGGA
|
TOBIAR GOLD BES MANGGA - MAHA 2018 |
|
TOBIAR GOLD BES MANGGA - MAHA 2018 |
|
TOBIAR GOLD BES MANGGA - MAHA 2018 |
|
TOBIAR GOLD BES MANGGA - MAHA 2018 |
|
TOBIAR GOLD BES MANGGA - MAHA 2018 |
|
TOBIAR GOLD BES MANGGA - MAHA 2018 |
Kadar Parking MAHA 2018
Untuk pengetahuan semua kadar parking yang dikenakan adalah RM5 untuk sekali masuk. Anda perlu menggunakan kad touch and go untuk pembayaran parking. Tidak kira anda parking dekat atau jauh anda tetap perlu membayar RM5 ketika anda keluar daripada MAHA 2018.
Dinasihatkan untuk datang seawal yang mungkin . Anda perlu tiba seawal jam 9 pagi disana bagi mengelakkan kesesakan ketika memasuki MAEPS Serdang.
Mengenai Lembaga Kemajuan Pertanian Muda - MADA
MADA
atau
Lembaga Kemajuan Pertanian Muda telah ditubuhkan pada 30 Jun 1970
di bawah satu Dekri Darurat dengan nama asalnya ialah Pehak Berkuasa
Kemajuan Pertanian Muda. Ianya kemudian telah ditukarkan kepada Lembaga
Kemajuan Pertanian Muda (MADA) yang diluluskan oleh Parlimen di bawah
Akta 70, Akta Lembaga Kemajuan Pertanian Muda, 1972.
Tugas-Tugas MADA
Memaju,
menggalak, membantu dan mengusahakan pembangunan ekonomi dan sosial
dalam Kawasan Muda. Selain itu MADA juga berfungsi untuk Merancang dan
mengusahakan dalam Kawasan Muda apa-apa kemajuan pertanian mengikut
sebagaimana yang diperuntukkan kepadanya oleh pihak berkuasa negeri bagi
negeri Kedah dan negeri Perlis.
Matlamat MADA
MADA juga
telah menetapkan 2 matlamat utama iaitu memajukan kesejahteraan hidup
sebilangan besar penduduk desa dan melebihkan hasil untuk keperluan
Negara.
Fungsi-Fungsi MADA
Bagi memastikan matlamat yang
ditetapkan dapat dicapai dengan jayanya,
MADA telah menetapkan
fungsi-fungsi utama yang harus dilaksanakan dengan efisien dan efektif
iaitu:
- Menyediakan perkhidmatan pertanian dan infrastuktur pengairan bagi memenuhi keperluan beras Negara.
- Menguruskan sumber air secara cekap dan berkesan.
- Meningkatkan pendapatan peladang melalui aktiviti bukan padi.
- Memajukan industri asas tani dan mewujudkan usahawan yang bertaraf komersil.
- Membentuk dan membangunkan institusi peladang.
- Mengusahakan pembangunan ekonomi dan sosial masyarakat peladang.
Website MADA :
http://www.mada.gov.my
Selaras dengan matlamat dan tugas serta fungi MADA. MADA bersama agensi lain telah menyertai MAHA bagi mengetengahkan dan memajukan lagi Industri Pertanian Malaysia . Maka dengan itu marilah kita bersama-sama menyokong dengan mengunjungi Kluster Agro Pelancongan MADA di MAHA 2018 pada tahun ini.
Bersama-sama kita menyumbang kepada industri Pertanian Malaysia dan meningkatkan taraf hidup usahawan pertanian Malaysia dengan membantu mereka membeli produk-produk keluaran mereka di MAHA dan juga di pasaran luar.
JOM KUNJUNGI MAHA 2018.
akak bertugas di hall A ..dkt sgt je tu..kalo tk ,leh mng adiah singgah booth bernas..bubur lambuk kt lamanpadi tu dr bernas..byk juga iena round
ReplyDelete