Grab The Promo
Grab The Promo

NEW BIG DEALS TEXAS CHICKEN MALAYSIA


Texas Chicken merupakan antara makanan segera yang menjadi kegemaran rakyat Malaysia . Sajian utama Texas Chicken iaitu ayam goreng sangat diminati ramai kerana rasanya yang lazat, rangup di luar dan berjus di dalam selain saiznya besar. Ini membuatkan restoran makanan segera ini berbeza dengan restoran makanan segera yang lain.

NEW BIG DEALS TEXAS CHICKEN MALAYSIA


Rangkaian restoran ayam goreng,  Texas Chicken (Malaysia) Sdn. Bhd. dimiliki Kumpulan Envictus. Texas Chicken mulai bertapak di Malaysia selepas Texas Chicken (Malaysia) Sdn. Bhd. membuka cawangan pertamanya di Aeon Bukit Tinggi, Klang kira-kira lima tahun yang lalu.


NEW BIG DEALS TEXAS CHICKEN MALAYSIA
NEW BIG DEALS TEXAS CHICKEN MALAYSIA






Terdapat pelbagai menu yang ditawarkan oleh Texas Chicken bukan sekadar Ayam Goreng sahaja. Baru-baru ini Texas Chicken telah mengeluarkan enam menu baru yang sangat menyelerakan.


NEW BIG DEALS TEXAS CHICKEN MALAYSIA



6 Menu Baru Texas Chicken Malaysia


NEW BIG DEALS TEXAS CHICKEN MALAYSIA
NEW BIG DEALS TEXAS CHICKEN MALAYSIA


Cik iena sendiri telah merasakan keenakan enam menu baru Texas Chicken iaitu

  1. Japanese Roasted Sesame Rice Bowl
  2. Spicy Korean Rice Bowl
  3. Chicken Porridge
  4. Spicy Thai Porridge
  5. Japanese Mash Bowl
  6. Spicy Korean Mash Bowl

NEW BIG DEALS TEXAS CHICKEN MALAYSIA
NEW BIG DEALS TEXAS CHICKEN MALAYSIA



Texas Chicken Wangsa Walk



Baru-baru ini Cik iena berkesempatan untuk mencuba sendiri 6 menu baru diatas di Texas Chicken Wangsa Walk. Agak ramai pengunjung di Texas Chicken Wangsa Walk. Cik iena nak cari tempat duduk pun agak sukar.

NEW BIG DEALS TEXAS CHICKEN MALAYSIA
Texas Chicken Wangsa Walk


Walaupun pelanggan sangat ramai namun Cik iena suka akan pekerja disini yang sentiasa senyum dan sangat peramah kerana menjawab segala pertanyaan Cik iena dengan penuh senyuman dan kesabaran. Terima kasih adik cantik manis Nurfatimah Mahathir (hehe cik iena tengok nama di resit )

Cik iena banyak tanya sebab ini merupakan pertama kali Cik iena makan di Texas Chicken sebenarnya. Sekarang Cik iena dah fall in love dengan Texas Chicken  tau (^_~)

Texas Chicken Wangsa Walk
Texas Chicken Wangsa Walk




Video Review Menu Baru Texas Chicken Malaysia






Japanese Roasted Sesame Rice Bowl


Japanese Roasted Sesame Rice Bowl
Japanese Roasted Sesame Rice Bowl


Japanese Roasted Sesame Rice Bowl merupakan  menu berasaskan dari negara jepun yang di suntik elemen Malaysia yang mana Nasi sebagai makanan asas rakyat Malaysia. Sos istimewa Japanese Roasted Sesame Rice Bowl sangat enak untuk di cuba. Mempunyai rasa sedikit masam yang menyelerakan.  Rasa Bijan yang sangat sesuai dengan japanese sos yang digunakan.

Mengandungi Tenders Texas Chicken yang rangup diluar dan berjus di dalam .


Review Japanese Roasted Sesame Rice Bowl


Japanese Roasted Sesame Rice Bowl sangat sesuai untuk anda yang tidak menggemari makanan pedas atau boleh dikatakan ianya sesuai untuk kanak-kanak kerana ianya tidak pedas. Rasa sos japanese yang masam-masam tetapi sedap lagi menyelerakan pasti membuatkan anda berselera untuk menikmati hidangan ini.

Japanese Roasted Sesame Rice Bowl
Menikmati keenakan Japanese Roasted Sesame Rice Bowl


Cik iena suka akan rasa Japanese Roasted Sesame Rice Bowl ini kerana sosnya yang enak. tambahan lagi cik iena suka akn rasa sos enak masam yang terkandung dalam Japanese Roasted Sesame Rice Bowl ini. Cik iena tak tau sos apa yang digunakan tapi cik iena panggil sos enak masam :)

Ianya sangat sesuai untuk perut Cik iena yang tidak makan makanan pedas .


HARGA : RM 5.80

Rating  Japanese Roasted Sesame Rice Bowl

8/10



Spicy Korean Rice Bowl


Spicy Korean Rice Bowl
Spicy Korean Rice Bowl


Spicy Korean Rice Bowl merupakan  menu berasaskan dari negara Korea yang di suntik elemen Malaysia yang mana Nasi sebagai makanan asas rakyat Malaysia. Menggunakan Sos istimewa Korea  yang pedas dan lazat. Mempunyai rasa yang mengujakan. Mengandungi Tenders Texas Chicken yang rangup diluar dan berjus di dalam .


Review Spicy Korean Rice Bowl


Spicy Korean Rice Bowl sangat sesuai untuk anda penggemar masakan korean ataupun penggemar masakan pedas . Ianya tidak beberapa sesuai untuk kanak-kanak kerana bagi Cik iena ianya terlalu pedas untuk kanak-kanak .

Spicy Korean Rice Bowl
sedang menikmati keenakan Spicy Korean Rice Bowl


Walaupun ianya pedas namun rasanya sungguh enak sehinggakan Cik iena mampu menghabiskannya . Cik iena sebenarnya bukan penggemar masakan pedas namun Cik iena mampu menghabiskan makanan pedas sekiranya ianya sedap dan menepati citarasa Cik iena.

Masuk je Spicy Korean Rice Bowl dalam mulut cik iena rasa sos korean yang diguinakan menusuk selera cik iena. Walaupun agak pedas untuk cik iena tapi kombinasi sos korean dan Tenders Texas Chicken memang sangat menyelerakan.

Spicy Korean Rice Bowl sangat sesuai untuk anda penggemar masakan korea dan penggemar masakan pedas :)

 HARGA : RM 5.80

Rating Spicy Korean Rice Bowl

 10/10



Chicken Porridge


Chicken Porridge
Chicken Porridge


Chicken Porridge merupakan  menu masakan Malaysia . Bubur sudah menjadi kebiasaan rakyat Malaysia khususnya ketika berada didalam keadaan kurang sihat kerana makanan ini yang mudah diterima oleh perut.  Sama seperti bubur nasi yang lain cuma keistimewaannya adalah rasa sup ayam yang enak dan ianya mengandungi hirisan ayam serta bawang goreng dan daun sup serta cili yang membangkitkan lagi keenakan bubur nasi ini.



Review Chicken Porridge


Rasa Chicken Porridge yang lembut, tidak pedas tetapi berasa.  Ianya sangat sesuai untuk kanak-kanak mahupun golongan dewasa yang ingin rasakan kelainan dalam menikmati hidangan. Ianya juga sesuai untuk anda yang kurang sihat kerana bubur ini merupakan makanan yang mudah hadam dan ianya membantu memberikan selera makan untuk orang yang kurang sihat.

Chicken Porridge
Menikmati keenakan Chicken Porridge


Lepas ni kalau Cik iena demam atau sakit boleh lah cik iena berkunjung ke Texas Chicken :)

 HARGA : RM 5.85

Rating Chicken Porridge

8/10


Spicy Thai Porridge


Spicy Thai Porridge


Spicy Thai Porridge  merupakan  menu masakan Thailand yang diselitkan elemen Malaysia iaitu bubur nasi . Bubur sudah menjadi kebiasaan rakyat Malaysia khususnya ketika berada didalam keadaan kurang sihat kerana makanan ini yang mudah diterima oleh perut.  Sama seperti bubur nasi yang lain cuma keistimewaannya adalah terdapat bahan seperti serunding yang diletakkan diatasnya yang  membangkitkan lagi keenakan bubur nasi ini.

Cik iena kurang pasti apakah ia tetapi ianya sedap dan membangkitkan lagi rasa keenakan bubur tersebut.


Review Spicy Thai Porridge


Rasa Spicy Thai Porridge  yang lembut dan tidak pedas walaupun nama menu adalah Spicy Thai.  Bagi Cik iena ianya tidak terlalu pedas dan sesuai juga untuk kanak-kanak. Ianya sangat sesuai untuk kanak-kanak mahupun golongan dewasa yang ingin rasakan kelainan dalam menikmati hidangan. Ianya juga sesuai untuk anda yang kurang sihat kerana bubur ini merupakan makanan yang mudah hadam dan ianya membantu memberikan selera makan untuk orang yang kurang sihat.

Spicy Thai Porridge
menikmati keenakan Spicy Thai Porridge


 HARGA : RM 5.30

Rating Spicy Thai Porridge

7/10

Japanese Mash Bowl


Japanese Mash Bowl merupakan  menu berasaskan dari negara jepun yang di suntik elemen Barat  yang  menggunakan mash potato atau kentang putar.  Selain menggunakan kentang putar yang creamy, ianya juga menggunakan Sos istimewa Japanese yang sangat enak untuk di cuba. Mempunyai rasa sedikit masam yang menyelerakan.


Japanese Mash Bowl
Japanese Mash Bowl



Mengandungi Tenders Texas Chicken yang rangup diluar dan berjus di dalam . Untuk pengetahuan  saiz Japanese Mash Bowl adalah lebih kecil daripada Japanese Roasted Sesame Rice Bowl dan harganya juga lebih murah.

Japanese Mash Bowl sangat sesuai untuk anda yang tidak menggemari makanan pedas atau boleh dikatakan ianya sesuai untuk kanak-kanak kerana ianya tidak pedas. Rasa sos japanese yang masam-masam tetapi sedap lagi menyelerakan pasti membuatkan anda berselera untuk menikmati hidangan ini.



Review Japanese Mash Bowl



Cik iena suka akan rasa Japanese Mash Bowl ini kerana sosnya yang enak. tambahan lagi cik iena suka akn rasa sos enak masam yang terkandung dalam Japanese Mash Bowl ini. Cik iena tak tau sos apa yang digunakan tapi cik iena panggil sos enak masam :)


Japanese Mash Bowl
Menikmati keenakan Japanese Mash Bowl


Diantara Japanese Mash Bowl dan Japanese Roasted Sesame Rice Bowl,  cik iena lebih menggemari Japanese Mash Bowl kerana rasa kentang putar yang creamy dan sangat enak. Tambahan lagi Cik iena sememangnya kurang menggemari nasi :)



Japanese Mash Bowl ini sangat sesuai untuk perut Cik iena yang tidak makan makanan pedas .  Kalau makan ini sahaja cik iena perlu beli dua :)

HARGA : RM 3.80


Rating Japanese Mash Bowl

9/10

Spicy Korean Mash Bowl


Spicy Korean Mash Bowl merupakan  menu berasaskan dari negara Korea yang di suntik elemen Barat  yang  menggunakan mash potato atau kentang putar.  Selain menggunakan kentang putar yang creamy, ianya juga menggunakan Sos istimewa korea yang sangat enak untuk di cuba. Sos kerea ini sangat pedas tetapi enak untuk dimakan.


Spicy Korean Mash Bowl
Spicy Korean Mash Bowl



Mengandungi Tenders Texas Chicken yang rangup diluar dan berjus di dalam . Untuk pengetahuan  saiz Spicy Korean Mash Bowl adalah lebih kecil daripada Spicy Korean Rice Bowl dan harganya juga lebih murah.


Spicy Korean Mash Bowl sangat sesuai untuk anda yang menggemari masakan korea mahupun buat anda yang menggemari masakan pedas. Spicy Korean Mash Bowl yang pedas menyegit namun enak ini pasti membuatkan anda berselera untuk menikmati hidangan ini.




Review Spicy Korean Mash Bowl


Cik iena suka akan rasa Spicy Korean Mash Bowl ini kerana sosnya yang enak. tambahan lagi cik iena suka akan rasa sos korea yang digunakan. Ianya sangat enak dan pedas namun sangat menyelerakan.  Namun kombinasi sos korea dan juga kentang putar ini mengurangkan sedikit rasa pedas berbanding Spicy Korean Rice Bowl .



Spicy Korean Mash Bowl
Menikmati keenakan Spicy Korean Mash Bowl


Diantara Spicy Korean Mash Bowl dan Spicy Korean Rice Bowl,  cik iena lebih menggemari Spicy Korean Mash Bowl kerana rasa kentang putar yang creamy dan sangat enak di gabungkan dengan sos korea yang sangat menyelerakan dan diserikan lagi dengan Tenders Texas Chicken yang rangup diluar berjus di dalam. Gabungan ini sememangnya sangat menyelerakan.


Seperti yang cik iena maklumkan cik iena kurang gemar nasi jadi menu ini menjadi pilihan utama cik iena jika ke diberi pilihan nasi dan kentang putar. Kalau makan ini sahaja cik iena perlu beli dua atau tiga ni sebab sedap sangat.

HARGA : RM 3.80

Rating Spicy Korean Mash Bowl


10/10







NEW BIG DEALS TEXAS CHICKEN MALAYSIA
nyummy sedap tau, cik iena dan adek habis kan 6 menu baru ni. anda perlu cuba tau


Dessert : Strawberry Shortcake


Strawberry Shortcake
Strawberry Shortcake

Strawberry Shortcake merupakan menu pencuci mulut yang wajib anda cuba . Cik iena suka akan rasa Strawberry Shortcake. Hilang pedas makan korean spicy :)

HARGA : RM 5.95


Okay Jumlah keseluruhan untuk 6 menu baru termasuk dessert dan air adalah RM 36.30 sahaja . Mujur Texas Chicken boleh refill air. Untuk berjimat Cik iena beli satu sahaja soft drink. Makanya kami berdua kongsi cawan dan refill air. Jimat memang jimat. Patutlah Texas Chiken ni asyik penuh orang je. Ini merupakan salah satu tarikan terutama buat golongan pelajar :)




NEW BIG DEALS TEXAS CHICKEN MALAYSIA
Nyummy sedap.. Texas Chicken memang best


Review secara keseluruhan untuk enam menu baru Texas Chicken adalah kesemuanya menepati Cita rasa Cik iena . Namun harus di ingati citarasa setiap individu pasti berbeza. Cik iena review dari sudut hati cik iena. Ehh macam mana tu ? Cik iena review mengikut citarasa cik iena dan beri rating ikut citarasa Cik iena.



NEW BIG DEALS TEXAS CHICKEN MALAYSIA
Dua beradik menghabiskan  enam menu baru dan satu menu dessert dan air yang di refill2 untuk penjimatan berganda haha


Secara keseluruhan antara enam menu Cik iena lebih menggemari Spicy Korean Mash Bowl , Spicy Korean Rice Bowl , Chicken porridge, dan diikuti Japanese Roasted Sesame Rice bow, Japanese mash bowl dan Spicy Thai Porridge.





Untuk maklumat lanjut dan promosi terkini layari laman web atau ikuti laman sosial Texas Chicken Malaysia


Website : http://www.texaschickenmalaysia.com/
Facebook : https://web.facebook.com/TexasChickenMalaysia
Instagram : https://www.instagram.com/texaschickenmalaysia/

 


3 comments:

  1. Sedap yang bubur tu heheh kita suka makan panas2 tapi yang Korea tu memang pedas sangat hehehehe tak tahan kita...

    ReplyDelete

Facebook Comment

Related Posts :

Powered by Jasper Roberts - Blog

Archieve