HARGA BUFFET MAKAN MALAM SELERA d'KEMBALI, BEST WESTERN PETALING JAYA |
Antara Buffet Ramadhan 2019 yang boleh anda jadikan salah satu lokasi berbuka puasa anda pada tahun ini adalah do Best Western Petaling Jaya. BAru-baru ini Cik iena berkesempatan menghadiri majlis preview untuk BUFFET MAKAN MALAM SELERA d'KEMBALI yang diadakan di Kembali Kitchen, Level 6 Best Western Petaling Jaya.
BUFFET MAKAN MALAM SELERA d'KEMBALI, BEST WESTERN PETALING JAYA
Bersempena dengan bulan Ramadhan, Hotel Best Western Petaling Jaya bakal menyajikan Bufet Makan Malam bertemakan Selera d 'Kembali di restoran Kembali Kitchen. Tingkat 6. Bufet Makan Malam Selera d'Kembali ini akan mula disajikan mulai 13 Mei 2019 sehingga 31 Mei 2019 dengan menyajikan lebih daripada 100 juadah berbuka puasa kegemaran rakyat Malaysia dan yang pastinya ianya memenuhi citarasa pilihan Cik iena dan juga mungkin anda semua.
Untuk pengetahuan, Chef Amin akan menyediakan menu pilihan ramai seperti
- Gulai Daging Kawah
- Telur Itik Bersama Belimbing Masak Lemak Cili Padi
- Ayam Percik Kelantan
- Daging Rendang Tok
- Paru Berlado
- Pucuk Manis Masak Lemak
- Sotong Masak lemak pucuk ubi
- Udang Mongolia
- Ikan Masak Tikka
- Daging Kambing Goreng Lada Hitam
- Kambing Bakar
- Ikan Bakar
- Sotong Masak Kalio
Selain itu turut disajikan sajian istimewa laitu Daging Salai Bersama Mangga Muda Masak Lemak Cili Padi oleh Chef Amin. Pastinya menu masakan ini akan membuat pengunjung kecur liur . Bukan sahaja menu yang dinyatakan , terdapat banyak lagi menu untuk anda Cuba di sini.
HARGA BUFFET MAKAN MALAM SELERA d'KEMBALI, BEST WESTERN PETALING JAYA
Dewasa : RM125Kanak-kanak : RM62.50
HARGA EARLY BIRD
Dewasa : RM75Beli 5 Percuma 1 (Pembelian pada atau sebelum 30 April 2019)
Kanak-Kanak : RM62.50(Harga Tetap)
Kanak-kanak berumur 5-12 tahun dan warga emas berusia 55 tahun dan keatas
Untuk mendapatkan voucher Pembelian Awal, hubungi Cik Wan Nabila di talian 019 -7776079, Cik Vicky di talian 019-7774140 atau e-mel ke info@bestwesternpj.com.my
Kolaborasi dengan rakan niaga seperti Maxis, Hotlink dan Maybank
Untuk pengetahuan anda, Hotel Best Western Petaling Jaya juga berkolaborasi dengan rakan niaga seperti Maxis, Hotlink dan Maybank Bermula dari lhb Mei 2019 hingga 31 Mei 2019, rakan kongsi pelanggan boleh menikmati diskaun eksklusif sebanyak 40% untuk seorang dewasa. Diskaun hanya sah pada harga asal dewasa iaitu RM125 bersih. Pelanggan boleh merujuk kepada opplikasi rakan niaga masing-masing bagi terma dan syarat
REVIEW BUFFET MAKAN MALAM SELERA d'KEMBALI, BEST WESTERN PETALING JAYA
Cik iena suka akan masakan disini. Apa yang Cik iena makan terasa enak. Memang rambang mata Cik iena memilih juadah yang ingin dimakan. Banyak dan menyelerakan. Pucuk manis masak lemak memang sangat sedap, terasa seperti masakan ibunda. Sotong masak lemak pucuk ubi yang cik iena cuba juga menarik dan sedap. Pertama kali cik iena makan komninasi sotong dan pucuk ubi ternyata ianya sangat menyelerakan.
Ayam percik juga tidak kurang hebatnya, ayam lembut serta terasa perapan ayam nya dan kuahnya juga berasa dan sedap. Memang banyak menu yang sedap-sedap disini termasuklah dessert. Secara keseluruhannya menu-menu disini sangat menarik dan sesuai dengan citarasa rakyat Malaysia tidak kira bangsa. Terdapat kepelbagaian pilihan makanan. Bukan sahaja yang beragama islam atau melayu sahaja boleh menikmati hidangan berbuka puasa disini. Malahan anda juga boleh bawa bersama rakan india mahupun cina. Kerana menu disini sangat banyak dan sesuai dengan semua kaum di Malaysia.
Jadi kepada anda diluar sana Jangan lupa masukkan Best Western Petaling JAya sebagai salah satu lokasi berbuka puasa anda tahun ini. Suasana berbuka puasa disini juga sangat tenang dan mendamaikan. Dekorasi susun atur makanan dan meja juga bakal buat anda berasa selesa berbuka puasa disini.
cantiknya baju awak ehhhh sedap2 gak menunya ye...
ReplyDelete